Anda di halaman 1dari 7

More

ainzaba90@gmail.com
Dashboard
Sign Out

PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN


Pomizi Resources.Com

PEDAGOGI PENDIDIKAN
MODEL
TEORI
MODEL-MODEL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
MODEL
STRATEGI
Model pengajaran mengandungi unsur-unsur penting yang dapat memberi gambaran tentang PENDEKATAN
proses pengajaran. Pada masa dahulu, pengajaran dianggap sebagai satu proses yang mudah iaitu
KAEDAH
pengajaran sebagai suatu penyampaian pengetahuan daripada guru kepada murid. Situasi ini
TEKNIK
dinamakan proses pengajaran sehala iaitu guru sebagai pengajar menyalurkan pengetahuannya
kepada murid yang menerima segala-galanya, seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.
PAUTAN POMIZI
E-BOOK SHOP POMIZI
RESOURCES.COM
PENYELIDIKAN TINDAKAN
Rajah 1  Proses Pengajaran Sehala

Apabila pengajaran sedemikian berlaku, guru merupakan sebagai individu yang aktif manakala PENGUNJUNG
murid menerima secara pasif. Tidak terdapat sebarang interaksi antara guru dengan muridnya.
Tanpa interaksi antara guru dengan muridnya, maka sukar untuk menentukan sama ada proses Counter

pembelajaran telah berlaku atau tidak. Murid tidak diberikan peranan aktif sebagai individu yang
boleh menentukan pembelajarannya.
KALENDAR & WAKTU
Namun keadaan sekarang sudah jauh berubah daripada keadaan seperti itu. Pengajaran lebih
disifatkan satu proses yang dengan sengaja dirancangkan dengan objektif dan isi yang dipilih khas
untuk disesuaikan dengan keperluan murid. Untuk menentukan proses pengajaran dan
pembelajaran berkesan, guru-guru haruslah mengambil pelbagai pertimbangan seperti memilih
model-model pengajaran yang boleh memberi kesan positif pada pengajarannya di samping
pemilihan kaedah, teknik dan pendekatan.  Di sini dibincangkan beberapa model pengajaran dan
pembelajaran untuk pertimbangan guru. Setiap model-model yang dicadangkan mempunyai
kekuatan tersendiri dalam membantu guru-guru dalam proses pengajarannya (Mok Soon Sang,
2003).         

Model Pengajaran Asas

Model ini dikemukakan oleh Robert Glaser (1962). Model ini dianggap sebagai model asas yang
dapat menggambarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Model Glaser membahagikan proses
pengajaran kepada empat bahagian seperti dalam rajah berikut;

Rajah 2 Model Pengajaran Asas Glaser

Mengikut model Rajah 2 proses pengajaran bermula dengan guru menentukan objektifnya. 

Objektif Pengajaran

Objektif pengajaran ialah perlakuan yang hendak dicapai murid setelah mengikuti sesuatu
pengajaran. Ia merupakan pernyataan tentang perlakuan murid yang dapat diperhatikan dan dapat
diukur setelah langkah pengajaran dijalankan. Pernyataan yang jelas tentang perlakuan murid yang
hendak dicapai membolehkan guru merancang langkah-langkah pengajaran dan membuat penilaian
ke atas keberkesanan pengajarannya.

Tingkah Laku Sedia

Tingkah laku sedia murid merujuk kepada pengetahuan, kemahiran atau sikap yang sudah ada
pada seseorang murid. Penentuan tingkah laku sedia murid membolehkan guru menilai sama ada
objektif yang telah dirancang itu sesuai atau tidak. Sesuatu pembelajaran baru akan menjadi lebih
bermakna sekiranya dikaitkan dengan pengalaman sedia ada murid, kebolehan serta minat mereka.

Prosedur Pengajaran

Bahagian ini menerangkan tentang proses pengajaran. Prosedur pengajaran berbeza mengikut
objektif pengajaran yang hendak dicapai. Bahan pengajaran dan alat bantu mengajar dipilih supaya
sesuai dengan objektif pengajaran. Kaedah mengajar yang sesuai hendaklah dirancang supaya isi
pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. Aktiviti pengajaran seperti memberi keterangan,
menyoal, merangsang, menarik perhatian dilaksanakan di peringkat ini. Murid juga terlibat dengan
aktiviti pembelajaran seperti memerhati, menumpukan perhatian , berbincang dan menyelesaikan
masalah.

Penilaian Prestasi

Pada peringkat ini, pemerhatian dan ujian-ujian dijalankan untuk menyemak setakat mana murid
telah mencapai objektif pengajaran. Dengan adanya penilaian, guru mendapat maklum balas
tentang hasil pengajarannya. Sekiranya penilaian menunjukkan bahawa murid tidak mencapai tahap
yang memuaskan, maka guru perlu menyemak kembali setiap komponen dalam modul pengajaran
di atas. Jika perlu komponen yang didapati kurang tepat dan sesuai perlu dikaji atau diubah suai.
Contohya, kaedah pengajaran kuliah dalam pembelajaran tidak difahami murid, maka guru perlu
menukarnya kepada kaedah perbincangan atau lain-lain yang memudahkan murid menguasai isi
pelajaran. Kekuatan model Glaser ini boleh dijadikan panduan asas bagi guru dalam tugas
mengajarnya. Bagaimanapun, model ini boleh mejadi lebih bermakna sekiranya ditambah dengan
unsur interaksi guru-murid dan langkah-langkah pemulihan sekiranya perlu bagi murid-murid
tertentu.

Model Inkuiri

Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk
meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah mengembangkan kemahiran
dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca
daripada rasa ingin tahu mereka. Sesuatu pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan
menyediakan satu situasi yang membingungkan. Individu yang menghadapi situasi sedemikian
(secara semula jadi) bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam model ini, terdapat
lima fasa seperti rajah di bawah:

Rajah 3 Lima Fasa Model Inkuiri

Keterangan model inkuiri :

Fasa 1:  Fasa satu, guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan atur cara
inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian seperti menunjukkan bagaimana sebatang pisau
dibuat daripada dua jenis logam yang apabila dipanaskan ia menjadi bengkok, memerlukan murid
berfikir. Matlamat akhirnya dalam pengajaran seperti ini adalah bertujuan untuk murid mengalami
pembentukan pengetahuan baru. 

Fasa 2:  Melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat tentang kejadian
yang dilihat atau alami. 

Fasa 3:  Uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen baru dalam situasi
untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di sini murid mungkin bertanya
tentang objek dan guru harus peka serta sedar tentang jenis maklumat yang diperlukan dan
mengubah corak penyoalan.

Fasa 4:  Guru meminta murid menyusun data untuk membentuk satu keterangan. Mungkin ada
murid yang sukar untuk memahami maklumat dan membentuk pemahaman mengenainya.

Fasa 5:  Murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka memerlukan soalan yang
berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan maklumat lanjut daripada guru.

Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun atur caranya juga
sesuai untuk semua bidang. Contohnya, kemahiran hidup, bagaimana proses-proses tumbesaran
pokok atau tanaman daripada hanya sebutir biji benih yang kering, boleh dijadikan situasi yang
membingungkan murid. 

Model Sim

Model sim terdapat empat unsur penting dalam pengajaran iaitu guru, pelajar, isi pelajaran dan
objektif pengajaran. Unsur-unsur tersebut boleh berinteraksi antara satu sama lain seperti dalam
rajah berikut: 
Rajah 4 Model Sim

Dalam membuat persediaan pengajaran, model sim mengandungi elemen-elemen guru, objektif dan
isi pelajaran. Ia perlu dititikberatkan dengan mengambil kira objektif yang hendak dicapai dan isi
pelajaran yang sesuai seperti rajah di bawah:

Rajah 5  Persediaan untuk Pengajaran Guru

Murid menjadi fokus dalam pencapaian objektif pembelajaran. Dalam menentukan objektif dan isi
pelajaran , fakta murid seperti kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid perlu diambil kira. Isi
pelajaran termasuk media dan teknik digunakan untuk penyampaian isi pelajaran itu. Isi pelajaran
ditentukan oleh guru setelah mengambil kira tentang kebolehan murid. Dalam setiap pengajaran,
objektif dinilai dari segi pencapaiannya oleh murid dan guru menggunakannya untuk memperbaiki
pengajarannya. Model Sim berfaedah kepada guru kerana membantu guru merancang
pengajarannya dengan mengambil kira unsur-unsur penting seperti menentukan bahan, cara
mengajar dan penilaian.

Model Pembelajaran Penguasaan

Bloom (1968) merupakan pengasas kepada model pembelajaran ini. Model Pembelajaran
Penguasaan adalah suatu proses pengajaran yang boleh digunakan apabila seseorang guru ingin
mengajar semua isi kandungan kepada murid di dalam kelas. Model ini memerlukan guru
menstrukturkan bahan pengajaran agar setiap murid dapat menguasai sesuatu bidang mengikut
masa dan keupayaan diri masing-masing. Model ini juga mengutarakan fenomena ‘self-fulfiling
prophecy’ iaitu murid percaya bahawa semua orang boleh berjaya dan kebanyakan murid boleh
mempelajari apa yang diajar di sekolah.

Jadual 1  Jadual Pembelajaran Penguasaan

Bagi melaksanakan pembelajaran penguasaan, objektif pengajaran haruslah jelas dan isi
kandungan pengajaran dicerakinkan kepada beberapa bahagian yang kecil. Isi pengajaran juga
mestilah disampaikan mengikut tahap-tahap individu dan dalam susunan tertib unit pembelajaran
yang meningkat. Di samping itu, penilaian secara individu perlu dibuat, begitu juga pemantauan
kemajuan murid.

Penilaian diagnostik merupakan jenis penilaian yang kerap digunakan dalam pembelajaran
penguasaan. Guru diminta untuk membina dan mentadbir ujian-ujian pendek untuk menentukan
penguasaan objektif pembelajaran harian oleh murid. Murid yang mempunyai 15% kesalahan akan
mengulangi tugasan mereka sehingga mereka mencapai penguasaan yang lebih tinggi. Bagi
membantu murid mencapai penguasaan isi kandungan, guru boleh merancang kerja-kerja secara
individu seperti bacaan khas, tugasan dalam lembaran kerja dan permainan komputer. Selain itu,
guru boleh mengadakan tutorial rakan sebaya, kumpulan kecil pembelajaran dan kumpulan
permainan akademik. Bagi murid yang berjaya menguasai isi kandungan, mereka akan diberikan
tugasan-tugasan pengayaan.

Model Pembelajaran koperatif


Model Pembelajaran Koperatif mengutarakan kerjasama di antara ahli-ahli dalam kumpulan di
samping meningkatkan pencapaian akademik murid. Terdapat tiga matlamat utama dalam model ini
iaitu:
untuk memperbaiki kefahaman dan kemahiran murid yang diajar
untuk membolehkan murid membentuk kemahiran kumpulan berkoperatif dan
seterusnya menghormati perbezaan individu dalam kelas
untuk membolehkan murid mementingkan nilai terhadap pembelajaran dan membentuk
sikap positif terhadap murid pelbagai kaum

Jadual 2  Jadual Pembelajaran Koperatif

Di antara teori-teori pendidikan dalam model ini ialah:


ganjaran berkumpulan–murid belajar dalam kumpulan dan akan memperoleh faedah-
faedah tertentu. Melalui pembelajaran berkumpulan, murid boleh bekerjasama dalam
kumpulan masing-masing dan bersaing secara sihat dengan kumpulan lain.
mengurangkan stereotaip–murid yang mempunyai peluang untuk bekerja dalam
kumpulan dengan murid yang lain boleh mengurangkan sikap stereotaip mengenai ras,
jantina, pelajar yang berpencapaian rendah atau cacat.
Hasil daripada pembelajaran koperatif, didapati bahawa murid yang berpencapaian tinggi boleh
mencapai tahap kefahaman yang lebih tinggi dalam proses membantu murid yang berpencapaian
rendah. Model ini juga dianggap boleh mewujudkan motivasi di kalangan murid khususnya mereka
yang berpencapaian rendah. Selain itu, mereka yang terlibat dalam pembelajaran koperatif
menunjukkan konsep kendiri yang tinggi.

Model Teori Pengajaran Dalam Amalan

Murid yang diajar mengikut ‘teori pengajaran dalam amalan’ adalah berdasarkan kepada Hunter
(1991) . Beliau menyatakan bahawa pengajaran meliputi suatu siri keputusan profesional yang
mempengaruhi tahap pembelajaran seseorang murid. Keputusan-keputusan ini adalah berkenaan
dengan isi kandungan pelajaran, bagaimana murid mencapai pembelajaran melalui aktiviti tertentu
dan tingkah laku guru yang spesifik dalam kelas.

Hunter percaya bahawa konseptualisasi pengajaran dengan ketiga-tiga keputusan tersebut boleh
membekalkan suatu rangka rujukan . Ini bermakna keputusan pengajaran dan tindakan boleh
diterangkan, diinterpretasi, dibincang, dinilai dan diperbaiki. Program Hunter memberikan suatu reka
bentuk yang mengandungi tujuh unsur untuk mengajar suatu pelajaran. Unsur-unsur dalam
pengajaran ini ialah:
set jangkaan (anticipatory set) – membolehkan murid menjangka apa yang akan
dipelajari
objektif dan tujuan
input – murid mendapat maklumat baru
modeling – guru memberikan contoh-contoh, demonstrasi, idea, 
menguji kefahaman – guru menguji di celah-celah pelajaran
latihan berpandu – murid berlatih dengan skala yang dipelajari dan diselia oleh guru
latihan bebas – murid membuat tugasan yang diberi oleh guru tentang apa yang telah
dipelajari secara bebas

Jadual 3  Jadual Teori Pengajaran dan Amalan

Semasa guru hendak membuat keputusan, guru tersebut haruslah membuat keputusan berasaskan
kepada pengajaran yang berkesan. Ini seterusnya memerlukan guru memahami sains pengajaran
kerana ini akan menjadi asas untuk guru dalam membuat keputusan. Di samping itu, guru haruslah
berkemahiran untuk melaksanakan keputusan yang tepat. Model ini boleh dipraktikkan dengan
merancang soalan yang diperoleh daripada tiga jenis keputusan di atas iaitu:
Apakah yang murid akan belajar?
Bagaimanakah murid akan belajar?
Keputusan yang bersangkutan dengan kadar pembelajaran, pemindahan pembelajaran
kepada situasi yang baru.

Model Pembelajaran Memproses Maklumat

Menurut Lerner (2003) model pembelajaran memproses maklumat menerangkan pengaliran


maklumat semasa proses pembelajaran, iaitu bermula dari penerimaan maklumat melalui proses di
dalam otak sehinggalah menghasilkan tindakan. Pusat kepada model pembelajaran memproses
maklumat ialah kepelbagaian bahagian sistem daya ingatan. Bahagian ini mempunyai sistem
penerimaan maklumat yang terbahagi kepada tiga jenis ingatan iaitu:
penerimaan daya deria-rangsangan
daya ingatan jangka pendek
daya ingatan jangka panjang

Daya Deria Rangsangan

Maklumat diterima melalui daya rangsangan penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa.
Rangsangan yang diterima adalah sama ada secara dalaman atau luaran. Teori memproses
maklumat sangat penting kepada pengajaran guru. Ini adalah kerana ia dapat membantu guru
mengatasi masalah ketidakupayaan pembelajaran murid mereka. Di samping itu mereka dapat
membuat perancangan terhadap pengajaran di dalam bilik darjah.

Daya Ingatan Jangka Pendek

Daya ingatan jangka pendek dikenali juga dengan ingatan sementara. Apabila melalui proses ini,
seseorang itu akan mempunyai kesedaran untuk memahami maklumat dan seterusnya bertindak
balas terhadap maklumat yang diterima. Apabila seseorang itu memikirkan masalah yang baru,
maklumat baru akan menggantikan maklumat lama. Kepentingan kepada pengajaran guru ialah,
guru boleh mengenal pasti maklumat yang disimpan oleh murid di dalam jangka masa waktu yang
diperlukan. Guru sepatutnya merancang aktiviti bagi membolehkan isi pelajaran yang diajar bukan
sahaja berada di dalam daya ingatan jangka pendek murid, tetapi sebaliknya terus disimpan di
dalam ingatan jangka panjang.

Daya Ingatan Jangka Panjang Berkekalan

Daya ingatan jangka panjang adalah berkekalan. Bagi mempelajari mengekalkan maklumat yang
diperolehi untuk satu-satu tempoh masa yang panjang, maklumat perlu dialihkan dari ingatan jangka
pendek kepada ingatan jangka panjang. Terdapat dua jenis ingatan jangka panjang iaitu ingatan
makna dan pengalaman.

Kepentingannya kepada pengajaran ialah, cara bagaimana maklumat disimpan di dalam daya
ingatan jangka panjang membantu kita untuk menggunakan maklumat apabila diperlukan. Melalui
teknik pengajaran yang jelas, sistematik dan menggunakan kaedah yang menarik pasti dapat
membantu murid mengingat kembali isi pelajaran yang telah dipelajari. Strategi-strategi yang dapat
membantu murid meningkatkan daya ingatan jangka panjang mereka ialah sistem penyusunan
maklumat, menggunakan pengetahuan sedia ada dan membuatkan maklumat yang diperolehi lebih
bermakna.

Model Systematic Approach for Adapting the Learning Environmet (SAALE)

Model SAALE telah diperkenal dan digunakan sejak awal tahun 1970an lagi. Ia merupakan satu
reka bentuk (design) di mana kandungan kurikulum mungkin memerlukan perubahan (adaptasi)
untuk membolehkan murid-murid kurang upaya mendapat kurikulum pendidikan biasa . Untuk
memenuhi matlamat pendidikan kepada murid kurang upaya, maka Reauthorization of the
Individuals with Disabilities Education Act, 1997 (IDEA), telah menyuarakan kepada sistem
pendidikan sekarang supaya memberi peluang dan akses yang lebih luas kepada pelajar kurang
upaya (Wood 2002) . Lou Danielson (1999), menegaskan kepada konsep “universal design” (satu
corak yang boleh diterima pakai oleh semua) sebagai amalan yang dapat menolong kanak-kanak
khas ini mencapai matlamat pendidikannya. Penggunaan model SAALE ini telah memberi satu
pencapaian bermakna terhadap pendidikan dalam kepelbagaian populasi . Model ini adalah model
adaptasi. Ia mengandungi tiga komponen besar adaptasi iaitu:
Adaptasi persekitaran
Adaptasi pengajaran
Adaptasi penilaian

Adaptasi Persekitaran

Adaptasi persekitaran melibatkan guru melakukan pengubahsuaian persekitaran sosioemosi,


persekitaran tingkah laku dan persekitaran fizikal.

Adaptasi Persekitaran Pengajaran


Adaptasi persekitaran pengajaran ialah ia melibatkan guru melakukan pengubahsuaian terhadap
perancangan pengajaran, teknik pengajaran, format kandungan pengajaran dan media pengajaran.

