Anda di halaman 1dari 6

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TUGASAN INDIVIDU

TUGASAN 2

NAMA :
MUHAMMAD NUR FAHIM BIN MOHD FUAD

NO. MATRIK :

D20202095979

PENSYARAH :

DR. FARA DAYANA BINTI MOHD JUFRY


DR. PATRICIA ANN HARDWICK
ATP3183 TEATER TRADISIONAL MAK YONG
Soalan dan perincian tugasan:
Tugasan ini adalah tugasan individu.
1. Pilih dan tonton satu persembahan Mak Yong yang pernah dipentaskan.
2. Analisis persembahan tersebut dan bandingkan dengan persembahan yang terdapat
di kampung.
3. Tulis refleksi tentang perbandingan tersebut dengan format berikut:-
- minimum lima (5) muka surat
- font Times New Roman
- saiz font 12

Umum mengetahui bahawa drama tari Mak Yong merupakan satu bentuk teater

tradisional yang menggabungkan unsur-unsur lakonan, nyanyian dan tarian dalam

persembahan yang terdapat di negara kita, secara khususnya popular di negeri pantai

timur iaitu negeri Kelantan. Mak Yong juga merupakan khazanah warisan negara

yang perlu terus dipelihara kerana telah diiktiraf oleh badan warisan dunia iaitu

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Teater

tradisional ini telah wujud sekian lama dan telah berevolusi mengikut kesesuian

zaman-zaman tertentu sehingga wujudnya bentuk dan struktur persembahan yang

sedia ada dan boleh dilihat pada masa kini. Hal ini demikian kerana, wujudnya

perubahan ke atas teater tradisonal ini dari segi tujuan persembahan yang pada era ini

memberikan tumpuan dan pengkhususan pementasan komersial di atas pentas

seterusnya berbeza dengan persembahan Mak Yong di kampung oleh kumpulan-

kumpulan tertentu.
Mengikuti perkembangan teater tradisional secara terperinci dengan melakukan

pembelajaran dan terlibat sama dalam pengalaman menonton persembahan teater

tradisional Mak Yong Anak Raja Gondang yang bertempat di Universiti Sains

Malaysia(USM) Pulau Pinang, saya dapat menganalisis struktur persembahan

komersial dengan persembahan Mak Yong di kampung.

Tujuan persembahan Mak Yong di kampung pada asalnya adalah bertujuan

pengubatan tradisional dalam merawat penyakit-penyakit yang sinonimnya dengan

‘semah angin’, sembah guru, dan main puteri. Sehingga kini, masih wujud

kepercayaan terhadap semangat spiritual dalam setiap persembahan Mak Yong di

kampung. Hal ini demikian jauh berbeza dengan tujuan persembahan Mak Yong

komersial yang telah dimurnikan dengan tujuan untuk hiburan semata-mata untuk

dipentaskan di khalayak umum. Jika dilihat dari aspek tempat pementasan, hal ini

bergantung kepada konvensi persembahan dan cara ia dipentaskan. Untuk

persembahan spiritual dan juga di gelanggang kampung, maka persembahan selalunya

dipentaskan di tanah lapang ataupun bangsal. Manakala bagi persembahan non

spiritual selalunya dipentaskan di istana dan di panggung-panggung yang sesuai.

Wujudnya perbezaan konvensi panggung dan tempat Mak Yong dipersembahkan ini

boleh juga mengambil kira kedudukan penonton sewaktu persembahan. Persembahan

Mak Yong di kampung pada lazimnya dimainkan dalam pentas arena yang menuntut

penonton untuk duduk mengelilingi pentas dan persembahan komersial Mak Yong

pula kebiasaanya dipentaskan di pentas proscenium seperti persembahan Mak Yong

Anak Raja Gondang yang dipentaskan di USM.

Struktur persembahan merupakan salah satu nilai-nila yang perlu dijaga di dalam

persembahan Mak Yong sama ada didalam konteks komersial dan semestinya di

kampung. Istilah buka panggung, mengadap rebab dan pecah cerita merupkan
tuntutan di dalam setiap persembahan Mak Yong. Namun begitu, didalam

persembahan Mak Yong komersial, istilah buka panggung masih ada namun tidak

seperti buka panggung yang dimainkan di kampung dengan dimulakan bacaan

kenduri, buka alat-alat muzik, buka panggung dan lagu bertabek. Tempoh dan masa

bermain Mak Yong kampung dan komersial juga berbeza dan wujudnya jurang masa

yang agak jauh dan panjang antara dua jenis cara persembahan ini. Ini kerana,

persembahan Mak Yong di kampung dimainkan bermula lewat malam sehingga

subuh dan disambungkan permainan pada keesokan harinya yang boleh menjejak ke

3-4 hari. Manakala tempoh masa persembahan Mak Yong komersial dimainkan dalam

tempoh 1 hingga 2 jam.

Mengualas cara bermain Mak Yong komersial dan Mak Yong kampung tidak banyak

wujudnya perbezaan ketara dari sudut repertoir. Hal ini demikian kerana pada

dasarnya kebanyakkan persembahan Mak Yong masih mengekalkan dan

menggunakan cerita-cerita pokok dalam Mak Yong iaitu seperti Dewa Muda, Raja

Tangkai Hati, Raja Bijak Laksana, Gading Betimang, Raja Muda Lakleng dan Raja

Besar Ho Gading. Persembahan di USM itu turut membawa cerita pokok dalam Mak

Yong iaitu Anak Raja Gondang. Maka, secara jelasnya wujud persamaan dalam

perbandingan persembahan Mak Yong komersial dengan Mak Yong yang dimainkan

di kampung dari aspek repertoir dan penceritaan. Namun begitu, ada juga

perkembangan dalam persembahan komersial Mak Yong yang dimainkan di jalanan

dengan membawa naskhah Shakespere.


Konvensi muzik dalam Mak Yong bagi dua cara persembahan ini masih sama seperti

rebab, gendang ibu, gendang anak dan tetawak. Namun ada juga penambahan alat

muzik seperti serunai, kesi dan canang. Dari aspek repertoir lagu dalam Mak Yong,

persembahan Mak Yong komersial yang dipersembahkan oleh beberapa produksi

tertentu masih menggunakan kesemua jenis repertoir lagu dan ada yang lansung tidak

menggunakanya. Perkara ini turut berbeza dengan cara penggunaan lagu repertoir

Mak Yong kampung yang lazimnya menggunakan semua lagu di dalam

persembahannya.

Penggunaan tatarias dan kostum di dalam persembahan Mak Yong bukanlah satu

perkara yang asing. Hal ini kerana di dalam persembahan Mak Yong di kampung,

mereka mengekalkan pemakaian seperti ra, destar ataupun tanjak dan juga kain batik.

Namun, persembahan Mak Yong komersial telah memurnikan lagi kostum bagi setiap

watak dengan menghasilkan dari bahan yang lebih baik dan lebih kepada nilai

persembahan komersial.Penggunaan tatarias di dalam persembahan Mak Yong di

kampung tidaklah berat seperti persembahan Mak Yong komersial yang

menggunakan bahan dan alaan tatarias kosmetik dan sesuai dengan pnggunaanya di

atas pentas bagi menjaga nilai komersial. Penggunaan prop juga masih kekal

digunakan di dalam kedua-dua cara persembahan dengan wujudnya prop seperti rotan

berai dan parang untuk wata peran.

Melihat dari sudut repertoir tarian di dalam persembahan Mak Yong, pada dasarnya

perlu mengikut postur asas tari seperti rendah tubuh, seding dada dan liuk pinggul.

Repertoir tari dalam Mak Yong seperti tarian mengadap rebab, tarian bulatan,

sedayong pak yong, barat anjur dan barat cepat masih lagi dipersembahkan di pentas

komersial dan semestinya satu kemestian persembahan Mak Yong di kampung.


Secara keseluruhanya, tidak dapat dinafikan wujudnya perbezaan antara persembahan

Mak Yong di kampung dan persembahan Mak Yong komersial dari beberapa sudut

dan aspek seperti tujuan persembahan, penggunaan konvensi persembahan, panggung

dan kostum serta tatarias. Namun, persembahan Mak Yong masih lagi mengikut

struktur dan repertoir yang sewajarnya bagi mengekalkan keunikan dan keaslian

khazanah seni warisan negara ini. Akhir sekali, persembahan Mak Yong

dipersembahkan dengan tujuan-tujuan hiburan walaupun bergantung di tempat-tempat

tertentu dan cara ia dipersembahkan.

Anda mungkin juga menyukai