Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN INDIVIDU

LAPORAN WACANA

KOD KURSUS : UQI 10402

NAMA KURSUS : PENGANTAR PENGAJIAN ISLAM

FAKULTI : FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

NAMA PELAJAR : EZZATUL QHAIRINA BINTI MOHAMED ZAILANI

NO. MATRIK : AA200092

SEKSYEN :1

NAMA PENSYARAH : DR. FAISAL BIN HUSEN ISMAIL


I. PENDAHULUAN

Dalam pembangunan Islam,ekonomi merupakan tunjang bagi memperoleh hasil


pendapatan yang akan menampung seluruh rakyat kerana ekonomi adalah antara salah satu
aspek paling penting bagi membangunkan sebuah negara.Oleh hal demikian,sudah
semestinya sistem muamalat yang berteraskan Islam juga memainkan peranan penting bagi
mengawal dan menjaga hal ehwal mengenai kewangan sesebuah negara untuk terus
membangun.Tambahan lagi,muamalat juga berkaitan dengan urusan dunia melalui aktiviti
seharian seseorang seperti jual-beli,pinjam-meminjam,tukar- menukar dan lain-lain.

Dari segi bahasa,muamalat berasal dari perkataan aamala,yuamilu dan muamalah


yang memberi maksud perlakuan atau tindakan terhadap orang lain atau perhubungan
berkepentingan manakala dari segi istilah pula ialah sebarang bentuk peraturan perhubungan
dan persetujuan bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian
manusia,terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan dan
perdagangan.Secara umumnya,muamalat ini juga merupaka tatacara atau peraturan dalam
perhubungan manusia dengan manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang
berlandaskan kepada Syariat Allah SWT yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam.

Justeru itu,segala harta yang terdapat di dunia ini sama ada di muka bumi atau di
seluruh dasar lautan,semuanya adalah hak mutlak Allah SWT.Setiap manusia di muka bumi
ini memiliki harta yang disediakan oleh Allah SWT melalui kemahiran dan ilmu pengetahuan
yang dianugerahkan oleh Nya kepada mereka.Oleh itu,janganlah sesekali menyalahgunakan
anugerah yang telah diberi oleh Allah SWT seperti melakukan perbuatan riba.Riba dari segi
bahasa bermaksud tambahan (al-ziyadah) atau kenaikan.Dari segi istilah pula bermaksud
penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman atau yang dijanjikan oleh penerima pinjaman
manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang,ia bermaksud perbezaan nilai
akibat kuantiti berbeza atau perbezaan waktu pertukaran.Sesungguhnya hukum mengambil
dan menggunakan harta riba itu adalah haram,tidak kira untuk kegunaan diri sendiri atau
diberikan kepada orang lain.
II. KANDUNGAN VIDEO

Berdasarkan video yang telah dimuat naik di laman ‘Youtube’ oleh Muazzin Elias
yang bertajuk Bahaya Riba,terdapat banyak pengajaran yang dijelaskan boleh diambil iktibar
mengenai balasan perbuatan riba mengikut hukum Islam.Menurut seseorang individu di
dalam video tersebut memberitahu mengenai sebuah hadith ada berkata bahawa Rasulullah
SAW pernah bersabda,riba mempunyai 73 pintu dosa dan nilai dosa yang paling ringan sekali
umpama seperti seseorang yang berzina dengan ibunya sendiri.Semua orang yang memakan
riba dalam kehidupannya di dunia ini juga akan mendapat azab dari Allah SWT dari mula
kematiannya hingga di hari kiamat dengan berbagai seksaan.

Di dalam video itu menjelaskan bahawa golongan orang yang memakan riba ketika di
dunia adalah seolah-olah golongan ini berperang dengan Allah SWT dan Rasulullah
SAW.Menurut video itu juga ada menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah
bersabda,baginda pernah bermimpi terdapat seseorang yang sedang berenang di dalam sungai
darah sementara di pinggir sungai itu terdapat orang lain yang memegang batu.Ketika orang
yang sedang berenang di tengah sungai itu ingin ke pinggir sungai,maka orang di pinggir itu
melempari mulutnya dengan batu hingga orang itu kembali ke tengah sungai darah itu
semula.

Penjelasan di dalam video itu juga ada mengatakan bahawa pada hari kiamat,orang
yang mengamalkan riba akan dibangkitkan oleh Allah SWT dalam keadaan yang terhuyung
hayang seperti orang yang kerasukan syaitan kerana perut mereka telah diberatkan dan
dibesarkan akibat memakan benda yang haram di dunia.Selain itu,balasan perbuatan riba juga
menyebabkan daging seseorang pemakan riba iaitu sesuatu yang haram tidak berhak
mendapat syurga Allah SWT.Semua perkara ini menjelaskan bahawa seseorang yang
memakan harta riba akan terus diseksa oleh Allah SWT bermula dari kematiannya sehingga
di hari kiamat.

Berdasarkan video rancangan Halaqah yang dimuat naik oleh Izwan Mohamed
Nordin di laman ‘Youtube’ yang bertajuk ‘Fatwa JAKIM Takaful vs Insuran’,terdapat
banyak penjelasan oleh Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud yang merupakan Penolong
Pengarah (Syariah) Bahagian Penyelidikan,JAKIM mengenai usaha untuk mengelakkan diri
daripada terjebak dengan perbuatan riba.Menurut beliau,terdapat beberapa fatwa yang diberi
oleh para ulama’ seperti semua umat Islam berkewajipan untuk berada pada jalan yang betul
dengan menyertai insurans dan takaful Islam yang diberi kelulusan syarak.Selain itu,beliau
juga menyatakan bahawa semua umat Islam hendaklah memiliki elemen pengorbanan dalam
pelaburan wang tanpa rasa bersalah dan berasa rugi supaya tanggungan beban dosa riba
dalam tempoh pinjaman kewangan tersebut berakhir.Oleh itu,umat Islam dapat meninggalkan
dunia ini tanpa bergelumang dengan dosa riba yang balasannya sangat menggerunkan.

Selain itu,beliau juga menyarankan untuk menukar kepada perbankan Islam jika ada
individu yang mempunyai akaun simpanan di perbankan konvensional supaya dapat
menjauhi kontrak-kontrak yang jelas ribanya.Kedua,beliau menyuruh umat Islam meletakkan
azam untuk berubah dengan memastikan ilmu yang diperoleh itu disebarkan kepada ahli
keluarga terdekat dan masyarakat.Hal ini supaya masyarakat menyedari bahawa riba ini
adalah satu jenayah syariah yang sangat besar dalam Islam sehingga para imam mengatakan
bahawa mereka tidak pernah menjumpai jenayah syariah lain yang Allah SWT akan
mengisytiharkan perang melainkan dosa makan riba.Oleh hal yang demikian,sebagai umat
Islam,kita bertanggungjawab untuk memberi dakwah dan nasihat dengan menceritakan
perkara ini kepada orang lain supaya mereka juga melakukan perubahan untuk terus
komitmen dalam akaun-akaun atau perkara yang berhubung kait dengan perbankan Islam.

Menurut beliau juga umat Islam perlulah memantapkan kefahaman dengan menuntut
ilmu seperti di surau atau kuliah masjid serta digalakkan melabur wang kepada majlis ilmu
supaya dapat memanfaatkannya di akhirat dan menyelamatkan diri daripada dosa
riba.Rasulullah SAW pernah bersabda,orang yang memakan riba,Allah tidak akan
memakbulkan dosa mereka.Akhir sekali,anak-anak Adam a.s juga tidak akan terlepas dari
soalan Allah SWT iaitu dari mana dan ke arah mana perbelanjaan harta yang anak-anak
Adam a.s ini peroleh.

III. HUBUNGKAIT DENGAN ‘PRINSIP MUAMALAT ISLAM’

Berdasarkan video pertama dan kedua itu mendapati bahawa segala urusan muamalat
seperti jual beli hukumnya adalah harus,namun apabila terdapat nas-nas syarak yang
mengharamkannya maka urusan tersebut akan menjadi haram dilakukan oleh manusia.Selain
itu,dapat difahami juga bahawa hak antara manusia dengan manusia lain perlulah dijaga
dengan tidak memakan harta orang lain yang bukan haknya.Hal ini kerana perbuatan
memakan riba adalah haram di sisi Islam kerana melakukan perbuatan merampas hak orang
lain dengan cara penipuan dalam perniagaan untuk memperoleh hak yang bukan
miliknya.Disebutkan dalam Surah Al-Imran ayat 130 bermaksud: “Hai orang-orang yang
beriman,janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu
kepada Allah supaya kamu mendapat keuntungan”.

Prinsip Muamalat Islam sudah memberi penjelasan kepada semua manusia mengenai
cara melaksanakan urusan muamalat mengikut cara Islam dengan betul agar dapat
menghindarkan diri daripada terjebak dengan unsur riba.Terdapat tiga bahagian muamalat
Islam iaitu simpanan (wadi’ah),pinjaman (qard) dan pelaburan (mudharabah).

Simpanan (wadi’ah) ini adalah berkaitan dengan institusi kewangan atau perbankan
Islam.Sistem ekonomi Islam mempunyai piawaian tetap iaitu al-Quran dan as-Sunnah
sebagai sumber yang jelas mengenai perkara asas muamalat seharian yang menjelaskan
suruhan dan larangan apabila melakukan sesuatu transaksi kerana sistem perbankan Islam ini
berlandaskan undang-undang Islam. Sistem perbankan Islam juga mengutamakn keadilan dan
kejujuran serta menjaga kepentingan individu.Ia merupakan satu alternatif kepada tawaran
perbankan konvensional yang berunsur riba.Al-Wadi’ah ini diwujudkan adalah bertujuan
untuk menjaga harta seseorang,menenangkan jiwa kepada orang yang bermusafir,dapat
mendidik manusia supaya mengamalkan sikap amanah,bertanggungjawab dan berdisiplin dan
lain-lain.Namun begitu,masih terdapat ramai orang yang masih berpendapat bahawa operasi
bank-bank Islam adalah sama dengan operasi bank-bank konvensional.

Pelaburan (mudharabah) pula ialah perniagaan dengan persetujuan kedua-dua pihak


untuk menanggung untung dan rugi bersama,di mana pemodal atau pelabur menanggung
kerugian dari segi modal manakala pengusaha menanggung kerugian dari segi
usaha.Mudharabah ini dilaksanakan adalah untuk meringankan beban dan memberi
kemudahan kepada manusia,dapat mewujudkan amalan tolong-menolong sesama anggota
masyarakat,dapat membiasakan diri dengan sifat amanah dan jujur dalam menjalankan
tanggungjawab terutamanya berkaitan dengan harta yang diamanahkan dan lain-lain.Oleh
itu,umat Islam haram melabur dalam perbankan konvensional kerana pelaburan tersebut tidak
dibangunkan mengikut konsep pelaburan Islam dan perbankan konvensional juga turut
terlibat dalam pelaburan di dalam sektor-sektor yang tidak mematuhi syariah yang
melibatkan perjudian,riba dan gharar.

Selain itu,takaful juga merupakan salah satu konsep insurans berasaskan muamalat
Islam yang berlandaskan hukum Syariah yang bermaksud satu kumpulan untuk saling jamin
menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut
ditimpa sesuatu musibah.Hal ini membuktikan bahawa Allah SWT tidak sekali-kali memberi
kesempitan ke atas setiap umat Islam.Takaful ini juga diharuskan kerana tiada unsur
gharar,tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan serta bukan berbentuk perniagaan
sebaliknya amalan insurans konvensional adalah bercanggah dengan konsep insurans yang
dibenarkan dalam Syariah.Seterusnya,Takaful menggunakan gabungan dua jenis aqad
(kontrak) utama iaitu kontrak Tabarru’(derma) dan Wakalah (ejensi) yang semestinya bebas
daripada sebarang unsur riba,perjudian dan gharar.

IV. RAMALAN KESAN DARIPADA VIDEO

Berdasarkan kedua-dua video tersebut,kesedaran umat Islam semakin jelas tentang


perbuatan memakan harta riba ini akan merosakkan kehidupan dan ekonomi masyarakat
sekeliling kerana sistem riba ini melibatkan urusan muamalat yang tidak betul kerana tidak
berlandaskan muamalat Islam.Hal ini akan menyebabkan seseorang itu memiliki sifat malas
kerana dapat menyimpan wangnya di dalam bank dan boleh mengambil faedahnya tanpa
bersusah payah mencari rezeki.Oleh itu,riba juga boleh meningkatkan kadar pengangguran
dalam kalangan masyarakat.

Selain itu,umat Islam menyedari bahawa pemakan harta riba akan diperangi oleh
Allah SWT dan RasulNya serta akan dilaknat dari awal kematiannya hingga ke hari akhirat
dengan berbagai jenis seksaan.Hal ini kerana golongan pemakan riba ini telah melakukan
perbuatan seperti penipuan,perampasan dalam harta benda dan penindasan ke atas orang
lain.Jadi,haram hukumnya untuk manusia melakukan perbuatan pecah amanah ataupun
dengan tujuan mengkhianati orang lain.Oleh itu,setiap umat Islam perlu mematuhi Prinsip
Muamalat Islam supaya dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan unsur-unsur riba.

Seterusnya,video-video tersebut juga memberi kesedaran terhadap setiap umat Islam


yang menggunakan perbankan serta insurans dan takaful konvensional supaya berpindah
kepada perbankan serta insurans dan takaful Islam.Hal ini kerana perbankan Islam
mengamalkan transaksi jual beli atau sewa asset dan bukan akad pinjaman wang,perbankan
Islam juga mensasarkan keuntungan berdasarkan prinsip Islam bagi menjaga manfaat
masyarakat,melibatkan dan menyediakan proses pembayaran zakat dan lain-lain.Perkara ini
membuktikan bahawa perbankan Islam sangat mengutamakan kepentingan ekonomi
masyarakat dan bebas daripada sebarang unsur riba.Oleh itu,umat Islam sewajarnya menjauhi
perbankan konvensional di mana kontrak-kontraknya jelas riba.
Akhir sekali,masyarakat juga akan memanfaatkan wang simpanan yang ada dengan
melabur kepada majlis-majlis ilmu supaya dapat membersihkan diri daripada dosa riba.Pada
masa yang sama,umat Islam juga dapat memantapkan kefahaman dengan lebih mendalam
mengenai agama di majlis ilmu,surau dan masjid supaya ilmu yang diperoleh dapat dikongsi
bersama ahli keluarga terdekat dan masyarakat sejagat terutamanya tentang bahayanya riba.

V. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya,sistem muamalat Islam yang berlandaskan undang-undang


sangat dititikberatkan bagi menguruskan hal ehwal kewangan Islam.Hal ini adalah supaya
segala unsur-unsur penipuan seperti riba dapat dielakkan dalam kalangan masyarakat.Riba
adalah dilarang di dalam al-Quran dan hukumnya juga adalah haram kerana muamalat Islam
sangat mementingkan keadilan dan kejujuran dalam urusan muamalat.

Sepertimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 278 hingga 279 yang
bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman,bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa-
sisa (dari berbagai jenis) riba jika kamu orang-orang yang beriman.Maka jika tidak
mengerjakan (meninggalkan sisa riba),maka ketahuilah bahawa Allah dan RasulNya akan
memerangimu.Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba),maka bagimu pokok
hartamu;kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya”

Setiap umat Islam hendaklah mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan
segala laranganNya supaya mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT.Oleh itu,umat
Islam pasti akan bebas daripada perkara-perkara yang mendatangkan kemudaratan terhadap
diri sendiri apabila dengan berpandukan Al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan di
dunia.Hal ini telah membuktikan bahawa Islam itu mudah dan sangat mengambil berat
terhadap penganutnya.

Oleh hal yang demikian,setiap urusan muamalat seperti jual beli perlulah menepati
asas Prinsip Muamalat Islam misalnya dengan mengamalkan sifat kejujuran dalam urusan
jual beli.Urusan muamalat yang mempunyai unsur-unsur riba iaitu
penipuan,rasuah,penindasan,rasuah dan lain-lain merupakan bentuk urus niaga yang
bertentangan dengan syariat Islam.Selain itu juga keuntungan yang diperoleh daripadanya
tidak akan diterima dan jauh sekali mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai