Anda di halaman 1dari 2

SJK (T) LADANG LINSUM

KERTAS KERJA

PROGRAM PINTAR BAGI TAHUN 2019

PENGENALAN
Program ini bagi murid pemulihan yang tidak menguasai K1 & K12
dari Tahun 2 dan tahun 3 akan dijalankan. Murid tahun 1 pula dipilih
berdasarkan Ujian Diagnostik. Program pintar dijadualkan pada hari Rabu
pada waktu pagi .Program ini tidak dapat dijalankan selepas waktu
persekolahan disebabkan masalah pengangkutan di kalangan murid
pemulihan. Seramai 4 orang murid dari tahun 1, 2 orang murid tahun 2 dan
3 orang murid tahun 3 terlibat dengan program ‘Pintar’ .Program ini khas
untuk membolehkan murid menguasai literasi Bahasa Melayu. Modul
mengikut konstruk telah disediakan. Murid akan dinilai bagi setiap
konstruk.

OBJEKTIF

Program ‘Pintar’ ini dijalankan untuk :

Mengurangkan bilangan murid pemulihan yang tidak menguasai Literasi Bahasa


Melayu.

Meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid Linus.

Membantu murid mengeja dan membaca perkataan dari 12 konstruk yang


terdapat dalam instrumen Linus.

Membolehkan murid dapat mencapai tahap penguasaan minumum.


TEMPAT, TARIKH, MASA & TEMPOH
Tempat : Bilik Darjah Tahun 1
Hari : Rabu
Masa : 7.20 pagi

SASARAN
9 orang murid terdiri daripada 4 orang murid dari tahun 1, 2 orang murid
dari tahun 2 dan 3 orang murid tahun 3.

AKTIVITI
Aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi kemahiran yang tidak dapat dikuasai
oleh murid.
Selain daripada modul LINUS, modul tambahan ‘ Sinar Pagi Bahasa Melayu’
digunakan untuk memperbaiki kelemahan.
Setiap konstruk akan diuji untuk memastikan murid menguasai konstruk
itu.

PENUTUP

Diharapkan Program ’Pintar’ memberi kesan positif bagi murid pemulihan


dan dapat menguasai konstruk K1 hingga K12.

Disediakan Oleh , Disahkan Oleh,

________________ _________________

(Vanaja Mudali Sakthivelan) (Pn.A.Gracy)


Guru Pemulihan Guru Besar
SJK (T) Ladang Linsum

Anda mungkin juga menyukai