Anda di halaman 1dari 20

SET 1

KERTAS 1

BAHAGIAN A
[30 markah]

Maklumat di bawah berkaitan dengan alam sekitar. Huraikan pendapat anda tentang alam
sekitar.

Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Hijau
BUANG SAMPAH
Zainal Abidin Mohamad
DI TEMPATNYA
Bumi yang tiada rimba
seumpama hamba
dia dicemar manusia
yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara


bagai tiada nyawa
pasti hilang suatu hari
tanpa disedari

Pelbagai pendekatan harus dilaksanakan bagi mendidik masyarakat menghargai dan peka
terhadap alam sekitar. Pendidikan pada peringkat sekolah, kempen, ceramah, pengedaran
risalah, diskusi, wacana ilmu dan forum berkaitan dengan alam sekitar harus ditingkatkan
dan diperluas kepada segenap lapisan masyarakat.

Jika dirujuk negara maju, tahap kesedaran masyarakat mereka terhadap alam sekitar
adalah tinggi. Mereka sangat menghargainya. Namun, di Malaysia tahap kesedaran dalam
kalangan masyarakat masih rendah iaitu tidak mencapai 30 peratus.

Memperkasa alam sekitar perlu jadi agenda utama


Oleh Prof Madya Dr Haryati Shafii
bhrencana@bh.com.my

1
KARANGAN B

[70 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis satu karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.

Soalan 1 – Domain Peribadi

Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan
diamalkan dengan sebaik-baik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan
generasi yang berhemah tinggi, berakhlak mulia dan membantu dalam pembangunan negara.
Oleh itu, generasi muda khususnya sewajarnya menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan
atau pegangan demi kelangsungan negara berbilang bangsa dalam menghadapi era moden
ini.

Sumber: Berita Harian, 24, Ogos 2019

Petikan akhbar di atas menjelaskan kepentingan masyarakat khususnya generasi muda


menjiwai nilai patriotisme .

Huraikan cara-cara yang dapat dilakukan oleh generasi muda untuk menunjukkan bahawa
mereka menjiwai nilai patriotisme.

Soalan 2 – Domain Pendidikan

Pembugaran Pendidikan Sivik di sekolah bermatlamat membentuk individu yang


bertanggungjawab, prihatin, bertimbang rasa dan berakhlak mulia agar dapat memberi
sumbangan kepada masyarakat dan negara . Oleh itu, peranan ibu bapa dan sokongan
daripada komuniti amat penting dalam memastikan anak-anak mengamalkan nilai-nilai murni
di sekolah dan di luar sekolah.

Sumber: Bernama Online, 12 Disember 2019

Petikan akhbar di atas menjelaskan pelaksanaan Pendidikan Sivik bukan menjadi tugas
institusi pendidikan semata-mata tetapi tanggungjawab semua pihak khususnya ibu bapa dan
komuniti.

Jelaskan peranan pelbagai pihak untuk menerapkan kesedaran sivik dalam kalangan generasi
muda.

2
SOALAN 3 – Domain pendidikan

Isu graduan menganggur atau gagal mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan
mereka merupakan isu yang sering diperkatakan. Pihak majikan mendakwa banyak
graduan tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang relevan dengan
kehendak pasaran sedangkan graduan terlibat telah menghabiskan masa antara tiga
hingga lima tahun untuk memperoleh diploma atau ijazah sarjana muda

Graduan menggangur: Masalah graduan, universiti


atau majikan? BERNAMA 13 Januari 2020

Petikan di atas menjelaskan punca-punca masalah pengangguran dalam kalangan graduan.

Huraikan persiapan-persiapan yang perlu anda lakukan untuk menghadapi dunia kerjaya
bagi mengelakkan anda menganggur.

SOALAN 4 – Domain awam

Pada masa ini, penggunaan laman sosial amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti
Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat
di negara ini . Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi trend dalam
kehidupan masyarakat masa ini. Masyarakat kini telah menjadikan penggunaan laman sosial
dalam Internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini dikatakan
demikian kerana kecanggihan aplikasi yang terdapat dalam laman sosial menarik perhatian
masyarakat di Malaysia.

Sumber : Internet

Petikan di atas menyatakan maklumat berkaitan dengan media sosial.

Tuliskan satu rencana tentang manfaat media sosial kepada masyarakat.

3
KERTAS 2

BAHAGIAN A : SISTEM BAHASA DAN APLIKASI BAHASA

(35 markah)

Soalan 1: MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata bantu .
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa dan nama khas.

Subjek pengucapan awam dapat memudahkan para pelajar untuk mencari pekerjaan suatu
hari nanti. Kini, banyak pelajar yang memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang,
namun masih gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan status mereka selaku
graduan. Hal ini berlaku demikian kerana mereka gagal meyakinkan pengurus sesebuah
syarikat untuk memilih mereka selaku pekerja. Di samping itu, subjek ini juga dapat mencungkil
bakat dan potensi pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

(Dipetik dan diubah suai daripada Wujudkan Subjek Pengucapan Awam dalam Sistem
Pendidikan Negara oleh Daniel Hakim Hanipi, Dewan Siswa, Bil. 1/2020)

(8 markah)

Soalan 2: SINTAKSIS

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi
empat ayat yang anda pilih seperti yang berikut:

Subjek : __________________________________________________
Predikat :_________________________________________________

Rumah tangga yang sejahtera terbentuk daripada keprihatinan ibu bapa


tentang amalan cara hidup sihat dan cergas. Maklumat penjagaan diri dan
pemakanan diperoleh daripada beberapa laman sesawang seperti Kementerian
Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, dan Kelab Nutrisi Malaysia.

Pemakanan yang seimbang amat penting untuk penjagaan kesihatan.


Manusia seharusnya mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi berkhasiat.
Pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko
menghidap beberapa jenis penyakit seperti barah, angin ahmar, darah tinggi, kencing
manis, batu karang, obesiti, kolesterol tinggi, dan osteoporosis.

(Dipetik dan diubah suai daripada Pemakanan yang Sihat,


Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1)

[8 markah]

4
Soalan 3: PENYUNTINGAN

Dalam petikan 1, terdapat empat kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam
kesalahan bahasa, Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Ada orang menganggap bahawa diet ialah usaha mengurangkan berat badan. Anggapan ini
tidak tepat kerana konsep diet yang sebenarnya ialah amalan pemakanan yang seimbang dari
segi mengambil zat makanan. Kebanyakkan individu mengamalkan cara diet yang tidak betul
untuk kurang berat badan, iaitu dengan cara menahan lapar dan mengurangkan pengambilan
makanan. Individu yang mengamalkan cara pemakanan yang demikian akan mengalami
masalah akibat pengurangan berat badan yang terlalu.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Kepentingan Nutrien’
Buku Teks Bahasa Melayu KBSM Tingkatan Lima,
Halaman 198 KPM)

[4 markah]

Petikan 2

Karbohidrat dan lemak dalam makanan bekalan tenaga kepada manusia. Zat makanan ini
boleh didapati dari makanan seperti ubi kentang, nasi, dan seumpamanya. Protein boleh
didapati daripada telur, ikan, susu dan daging. Zat makanan ini penting untuk membesar.
Mineral pula mudah diperolehi daripada makanan laut dan vitamin banyak terdapat dalam
sayur dan buah. Mineral penting kepada kesihatan kerana zat ini berperanan untuk menjaga
kesihatan darah dan membantu tubuh meresap zat makanan lain dengan lebih berkesan.
Vitamin pula berperanan untuk menjaga kesihatan mata, kulit dan gusi serta mengekalkan
kecerdasan badan.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada


‘Kepentingan Nutrien’
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan Lima KBSM,
Halaman 197,KPM)

[5 markah]

5
SOALAN 4 - BAHASA STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka
Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang
bernama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah.
Maka orang Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi.

Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada
emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya.

(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antalogi Jaket


Kulit Kijang dari Istanbul, hal.27-28. Kementerian Pendidikan Malaysia)

(4 markah)

SOALAN 5 – PERIBAHASA

Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan tiga peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan tersebut.

Farhah : Saya akan bertukar kerja tidak lama lagi. Saya harap saya dapat
menyesuaikan diri di tempat kerja baharu. Ini kali pertama saya bekerja dalam
bidang pemasaran. Saya bimbang saya akan berasa kekok.

Syima : Farhah, kamu harus bijak bercampur dan beramah mesra dengan rakan-rakan
sekerja yang baharu. Oleh itu, kamu tidak akan berasa tersisih.

Sasya : Usah risau, Farhah. Pada peringkat awal, mungkin kamu akan berasa
kekok namun, lama-kelamaan kamu pasti dapat membiasakan diri.

Farhah : Terima kasih, Syima dan Sasya. Baiklah, saya akan gigih berusaha untuk
menimba pengalaman dalam bidang pemasaran. Pada masa
yang sama, saya dapat menjana pendapatan dengan komisen yang
menguntungkan.
(6 markah)

6
BAHAGIAN B – PEMAHAMAN (35 MARKAH)

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SOALAN 6 – PETIKAN UMUM

Bahan 1

Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya, ibarat kita hendak
melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara kaedah yang
dapat diambil untuk menjaga tubuh termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-
kurangnya tiga kali setahun. Pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dilakukan untuk
mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal kerana mencegah lebih baik daripada
merawat. Oleh itu, sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, lebih baik jika kita melakukan
tindakan awal pencegahan. Selain itu, aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin
kesihatan yang baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkkhasiat
dalam kehidupan. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sangat disarankan oleh
pakar kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang seimbang
dapat memastikan tubuh seseorang mendapat zat yang diperlukan.

Dipetik dan dibuah suai daripada ‘Nilai Kesihatan’


Oleh Nur Amira Talib
Dewan Siswa, November 2016

Bahan 2

Rumah tangga yang sejahtera terbentuk daripada keprihatinan ibu bapa tentang
i.
amalan cara hidup sihat dan cergas. Maklumat penjagaan diri dan pemakanan diperoleh
daripada beberapa laman sesawang seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan
Kesihatan Negeri, dan Kelab Nutrisi Malaysia.

Pemakanan yang seimbang amat penting untuk penjagaan kesihatan. Manusia


seharusnya mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi berkhasiat. Pengambilan
makanan seimbang dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko menghidap beberapa jenis
penyakit seperti barah, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, batu karang, obesiti,
kolesterol tinggi dan osteoporosis.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pemakanan yang Sihat’


Halaman 6, Buku Teks Tingkatan Satu
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud tindakan awal. [ 2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan amalan cara
hidup sihat bagi menjamin kesihatan yang baik. [ 3 markah ]

7
(iii) Pelbagai langkah telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang
kepentingan menjaga kesihatan diri.
Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah untuk menimbulkan
kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan diri ?
[ 3 markah ]

(iv) Seorang daripada rakan sekelas anda kerap selesema, batuk dan bersin. Gejala ini
mengganggu pembelajarannya ketika di sekolah.
Cadangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh rakan anda ketika
berhadapan dengan masalahnya itu. [ 4 markah ]

Soalan 7: Petikan Sastera

Bahan 1

POSMEN : Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?
AIMAN : Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?
POSMEN : Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih
untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program ini.
Kalau umur abang macam adik, pasti abang tidak akan lepaskan peluang ini.
AIMAN : Abang buang saja surat ini. Saya tak berminat langsung. Buat apa nak
bersusah payah sertai program macam ini. Ayah saya banyak duit. Apa yang
saya nak, semua boleh dapat. Buang masa dan tenaga saja program macam
ini. Untuk orang susah bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam
kali sehari, tempat tidur dan pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00
lagi..ha..ha..ha.
POSMEN : Tak baik cakap macam itu, banyak faedahnya program seperti ini. Cuba
jangan fikir tentang duit dan makan minum itu. Cuba fikirkan tentang
kemahiran dan pengalaman yang akan diperoleh nanti.
AIMAN : Abang ini cakap banyak pula, macamlah abang pernah sertai program tu.
POSMEN : Memanglah abang tak pernah sertai program itu. Tapi, hasil daripadanya,
dah banyak yang abang nampak.
AIMAN : Tak fahamlah saya, bang.
POSMEN : Maksud abang, remaja yang dah menyertai program ini, apabila tamat latihan, banyak
kesan positif yang akan wujud dalam diri mereka. Anak jiran abang dulu pemalas. Kalau
balik rumah cuma tahu tidur dan makan sahaja. Tapi selepas tamat program ini, abang
tengak dia dah rajin tolong keluarganya dan baru nampak rasa hormat kepada orang
tua. Hasil yang paling dekat dengan diri abang ialah adik abang sendiri. Memang bagus
program itu. Banyak perubahan positif dalam diri dia.

(Dipetik daripada cerpen “Berkhidmat untuk Negara”


antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, halaman 91-92)

8
Bahan 2

SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka


bangkit dari persada luka
berdiri megah di pentas wira
inginku tebus maruah bangsa.

Aku anak merdeka


terjaga dari ranjang kecewa
berpaksi gagah di panggung perkasa
ingin kubela nasib bangsa.

Aku anak merdeka


harapan nusa dan bangsa
akan kutentang petualang negara
yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka


di hati semangat waja
di dada penuh satria
ini Tuah akan membela
untuk kubalut luka lama
Serunai Faqir
Wangsa Maju

(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud kesan positif? [ 2 markah ]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan perubahan positif yang terdapat


dalam bahan. [ 4 markah ]

(iii) Jatuh bangunnya sesebuah negara terletak di tangan remaja masa ini
kerana mereka pewaris kepimpinan negara.

Pada pendapat anda, bagaimanakah remaja dapat menunjukkan perasaan cinta


akan negara? Kemukakan cadangan anda. [ 4 markah ]

(iv) Adik anda telah dipilih oleh pihak sekolah untuk menyertai kem jati diri selama satu
minggu di luar kawasan. Adik anda enggan menyertai kem tersebut dengan
alasan jauh daripada keluarga tetapi takut untuk menyuarakannya kepada ibu
bapa anda.

Sebagai seorang yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat


memujuknya untuk menyertai kem tersebut. [4 markah ]

9
Soalan 8: Novel [10 markah]

Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

....Duduk dekat jendela, aku mengeluarkan buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-
sayuran dan Buah-buahan. Kubaca halaman yang kutandai:

Sayur-sayuran dan ulam-ulaman mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Kaya
dengan sumber utama vitamin C, vitamin A, asid folik, dan zat galian yang sangat diperlukan
untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda yang sihat. Khasiat yang terdapat
dalam sayur-sayuran dan ulam-ulaman ini dapat menyelenggara tisu-tisu kulit, mata, tulang,
dan otak. Ulam-ulaman biasanya banyak terdapat di kawasan kampung sama ada ditanam
atau tumbuh sendiri di hutan-hutan yang berhampiran. Apabila pembangunan rancak
dilaksanakan, banyak hutan diteroka sekali gus menyebabkan ulam-ulaman turut pupus.
Berikutan itu,ulam-ulaman sukar diperoleh di kampung-kampung dan pasar-pasar termasuk
pasar tani.

(Dipetik daripada Jendela Menghadap Jalan, hal.9-10, KPM)

i) Nyatakan khasiat yang terdapat dalam sayur-sayuran dan ulam-ulaman.


[4 markah]

ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut :

a) Jendela Menghadap Jalan,karya Ruhaini Matdarin

b) Songket Berbenang Emas,karya Khairuddin Ayip

Berdasarkan sebuah novel yang ada pelajari, jelaskan keistimewaan novel itu
sehingga dapat menarik minat pembaca.

[6 markah]

10
BAHAGIAN C : RUMUSAN

[30 Markah]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah,kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan s menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia diiktiraf pada peringkat global sebagai satu daripada destinasi pelancongan
utama dunia, dengan kedudukan antara 10 negara teratas dari segi ketibaan pelancong. Sektor
pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang semakin berkembang maju di
Malaysia. Oleh itu, faktor-faktor yang dapat membangunkan industri tersebut haruslah diberi
penekanan yang serius oleh semua pihak.

Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut
lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Sebagai contoh,
Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk, seperti
Cameron Highlands dan Genting Highlands di Pahang. Keadaan iklim semula jadi negara ini
yang panas dan lembap sepanjang tahun juga sudah pasti menggamit hati para pelancong.
Jangan kita lupa bahawa Malaysia memiliki sejarah pembentukan negara bangsa yang sangat
unik. Kepelbagaian budaya dan etnik, sama ada di Semenanjung ataupun di Malaysia Timur,
menjadi modal yang sangat berharga kepada sektor pelancongan. Di Sabah dan Sarawak,
kegiatan seni dan manipulasi fabrik suku kaum Kadazan dan Iban telah mendapat tempat
dalam hati para pelancong. Di samping itu, udara yang segar dan nyaman tanpa pencemaran
di negara ini menjadi nilai tambah yang menjadi lambang kehidupan yang tenang dan
bersahaja. Pelancong antarabangsa khususnya dari negara maju beranggapan bahawa
Malaysia merupakan destinasi percutian yang murah dan kompetitif kerana kadar tukaran
asing yang menarik.

Pakar runding pelabur asing dan kakitangan syarikat multinasional yang berurusan di
negara ini juga tertarik oleh kemajuan ekonomi negara yang pesat sehingga Lembah Klang
menjadi tumpuan kerana terdapatnya ibu pejabat institusi kewangan antarabangsa dan syarikat
teknologi tinggi. Hal ini ditambahkan pula dengan usaha kerajaan Malaysia memajukan sektor
pendidikan pengajian tinggi serta industri kesihatan dan perubatannya melalui promosi yang
agresif. Penganjuran acara sukan bertaraf dunia dan persidangan antarabangsa juga
meletakkan Malaysia di peta pelancongan sukan dan forum. Begitu juga dengan pembinaan
pusat konvensyen, seperti Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC), Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, (PICC), dan Dewan Persidangan Hotel bertaraf lima
bintang telah merancakkan ketibaan pelancong yang gemar menyertai perbincangan pada
peringkat tinggi serta acara korporat antarabangsa.

Jelaslah perspektif tentang sektor pelancongan di Malaysia telah menjangkau segmen di


luar tarikan keindahan alam semula jadi. Strategi ini memberikan kelebihan kepada Malaysia
untuk menawarkan produk pelancongan yang lebih berdaya saing. Sumbangan sektor
pelancongan kepada pendapatan negara akan terus meningkat. Kedudukan ekonomi yang
maju, politik yang stabil, sosial yang harmoni dan keselamatan yang baik menjadi resipi utama
bagi menarik lebih banyak pelancong asing. Kedatangan hampir 30 juta orang asing saban
tahun membuktikan bahawa Malaysia memiliki masa depan yang sangat cemerlang dalam
sektor pelancongan.

11
(Dipetik dan diubah suai daripada "Pelancongan Menyuntik Pendapatan Negara"
oleh Danilah Kamarul, Dewan Masyarakat 2018)

KERTAS SOALAN TAMAT

12
SKEMA SET 1

KERTAS 1

KARANGAN A

Format : Tiada

Cadangan idea :

Isi 1 : pencemaran alam

Isi 2 : amalan membuang sampah di tempat yang sepatutnya

Isi 3 : usaha untuk mendidik masyarakat untuk menghargai alam sekitar

SKEMA KARANGAN B
SOALAN 1 - DOMAIN PERIBADI

Kehendak Tugasan:

Murid perlu menulis tentang cara-cara seseorang individu menunjukkan perasaan cinta
akan negara

Format : Tiada

Cadangan isi/idea:

- kibar jalur gemilang - semasa menyambut bulan kemerdekaan/meraikan kejayaan

sesuatu pertandingan

- menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul-komunikasi/penulisan

- memilih dan menggunakan barangan buatan tempatan

- melancong di dalam negara

- tidak melibatkan diri dalam perkara yang mencemarkan nama negara

- menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan pelbagai kaum

- memperkenalkan negara kepada masyarakat dunia

13
SOALAN 2 - DOMAIN PENDIDIKAN

Kehendak Tugasan:

Murid perlu menghuraikan usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
menerapkan kesedaran sivik dalam kalangan generasi muda di negara kita.

Format : Tiada

Isi-isi penting:

i. Ibu bapa memupuk kesedaran sivik dalam diri anak-anak sejak kecil

ii. Pihak sekolah menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran

iii. KPM memperkenalkan Pendididikan Sivik dalam mata pelajaran teras


iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Moral dan
Pendidikan Islam.

iv. Masyarakat membudayakan semangat kekitaan dan kebersamaan serta


amalan tegur-menegur atau nasihat-menasihati

v. Kerajaan mengadakan kempen kesedaran sivik secara besar-besaran.

vi. Media Massa menyiarkan program tentang kesedaran sivik secara kerap.

Soalan 3 - DOMAIN KERJAYA

Kehendak tugasan :

Murid dapat menulis persiapan-persiapannya untuk menghadapi dunia kerjaya.

Cadangan isi :

i. mengusai bahasa Inggeris


ii. meningkatkan kemahiran berkomunikasi
iii. meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang yang ingin diceburi
iv. meningkatkan penampilan diri
v. meningkatkan kemahiran TMK

Soalan 4 - DOMAIN AWAM

Kehendak tugasan :

Forma : Rencana

Murid dapat menuis rencana tentang kebaikan penggunaan media sosial dalam kalangan
masyarakat

- sumber hiburan setelah penat bekerja


- sumber informasi terkini
- mengeratkan hubungan kekeluargaan/ persahabatan
- menjimatkan kos

14
- peluang menjana pendapatan
- peluang kerjaya

SKEMA KERTAS 2

Soalan 1- MORFOLOGI

Kata Kerja
1. memudahkan
2. mencari
3. meyakinkan
4. memperoleh
5. memilih
6. mencungkil

Kata bantu

1. dapat
2. masih
3. boleh

Soalan 2- SINTAKSIS

1. Subjek : Rumah tangga yang sejahtera


Predikat : terbentuk daripada keprihatinan ibu bapa yang mengamalkan cara
hidup sihat dan cergas.
2. Subjek : Maklumat penjagaan diri dan pemakanan
Predikat: diperoleh daripada beberapa laman sesawang seperti Kementerian
Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, dan Kelab Nutrisi
Malaysia.
3. Subjek: Pemakanan yang seimbang
Predikat: amat penting untuk penjagaan kesihatan

(Terima mana-mana ayat lain )

Soalan 3- PENYUNTINGAN

Petikan 1 :
Bil. Kesalahan Pembetulan
1 mengambil pengambilan
2 Kebanyakkan Kebanyakan
3 kurang mengurangkan
4 Terlalu keterlaluan

Petikan 2 :
Bil. Kesalahan Pembetulan
1 bekalan membekalkan
2 dari daripada
3 membesar tumbesaran
4. diperolehi diperoleh
5 meresap menyerap

15
6 kecerdasan kecergasan

[9 markah]

SOALAN 4 : BAHASA MELAYU STANDARD

Setelah dia berfikir, Patih Gajah Mada teringat akan Petala Bumi . Patih Gajah Mada
segera menyuruh orangnya bertanya kepada isteri Petala Bumi tentang anaknya yang
bernama Kertala Sari yang pergi mencuri ke Daha , sama ada sudah pulang dari Daha
atau belum. Selepas itu, orang Patih Gajah Mada pergi bertemu dengan isteri Petala
Bumi.

Ketika itu Kertala Sari sudah pulang dari Daha dan dia beroleh terlalu banyak
harta daripada emas, perak, pakaian dan duit berpuluh-puluh juta yang dicurinya daripada
orang banyak.

[4 markah]

SOALAN 5 - PERIBAHASA

1) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak


2) Alah bisa tegal biasa
3) Usaha tangga kejayaan
4) Sambil menyelam minum air [ 6 markah]

(Pilih mana-mana tiga jawapan)

SOALAN 6 – PETIKAN UMUM

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud tindakan awal.


[ 2 markah]
maksud tindakan awal ialah langkah permulaan/ mula-mula

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan amalan cara
hidup sihat bagi menjamin kesihatan yang baik.
[ 3 markah]

Persamaan bahan 1 dan bahan 2 :


- pemakanan yang seimbang dan berkhasiat
- pengambilan makanan mengikut piramid makanan.

Perbezaan bahan 1 dan bahan 2 :


- bahan 1 :
pemeriksaan kesihatan sekurangnya-kurangnya tiga kali setahun.

-bahan 2 :
Pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat

16
mengurangkan risiko menghidap beberapa jenis penyakit seperti barah, angin
ahmar, darah tinggi, kencing manis, batu karang, obesiti, kolesterol tinggi dan
osteoporosis.

(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah untuk menimbulkan
kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dalam kalangan murid.
[ 3 markah]
P1- ceramah/kempen/ pameran menjaga kesihatan.
P2- mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan / Sains
Sukan
P3- aktiviti unit beruniform
P4- program 1Murid 1Sukan
P5- Pemeriksaan kesihatan di sekolah secara percuma
P6- lawatan ke hospital

(iv) Cadangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh rakan anda ketika
berhadapan dengan masalahnya itu. [ 4 markah]
P1- mendapatkan rawatan di klinik/hospital
P2- memakai pelitup mulut dan hidung
P3- tutup mulut ketika batuk dan bersin
P4- berehat di rumah sehingga sihat
P5- mengambil makanan tambahan seperti vitamin c

Soalan 7-Petikan Sastera


(i) – impak/implikasi/akibat baik [ 2 markah ]

(ii) - rajin membantu keluarga


- rasa hormat kepada orang tua
- tebus maruah bangsa
- bela nasib bangsa
- tentang petualang negara [ 4 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah remaja dapat menunjukkan perasaan cinta akan
negara? Kemukakan cadangan anda.

- Menyertai program yang dapat menyuburkan semangat cinta akan negara seperti sambutan
bulan kemerdekaan.
- Mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif agar tidak menjadi beban kepada
negara.
- mengibarkan jalur gemilang ketika bulan kemerdekaan
menyanyikan lagu patriotik dengan bersemangat [ 4 markah ]

(iv) - menerangkan kebaikan yang akan diperoleh selepas menyertai kem tersebut.
- memberikan kata-kata semangat

- meminta ibu bapa/ rakan baik / guru adik memujuk adik

- berjanji untuk memberikan hadiah setelah adik tamat kem [ 4 markah ]

Soalan 8- Novel

i) - Mengandungi banyak serat dan kurang kalori

17
- Kaya dengan sumber utama vitamin C,vitamin A, asid folik dan zat galian yang
sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan

- dapat menyelenggara tisu-tisu kulit,mata,tulang dan otak

ii)

JMJ SBE
Keistimewaan novel sehingga dapat Keistimewaan novel sehingga dapat
menarik minat pembaca : menarik minat pembaca :

i) sikap berani yang ditunjukkan oleh watak i) kegigihan watak utama menuntut ilmu.
utama.Buktinya, Lili berani balik ke Buktinya, Dahlia gigih berulang alik ke
kampung datuk dan nenek seorang diri sekolah sejauh 30 kilometer untuk terus
dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke menuntut ilmu setelah ibunya dimasukkan
Dungun,Terengganu. Selain itu, Lili berani ke hospital kerana menghidap masalah
memberi pendapat tentang kubah di mental. Dahlia juga gigih mengulang kaji
hadapan penduduk kampung Sentosa yang pelajaran pada waktu malam walau pun dia
jauh lebih berusia daripadanya. Sifat berani kepenatan menguruskan rumah dan adik-
Lili ini menjadikan novel ini sangat istimewa adiknya. Sikap gigih Dahlia ini menjadikan
kerana jarang-jarang kita dapat menemukan novel ini istimewa kerana Dahlia tetap gigih
remaja yang berani seperti Lili. menuntut ilmu walau pun menghadapai
pelbagai kesukaran.

ii) konflik antara watak. Buktinya, penduduk ii) konflik antara watak. Buktinya, Nek Kiah
kampung telah pergi ke rumah datuk dan telah pergi ke rumah Dahlia untuk
memarahi datuk kerana mereka menyangka memberitahu Dahlia bahawa tapak tanah
datuk bersubahat dengan Sugi untuk menipu rumah Dahlia sudah ada pembeli dan Nek
penduduk kampung demi mendapatkan Kiah menyuruh Dahlia bersipa-siap untuk
tanah daripada penduduk kampung.Konflik berpindah. Konflik antara watak ini
antara watak ini menyebabkan novel ini menyebabkan novel ini istimewa kerana
istimewa kerana pembaca tertarik untuk pembaca tertarik untuk mengetahui apa-apa
mengetahui apa-apa yang berlaku yang berlaku seterusnya.
seterusnya.

iii) unsur suspen yang terdapat dalam novel. iii) unsur suspen yang terdapat dalam novel.
Buktinya, Lili telah diculik oleh Rafiq dan Buktinya, Dahlia telah terjun ke dalam sungai
Haziq lalu diikat di sebuah pondok usang di yang arusnya deras di hadapan rumahnya
hujung kampung. Danel telah pergi seorang untuk menyelamatkan Said yang lemas.
diri ke pondok usang tersebut pada waktu Dahlia berusaha melawan arus yang deras
malam. Peristiwa penculikan Lili ini untuk menyelamatkan Said. Peristiwa ini
menimbulkan rasa suspen dalam kalangan menimbulkan rasa suspen dalam kalangan
pembaca sehingga menarik pembaca untuk pembaca sehingga menarik pembaca untuk
terus membaca novel ini. terus membaca novel ini.

Pilih mana-mana dua isi . Terima mana-mana isi lain yang sesuai

18
Soalan 9

Pendahuluan
 Rumusan membincangkan faktor-faktor yang menarik kedatangan
pelancong dan usaha-usaha untuk meningkatkan industri pelancongan.
[2 markah]

Isi- Faktor

1. Banyak tempat menarik untuk dilawati./ Lokasi yang cantik dan menarik (grafik)
2. Keadaan iklim semula jadi negara ini yang panas dan lembap sepanjang tahun.
3. Malaysia memiliki sejarah pembentukan negara bangsa yang sangat unik.
4. Kepelbagaian budaya dan etnik./ pengalaman pelbagai budaya (grafik)
5. Kegiatan seni dan manipulasi fabrik suku kaum Kadazan dan Iban.
6. Udara yang segar tanpa pencemaran.
7. Destinasi percutian yang murah dan kompetitif kerana kadar tukaran asing yang
menarik./ Bajet yang murah (bahan grafik)
8. Kemajuan negara yang pesat
9. Kedudukan ekonomi yang maju,politik stabil,sosial yang harmoni dan keselamatan
yang baik
10. Pengangkutan yang mudah (bahan grafik)

Isi- Usaha

1. Kerajaan memajukan sektor pendidikan pengajian tinggi serta industri kesihatan


dan perubatannya melalui promosi.
2. Pengajuran acara sukan bertaraf dunia dan persidangan antarabangsa
3. Pembinaan pusat konvensyen dan Dewan Persidangan Hotel bertaraf lima bintang.

[ 8 markah]

Kesimpulan :
1. Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memperkasakan sektor pelancongan agar
negara lebih makmur.

2. Kesimpulannya, sektor pelancongan hendaklah diperkasakan oleh pihak


kerajaan agar negara lebih makmur. [ 2 markah]

19
20

Anda mungkin juga menyukai