Anda di halaman 1dari 1

Antara tujuan komunikasi ialah untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan.

Konsep 4M
digunakan untuk menyampaikan maklumat dengan efektif. Jelaskan apakah yang anda faham
tentang konsep 4 M tersebut.

Jawapan:

Konsep 4M adalah suatu kaedah yang diperkenalkan oleh Eddy Rosyadie (2007)
dalam bukunya yang bertajuk Juara pentas!: Panduan Praktikal Pengucapan Awam.
Menurut Eddy, kemampuan meyampaikan ucapan awam yang hebat tidak hanya
bergantung pada bakat semata-mata malah setiap individu berpeluang menyampaikan
ucapan awam yang hebat dan berkesan seandainya tahu teknik dan langkah yang betul. Hal
ini amat berkait rapat dengan intipati komunikasi berkesan. Oleh yang demikian, konsep 4M
ini amat sesuai untuk diguna pakai dalam menghasilkan suatu bentuk komunikasi berkesan.
Konsep 4M terdiri daripada memahami, menghayati, menghafal dan melafaz.
Konsep M yang pertama iaitu memahami bermaksud pengucap mestilah memahami
topik yang ingin disampaikan. Hal ini akan membantu pengucap menyampaikan maklumat
dengan lancar serta huraian yang jelas dan bermakna.
Konsep M yang kedua pula merujuk kepada menghayati. Ia bermaksud pengucap
haruslah menghayati maklumat yang ingin disampaikan agar penerima dapat turut sama
merasainya. Apabila pendengar dan pengucap dapat menghayati sesuatu perkara itu pada
tahap yang sama, peratusan kadar keberkesanan penyampaian itu amat tinggi. Sebagai
contoh, seorang pengucap yang menceritakan suatu kisah sedih yang menyayat hati
dengan sepenuh hati, mimik muka kesedihan dan suara yang sayu akan memberikan impak
yang besar kepada pendengar sehinggakan ada dikalangan pendengar yang menitiskan air
mata.
Seterusnya ialah menghafal. Pengucap hendaklah menghafal turutan maklumat yang
ingin disampaikan agar penyampaian tidak terpesong. Konsep menghafal ini amat berkait
rapat dengan ketajaman fikiran dan kelancaran pengucap. Hal ini kerana, pengucap yang
telah menghuraikan terlalu panjang sehingga keluar daripada topik perbincangan akan
dapat mengembalikan perbincangan asal jika sekiranya mempunyai ketajaman fikiran.
Bertitik tolak dari situ, tidak akan berlaku jeda yang terlalu lama dalam penyampaian
pengucap, maka komunikasi berkesan akan terhasil.
Akhir sekali ialah konsep melafaz. Seseorang pengucap mestilah mengeluarkan
kata-kata dengan penuh keyakinan bagi menarik minat pendengar. Sebagai contoh,
pengucap melontarkan komunikasi dengan suara yang lantang, jelas dan tidak kelihatan
ragu-ragu pasti tumpuan pendengar akan diberikan sepanjang penyampaian berbanding
dengan pengucap yang berkomunikasi dengan mimik muka dan getaran suara tidak yakin.

Anda mungkin juga menyukai