Anda di halaman 1dari 5

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada

tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sector luar bandar dengan membantu
penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya
meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama
kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada
sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA
Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan
nasional.

Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras,


FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor
perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang.

Akhirnya, FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya di
samping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan
selaras dengan strategi operasi berimbangnya di antara program berorientasikan keuntungan
dan program obligasi sosial.
Misi & Visi

Misi Korporat

 Memegang falsafah Peserta Bersyukur No. 1 dan terus berkembang bersama


mereka dengan growth with equity; di samping mengurus, menjaga serta memegang
kepentingan amanah kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta.
 
 Melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR ) melalui pembangunan
ladang-ladang dan aktiviti yang berkaitan dengan lebih efisyen dan menguntungkan.
 
 Melaksanakan program diversifikasi yang menguntungkan dan di dalam masa yang
sama merancang dan melaksanakan program berorientasikan eksport di samping
berazam mencapai identiti konglomerat yang berjaya.
 

Visi Korporat

 Kekal sebagai plantation house yang terkemuka dan berkembang sebagai sebuah
konglomerat yang Berjaya.

Objektif

 Memberi nilai pulangan yang tinggi ke atas ladang-ladang yang dibangunkan.


 
 Meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta dan juga staf.
 
 Memperbaiki tahap produktiviti melalui kecekapan dan teknologi pengurusan yang
terkini.
 
 Mempertingkatkan ekonomi nilai tambah Syarikat.
 
Logo

Logo

 Logo FELCRA Berhad adalah merupakan ekspresi pencapaian matlamat dan


objektif organisasi ini. Rekabentuk logo menunjukkan tanda-tanda perubahan dalam
imej dan hala tuju korporatnya.

 Jalinan warna merah, biru dan putih adalah bersamaan dengan jalinan warna Jalur
Gemilang - Bendera Nasional. BIRU adalah warna global yang mewakili dunia
bisnes; MERAH adalah semangat yang dinamik dan PUTIH melambangkan
kecekapan dan kejelasan.

 Rekabentuk logo ini diilhamkan dari gagasan pelan pengembangan FELCRA


Berhad.

Rasional Di sebalik Logo

 Bentuk 'rhombus' mewakili bentuk asas daun yang mendasari pertanian.

 'Rhombus' berwarna biru mewakili 'core-business' sebagai asas pembentukan ke


arah konglomerat yang kukuh.

 'Rhombus' berwarna merah mewakili tiga pelan pengembangan FELCRA Berhad


iaitu :- dari segi pengembangan geografi, pengembangan bisnes yang berkaitan dan
pengembangan synergistic.
Komitmen FELCRA BERHAD

1. Akan terus bertindak sebagai agensi pelaksana kepada kerajaan pusat, kerajaan
negeri bagi merealisasikan program-program pembangunan rakyat luar bandar.
 
2. Kita mahu warga peserta FELCRA sentiasa bersatu padu dan sentiasa bermuafakat
untuk terus bersama membangunkan FELCRA Berhad hingga ke peringkat
antarabangsa. 
 
3. Enam (6) faktor utama pemantapan:
 

 Mempergiatkan projek-projek pemulihan dan penyatuan tanah (P&P)


termasuk tanam semula sebagai fungsi utama syarikat.
 
 Meningkatkan peranan obligasi sosial dan pembangunan peserta
termasuk institusi-institusi peserta untuk menanam rasa bangga mereka
sebagai kumpulan sasar.
 
 Memperkukuhkan fundamental ekonomi dan perniagaan teras.
 
 Memperkukuhkan aliran tunai syarikat di dalam pembangunan secara
pakej melalui penglibatan bermakna oleh anak-anak syarikat.
 
 Mempertingkatkan motivasi semua peringkat staf ke arah kecekapan dan
produktiviti dengan memperkenalkan "Key Performance Indicator" (KPI).
 
 Mengutamakan kos munasabah melalui penggabungan bahagian dan
mobiliti pegawai-pegawai kanan atau perjawatan sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai