Tips Lesson Practice (Theory)
Tips Lesson Practice (Theory)
PERSEDIAAN
1) Beri Salam dan beri masa kepada pelatih untuk jawab salam.
“Dah makan ke belum? Sarapan penting untuk badan kita bagi membekalkan tenaga
sepanjang hari, kalau boleh jangan tinggalkan sarapan pagi supaya dapat
membentuk sistem imun badan yang kuat dalam melawan sebarang penyakit, in
shaa Allah.”
Atau
Atau
“Saya minta semua dapat silentkan phone masing-masing supaya tiada gangguan
Ketika kelas.”
Atau
“Saya nak titikberatkan tentang kebersihan, kalau nampak sampah ke apa sila kutip.
Kebersihan tu kan sebahagian daripada iman. Sila amalkan 5s ya.. Sisih, Susun,
Sapu, Seragam, dan Sentiasa Amal. Ni saya tengok meja pun senget, boleh
betulkan sikit supaya nampak tersusun. Disiplin dari segi kebersihan ni penting
sebab ia melambangkan peribadi kita dan peribadi ini juga yang kita akan bawa ke
alam pekerjaan nanti malah bila dah berkeluarga mesti kita nak lihat persekitaran
rumah sentiasa bersih kan.”
3) “Sebelum saya mulakan kelas, perkenalkan nama saya Bilkis Bt Taib.” Sambil tulis di
bahagian kiri papan putih;
Nama: BILKIS BINTI TAIB
Kod Bidang: IT-058-3:2014
4) Kemudian, ambil kedatangan dengan bertanya berapa orang yang hadir. 6/6 cikgu!
“Baiklah, walaupun saya dah kenal nama kamu, apabila saya panggil nama seorang-
seorang, saya minta nama yang disebut angkat tangan ya.”
Tarikh: 4/9/2020
Kehadiran: 6/6
6) Timbulkan minat pelajar dengan bertanya soalan yang berkaitan. Pastikan anda ikut
semua tatacara dalam Pelan Mengajar. Jika ada tulis War Cry, sila buat War Cry,
markah boleh dipotong jika perkara dalam PM tidak dilaksanakan.
Tips: Tajuk WAJIB ditulis dengan huruf besar supaya satu kelas boleh nampak.
Pastikan Pelatih faham dengan JELAS Tajuk yang akan disampaikan pada hari
tersebut.
8) Kemudian tulis Tujuan Pengajaran, sama seperti dalam Kertas Penerangan dengan
penggunaan Kata Tugas.
10) Siasat pengetahuan pelatih berkenaan tajuk yang akan dipelajari melalui sesi soal-
jawab.
PENYAMPAIAN
“Lukisan Mural merupakan contoh Ruang Ilusi yang dibentuk oleh pereka grafik/pelukis.
Seperti gambar Mural Dr Noorhisyam yang diabadikan pada dinding oleh pelukis baru-
baru ini bagi mengingati jasa beliau dalam melawan wabak Covid19.”
6) Libatkan pelatih dalam aktiviti pembelajaran seperti bertanya pendapat tentang gambar
yang dipamerkan dalam slide.
7) Tanda tick () pada Objektif Pengajaran yang telah dicapai.
PENGGUNAAN
1) Edarkan Kertas Penerangan sambil beritahu masa yang diperuntukkan untuk membaca.
2) Maklumkan kepada kelas Tujuan Kertas Penerangan dan berapa halaman yang ada.
“Baiklah, seterusnya saya akan edarkan Kertas Penerangan kepada kamu semua.
Saya beri masa kepada kamu semua selama 3 minit untuk baca dan fahamkan.
Kalau ada apa-apa soalan mengenai topik hari ni, boleh angkat tangan dan
bertanya.” Sambil mengedar kertas penerangan kepada pelatih.
“Jangan lupa tulis nama masing-masing pada Kertas Penerangan ni, Saya hanya
bagi satu Salinan, kalau hilang pandai-pandailah pinjam kawan, fotostat sendiri, saya
takkan berikan salinan baru, harap semua peka dan bertanggungjawab dengan
barang masing-masing.”
“Baiklah, masa yang diberi sudah tamat, ada sesiapa nak bertanya soalan? Kalau
tak ada soalan, saya nak tanya pemahaman kamu semua mengenai topik kita hari
ini.”
Tips: Jangan lupa tanya soalan yang terdapat dalam Pelan Mengajar kepada pelatih.
Dalam slide cuma tulis sesi Q&A. Bagi persediaan awal sebelum LP, tulis soalan dan
jawapan dalam kertas kecil, beri kepada kawan-kawan yang hadir pada hari tersebut
supaya mereka boleh bantu respond apabila soalan ditanya kepada mereka. Kawan-
kawan juga akan gelabah apabila ditanya secara tiba-tiba kerana mereka juga
sedang memikirkan presentation LP masing-masing, jadi anda perlu bersedia awal
dan maklumkan kepada kawan-kawan tentang topik anda.
PENGESAHAN
1) Edarkan Kertas Tugasan sambil beritahu masa yang diperuntukkan untuk membaca.
2) Maklumkan kepada kelas Tujuan Kertas Tugasan dan berapa halaman yang ada.
“Baiklah, seterusnya saya akan edarkan Kertas Tugasan kepada kamu semua. Saya
beri masa kepada kamu semua selama 3 minit untuk baca dan jawab. Kalau ada
apa-apa masalah, boleh angkat tangan dan bertanya.” Sambil mengedar kertas
penerangan kepada pelatih.
“Baiklah, masa yang diberi sudah tamat, saya minta seorang tolong kutip dan hantar
ke hadapan. Syahirah boleh bantu?”
“Kesimpulan dari pembelajaran hari ini, Seni Visual dapat menjadi alat
telekomunikasi yang lebih berkesan daripada penggunaan lisan dan pernyataan
bertulis. Keberkesanan penggunaan visual bergantung kepada kualiti yang ada pada
visual tersebut. Elemen-elemen visual ini dapat membantu seorang pereka graphic
untuk menghasilkan graphic yang menarik minat pembaca mahupun penonton.”
5) Beritahu tajuk pelajaran yang akan datang dan minta mereka bersedia.
6) Tulis Tajuk akan dating di papan hitam
7) Sebelum tutup kelas boleh sudahi dengan Surah Al-Asr atau kata-kata semangat.
8) Jangan lupa padam papan putih (kekemasan).
BONUS TIPS