Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.

Yang Berbahagia PUAN NORMAWATI BINTI MD NOH

GURU SAINS SMK DATO SRI AMAR DIRAJA

Yang Berusaha TUAN HAJI MOHD AZHAR BIN TUMIN

Pengetua SMK AGAMA HAJI MOHD YASSIN MUAR

Yang Dihormati PUAN HAJAH MAZLAIANA BINTI MD SAID

GURU KANAN SAINS DAN MATEMATIK

Yang Dihormati PN JULIA BT OSMAN, KETUA PANITIA KIMIA SMKA HAJI MOHD YASSIN

Guru-guru DAN PARA pelajar sekalian.

*********kata aluan

Alhamdulillah kerana dengan limpah dan Iradatnya kita dapat bersama-sama SECARA MAYA pada
pagi ini untuk menjayakan BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SAINS PERINGKAT SMKA HAJI MOD YASSIN.
Sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada had dan batas sempadannya. Semoga usaha kita semua
diberkati Allah. Insya Allah.

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, DIJEMPUT ADIK AHMAD NABIL BIN
SAIDIN untuk membacakan doa,dipersilakan

Amin-amin ya Rabbal Alamin..

****ceramah bermula

Dengan tidak membuang masa lagi, majlis menjemput CIKGU NORMAWATI BINTI
MD.NOH, Guru SAINS SMK Dato SRI AMAR DIRAJA MUAR untuk menyampaikan
ceramah beliau.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
************(Ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada CG NORMAWATI di atas teknik menjawab yang
telah disampaikan sebantar tadi. Semoga segala maklumat dan panduan yang telah diberikan
semasa ceramah tadi akan dapat membantu kita untuk menjawab soalan SAINS KERTAS 2 dengan
baik semasa peperiksaan nanti. Sama-sama kita berdoa agar dapat  mencapai kecemerlangan dalam
mata pelajaran SAINS seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah dengan keputusan yang
cemerlang.

_______________________________________________________

*****Sesi Soal Jawab (kalau ada)

Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Kepada PARA PELAJAR boleh mengemukakan
pertanyaan kepada tuan penceramah.

########(soal jawab)

Penutup

Selesai sudah BENGKEL TENIK MENJAWAB SAINS PADA HARI INI. Pihak majlis sekali lagi merakamkan
ucapan terima kasih kepada CIKGU NOR MAWATI BT MD NOH atas kesudian beliau  berkongsi ilmu
dengan kita pada hari ini

Semoga kita semua dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi PADA HARI NI

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara
sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada
Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan saya.

Sekian, wabillah hi Taufik wa hidayah Assalamualaikum wbth

Anda mungkin juga menyukai