Anda di halaman 1dari 8

Bahagian 1

Awal Bismillah pembuka bicara, terima kasih saudari moderator yang sungguh petah berbicara.
Assalamualaikun dan salam sejahtera kepada sidang hadirin yang dihormati,
Menurut kefahaman umum, masyarakat umumnya mentafsirkan rasuah sebagai pemberian atau
penerimaan wang sogokan, komisen, pelincir, duit kopi, ang pow, kau tim, atau under table
money. Dari segi Bahasa Melayu, rasuah bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk
(menyogok, menyuap). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rasuah didefinisikan sebagai
(wang) tumbuk rusuk (sogok, suap).

Di dalam Bahasa Arab, rasuah disebut sebagai ar-risywah atau ar-rasywah yang bermaksud
sesuatu penyambung yang dapat menghantarkan tujuan dengan harta sogokan. Menurut Bahasa
Latin pula, rasuah berasal daripada perkataan corruptio, iaitu daripada kata kerja corrumpere
yang membawa erti busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan menyogok.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hadiah didefinisikan sebagai pemberian (kerana
penghargaan, untuk kenang-kenangan, sebagai penghormatan ganjaran.

Punca dominan yang menyebabkan rasuah ini semakin galak berlaku dalam kalangan
masyarakat ialah keterdasakan memerlukan wang ringgit.

Suka untuk saya kemukakan dalil pengharaman rasuah daripada al -Quran mahupun
al-Sunnah:

Allah SWT berfirman:

ِ ‫س َ َّم ا ع ُو َن ل ِل ْ ك َ ِذ ب ِ أ َ ك َّ ا ل ُ و َن ل ِل س ُّ ْح‬
‫ت‬

Maksudnya: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka


memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)

Surah al-Maidah (5:42)

Perkataan as-suht menurut bahasa ialah kemusnahan. Sementara, Ibn Mas’ud RA


dan selainnya memberi maksud perkataan as-suht sesuatu yang haram adalah
rasuah. [al-Jaami’ Li Ahkam al-Quran, al-Qurthubi (6:182-183)]
Sebuah hadis, Abdullah ibn ‘Amr R.Anhuma meriwayatkan

‫ي‬ ِ َ ‫ي َو ال ْ مُ ْر ت‬
َ ‫ش‬ ِ ‫ل َ ع َ َن َر س ُ و ُل ّللاَّ ِ صلى هللا عليه وسلم ال َّر ا‬
َ ‫ش‬

Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah”

Riwayat Abu Daud (3580), al -Tirmizi (1337) dan Ibn Majah (2313)

Pelaku rasuah berhak dilaknat jika mendapatkan sesuatu yang bukan


haknya selain bertujuan menyakiti Muslim yang lain. [Lihat al-Kabair
:132]. Amalan rasuah termasuk dalam dosa besar kerana ancaman laknat. Hal
ini berdasarkan kalam Ibn al-Solah “Ada beberapa tanda yang menunjukkan suatu
dosa termasuk daripada dosa besar iaitu; pelakunya menjadi fasiq dan dilaknat.”.
Sementara, Ibn Abd al-Salam menyebut: “Dosa besar ialah dosa yang disertakan
dengan balasan buruk atau laknat.”

Izinkan saya membawakan 1 situasi berkaiatan rasuah yang diambil at as punca


keterdesakan memerlukan wang iaitu menerima tawaran rasuah bagi menampung
kos rawatan. Hal ini adalah ditegah berdasarkan hadis yang menyatakan penerima
rasuah turut dilaknat. Tambahan pula, keadaan mendapatkan sumber
kewangan bagi menampung kos rawatan tidak dikatakan pada situasi terdesak
kerana masa masih terdapat saluran lain untuk mendapatkan bantuan kewangan.
Sehubungan itu, kami mengesyorkan untuk membuat permohonan bantuan
perubatan daripada pelbagai pihak mahupun agensi kerajaan sepe rti berikut:

• Permohonan Bantuan Perubatan daripada Baitulmal


• Permohonan Tabung Bantuan Perubatan (TBP) daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM)
• Permohonan bantuan kos rawatan daripada Jabatan Kebajikan masyarakat
• Permohonan menampung pembiayaan kos p erubatan daripada zakat negeri
• Kutipan derma kilat daripada orang ramai dengan memaparkan surat
pengesahan penyakit daripada hospital.

Konklusinya, jalan pintas menerima rasuah bagi kegunaan kos rawatan tidak
dianggap darurat kerana masih terdapat saluran bantuan kewangan daripada
pelbagai pihak. Tidak dinafikan rawatan merupakan salah satu
usaha memelihara nyawa namun pada masa yang sama mencari sumber kewangan
yang halal turut dituntut oleh syarak.

