Anda di halaman 1dari 2

Selepas itu, saya akan membentangkan Teori Keadilan.

Teori tentang Keadilan


merupakan hasil John Rawls pada tahun 1971, bertujuan untuk memberikan alternatif teori
moral untuk ultilitarianisme. Menurut John Rawls, keadilan adalah kesaksamaan. Beliau
menyatakan bahawa keadilan ini ialah kelebihan pertama dari institusi sosial, iaitu institusi
sosial perlu dibangunkan tanpa meminggirkan kepentingan masyarakat. Dalam teori ini,
terdapat dua konsep, bernama the original position and the vail of ignorance. The original
position menunjukkan persamaan kedudukan manusia sebagai moral individu yang dapat
merasakan konsep baik dan keadilan. Konsep ini seterusnya bergabung dengan konsep the
vail of ignorance, iaitu kejahilan. Ini bermaksud setiap pihak tidak mengetahui tentang fakta
mengenai kedudukan atau status sosial, tidak mengetahui nasib, kemampuan, kecerdasan dan
sebagainya. Hal ini adalah kerana sekiranya mereka mengetahui bahawa situasi tersebut
adalah menguntungkan atai tidak menguntungkan baginya, maka mereka tidak lagi berada
dalam the original position.
Menurutnya, masyarakat dijelaskan kepada dua elemen, iaitu kerjasama dan konflik. Konflik
sentiasa berlaku apabila terdapat ketidakadilan. Oleh itu, ketidaksamarataan bersyarat
dipraktikkan untuk menyelesaikan konflik. Ini ialah satu peraturan yang memastikan
perbezaan faedah yang diterima oleh setiap individu adalah seimbang dengan sumbangannya.
Rawls menyatakan dua prinsip asas. Pertamanya, membenarkan setiap orang mendapat
keadilan sebanyak yang mungkin supaya dapat menghalang penindasan, tekanan politik dan
diskriminasi. Kedua, ketidakadilan sosial dan ekonomu hanya dibenarkan apabila ianya
menguntungkan sebilangan kecil manusia.

Selepas itu, teori hak asasi manusia oleh John Locke. John Locke menyatakan adanya
hak kodrati yang melekat pada setiap diri manusia, iaitu hak atas hidup atau hak nyawa, hak
kebebasan, dan hak milik. Hak-hak ini bersifat individu kerana tidak dapat dicabut oleh
kerajaan atau negara. Individu boleh mendapatkan perlindungan atas hak-haknya dari negara.
Sekiranya negara melanggar hak-hak kondrati individu, rakyat berhak untuk mengganti
penguasa negara secara paksa. Namun begitu, fahaman ini erat sebelah kepada golongan yang
berjaya dan tida kmengendahkan golongan lemah. Manusia mempunyai hak, walaupun dalam
keadaan alam, dan justifikasi untuk menyatukan negara adalah untuk menlindungi hak-hak
ini. Dengan kata lain, masyarakat atau negaea yang membentuk kerajaan bertindak sebagai
wakil semua ahli untuk melindungi hak asasi individu mereka sebagai manusia.
Terdapat beberapa kritikan terhapdap teori ini. Pertamanya, konflik antara hak asasi dengan
hak positif dan negatif. Hak positif adalah berkait dengan tindakan orang atau kumpulan lain
manakala hak negatif tidak dikaitkan dengan tindakan orang atau kumpulan lain. Dalam teori
ini, hak negatif telah mengatasi hak positif. Kedua, konflik antara hak asasi dan keadilan. Hal
ini demikian kerana pasaran bebas mewujudkan ketidakadilan dalam masyarakat. Bukan itu
sahaja, manusia bebas memiliki harta dan kekayaan sehingga tidak terkawal. Kesannya, akan
wujud jurang antara kaya dan miskin. Ketiga, ini memupuk kehidupan peribadi berbanding
kerjasama sosial kerana manusia akan bersikap individulistik dan mementingkan diri sendiri
sahaja.
Seterusnya, saya akan membentangkan tentang kegunaan teori-teori etika dalam
kehidupan manusia. Pertamanya, mengenalpasti tanggungkawab etika. Kita akan
mempersyaratkan diri supaya mengamalkan sifat yang baik, contohnya, jujur, adil dan
menepati janji serta melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik.
Kedua, teori-teori akan menjadi panduan dan membantu indivudu dalam membuat keputusan,
kerana mereka akan bersikap rasional dan kritis. Mereka akan membuat pertimbangan yang
sewajarnya sebelum membuat keputusan.
Ketiga, meyelesaikan dilemma etika, iaitu keadaan di mana seseorang itu berhadapan dengan
pelbagai persolan mengenai tindakan yang boleh diambil atau sebaliknya. Etika memberi
panduan dengan mengarahkan perkembangan masayrakat menuju suasana teratur dan
sejahtera. Etika juga amat sesuai untuk dipraktikkan tanpa mengira kaum, agama, budaya,
kumpulan umur, masa dan juga keadaan.

Itu sahaja dari kami. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai