Anda di halaman 1dari 5

ANALISIS AMALAN PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA OLEH SYARIKAT

SHAKEEYA SDN.BHD, SYARIKAT KUMPULAN KESELAMATAN


SAFETWARE, SYARIKAT PENGURUSAN PERUNDINGAN HYTECH SDN.BHD,
DAN SYARIKAT AJINOMOTO MALAYSIA BERHAD SERTA PENULISAN
RESUME BAGI JAWATAN BUSINESS DEVELOPMENT EXECUTIVE YANG
DITAWARKAN OLEH SYARIKAT MERIDIN PROPERTIES SDN.BHD.
1.0 PENGENALAN
Sumber manusia merupakan sumber terpenting di dalam sesebuah organisasi, di
mana mereka akan menawarkan bakat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
kepada organisasi. Sumber manusia berfungsi dalam organisasi yang berkaitan dengan
rakyat atau isu-isu berkaitan dengan orang seperti pampasan dan faedah, merekrut dan
mengupah pekerja, pekerja di atas kapal, pengurusan prestasi, latihan, dan
pembangunan organisasi dan budaya dalam terbitan buku “Glosarium Sumber
Manusia” oleh tokoh William R. Tracey. Sumber manusia juga merupkan
penggabungan semua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat dan
berfungsi dalam organisasi bagi membantu memudahkan pengurusan sumber manusia
secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu menurut tokoh
Bohlander, pada tahun 2001.Selain itu, sumber manusia juga adalah satu pendekatan
yang strategik yang melibatkan elemen kepentingan dalam organisasi, iaitu individu
yang menyumbangkan idea, kepakaran, dan tenaga ke arah pencapaian objektif
organisasi yang telah dibuktikan oleh tokoh Sarimah Hanim.
Pengurusan sumber manusia merujuk kepada amalan, dasar dan sistem yang
mempengaruhi tingkahlaku, sikap dan prestasi pekerja. Menurut Bohlander et al (2001),
pengurusan sumber manusia merangkumi penggabungan semua tenaga kerja yang
pelbagai untuk mencapai matlamat bersama. Pengurusan sumber manusia juga boleh
didefinisikan sebagai semua aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan manusia di
dalam firma (Boxall dan Purcell, 2008).
Pengambilan sumber manusia pula merupakan amalan yang menyentuh amalan-
amalan untuk mengurus sumber manusia yang merupakan aset penting bagi sesebuah
organisasi. Tanpanya aset lain seperti modal, mesin, peralatan, bangunan dan lain-lain
tidak dapat dijana bagi mencapai sesuatu matlamat yang terdapat dalam buku “Amalan
pengurusan sumber manusia mengikut Al-Quran dan Hadis” yang diterbitkan oleh
tokoh Ilhamie Abdul Ghani Azmi (PHD).Pengambilan sumber manusia merupakan
pengambilan tenaga manusia yang melibatkan beberapa proses seperti merekrut,
melalui pemilihan, penawaran kerja dan induksi dalam kajian Noreha Binti Isa dalam
kajiannya mengenai sumber manusia pada tahun (2012).
Terdapat empat kaedah pengambilan sumber manusia dalam menarik minat calon-
calon iaitu iklan, hebahan umum, head hunting dan walk in. Iklan atau pengiklanan
merupakan pemberitahuan kepada orang ramai melalui surat khabar, televisyen, radio
dan lain-lain (Kamus Dewan, 1996: 480-481) . Melalui iklan juga, syarikat-syarikat
besar kebiasaannya membelanjakan beribu-ribu wang ringgit dalam sebulan hanya
untuk kegunaan iklan. Oleh itu, pengiklan perlulah mencipta iklan yang lebih kreatif
supaya dapat menarik minat perhatian orang ramai.
Resume adalah suatu kenyataan yang disusun padat bagi memberitahu secara
ringkas mengenai seseorang. Ia bukanlah seperti biodata yang menterjemahkan hal-hal
peribadi dan kehidupan seharian. Resume merupakan satu medium bagi membolehkan
sesebuah majikan atau pihak tertentu untuk mengetahui diri seseorang yang berkaitan
dengan kepentingan dan keperluan majikan atau pihak tersebut (Mawardi Yunus,
2016).
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah:
2.1 Menganalisis amalan pengambilan sumber manusia bagi syarikat Pengurusan
Perundingan Hytech SDN. BHD dan syarikat Ajinomoto Malaysia Berhad.
2.2 Menganalisis amalan pengambilan sumber manusia bagi syarikat Shakeeya
SDN. BHD dan Syarikat Kumpulan Keselamatan SafetyWare untuk jawatan
pengurusan bawahan.
2.3 Membuat perbandingan antara peringkat pengurusan berdasarkan iklan yang
dikaji.
2.4 Menyediakan resume bagi jawatan Business Development Executive yang
ditawarkan oleh Syarikat Meridin Properties SDN. BHD.

Anda mungkin juga menyukai