Anda di halaman 1dari 22

NOTA PENERANGAN

SLAID PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2021

Slaid 1: Muka Depan PPT

Slaid 2: Latar Belakang

1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Program


Transisi dan Guru Penyayang Tahun Satu bermula tahun 2001 (Surat
Siaran KP(BS/PSR)8502/08/Jld.XIV(18) bertarikh 23 Mei 2001). Program
ini dilaksanakan pada tiga bulan pertama persekolahan dan ianya
penting untuk perkembangan sosio emosi murid tahun satu di semua
sekolah rendah.
2. Pada tahun 2006, Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun Satu
dipendekkan daripada tiga bulan kepada tiga minggu mulai minggu
pertama bulan Januari sesi persekolahan 2007 (KP(PPK)1200-1/1(38)
bertarikh 4 Disember 2006).

1
3. Pada tahun 2020, bilangan hari persekolahan telah berkurang akibat
daripada pandemik COVID-19 dan ini telah memberi implikasi terhadap
pembelajaran murid prasekolah. Garis Masa yang ditunjukkan dalam
slaid menunjukkan senario yang berlaku pada tahun 2020 di sekolah.
Sekolah ditutup mulai 9 Nov 2020 hingga 17 Dis 2020 menyebabkan
kurikulum tidak dapat disampaikan secara bersemuka kepada murid
untuk tempoh 28 hari. Maka program transisi ini juga mengambil kira
kandungan kurikulum prasekolah yang terkesan.
4. Selain itu, rasional perancangan program transisi ini adalah berdasarkan
dapatan Tinjauan Penguasaan Literasi dan Numerasi Awal Murid
Prasekolah yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum
pada tahun 2020. Dapatan tinjauan ini menunjukkan wujudnya jurang
penguasaan Literasi Awal Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid prasekolah.
5. Sehubungan itu, Program Transisi Tahun Satu 2021 telah dirangka
dengan mengambil kira kesemua faktor penting berikut.

Slaid 3: Tujuan, Fitur dan Objektif Program Transisi

1. Program Transisi Tahun Satu 2021 merupakan program yang bertujuan


menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan
membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah.
2. Program ini dirangka berasaskan kurikulum prasekolah dan Tahun Satu
dengan memberi penekanan kepada sosioemosi serta literasi dan
numerasi awal.

2
3. Objektif keseluruhan program adalah seperti berikut:
i. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah
ii. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru
iii. Meningkatkan keyakinan dan membentuk sikap positif dalam
interaksi sosial serta pembelajaran murid
iv. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk
pembelajaran seterusnya

Slaid 4: Tiga Fasa Pelaksanaan

1. Program Transisi 2021 dilaksanakan dalam 3 fasa, iaitu persediaan,


penyesuaian dan kesediaan.
2. Selepas program transisi, murid dijangka lebih bersedia dari aspek
sosioemosi, sikap belajar dan nilai serta literasi dan numerasi awal.
3. Pemantauan dan penilaian perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa
untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan program.

Slaid 5: Fasa Persediaan

3
1. Fasa persediaan bermula pada 11 Januari hingga 19 Januari 2021.
2. Fasa ini penting bagi memastikan sekolah, ibu bapa dan murid bersedia
sebelum sesi persekolahan bermula.

Slaid 6: Garis Panduan Persediaan

1. Persediaan di sekolah:
i. Pentadbir
a. Pengetahuan dan pemahaman program
b. Perbincangan dan penyelarasan program seperti mengadakan
perbincanan dengan guru yang terlibat, mengenal pasti guru
yang terlibat, merancang jadual waktu dan memaklumkan
kepada warga sekolah
c. Pemakluman dan kerjasama dengan ibu bapa/penjaga
berkaitan pelaksanaan program, kesediaan anak, keperluan
kelengkapan persekolahan dan sebagainya
d. Kerjasama dengan PIBG/Lembaga Pengelola sekolah
e. Pemantauan dan penilaian ke atas program

ii. Guru
a. Pemahaman dan perancangan pelaksanaan program seperti
objektif, kepentingan dan pelaksanaan program.
b. Pengetahuan perkembangan kanak-kanak.
c. Kemahiran mengurus dan berinteraksi dengan murid khususnya
murid yang berumur 6-7 tahun.

4
iii. Persekitaran Fizikal
a. Lokasi dan kelas yang sesuai dan selamat
b. Kelas bersih dan ceria
c. Susun atur kelas sesuai
d. Peralatan dan perabot sedia ada yang sesuai

2. Persediaan di rumah
i. Ibu Bapa
a. Persediaan anak dari aspek mental, sosioemosi dan fizikal.
b. Persediaan kelengkapan pembelajaran seperti alat tulis, buku
dan pakaian
c. Bersedia menyokong pembelajaran anak.
d. Pelibatan dalam aktiviti dan perkembangan sekolah.

ii. Murid
a. Berupaya mengurus diri seperti memakai baju dan kasut,
mengemas beg sekolah, menggunakan tandas dan boleh buat
permintaan (kebenaran ke tandas, minum air dan sebagainya).
b. Menunjukkan minat hadir ke sekolah
c. Berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru dan
rakan baharu.
d. Menunjukkan sikap positif terhadap pembelajaran seperti fokus
semasa melaksanakan aktiviti, bertanggungjawab, berusaha
untuk menyiapkan tugasan yang diberi dan sebagainya.
e. Mempunyai kemahiran asas prabaca, pratulis dan pranombor.

5
Slaid 7: Fasa Penyesuaian

1. Fasa kedua iaitu Fasa Penyesuaian yang bermula pada hari pertama
persekolahan iaitu pada 20 Januari hingga 29 Januari 2021
menggunakan Modul Orientasi.
2. Fasa ini bertujuan membolehkan murid menyesuaikan diri dengan
keadaan dan persekitaran sekolah serta membina hubungan baik
dengan rakan dan guru.
3. Pengisian pada setiap hari merangkumi rutin kelas, perbualan awal,
aktiviti fizikal, aktiviti suai kenal, aktiviti pembelajaran dan rehat.

Slaid 8: Modul Orientasi

1. Modul Orientasi digunakan dalam Fasa Penyesuaian.


2. Objektif Modul Orientasi adalah seperti berikut:
i. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah
ii. Membina hubungan baik murid dengan rakan sebaya dan guru
iii. Membina keyakinan diri murid untuk berkomunikasi
iv. Menggalakkan pelibatan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran

6
Slaid 9: Cadangan Peruntukan Waktu dan Pelaksanaan

1. Berikut cadangan peruntukan waktu bagi pengisian sehari:

Pengisian Peruntukan Waktu


Rutin Kelas 30 minit
Perbualan Awal 30 minit
Aktiviti Fizikal 30 minit
Aktiviti Suai Kenal 120 minit
Aktiviti Pembelajaran 60 minit
Rehat 20 minit

2. Pelaksanaan Modul Orientasi:


i. Peruntukan ditetapkan
ii. Susunan pengisian sehari ditentukan oleh pihak sekolah
iii. Aktiviti ‘Jom Baca’ perlu dilaksanakan setiap hari semasa perbualan
awal
iv. Pelaksanaan rutin kelas, perbualan awal dan rehat diuruskan oleh
guru kelas masing-masing
v. Aktiviti pembelajaran merangkumi literasi awal dan numerasi awal

7
Slaid 10: Pengisian Sehari

Perincian berkaitan pengisian sehari adalah seperti berikut:


1. Rutin Kelas
Rutin kelas bertujuan untuk membantu guru mengurus kelas dengan
sistematik dan melaksanakan PdP dalam suasana kelas yang kondusif
dan selamat. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan semasa rutin kelas
adalah seperti berikut:
i. Ucap selamat
ii. Baca doa
iii. Tertib tempat duduk
iv. Ambil kedatangan murid
v. Membersihkan kelas

2. Perbualan Awal
Perbualan awal bertujuan untuk menyediakan murid dari aspek mental
dan emosi supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran pada hari
tersebut dengan lebih berfokus. Antara aktiviti perbualan awal adalah
seperti berikut:
i. berkongsi idea dan maklumat
ii. bercerita
iii. menyanyi dan membuat pergerakan kreatif
iv. simulasi
v. persembahan boneka
vi. “Jom Baca”

8
3. Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan
kesihatan diri. Antara aktiviti fizikal yang boleh dilaksanakan adalah
seperti berikut:
i. bersenam
ii. bermain
iii. berjalan
iv. rekreasi aktif

4. Aktiviti Suai Kenal


Aktiviti suai kenal bertujuan untuk membolehkan murid menyesuaikan diri
dengan rakan dan guru serta persekitaran baharu. Antara aktiviti suai
kenal yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:
i. memperkenalkan diri
ii. mengenali guru dan rakan
iii. mengenali kelas dan sekolah
iv. melawat sekitar kawasan sekolah
v. membincangkan peranan dan tanggungjawab sebagai murid

5. Aktiviti Pembelajaran
Aktiviti pembelajaran dilaksanakan untuk memastikan murid menguasai
asas literasi dan numerasi sebelum mereka mengikuti pembelajaran
seterusnya. Fokus pembelajaran pada sesi ini ialah prabaca, pratulis dan
pranombor. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:
i. menyanyi lagu
ii. bercerita
iii. permainan padanan (matching game)
iv. mencantum puzzle
v. bermain doh
vi. menyurih

9
6. Rehat
Rehat diperuntukkan untuk murid makan dan minum serta rehatkan
minda serta fizikal. Guru perlu bersama-sama dengan murid ketika waktu
rehat untuk membimbing murid

Slaid 11: Cadangan Pelaksanaan Sehari

Cadangan pelaksanaan sehari menggunakan Modul Orientasi

Slaid 12: Fasa Kesediaan

1. Fasa 3, Fasa Kesediaan dilaksanakan mulai 1 Februari hingga 25 Mac


2021.
2. Tujuan fasa ini ialah menyediakan murid dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.

10
Slaid 13: Modul PdP

1. Modul PdP digunakan dalam pelaksanaan Fasa Kesediaan. Modul PdP


dihasilkan sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam suasana yang bermakna
dan menyeronokkan.
2. Kerangka Konsep Modul PdP: Modul PdP ini dibangun berasaskan lima
aspek pembelajaran iaitu kognitif; nilai; kreativiti dan estetika;
kesejahteraan fizikal dan kesihatan; dan sosioemosi berasaskan
pendekatan modular, bersepadu dan bertema. Pelaksanaan modul ini
bukan sahaja memerlukan kerjasama semua guru yang terlibat tetapi
juga pentadbir sekolah dan ibu bapa/penjaga serta disokong oleh
persekitaran sekolah yang memberangsangkan.
3. Objektif Modul PdP adalah seperti berikut:
i. Meningkatkan keyakinan murid dalam interaksi sosial dan
pembelajaran
ii. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
untuk pembelajaran seterusnya
iii. Membentuk sikap positif dalam pembelajaran

11
Slaid 14 : Tema dan Subtema, Pelaksanaan

1. Terdapat 4 tema dalam Modul PdP, iaitu Saya Sihat Saya Selamat,
Mari Fikirkan, Detektif Alam dan Hidup Bersama.
2. Pelaksanaan Modul PdP:
i. Pengisian fasa ini merangkumi aktiviti PdP secara bertema dan
aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal dilaksanakan dua kali seminggu oleh
guru Pendidikan Jasmani
ii. Semua tema dan subtema perlu dilaksanakan
iii. Cadangan aktiviti boleh diubah suai mengikut tahap murid dan
konteks sekolah

Slaid 15: Fitur Modul PdP

1. Modul ini tema, subtema, tajuk aktiviti dan cadangan aktiviti.


2. Setiap subtema mengandungi objektif dan cadangan aktiviti.
3. Bagi membantu guru melaksankan aktiviti, nota guru dan bahan
sokongan dalam bentuk Kod QR dan pautan disediakan.

12
Slaid 16: Contoh Pelaksanaan

1. Berdasarkan slaid, tema yang ditunjuk ialah Detektif Alam dan


subtemanya adalah Misteri Alam Rimba. Tajuk aktiviti yang dipilih untuk
dijelaskah ialah Mari ke Zoo.
2. Dalam tajuk Mari ke Zoo, terdapat 3 aktiviti yang dicadangkan iatu:
i. Bercerita tentang zoo
ii. Cari maklumat berkaitan zoo
iii. Buat lakaran dan hasilkan zoo mini
3. Tiga aktiviti tersebut boleh dirancang dengan lebih lanjut seperti Slaid 16
.
Slaid 17: Contoh pelaksanaan... Sambungan

1. Bagi melaksanakan aktiviti Bercerita tentang Zoo, guru yang terlibat


perlu berbincang dan merancang bagaimana untuk melaksanakannya.
Antara langkah pengajaran yang boleh dilaksanakan untuk aktiviti ini
ialah:
i. Bercerita menggunakan buku cerita
ii. Bersoal jawab

13
iii. Baca bersama
iv. Lakonkan berdasarkan buku cerita yang dibaca
v. Menyanyikan lagu berkaitan haiwan
vi. Hasilkan buku cerita berkaitan zoo
2. Langkah-langkah tersebut boleh diagih dan dilaksanakan oleh guru mata
pelajaran yang masuk ke kelas berdasarkan jadual waktu yang telah
ditetapkan. Misalnya seperti yang ditunjukkan dalam jadual waktu dalam
slaid, waktu ke-2 dan ke-3 adalah waktu Pendidikan Islam atau
Pendidikan Moral. Dalam masa 1 jam, guru Pendidikan Islam atau
Pendidikan Moral boleh melaksanakan 3 langkah yang pertama iaitu
bercerita menggunakan buku cerita, bersoal jawab dan baca bersama.
Semasa melaksanakan aktiviti ini, guru boleh mengaitkan dengan mata
pelajaran yang diajar mengikut kesesuaian. Misalnya guru Pendidikan
Islam mengaitkan haiwan sebagai makhluk ciptaan Allah, manakala
guru Pendidikan Moral pula boleh menerapkan nilai kasih sayang.
3. Pada waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris pula, guru boleh
melaksanakan langkah seterusnya iaitu langkah ke-6, hasilkan buku
cerita berkaitan zoo. Pada waktu tersebut guru boleh meminta murid
menghasilkan buku cerita dalam Bahasa Inggeris.
4. Begitulah juga dengan mata pelajaran yang lain, guru boleh
menyesuaikan aktiviti dengan mata pelajaran yang diajar.
5. Perbincangan dan kerjasama semua guru mata pelajaran yang terlibat
amat diperlukan untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan
pelaksanaan Modul PdP.

14
Slaid 18: Pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu 2021 Melalui
Kaedah PdPR

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan sesi persekolahan


secara bersemuka bermula pada 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya
akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan berpusat dan
peperiksaan antarabangsa yang setara.

Manakala murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di


sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru
dan murid mulai 20 Januari 2021.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah


menyediakan contoh pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu 2021 melalui
kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa tempoh
PKP tersebut. Seperti yang disarankan dalam pelaksanaan PdPR, guru perlu
melaksanakan program transisi dengan menggunakan kemudahan sedia ada
dan menggalakkan pelibatan ibu bapa/penjaga untuk membantu serta
membimbing pembelajaran anak di rumah.

PELAKSANAAN

1. Pembelajaran murid secara berterusan di rumah adalah penting bagi


memastikan minat murid untuk hadir ke sekolah dapat dikekalkan dan
sikap positif terhadap pembelajaran dapat ditingkatkan. Oleh itu,

15
Program Transisi Tahun Satu 2021 perlu dilaksanakan walaupun murid
tidak hadir ke sekolah.

2. Program Transisi Tahun Satu 2021 boleh dilaksanakan melalui kaedah


PdPR mengikut kesesuaian guru dan murid sama ada secara atas talian
atau luar talian.

3. Pelaksanaan program transisi melalui kaedah PdPR atas talian perlu


mengambil kira kemudahan internet dan peranti guru dan murid.

4. Perancangan masa dan aktiviti program transisi melalui kaedah PdPR


atas talian perlu mengambil kira faktor umur murid dan keupayaan daya
tumpuan mereka di hadapan skrin serta pandangan ibu bapa.

5. Masa dan aktiviti pengisian sehari dalam Modul Orientasi boleh diubah
suai. Namun, aktiviti yang dirancangkan perlu dapat mencapai objektif
Modul Orientasi. Contohnya, semasa rutin kelas, guru boleh memberi
penjelasan tentang tertib pembelajaran atas talian, kepentingan
pembelajaran di rumah dan sebagainya. Manakala aktiviti suai kenal
seperti mengenali sekolah atau peraturan sekolah boleh dilaksanakan
melalui rakaman video.

6. Guru perlu melaksanakan semua tema dan subtema yang terdapat


dalam Modul PdP. Walau bagaimanapun, cadangan aktiviti boleh diubah
suai mengikut tahap murid dan konteks sekolah serta kesesuaian
pelaksanaan melalui kaedah PdPR.

7. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh guru untuk memastikan


Program Transisi Tahun Satu melalui kaedah PdPR dapat dilaksanakan
ialah:
i. Memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga berkaitan keperluan
pelibatan ibu bapa/penjaga untuk membimbing dan menyokong
pembelajaran murid di rumah.
ii. Membuat perancangan aktiviti yang sesuai dan dapat dilaksanakan
berdasarkan kemampuan ibu bapa dan keperluan murid di rumah.
iii. Berkomunikasi dengan ibu bapa/penjaga untuk mengetahui
pelaksanaan aktiviti dan memberi sokongan yang diperlukan.

16
Slaid 19: Contoh Pelaksanaan Modul Orientasi Melalui Kaedah PdPR

Slaid 20: Contoh 1- Pelaksanaan sehari kaedah PdPR secara atas talian
dan luar talian

1. Berdasarkan slaid yang ditunjuk, pelaksanaan pengisian sehari Modul


Orientasi telah dirancang secara atas talian dan luar talian. Aktiviti yang
diwarnakan jingga secara atas talian, manakala aktiviti yang diwarnakan
hijau secara luar talian dengan pelibatan ibu bapa.

2. Guru memulakan kelas dengan pelaksanaan rutin kelas, iaitu mengambil


kedatangan, bertanya khabar dan memberi peringatan tentang tertib
pembelajaran atas talian serta memberi peringatan tentang kepentingan
pembelajaran di rumah.

3. Pada hari tersebut, guru merancang untuk memperkenalkan murid


dengan persekitaran sekolah. Oleh itu, guru melaksanakan perbualan
awal dengan bernyanyi lagu ‘Jom ke Sekolah’ dan membaca cerita
pendek berkaitan sekolah. Sesi ini bertujuan untuk menyediakan murid
dengan apa yang akan dipelajari pada hari tersebut.

17
4. Aktiviti suai kenal yang dirancang ialah lawatan ke persekitaran sekolah.
Untuk itu, guru telah menggunakan video yang telah disediakan untuk
menerangkan kepada murid tentang persekitaran sekolah. Selepas
menonton video tersebut, guru dan murid akan berbincang berkaitan
video yang telah ditonton.

5. Aktiviti suai kenal diteruskan dengan tugasan murid iaitu


menggambarkan ‘Sekolah Idaman Saya’. Murid akan melaksanakan
tugasan tersebut dengan bimbingan ibu bapa di rumah.

6. Semasa waktu rehat pula, ibu bapa akan membimbing murid mencuci
tangan dengan cara yang betul.

7. Slot yang terakhir pada hari tersebut ialah aktiviti pembelajaran. Murid
akan melaksanakan aktiviti membuat doh dan membentuk doh menjadi
huruf/perkataan/nama sendiri.

8. Bahan dan panduan pelaksanaan aktiviti secara luar talian yang akan
dilaksanakan oleh ibu bapa perlu disedia dan dibekalkan kepada ibu
bapa sebelum aktiviti dijalankan. Keluwesan perlu diberikan kepada ibu
bapa semasa melaksanakan aktiviti tersebut, misalnya mereka hendak
melaksanakan aktiviti tersebut di sebelah petang.

Slaid 21: Contoh 2 - Pelaksanaan sehari kaedah PdPR secara luar talian

1. Manakala dalam slaid ini, pelaksanaan pengisian sehari Modul Orientasi


telah dirancang secara luar talian sahaja oleh ibu bapa. Contoh ini untuk
murid atau guru yang tidak mendapat capaian internet.

18
2. Bahan dan panduan pelaksanaan aktiviti perlu disedia dan dibekalkan
kepada ibu bapa sebelum aktiviti dijalankan sama ada dalam bentuk
video, slaid, bahan bercetak dan sebagainya.

Slaid 22: Contoh pelaksanaan Modul PdP melalui kaedah PdPR

Slaid 23: Contoh 1 – PdPR secara dalam talian dan luar talian

1. Bagi menjelaskan pelaksanaan Modul PdP, subtema “Kita Jaga Kita”


telah dipilih. Aktiviti “Awas...Covid-19” telah dirancang secara atas talian
dan luar talian dengan objektif seperti berikut:

i. bersoal-jawab berkaitan amalan penjagaan kesihatan


ii. Mengaplikasikan langkah penjagaan keselamatan dan kesihatan
diri
iii. Menzahirkan idea dalam penghasilan lukisan/poster

19
Slaid 24: Contoh 2 – PdPR secara dalam talian dan luar talian (sambungan)

1. Berdasarkan slaid yang ditunjuk, pelaksanaan Modul PdP telah


dirancang secara atas talian dan luar talian. Aktiviti yang diwarnakan
jingga secara atas talian, manakala aktiviti yang diwarnakan biru secara
luar talian dengan pelibatan ibu bapa.

2. Guru mengedarkan panduan pelaksanaan aktiviti dan video “Amalan


Penjagaan Kesihatan” kepada ibu bapa.

3. Murid menonton video tersebut bersama-sama ibu bapa di rumah.

4. Murid menonton video sekali lagi bersama-sama guru secara atas talian.
Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan video yang ditonton.

5. Guru menunjuk contoh poster dan menjelaskan secara lebih lanjut


tentang langkah penjagaan kebersihan dan kesihatan khasnya semasa
pandemik COVID-19. Murid diberi tugasan menghasilkan poster atau
lukisan tentang pandemik COVID-19.

6. Murid menyiapkan tugasan menghasilkan lukisan/poster bersama-sama


ibu bapa di rumah.

7. Hasil kerja murid akan dihantar kepada guru melalui medium yang
sesuai.

20
Slaid 25: Contoh 2 – PdPR secara luar talian

1. Manakala dalam slaid ini, PdPR telah dirancang secara luar talian sahaja
dan perlu dilaksanakan oleh ibu bapa. Contoh ini disediakan untuk murid
atau guru yang tidak mendapat capaian internet.

2. Objektif bagi aktiviti ini ialah:

i. Membaca dan memahami buku cerita

ii. Bersoal-jawab tentang cara menjaga kebersihan pakaian dan


peralatan peribadi

iii. Menunjuk sikap bertanggungjawab terhadap diri

Slaid 26: Contoh 2 – PdPR secara luar talian (Sambungan)

1. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, aktiviti PdPR luar talian yang
dirancang merangkumi membaca dan bersoal-jawab tentang buku cerita,
mengamal cara menjaga kebersihan diri dan kebersihan peralatan
peribadi serta penilaian kendiri.

21
2. Bagi melaksanakan aktiviti ini, guru menyediakan panduan pelaksanaan
aktiviti dan buku cerita “Hafiz yang Comot” dan mengedar kepada ibu
bapa sebelum aktiviti dijalankan sama ada dalam bentuk video, slaid,
bahan bercetak dan sebagainya. Selain itu, guru juga perlu memikirkan
sokongan lain yang boleh diberi kepada ibu bapa yang mungkin tidak
dapat membantu anak dalam pembacaan, misalnya menyediakan
rakaman audio atau visual.

3. Murid membaca buku cerita bersama-sama ibu bapa. Murid memahami


buku cerita dan cara penjagaan kebersihan diri dan peralatan peralatan
peribadi melalui soal jawab. Soalan perbincangan disediakan oleh guru.

4. Murid diminta untuk mengamalkan amalan penjagaan kebersihan dan


melakukan penilaian kendiri. Ibu bapa dimohon untuk membimbing dan
memantau anak mereka di rumah berdasarkan senarai semak yang
diberi oleh guru.

5. Senarai Semak yang telah lengkap perlu dikembalikan kepada guru.


Guru boleh memberi respons berdasarkan maklumat yang diberi oleh ibu
bapa.

Kesimpulan

Selain daripada merancang dan melaksanakan Modul Orentasi dan Modul


PdP, guru juga perlu melaksanakan pentaksiran dari semasa ke semasa.
Pentaksiran dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui tahap perkembangan
dan tahap pencapaian murid, tetapi bukan untuk membuat perbandingan
antara murid. Pentaksiran amat penting untuk membantu guru merancang
tindakan susulan yang sesuai.

22

Anda mungkin juga menyukai