Anda di halaman 1dari 13

KPR 3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar

Tugasan Individu Refleksi Praktikum

Disediakan oleh : Nurfarhana Binti Md Radzi (D20172080385) - AT 19

Kumpulan Kuliah : AT19B

Pensyarah : Profesor Madya Dr. Nordin Bin Mamat


ISI KANDUNGAN

1.0 Isu 1 : Penerangan tentang Rancangan Pengajaran Aktiviti (RPA) dan

tugasan kerja kepada kanak-kanak kurang jelas.

1.1 Masalah

1.2 Analisis Masalah

1.3 Cadangan

1.4 Kesimpulan

2.0 Isu 2 : Kanak-kanak tidak dapat mengawal motor halus mereka

dengan baik.

2.1 Masalah

2.2 Analisis Masalah

2.3 Cadangan

2.4 Kesimpulan
1.0 Isu 1 : Penerangan tentang Rancangan Pengajaran Aktiviti (RPA) dan tugasan

kerja kepada kanak-kanak kurang jelas.

1.1 Masalah

Isu pertama yang saya kenal pasti ialah masalah saya dalam berkomunikasi dengan

kanak-kanak. Apabila saya menerangkan RPA dan tugasan kerja kepada kanak-kanak,

percakapan saya agak kurang jelas serta saya juga sering kali bercakap menggunakan bahasa

aras tinggi. Ini menyebabkan kanak-kanak kurang faham berkaitan tugasan yang mereka

perlu siapkan. Guru pembimbing memberitahu saya bahawa suara saya agak sedikit perlahan

dan penerangan saya agak susah untuk kanak-kanak fahami. Beliau menyuruh saya bercakap

dengan lebih kuat, jelas dan menggunakan bahasa yang mudah. Disamping itu, beliau juga

membimbang saya dengan membantu memperjelaskan maklumat tugasan kerja kepada

kanak-kanak berdasarkan arahan yang telah saya berikan kepada kanak-kanak di taska.

1.2 Analisis Masalah

Punca berlakunya masalah Ini adalah disebabkan oleh perasaan gementar atau takut semasa

bercakap dihadapan guru pembimbing dan juga kanak-kanak. Sebagai pendidik, saya

sewajarnya menangani masalah ini agar ia dapat diatasi dengan segera. Kegagalan dalam

menyelesaikan masalah ini akan memberi kesan yang buruk kepada hubungan saya dan juga

kanak-kanak. Hal ini demikian, jika saya tidak dapat menyampaikan maklumat dengan jelas,

maka kanak-kanak tidak akan mendengar arahan saya disamping minat mereka juga akan
berkurang terhadap subjek yang diajarkan saya kepada mereka. Oleh sebab itu, masalah ini

haruslah dikawal dengan jayanya agar saya dapat menjadi pendidik yang berwawasan tinggi

pada maka akan datang.

1.2 Cadangan

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi ini, saya bercadang untuk melakukan latihan/praktis

bercakap dihadapan kanak-kanak dengan lebih kerap. Saya juga akan melakukan rakaman

video berkaitan persembahan simulasi RPA kepada kanak-kanak. Dengan latihan-latihan

sebegini, diharapkan masalah gementar saya ini akan hilang sepenuhnya pada masa akan

datang. Saya juga perlulah berani dan membuang segala unsur-unsur negatif dalam diri saya

agar masalah ini tidak akan menganggu saya lagi semasa bercakap dengan kanak-kanak dan

juga guru pembimbing.

1.3 Kesimpulan

Kesimpulannya, penerangan maklumat berkaitan rancangan pengajaran aktiviti haruslah

disampaikan dengan lebih jelas agar kesemua kanak-kanak dapat memahami dan

mempelajari subjek tersebut dalam keadaan yang menyeronokkan. Kebersanan sesuatu RPA

bergantung kepada cara penyampaian guru kepada kanak-kanak. Oleh sebab itu, sebagai

pendidik hendaklah mewujudkan RPA yang dapat memberikan kesan yang mendalam

terhadap akademik bahkan juga sahsiah kanak-kanak. Dengan itu, saya lampirkan semula

satu RPA yang lengkap, mudah dan jelas agar kelemahan yang lalu tidak akan berulang lagi

pada masa akan datang.


