Anda di halaman 1dari 16

KUMPULAN 5: REAKSI

SOSIAL,KONFLIK SOSIAL DAN


DELINKUENSI
SUBJEK: PENYELEWENGAN SOSIAL DAN
DELINKUENSI REMAJA (KKD3023)

NAMA PENSYARAH: PROF.DR MOHAMMAD


AZIZ SHAH BIN MOHAMMAD ARIP

NAMA NOMBOR MATRIK


NUR AMIRA BINTI MANSOR D20182085602
NURFAIZAH BINTI AZMAN D20182085589
Apakah yang
dimaksudkan • Menurut Kamus Dewan(2003), tingkah laku devian didefinasikan sebagai
dengan perlakuan yang menyimpang dan melencong.
devian dan • Divien merupakan tingkah laku yang melanggar norma masyarakat dan
melanggar undang-undang, tidak mengira had umur serta tingkah laku yang
delinkuen ??? bersifat konvensional (yang biasa diamalkan) dan ia melibatkan moral.

• Delinkuen berasal daripada perkataan Latin iaitu “delinquere” bermaksud


terabai. Delinkuen bermula daripada masalah kecil sehingga besar yang boleh
menjadikan seseorang individu itu melakukan jenayah, antisosial dan
melanggar norma masyarakat.
Apa itu Teori Reaksi Sosial ???
(Social Reaction Theory)

 Teori reaksi sosial menunjukkan bahawa masyarakat mewujudkan


devian melalui sistem kawalan sosial yang menetapkan atau
melabel individu tertentu sebagai delinkuen, sehingga mendorong
golongan muda untuk menerima identiti peribadi yang negatif.

 Teori reaksi sosial ini menerangkan bagaimana tingkah laku


delinkuen yang berterusan berpunca daripada interaksi dan
pertemuan sosial yang merosakkan pandangan minda seseorang
individu itu terhadap dirinya sendiri.
Konsep Interaksi Simbolik

1. Konsep interaksi simbolik telah diperkenalkan oleh Herbert Blumer pada tahun
1939.
2. Interaksi simbolik adalah interaksi manusia yang berkomunikasi melalui simbol,
gerak isyarat, tanda, kata atau gambar yang bermaksud atau mewakili sesuatu
yang lain.
3. Simbol status seperti pemilikan, pangkat atau aktiviti, di mana pencapaian sosial
atau ekonomi seseorang diukur.
4. Sebagai contoh, apabila melihat seseorang dengan cincin di jari manis maka
secara automatik akan berfikir bahawa dia sudah berkahwin. Cincin itu bukan
hanya sekeping perhiasan tetapi perwakilan atau simbol status pemakainya.
Teori Labelling

1. Teori labeling ini diasaskan oleh Edwin M. Lemert dan sangat dipengaruhi oleh teori
Interaksionalisme Simbolik dari tokoh Herbert Mead.

2. Teori ini menekankan sejauh mana sesuatu kelakuan itu dikatakan atau dilabel sebagai devian dan
apakah pengaruhnya pada kelakuan seseorang itu.

3. Tingkah laku devians wujud disebabkan oleh penglabelan yang diberikan oleh masyarakat kepada
seseorang individu atau sekumpulan manusia yang akhirnya menyebabkan mereka cenderung
bertingkah laku yang benar-benar bertentangan dengan norma masyarakat.

4. Prinsip penting teori labelling ini digunakan secara berbeza sama ada memberi manfaat kepada
yang memegang kuasa ekonomi dan sosial atau menghukum manusia yang tidak berkemampuan
dan berdaya.
5. Edward Lemert membahagikan devian kepada devian primer dan devian sekunder.

Devian primer Devian skunder


Melibatkan pelanggaran norma atau jenayah Peristiwa devian menjadi perhatian orang
yang mempunyai pengaruh yang kecil lain seperti masyarakat yang akan
memberikan label negatif

6. Devian boleh berlaku pada diri seseorang anggota dalam masyarakatnya disebabkan oleh
pelbagai faktor seperti konsep kendiri yang rendah,faktor psikologi dan konflik dalam keluarga
Mentafsiran Devian

1. Definisi jenayah dan delikuensi adalah subjektif, mereka boleh berubah dari satu tempat ke tempat
yang lain dan dari tahun ke tahun yang baru.
2. Definisi jenayah dan delikuensi mungkin berbeza antara bidang kuasa undang-undang, mengikut
negara yang mungkin sah di negara ini tetapi tidak sah di negara lain.
3. Contohnya, terdapat banyak pentafsiran terhadap jenayah rogol, di beberapa buah negara seperti di
United State yang menganggap jenayah rogol berlaku jika selepas melakukan seks, jika seorang
lelaki masih bertindak untuk meneruskan meskipun telah di minta berhenti oleh pasangannya ,
namun di negeri lain tindakan yang sama dianggap sah dan dibenarkan maka tidak dianggap sebagai
jenayah merogol.

4. Setiap negara menetapkan had umur untuk persetujuan secara berbeza sebagai jenayah rogol
berkanun seperti di Malaysia,Kanun Keseksaan menjadikan sebarang hubungan seksual antara
lelaki dan wanita di bawah 18 tahun sebagai rogol sama ada dilakukan secara rela atau tidak,
berbeza pula di New Hampshire seawal umur16 tahun.
TEORI KONFLIK
SOSIAL
● Antara karya yang telah
dihasilkan ialah “ the
Communist Menifesto”,
Prinsip-Prinsip Komunisme,
Kemiskinan Filsafat.

● Merupakan seorang ahli


PENGASAS TEORI ● Diasaskan oleh Karl
sains sosial dan ahli
KONFLIK SOSIAL Marx
ekonomi.

● Berasal dari Jerman.


Pengertian Konflik

● Konflik bermaksud pertengkaran dan perbalahan.

● Konflik sosial pula adalah konflik antara anggota atau masyarakat yang menyeluruh
dalam kehidupan.Konflik adalah satu proses pencapaian matlamat dengan melemahkan
parti lawan, tanpa dengan mengambil kira norma dan nilai yang berlaku.

● Konflik juga adalah proses sosial yang berlaku dengan melibatkan orang atau
kumpulan yang saling mencabar dengan ancaman keganasan.

● Konflik juga didefinisikan sebagai perjuangan untuk memperoleh sesuatu perkara.


Undang-undang dan keadilan berdasarkan teori konflik

● Undang-undang adalah alat kuasa dan dipergunakan bagi menjaga dan mengawal
kepentingan mereka yang berkuasa.

● Selain itu, undang-undang memberi ruang kepada yang berkuasa untuk memperolehi
sesuatu atau memberi akses kepada mereka mendapat sesuatu secara sah.

● Mereka yang berkuasa akan sentiasa berusaha untuk menjaga dan mengekalkan kuasa
mereka supaya tidak jatuh ke tangan orang lain.
Globalisasi dan delinkuensi
-Globalisasi adalah proses menyebarkan unsur-unsur baru, terutama yang
berkaitan dengan maklumat di seluruh dunia melalui media cetak dan
elektronik, atau dapat juga ditafsirkan bahawa globalisasi bermaksud
kehilangan batas masa dan ruang kerana kemajuan dalam teknologi
maklumat.

-Kehadiran globalisasi pastinya memberi kesan kepada kehidupan kumpulan sosial


tertentu.

-Globalisasi mempunyai kesan yang sangat negatif sekiranya pengguna tidak


bersedia untuk menggunakan dan menerima globalisasi ini. Sebilangan besar orang
yang tidak bersedia menerima globalisasi adalah remaja.
Teori Konflik dan Pencegahan Delinkuensi: Keadilan
Pemulihan
● Konsep keadilan restoratif (The Concept of Restorative Justice) ialah perkara yang
melibatkan proses atau aktiviti di mana satu pertemuan atau perbualan di antara
mangsa dengan pesalah.

● Reintegrative shaming teori pemalukan reintegratif menekankan pentingnya


rasa malu kepada pesalah dalam hukuman jenayah. Teorinya mengatakan
bahawa hukuman harus diberi perhatian pada tingkah laku pesalah. Ia
dikembangkan oleh pakar kriminologi Australia John Braithwaite di Australian
National University pada tahun 1989.
● Persidangan Kumpulan Keluarga (Family Group Conferencing) adalah proses yang mana
melibatkan komuniti orang paling berpengaruh dengan jenayah dan mangsa iaitu ibubapa,
keluarga dan rakan-rakan dalam membuat keputusan penyelesaian janayah yang telah
berlaku antara mangsa dan pesalah.

● Keadilan Seimbang dan Restoratif (Balanced Restorative Justice) untuk Remaja


menerangkan bagaimana bidang kuasa menyeimbangkan pengembangan kecekapan,
tanggungjawab, dan tujuan keselamatan awam dalam usaha memulihkan mangsa,
masyarakat, dan pesalah serta membangun kembali hubungan yang putus.
Kesimpulan

1) Secarah kesimpulannya, teori reaksi dan teori konflik adalah merupakan teori yang sangat
penting dalam delinkuensi remaja.

2) Selain itu juga , globalisasi juga dapat memberi kesan samada negatif atau positif dalam
kalangan remaja pada hari ini
SOALAN

1) Sila berikan 1 contoh untuk simbolik status di bawah konsep interaksi


simbolik ?

2) Mengikut kefahaman anda, sila jelaskan tentang konsep keadilan restoratif.

3) Apakah pandangan anda tentang tajuk reaksi sosial, konflik sosial dan
delinkuensi ?

Anda mungkin juga menyukai