Anda di halaman 1dari 12

NAMA: MUHAMMAD FITRI BIN JEFRI

(011228020707)
KELAS: DGA 4B
PRACTICAL TEST A1
TAJUK: ELECTRONIC CONTROL SYSTEM
TUGASAN: TROUBLESHOOTING AND DIAGNOSIS
PENGENALAN

Troubleshooting adalah satu bentuk penyelesaian masalah, yang sering digunakan untuk
memperbaiki produk atau proses yang gagal pada mesin atau sistem. Ini adalah logik, sistematik
mencari sumber masalah untuk menyelesaikannya dan proses beroperasi kembali.
Troubleshooting diperlukan untuk mengenal pasti masalah. Menentukan penyebab yang paling
mungkin adalah proses penghapusan atau menghilangkan kemungkinan penyebab masalah.
Akhirnya, penyelesaian masalah memerlukan pengesahan nahawa penyelesaiannya
mengembalikan produk atau proses ke keadaan kerjanya.

Secara umum, troubleshooting adalah pengenalpastian atau diagnosis “masalah” dalam aliran
pengurusan sistem yang disebabkan oleh beberapa jenis kegagalan. Masalah pada awalnya
digambarkan sebagai gejala kerusakan, dan troubleshooting adalah proses menetukan dan
memperbaiki penyebab gejala ini.

Untuk troubleshooting pada kenderaan zaman moden ini yang menggunakan sistem MPI adalah
dengan menggunakan satu alat iaitu scan tools. Hal ini kerana, dengan menggunakan scan tools
ini ia akan dapat membuat troubleshooting dengan mudah dan juga dapat menjimatkan masa.
Sebagai contoh, jika lampu enjin sesebuah kenderaan menyala, scan tools akan memainkan
peranan untuk mencari dan mengenalpasti masalah dengan membaca fault code kenderaan
tersebut.
OBJEKTIF KAJIAN

 Mengenalpasti kedudukan komponen dan lokasi ECU pada kenderaan.


 Mencari punca masalah dengan menggunakan scan tools, mulitimeter, dan juga
oscilloscope.
 Menganalisa maklumat yang ada pada scan tools dan perbaiki kerosakan.
PERALATAN DAN BAHAN

PERALATAN:-

 Sebuah kenderaan yang menggunakan sistem MPI yang lengkap

 Hand tools

 Multimeter
 Scan tools

 Oscilloscope

BAHAN:-

 Cotton waste
 Service manual
LANGKAH KERJA

Langkah kerja ini dilakukan pada kereta jenis PERODUA BEZZA dan scan tools model launch.

Langkah 1

Menyediakan peralatan seperti hand tools, scan tools, multimeter dan juga oscilloscope untuk
membuat troubleshooting.
Langkah 2

Cari kedudukan ECU dan soket OBD II dan sambungkan adapter scan tools pada soket OBD II.

Langkah 3

Hidupkan suis kereta dan on kan scan tools kemudian buka bluetooth dan sambungkan pada
adapter scan tools dan memilih jenis model kenderaan yang ingin di troubleshooting.
Langkah 4

Akan terdapat beberapa jenis pilihan pada skrin scan tools iaitu ECM, ICM, ABS, SRS dan juga
ACM. Pilih dan tekan ECM untuk memeriksa punca masalah.

Langkah 5

Untuk troubleshooting atau ingin padamkan memori, pilih atau tekan ‘back’ kemudian tekan
‘clear fault code’ dan tekan ‘ok’.
Langkah 6

Komponen atau sensor yang bermasalah ialah oxygen sensor (O2 sensor). Fault code bagi sensor
ini ialah (P0131). Sensor ini berada atau terletak di aliran ekzos iaitu berhampiran dengan
exhause manifold. Fungsi sensor ini ialah memantau kandungan gas oksigen pada ekzos.

Langkah 7

Komponen atau sensor kedua yang bermasalah ialah spark knock sensor. Fault code sensor ini
pula ialah (P0325). Fungsi sensor ini ialah memastikan bahawa bahan bakar membakar dengan
lancar dan tidak meletup (secara sengaja).
Langkah 8

Menguji oxygen sensor dengan menggunakan multimeter dan oscilloscope.

Langkah 9

Menguji spark knock sensor dengan menggunakan multimeter dan oscilloscope.

Langkah 10

Gantikan komponen atau sensor yang rosak iaitu oxygen sensor dan juga spark knock sensor
yang baru dan pasang semula ke tempatnya.
Langkah 11

Hidupkan suis kereta dan Anjin, pastikan lampu enjin tidak menyala lagi pada monitor.
LANGKAH KESELAMATAN

 Memakai safety boot.


 Memastikan tempat untuk membuat kerja dalam keadaan bersih, kemas dan tidak
berselerak.
 Jangan lalai ketika melakukan kerja.
 Pastikan tekan butang ‘back’ sehingga ke ‘home’ selepas selesai membuat
troubleshooting.
 Matikan enjin sebelum mencabut adapter scan tools dari BOD II.

Anda mungkin juga menyukai