Rujukan & Lampiran

Kurikulum PERMATA Negara. (n.d.). Retrieved from

https://www.academia.edu/25939052/Kurikulum_PERMATA_Negara

Lampiran Rancangan Pengajaran Aktiviti (RPA):-

Nama Guru :Nurfarhana binti Md Radzi


Kelas : 4 tahun
Tarikh :-
Masa : 60 minit
Bilangan Murid : 22 orang
Standard Pembelajaran :-
Bidang Pembelajaran (KPN): Perkembangan Sosio- Emosi, Sahsiah, Estetika,
Perkembangan Deria dan Dunia Persekitaran, Bahasa
Tahap Perkembangan(KPN): - Meneroka warna, tekstur, bentuk, dan ruang dalam dua
atau tiga dimensi,
- Sentiasa tekun dan rajin,
- Boleh menggambarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan
objek
- Boleh mengambil bahagian dalam perbualan dengan
aktif
Tunjang (KSPK) :-
Tema : Negaraku Malaysia
Sub Tema : Bendera Jalur Gemilang
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat:
1. Menyanyikan lagu “Negaraku” bersama-sama mengikut rentak muzik
2. Mewarna gambar bendera Malaysia dengan warna yang betul.
Pengetahuan Sedia Ada: : Kanak-kanak tahu warna bendera Malaysia.
Bahan Bantu Mengajar : Speaker, laptop, pensel warna, video, kertas A4, gam, gunting,
batang kayu
Masa / Strategi PdP Aktiviti PdP Catatan
Langkah
Set Sua kenal 1. Guru bertanyakan khabar
Induksi(5 kepada kanak-kanak
minit)

Langkah 1(8 Teknik: 1. Guru mengajak kanak-kanak


minit) Penyoalan untuk menyanyikan lagu ‘Jalur
Gemilang’ bersama-sama mengikut
Teknik: rentak muzik.
Nyanyian 2. Guru bertanyakan soalan kepada
kanak-kanak. Contohnya, “Apakah
yang terdapat
dalam gambar
ini?”

Langkah Teknik: 1. Guru meminta kanak-kanak


2( 30 minit) Tampalan untuk mewarna gambar Jalur
Gemilang yang terdapat dalam
kertas A4
2. Kanak-kanak diminta untuk
mengunting Jalur Gemilang
kemudian lekatkan/tampalkan Jalur
Gemilang di sebatang kayu.

Langkah 3(5 Teknik: 1. Guru meminta kanak-kanak


minit) Nyanyian untuk menyanyikan semula lagu
‘Jalur Gemilang’.
NT: Kerjasama
Penutup Rumusan 1. Guru berterima kasih kepada
(3 minit) kanak-kanak kerana berjaya
menjalankan tugasan dengan baik.

Reflection/ Refleksi:-

Strengths/ 
Kekuatan:
Weakness/ 
Kelemahan:

Improvements/ 
Penambahbaikan:

Contoh lampiran penilaian kanak-kanak taska:-

Assessment/Penilaian
No. Name/Nama HP 1 HP 2 HP 3
(Berminat (Mempertingkat (Kemahiran
untuk kemahiran merekacipta
menjalinkan menumpukan semakin
persahabatan) perhatian dan meningkatkan
pengamatan) dan lebih baik
dari segi
memilih alat,
bahan, dan
teknik yang
sesuai untuk
menghasilkan
sesuatu ciptaan )
T1 T2 T3 T1 T2 T3 T1 T2 T3
1. Nurin Balqis
2. Nur Hannah
3. Muhammad Muaz
4. Nur Aisyah
5. Nur Nailen
6. Muhammad Luqman
7. Qaisarah
8. Hani
9. Muhammad Harr’idz
Hayyan
10. Muhammad Hafiz
11. Muhammad Badrul
12. Aliya Sofiea
13. Puteri Nur Diana
14. Ahmad Luthfi
15. Ain Wardina
16. Siti Nur Aisyah
17. Muhammad Aminuddin
18. Muhammad Aiman
19. Muhammad Amirul
20. Puteri Nur Fatimah
21. Ikram Aiman
22. Nur Jasmine
23. Syarifah Umairah
24. Qaseh
25. Dinda

Petunjuk
T1: Kanak-kanak belum menguasai hasil pembelajaran.
T2: Kanak-kanak menguasai hasil pembelajaran.
T3: Kanak-kanak telah menguasai hasil pembelajaran.

2.0 Isu 2 : Kanak-kanak tidak dapat mengawal motor halus mereka dengan baik.

2.1 Masalah

Semasa melakukan Latihan Mengajar 1 (LM 1), saya lihat sebahagian kanak-kanak di dalam

kelas tidak dapat mengawal psikomotor halus mereka dengan baik. Ini dapat dilihat melalui

cara kanak-kanak memegang pensil, gunting dan cara mereka menulis masih berada tahap

kurang memuaskan. Saya sudah banyak kali membantu setiap daripada kanak-kanak yang

bermasalah ini untuk memegang alat tulis dengan betul dan menulis nama mereka sendiri

dengan tepat. Akan tetapi, sesetengah kanak-kanak tidak mengambil endah akan perkara ini

dan berharap pertolongan pendidik dengan sepenuhnya untuk menulis nama mereka sendiri

diatas kertas.

2.2 Analisis Masalah


Analisis masalah mendapati punca berlakunya masalah ini adalah disebabkan oleh kurangnya

latihan dan bimbingan berkaitan aktiviti motor halus, misalnya menulis dan menggunting. Di

taska, pendidik disana tidak mengajar atau membimbing setiap orang kanak-kanak untuk

melakukan aktiviti ini. Puncanya disebabkan oleh bilangan kanak-kanak yang terlalu ramai.

Kawalan keselamatan atau pantauan semasa aktiviti menggunting susah untuk dilakukan

kerana jumlah bilangan kanak-kanak tersebut. Semasa saya disana, saya sedikit sebanyak

membantu guru pembimbing bagi meringankan kerjanya dalam membantu mengajar setiap

daripada kanak-kanak cara untuk menggunting dan memegang alat tulis dengan betul. Beliau

sangat teruja melihat usaha saya untuk membantu kanak-kanak di taska tersebut.

2.3 Cadangan

Cadangan bagi menyelesaikan masalah ini adalah pendidik boleh mengambil inisiatif dengan

merancang semula RPA kepada kanak-kanak dengan melibatkan Tunjang Perkembangan dan

Psikomotor Kanak-Kanak yang terdapat dalam buku Kurikulum PERMATA Negara (KPN).

Dalam tunjang ini, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan pendidik untuk

meningkatkan motor halus kanak-kanak, misalnya aktiviti menguntai manik pelbagai jenis

dan bentuk; aktiviti menggunakan sudu dan garfu; menggunting pelbagai bentuk; mencantum

puzzle 12-25 kepingan/blok dan aktiviti mengurus diri dalam pelbagai situasi.

2.4 Kesimpulan

Penguasaan kemahiran motor halus sangatlah penting kepada kanak-kanak pada peringkat

awal kerana jika kanak-kanak sudah mahir mengawal motor halus mereka dengan baik. Maka,

pada masa akan datang, kanak-kanak juga berupaya mengawal motor kasar mereka dengan
jayanya. Hal ini kerana, kemahiran motor halus berkait rapat dengan kemahiran motor kasar

yang mana kedua-duanya penting kepada pembesaran dan tumbesaran kanak-kanak,

terutamanya dari segi jasmani, emosi, rohani dan juga intelektual. Dengan itu, saya lampirkan

satu RPA yang merangkumi Tunjang Perkembangan dan Psikomotor. RPA ini dihasilkan

bagi mengatasi masalah motor halus kanak-kanak di TASKA.

Rujukan dan Lampiran

3 Contoh Aktiviti Kemahiran motor Halus Untuk Diajarkan Kepada anak-anak. (2020, April

16). Retrieved from https://bidadari.my/aktiviti-kemahiran-motor-halus/

Kurikulum PERMATA Negara. (n.d.). Retrieved from

https://www.academia.edu/25939052/Kurikulum_PERMATA_Negara

Lampiran Rancangan Pengajaran Aktiviti (RPA):-

Nama Guru :Nurfarhana binti Md Radzi


Kelas : 4 tahun
Tarikh :-
Masa : 30 minit
Bilangan Murid : 22 orang
Standard Pembelajaran :-
Bidang Pembelajaran (KPN): Perkembangan Sosio- Emosi, Sahsiah, Kreativiti,
Perkembangan Deria dan Dunia Persekitaran, Bahasa,
Matematik, Fizikal dan Psikomotor
Tahap Perkembangan(KPN): - Boleh memberi tumpuan yang agak lama
- Boleh guna/pegang alat tulis dengan cara betul
- Boleh memadan dan mengelas objek
- Boleh mengenal dan menggunakan gabungan pelbagai
pengalaman dengan warna, bentuk, tekstur dan rasa dalam
penyelesaian masalah
- Meneroka warna, tekstur, bentuk, dan ruang dalam dua
atau tiga dimensi
- Membasuh dan mengeringkan tangan dengan bantuan
Tunjang (KSPK) :-
Tema : Buah-buahan
Sub Tema : Rasa Buah-buahan
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat:
1. Mengetahui rasa buah-buahan mengikut jenis dengan betul.
2. Membezakan rasa buah-buahan iaitu manis dan masam dengan betul.
3. Mengawal pergerakan motor halus mereka dengan baik sekali.
Pengetahuan Sedia Ada: : Kanak-kanak tahu buah-buahan tempatan misalnya pisang.
Bahan Bantu Mengajar : Buah-buahan, Lembaran Kerja, pisau dan papan pemotong

Masa / Strategi PdP Aktiviti PdP Catatan


Langkah
Set Pengenalan 1. Guru menyediakan BBM
Induksi(5 dihadapan kanak-kanak
minit)

Langkah 1(8 Teknik: 2. Guru bertanyakan soalan kepada


minit) Penyoalan kanak-kanak

Contohnya:
“Siapa pernah rasa
buah mangga?”
“Macammana rasa
buah mangga ?”

Langkah Teknik: 3. Guru mengeluarkan pisau dan


2( 20 minit) Kejutan papan pemotong dihadapan
kanak-kanak
4. Guru memotong buah-buahan
untuk diberikan kepada
Teknik: kanak-kanak.
Rasa NT: Kesabaran
5. Guru memanggil nama
kanak-kanak seorang demi seorang
untuk merasa buah-buahan
mengikut giliran.
Langkah 3(5 Teknik: 6. Guru memberi kanak-kanak
minit) Pembelajaran
lembaran kerja.
Berpusatkan
Kanak-kanak 7. Kanak-kanak diminta untuk
menyesuaikan gambar buah-buahan
Kaedah: NT: Mendengar
Scaffolding mengikut rasanya dengan betul. arahan

Penutup Rumusan 8. Guru berterima kasih kepada


(3 minit)
kanak-kanak kerana dapat
menyiapkan tugasan dengan
jayanya.

Contoh Refleksi:-

Strengths/ 
Kekuatan:

Weakness/ 
Kelemahan:

Improvements/ 
Penambahbaikan:

Contoh Penilaian Kanak-Kanak TASKA:-

Assessment/Penilaian
No. Name/Nama HP 1 HP 2 HP 3
(Melakukan (Melakukan (Mengenalpasti
pergerakan pelbagai rasa
dengan pergerakan motor buah-buahan
imbangan dan halus dengan mengikut
kawalan motor baik) jenisnya
dengan baik) dengan bagus
sekali)
T1 T2 T3 T1 T2 T3 T1 T2 T3
1. Nurin Balqis
2. Nur Hannah
3. Muhammad Muaz
4. Nur Aisyah
5. Nur Nailen
6. Muhammad Luqman
7. Qaisarah
8. Hani
9. Muhammad Harr’idz
Hayyan
10. Muhammad Hafiz
11. Muhammad Badrul
12. Aliya Sofiea
13. Puteri Nur Diana
14. Ahmad Luthfi
15. Ain Wardina
16. Siti Nur Aisyah
17. Muhammad Aminuddin
18. Muhammad Aiman
19. Muhammad Amirul
20. Puteri Nur Fatimah
21. Ikram Aiman
22. Nur Jasmine
23. Syarifah Umairah
24. Qaseh
25. Dinda

Petunjuk
T1: Kanak-kanak belum menguasai hasil pembelajaran.
T2: Kanak-kanak menguasai hasil pembelajaran.
T3: Kanak-kanak telah menguasai hasil pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai