Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL TOPIK 1 

 
Anda sudah faham apa aitu TPACK kan? 
Dan anda juga tahu keadaan Pengajaran dan
Pembelajaran kini dilaksanakan di rumah disebabkan Pandemik Covid-19. 
 
Perhatikan bulatan dot-dot
di luar elemen TPACK? Terdapat konteks kan? Apakah makna konteks tersebu
t? 

Jawapan:

Latihan guru, Pengalaman, Murid, Sumber, Objektif dan Sikap

CK - Content Knowledge atau Pengetahuan Kandungan


 merupakan pengetahuan pengajar terhadap kandungan yang akan
disampaikan kepada pelajar.
PK - Pedagogical Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi
 merangkumi pengetahuan tentang proses serta amalan yang digunakan
dalam pengajaran.
TK - Technological Knowledge atau Pengetahuan Teknologi
 meliputi pengetahuan terhadap jenis-jenis alatan, perkakasan atau perisian
termasuk boleh mengendalikannya dengan baik sehingga membantu atau
memudah cara pekerjaan seorang pengajar.
PCK - Pedagogical Content Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi Kandungan
 pengetahuan teras pengajaran yang meliputi kurikulum, penilaian dan
pedagogi.
TCK - Technological Content Knowledge atau Pengetahuan Teknologi Kandungan
 merupakan pengetahuan terhadap tekbologi tertentu yang paling sesuai untuk
menangani hal pembelajaran.
TPK - Technological Pedagogical Knowledge atau Pengetahuan Teknologi Pedagogi
 pengetahuan tentang bagaimana PdPc voleh berubah apabila teknologi
tertentu digunakan dengan kaedah tertentu.
Cari bahan rujukan /artikel berkaitan TPACK untuk mengetahui makna konteks 
di dalam Model TPACK tersebut.  

Jawapan:
Miswan, M., & Adenan, H. (2018). Penggunaan kerangka TPACK dalam
pembangunan papan cerita aplikasi LiLIN. e-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 5(2),
293–325.
 
Kemudian, jawab soalan berikut: 
Bagaimanakah TPACK dapat diaplikasi dalam konteks PdPR? 

Jawapan:
Seseorang guru boleh menggunakan komputer, ipad dan sebagainya untuk
mengajar. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan aplikasi ini berasaskan
teknologi dengan kebolehan ciri-ciri multimedia, interaktif dalam pelbagai cara,
pelbagai sentuh, malah boleh diintegrasi dengan internet, kamera, video, mikrofon,
gps malah denyutan nadi. Sifat peranti yang mudah alih dengan aplikasi yang lebih
mampu milik serta mudah diakses, menjadikan perisian atau aplikasi untuk peranti
mudah alih seperti iPad dan komputer sangat berpotensi dan mudah digunakan
untuk proses pembelajaran dan pengajaran. Dengan ini, bahan pembelajaran bukan
sahaja dapat dipindahkan ke bentuk digital atau e-learning, sebaliknyadapat
memberi nilai tambah yang optimum dalam pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai