Anda di halaman 1dari 3

Pengucapan Awam

1. Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap individu adalah
kemahiran
pengucapan awam (public speaking). Ia lebih mustahak bagi individu yang
menjadi pemimpin bagi sesebuah organisasi, masyarakat dan juga ahli
politik.
2. Ucapan yang baik mestilah ucapan yang boleh difahami oleh audiens
dan mampu
membangkitkan keinginan untuk bertindak. Ucapan yang baik tidak
semestinya berapi-api tetapi mestilah ucapan yang jelas dan tidak
menimbulkan kebosanan di kalangan audiens.
3. Halangan utama untuk menyampaikan ucapan yang baik adalah
perasaan gugup dan gementar. Ia dialami oleh ramai orang. Pengucap
yang baik menguasai rasa gementar sebaliknya pengucap yang kurang
baik dikuasai rasa gementar. Mengatasi rasa gementar boleh diatasi
dengan latihan yang berterusan. Mulakan berucap bersendirian, dalam
kumpulan yang kecil, sederhana dan seterusnya dalam kumpulan yang
lebih besar.
4. Dalam pengucapan awam, dua perkara yang penting adalah mesej dan
bagaimana mesej itu disampaikan.
5. Mesej adalah maksud dan tujuan ucapan itu disampaikan. Sangat
penting bagi si pengucap memahami sepenuhnya sesuatu mesej sebelum
ia disampaikan kepada audiens. Sesuatu mesej yang baik mestilah
bermanfaat untuk diketahui oleh audiens dan ia disampaikan tepat pada
masanya.

6. Bagaimana mesej disampaikan berkait rapat dengan bahasa pertuturan


yang digunakan, lenggok bahasa, intonasi, pemilihan kata, kelantangan
suara dan kejelasan perkataan yang disebutkan.
7. Membina pengucapan awam yang menarik dan berkesan.
i. Menangani perasaan gemuruh dan takut
ii. Berinteraksi dengan khalayak audien seperti bersoal jawab
iii. Bermaklumat iaitu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang
sesuatu tajuk
iv. Seronok
v. Mempelbagaikan cara penyampaian
vi. Bertenaga
vii. Hubungan mata antara pengucap dengan audien
viii. Berhenti sebentar atau pause
ix. Kekuatan suara
x. Kelajuan

Pengucapan awam atau berucap di khalayak adalah satu kaedah


penyebaran maklumat yang telah lama digunakan secara meluas bagi
mengubah pemikiran, sikap dan tingkah laku anggota masyarakat.
Pengucapan awam boleh ditakrifkan sebagai satu komunikasi lisan
yang teratur, menggunakan perkataan sebagai asasnya dan melibatkan
komunikasi bukan lisan serta dibantu oleh alat pandang dengar bagi
menambah atau mengubah pengetahuan dan pengalaman atau untuk
mempengaruhi sikap dan tingkah laku khalayak. Sebagai satu kemahiran,
pengucapan awam boleh dipelajari melalui latihan untuk menguasai daya
konsentrasi fikiran, penyelarasan dan daya tindak balas yang cepat dari
segi mental dan fizikal.
Pengucapan awam sesuai digunakan dalam keadaan berikut:

perucap mempunyai pengetahuan melebihi apa yang sudah diketahui


oleh
penerima.
bilangan audiens yang besar.
perucap boleh mengawal dan mempengaruhi audiens.

Anda mungkin juga menyukai