Dalam konteks adaptasi persekitaran pengajaran ini , model ini menekankan bahawa seseorang
guru haruslah melakukan penyesuaian yang spesifik yang boleh dilakukan pada mana-mana titik
atau tempat di mana murid menghadapi kesukaran dalam teknik pengajaran, kemahiran pelajaran
atau kandungan pengajaran. Konsep ketidaksesuaian dalam pengajaran adalah sangat penting
difahami kerana ketidaksesuaian yang berlaku tidak disebabkan oleh murid mahupun pendidik.
Ketidaksesuaian hanyalah satu keadaan apabila murid tidak berjaya kerana pendidik mempunyai
harapan dan sangkaan yang tidak sepadan dengan keupayaan anak didiknya. Sebagai contoh
muridnya tidak dapat menyalin di papan tulis, sedangkan guru menyuruhnya menulis atau menyalin
juga, maka berlakulah ketidaksesuaian. Oleh sebab itu sebagai guru, kita mestilah mencari punca
ketidaksesuaian tersebut dan memperkembang dan mengimplementasikan intervensi yang
bersesuaian dengan murid.

Adaptasi juga boleh dilakukan pada rancangan pengajaran yang memfokuskan kepada satu sahaja
objektif yang spesifik dan jelas, adaptasi teknik pengajaran yang mementingkan informasi input iaitu
, memberikan maklumat bergantung kepada keupayaan murid itu, adaptasi format isi kandungan
yang tidak terlalu banyak, dan penggunaan media seperti audio visual dan sebagainya. 

Adaptasi Penilaian

Adaptasi penilaian merangkumi penilaian murid dan penggredan. Adaptasi penilaian bermaksud
bahawa penilaian yang dilakukan adalah menyeluruh. Penilaian kurikulum patut dilakukan dari masa
ke semasa agar bersesuaian dengan murid khas. Dalam hal ini, guru perlu memastikan aspek
keadilan diambil kira bagi memastikan semua murid mendapat faedah yang sama bagi pelaksanaan
suatu kurikulum itu.

Rajah 6  Model SAALE

Model Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada
penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran masteri murid
diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat
mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.

Pembelajaran Masteri (Hunter 1991) merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran
bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses
pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan
murid. Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan penentuan hasil pembelajaran, dan diikuti
dengan pengajaran dan pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk
memastikan semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan
kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang
telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai
akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan.

Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu Dilaksanakan oleh guru .
Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut:
Carta 1  Carta Pembelajaran Masteri

Dalam pengajaran dan pembelajaran masteri, beberapa perkara perlu diketahui oleh guru.
Antaranya:
kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
kemudahan yang ada
masa yang diperuntukan
Dengan mengetahui kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza, guru dapat merancang kaedah
pengajaran yang juga berbeza dan pelbagai bagi memudahkan murid menguasai ilmu yang
disampaikan. Dengan merujuk kepada kadar penerimaan dan kesanggupan, murid akan dapat
menguasai ilmu pada kadar kemampuan mereka. Untuk itu, guru seharusnya mengenali murid
mereka.

Model Ekspositori

Ekspositori bermaksud memberi penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran,
ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung
kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran
melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Dalam model ini,
guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka
memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku nota mereka.   

Rajah 7  Model Ekspositori

Cara-cara penyampaian dengan menggunakan model ekspositori adalah dihuraikan seperti berikut: 
menerang, menginterpretasi dan menghuraikan idea dan konsep daripada buku teks. 
menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis atau membina bentuk -bentuk
geometri. 
menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran -
kemahiran yang telah dipelajari. 
menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar. 

  1  2  3  4  5  6 

Home

Subscribe to:
Posts (Atom)

PEDAGOGI PENDIDIKAN. Picture Window theme. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai