Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berdasarkan teori yang telah saya pelajari, aplikasi pembelajaran dan perkembangan pelajar
yang digunakan dalam situasi bilik darjah di sekolah pada hari ini ialah bersesuaian dengan
teori sosiobudaya Vygotsky. Hal ini demikian kerana, sosiobudaya memainkan peranan yang
penting dalam perkembangan pembelajaran seseorang individu di sekolah. Teori Vygotsky
telah menyarankan kukurikulum seharusnya direka bagi menekankan aspek interaksi dan
aspek pembelajaran. Kurikulum amat penting bagi melahirkan seorang pelajar yang efektif
dari segala aspek. Teori Vygotsky memberikan impak implikasi ke atas kegiatan
pembelajaran. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya menetapkan
objektif yang boleh dicapai oleh pelajar. Guru haruslah membantu pelajar dengan memberi
galakan dan semangat untuk mereka mencuba dan mengaplikasikan kemahiran supaya
mencapai segala objektif yang ditetapkan. Bantuan rakan sebaya yang mahir dari segala
aspek juga digalakkan dalam membantu pelajar yang lemah dalam sesuatu matapelajaran dan
memberi sokongan kepada rakan-rakan agar dapat memahami konsep yang diajar di dalam
kelas. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, kanak-kanak digalakkan untuk mengeluarkan
pendapat mereka dan mereka perlu dibimbing untuk merealisasikan idea mereka semasa
bercakap di dalam situasi yang memerlukan penyelesaian.

Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara. Teori Vygotsky sesuai digunakan dalam
mengaplikasikan pembelajaran dan perkembangan pelajar dalam bilik darjah di sekolah pada
masa kini. Teori ini menyatakan bahawa pentingnya interaksi sesama pelajar, guru dan orang
sekeliling. Kaedah berinteraksi ini sangat penting dalam mengaplikasikan pengajaran dan
pembelajaran di dalam peringkat sekolah. Seorang pelajar berhak menyuarakan pendapat
mereka dalam melakukan tugasan berkumpulan. Dengan ini , Kerjasama dalam kumpulan
dapat dilakukan dengan lebih baik bila mempunyai komunikasi yang baik sesama ahli
kumpulan. Bantuan rakan sebaya yang mahir dari segala aspek juga digalakkan dalam
membantu pelajar yang lemah dalam sesuatu matapelajaran dan memberi sokongan kepada
rakan-rakan agar dapat memahami konsep yang diajar di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai