Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Konsep Kemahiran Menulis

Menulis merupakan perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan


alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai
huruf. Menulis juga bermaksud menzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui
media tulisan agar terhasil teks yang dapat dibaca dan difahami oleh orang lain.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,
serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran
menulis terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul.
Menulis bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau
pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu perkara. Selain itu, melatih
murid-murid berhujah dan melahirkan idea-idea yang bernas. Menulis juga melatih murid
menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan jenis karangan
tertentu. Di samping itu, melatih murid-murid menggunakan format yang betul,
meluaskan kosa kata serta memberi kepuasan jiwa.

Terdapat tiga peringkat menulis iaitu peringkat pramenulis, peringkat mekanis dan
peringkat pelahiran. Peringkat pramenulis berlaku apabila murid disediakan dengan
aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Latihan
otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mat diberikan kepada murid. Contoh
aktiviti pramenulis ialah menulis dari kiri ke kanan, latihan mewarnakan dari kiri ke
kanan, latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa
menggunakan alat tulis. Seterusnya, menyambung titik, latihan membentuk corak
campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.

Peringkat Mekanis berlaku apabila murid-murid telah melalui peringkat pramenulis.


Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf besar dan kecil
dalam abjad. Seterusnya, menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan
dan ayat. Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, terdapat
beberapa aktiviti yang boleh dijalankan. Contohnya, latihan menulis bentuk-bentuk yang
mirip kepada huruf mengikut teknik menulis, latihan menulis huruf berdasarkan gambar-
gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu, latihan menekap huruf

1
mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang, latihan menekap
huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus, latihan menulis huruf
dalam suku kata dan latihan menyalin ayat daripada buku.

Seterusnya, pada peringkat pelahiran (mengarang) pula, murid-murid dapat


melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah
dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan
ejaan yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka
dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari. Antara aktiviti yang
dapat dijalankan ialah menulis jawapan pemahaman, membina ayat, melengkapkan
ayat, mengisi silang kata, memanjangkan ayat dan menulis karangan.

Terdapat beberapa jenis penulisan karangan. Antaranya ialah penulisan karangan


terkawal. Penulisan karangan ini disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi
yang terdapat dalam karangan terkawal ini ditentukan oleh guru dan bertujuan untuk
mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini membantu murid
mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa. Contohnya,
mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang
disediakan.

Seterusnya, penulisan karangan separa terkawal. Karangan ini ialah karangan yang
disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran
mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.
Contohnya, menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan
perkataan-perkataan lain yang telah disediakan.

Selanjutnya, penulisan karangan secara berpandu iaitu penulisan karangan


berdasarkan panduan guru. Tamsilnya, menulis semula cerita yang dibaca dan menulis
karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal. Di samping itu, penulisan karangan
separa berpandu iaitu satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau
panduan guru. Misalnya, menulis semula cerita yang diperdengarkan dan menulis
karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal. Sementara itu, penulisan karangan
secara bebas iaitu memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang
sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk

2
karangan bebas ialah secara naratif,argumentatif dan kreatif.

Secara keseluruhannya, mengarang merupakan proses menyampaikan maklumat,


idea, perasaan dan sebagainya dalam bentuk simbol-simbol menulis. Terdapat tiga
peringkat dalam keahiran menulis iaitu prapenulisan, penulisan mekanis dan pelahiran.
Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
penulisan terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu, separa berpandu, penulisan
bebas dan penulisan kreatif.

3
2.0 Karangan Naratif

Hari Yang Dinanti

Saya merupakan seorang yang aktif dalam bidang sukan. Saya amat meminati acara
larian jarak jauh dalam bidang sukan. Sekiranya pihak sekolah menganjurkan
perlawanan acara larian jarak jauh, saya tidak akan melepaskan peluang untuk
mengambil bahagian dalam acara tersebut. Selain itu, saya akan sentiasa peka akan
pertandingan larian jarak jauh yang dianjurkan oleh pihak luar.

Pada suatu hari, saya dipanggil ke bilik guru untuk berjumpa dengan cikgu Fauzi.
Cikgu Fauzi merupakan jurulatih pasukan larian maraton. Tanpa melengahkan masa
saya pergi berjumpa dengan Cikgu Fauzi di bilik guru. Rupa-rupanya Cikgu Fauzi telah
memilih saya untuk menyertai pasukan larian koperasi yang dianjurkan oleh negeri
Perak. Saya berasa amat teruja kerana terpilih untuk menyertai pasukan ini.
Pertandigan ini akan diadakan pada 10 September 2015 yang merupakan hari Sabtu.

Saya membuat persediaan yang begitu rapi sebelum meghadapi hari perlawanan.
Seminggu sebelum hari perlawanan, saya berlatih bersungguh-sungguh dengan
membuat larian sebanyak 10 kilometer pada setiap petang selepas hari persekolahan.
Hal ini demikian kerana saya berazam untuk meraih tempat yang pertama dalam
perlawanan tersebut.

Sehari sebelum hari perlawanan saya akan pastikan segala kelengkapan untuk
acara larian mencukupi iaitu kasut sukan, baju sukan, seluar track dan lain-lain. Saya
juga akan pastikan tidur saya mencukupi. Tidak sabar rasanya menunggu hari esok.
Saya akan usaha yang terbaik untuk meraih tempat pertama dalam perlawanan ini.

Tibalah hari yang dinanti-nanti iaitu hari perlawanan larian koperasi. Saya datang
lebih awal di tempat perlawanan iaitu di Dataran Esplanet, Taiping supaya saya dapat
membuat regangan dengan baik. Kelihatan ramai peserta yang mengambil bahagian
dalam acara ini. Mereka juga nampak begitu semangat sekali. Hal ini membuatkan saya

4
berasa sedikit gementar. Tetapi semangat untuk berlari terus berkobar dalam diri saya.

Masa perlawanan semakin hampir. Saya mengambil tempat di bahagian hadapan


sekali. Hal ini untuk mengelakkan saya daripada berlanggar dengan orang lain apabila
berlari nanti. Jantung semakin berdegup kencang apabila melihat pistol tembakan di
tangan pengadil. Sebaik sahaja pengadil melepaskan das tembakan, saya pun berlari
dengan yakinnya. Sepanjang larian, saya mengekalkan momentum larian saya.
Terdapat dua orang peserta yang melepasi saya ketika larian. Ini meruntunkan
semangat saya untuk meraih tempat pertama dalam perlawanan ini.

Tetapi saya bangkit untuk melepasi dua orang peserta di hadapan saya dengan
mempercepatkan langkah larian saya. Persaingan kami bertiga begitu sengit untuk
maeraih tempat pertama dalam acara ini. Apabila garisan penamat semakin hampir,
saya terus memecut sehabis mungkin. Akhirnya, kejuaraan menjadi milik saya. Saya
mendapat pingat emas, sijil penghargaan dan juga wang berjumlah RM 300.00.

Saya berasa amat bersyukur kerana hasrat untuk meraih tempat pertama dalam
acara ini tercapai. Selain itu, saya juga berasa gembira kerana dapat menaikkan nama
sekolah. Kejayaan ini juga kerana sokongan dan bimbingan daripada Cikgu Fauzi yang
memberi latihan yang terbaik kepada saya. Saya pulang ke rumah pada hari itu dengan
penuh perasaan gembira.

5
3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kemahiran menulis merupakan kemahiran yang signifikan untuk


memperoleh atau memberi sesuatu maklumat. Kemahiran ini merupakan kemahiran
asas yang perlu ada pada setiap individu untuk memperoleh atau memberi maklumat.
Kemahiran menulis mempunyai tiga peringkat. Antaranya ialah peringkat pramenulis,
peringkat mekanis dan peringkat pelahiran. Terdapat dua cara penulisan iaitu penulisan
secara naratif atau deskriptif dalam menghasilkan sesebuah karangan. Penulis boleh
memilih cara penulisan masing-masing dalam mengarang.

6
Bibliografi

Nik Safiah Karim.(et. al). (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka

Choo Say Tee. Mohd Khir Kassim. (2014). Bahasa Melayu STPM Penggal 2. Kuala
Lumpur. Longman

Marohaini.(et. al). ( 2010). Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kuala Lumpur. Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Ilmu Falsafah. (2014) Diperoleh daripada sumber


http://ilmufalsafah.blogspot.my/2014/12/pemikiran-manusia.html

Abu Rantisi. (2012). Diperoleh daripada sumber


http://kaunselingsyarie.blogspot.my/2012/01/statistik-kes-pembuangan-bayi-seluruh.
html

Jospher Joanes. ( 2010 ). Diperoleh daripada sumber


http://www.slideshare.net/JospherJoanes/kemahiran-menulis-sekrendah

Anda mungkin juga menyukai