Anda di halaman 1dari 2

Hadis mengenai kepimpinan dalam Islam.

(ALYA MAIZAH BINTI WASILI)


TAJUK: JAWATAN BUKAN UNTUK MENDAPATKAN HABUAN

Maksudnya: Daripada Abi Humayd al-Sai’di RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah
melantik Ibn al-Uthbiyyah (sebahagian lafaz menyebut Ibn al-Lutbiyyah) untuk menguruskan
zakat Bani Sulaym. Ketikamana dia datang berjumpa dengan Rasulullah, dia mengira
(kutipan zakat tersebut lalu mengasingkan sebahagiannya dan berkata): Ini adalah bahagian
kamu dan ini adalah hadiah untukku, aku telah diberikan hadiah (kerana menguruskan zakat
ini). Lalu Rasulullah (menegurnya dengan) bersabda: Apakah sekiranya engkau duduk di
rumah ibu dan ayahmu, apakah mereka akan datang memberikan kamu hadiah juga seperti
ini, jika kamu seorang yang benar?”

Sumber: Sahih al-Bukhari, no:7197

Intisari:
a) 1. Perhatikan hadis ini bagaimana Rasulullah mendidik para sahabat agar
bersikap jujur dengan jawatan yang diberikan. Baginda mengingatkan agar
janganlah jawatan itu dijadikan alat perantara untuk seseorang menggunakannya
bagi mendapatkan hadiah atau sesuatu projek. Rasulullah memberikan teguran
sinis bahawa tanpa jawatan tersebut, lelaki itu tidak akan mampu untuk
mendapat hadiah dari rakyat.
b) Pada hakikatnya tidak salah memberikan hadiah. Tetapi dalam situasi ini,
pemberian hadiah kepada pemerintah atau pegawai kerajaan boleh membawa
kepada ruang fitnah dan mendekati pintu rasuah. Ketika menghuraikan hadis ini,
al-Imam al-Khattabi berpesan:

‫البة وليخفف عن‬ِ ‫هذا بيان أن هدااي العمال سحت وأنه ليس سبيلها سبيل سائر اهلدااي املباحة وإَّنا يهدى إليه احم‬
‫املهدي ويسوغ له بعض الواجب عليه وهو خيانة منه‬

“Hadis ini menjelaskan tentang hadiah-hadiah yang diberikan kepada para pegawai
kerajaan adalah sesuatu yang terlarang (satu penipuan). Dan hadiah ini adalah tidak
sama sama seperti pemberian hadiahhadiah yang lain yang dibenarkan. Pemberian
hadiah kepada pemerintah (gabenor atau pegawai kerajaan) akan memupuk rasa suka
(favoritism), ia akan meringankan rasa (untuk memberikan hukuman) kepada si pemberi
dan membolehkan (memudahkan) beberapa perkara yang diwajibkan ke atas seseorang.
Ini semua adalah (sesuatu yang membawa kepada) pengkhianatan.” (al-Khattabi,
Ma’alim alSunan).

c) Al-Imam al-Munawi pernah merekodkan kisah bagaimana seorang lelaki


memberikan hadiah daging peha unta kepada Saidina Umar ketika Umar menjadi
Khalifah. Setelah beberapa ketika, lelaki itu dikatakan bergaduh dengan seorang
lelaki yang lain dan mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar. Lelaki
tersebut mengungkit pemberian yang pernah dihadiahkan kepada Saidina Umar.
Kata lelaki itu:

‫ هلال أ َكب اكتبوا‬:‫اي أمري املؤم ْني اقض يل قضاء فصال كما يفصل الفخذ من ْالزور فضرب بيده على فخذه وقال‬
‫إَل ْالفاق هدااي العمال غلول‬
“Wahai Amirul Mukimin, laksanakanlah hukuman yang putus sepertimana terputusnya
daging peha unta. Umar (tersentak mendengar ungkitan lelaki itu) lalu menepuk
pehanya dan berkata: “Allahu Akbar! Tulislah surat kepada semua gabenorku di setiap
negeri bahawa hadiah yang diberikan kepada pegawai kerajaan (gabenorgabenor)
adalah satu belitan (pengkhianatan).” (Fayd al-Qadir, no: 9600)

d) Al-Imam al-Shawkani pula melihat hadiah kepada pemimpin ini sebagai sebahagian
daripada jenis-jenis rasuah. Kata al-Shawkani:

“Dan secara zahirnya hadiah-hadiah ini diberikan kepada Kadi (samada pemerintah atau
hakim) dan semua yang seumpamanya adalah sebahagian daripada jenis rasuah. Kerana
sekiranya si pemberi memberikan sesuatu yang dia tidak pernah berikan sebelum itu
kepada orang belum pernah dilantik memegang jawatan, maka pemberian tersebut
pasti atas tujuan yang tertentu. Samada si pemberi ingin berselindung dengan
pemberiannya atas kebatilan yang dia lakukan, atau dia cuba mendapatkan sesuatu
(haknya dengan jalan yang salah) dan semua ini adalah haram.” (al-Shawkani, Nayl al-
Awtar).

e) Malah hadis ini turut mengingatkan kepada setiap penguasa atau pemerintah supaya
meneliti sumber pendapatan yang diperolehi oleh pegawainya. Perhatikan bagaimana
Rasulullah menegur hadiah yang diterima oleh Ibn al-Utbiyyah (atau Ibn al-Lutbiyyah).
Kita bimbang hari ini seandainya ada Menteri yang menjadikan pegawainya sebagai
pintu kemasukan hadiah dan rasuah, bahkan pegawai tersebut pula yang menjadi orang
tengah dalam urusan perkara-perkara yang dilarang oleh agama. (Dr. Abdullah bin Umar
alDumaiji, al-Imamah al-Uzma)

Anda mungkin juga menyukai