Bahagian 2
Terima kasih saudari moderator.

Sebenarnya terdapat nas yang jelas daripada Rasulullah SAW melarang perkara tersebut.
Dalam sebuah hadis menyebut daripada Thauban RA:
‫ِش يَ ْعنِي الَّذِي يَ ْمشِي بَ ْينَ ُه َما‬
َ ‫الرائ‬ َ ‫ِي َو ْال ُم ْرتَش‬
َّ ‫ِي َو‬ َّ ‫سلَّ َم‬
َ ‫الراش‬ َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫ّللا‬ ُ ‫لَعَنَ َر‬
ِ َّ ‫سو ُل‬
َ ‫ّللا‬
Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantara
yang bersifat penghubung antara kedua-duanya”.
Riwayat Ahmad (22399), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (1415), al-Baihaqi dalam
Syu’ab al-Iman (5503) dan al-Hakim dalam al-Mustadrak (7068)

Kaedah fiqh juga menyatakan:


‫ص َية‬
ِ ‫ص َي ِة َم ْع‬ َ ُ‫عانَة‬
ِ ‫علَى ال َم ْع‬ َ ‫اإل‬
ِ
Maksudnya: Menolong perbuatan maksiat juga adalah maksiat.

Di sini jelas bagi kita bahawa pemberi dan penerima rasuah adalah dilaknat oleh
Allah SWT dan Rasulullah SAW.
-(Selitkan contoh ataupun isu semasa yang berkaitan)

Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan


kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat
milik kontraktor berkenaan.

Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM


2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:

• Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]


• Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
• Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
• Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam
[Seksyen 23 Akta SPRM 2009]
Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (22/220) mentakrifkan rasuah
dengan: “Sebarang pemberian bertujuan memalsukan kebenaran dan
membenarkan kepalsuan”.

firman Allah SWT:

‫اإلِ ث ْ ِم‬ ِ َّ ‫ح ك َّ ا ِم ل ِ ت َأ ْ ك ُ ل ُ وا ف َ ِر ي ق ً ا ِم ِّ ْن أ َ ْم َو ا ِل ال ن‬
ْ ِ ‫اس ب‬ ِ ‫َو ََل ت َأ ْ ك ُ ل ُ وا أ َ ْم َو ا ل َ ك ُ م ب َ ي ْ ن َ ك ُ م ب ِ ال ْ ب َ ا‬
ُ ْ ‫ط ِل َو ت ُد ْ ل ُ وا ب ِ هَ ا إ ِ ل َ ى ال‬
‫َو أ َ نت ُ ْم ت َ ع ْ ل َ مُ و َن‬

Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang -orang
lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu
menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim -hakim kerana hendak
memakan (atau mengambil) sebaha gian dari harta manusia dengan (berbuat)
dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

)Surah al-Baqarah: 188 (

Jelas di sini menunjukkan mereka yang terlibat dengan rasuah termasuk orang
yang menjadi pemudah cara adalah dilaknat. Para ulama’ sebahagiannya
menafsirkan maksud dilaknat dengan makna ia termasuk dalam dosa besar. Dengan
sebab itu, al-Imam al-Zahabi memasukkan rasuah ini dalam dosa -dosa besar
melalui kitabnya, al-Kabair.

Wallahu ‘alam

Bahagian 3

Saudari moderator, izinkan saya menyuarakan buah fikiran tambahan berdasarkan ulasan
saudara ahli panel yang ketiga tadi.

(Ulas tentang bagaimana konsep hadiah memberi hadiah ini dapat dijernihkan semula
maksudnya dalam pemikiran masyarakat yang semakin keruh pemahaman mereka)

Menjadi amalan yang sangat mulia dalam Islam supaya saling memberi hadiah. Bahkan,
mengikut pandangan ulamak, hukum asal memberi hadiah adalah sunat yang mana tujuannya
adalah untuk menyuburkan perasaan kasih-sayang dan mengukuhkan silaturrahim sesama kita.
Maka, amalan memberi dan menerima hadiah ini telah menjadi kebiasaan yang sangat meluas
di kalangan masyarakat pada masa kini.

Apabila perkara ini telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat, maka ada pula pihak yang
mengambil kesempatan daripada keadaan ini Justeru ntuk memahami perkara ini agar kita
terhindar daripada terlibat dengan perbuatan rasuah, maka perlulah kita memahami beberapa
perkara asas yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah SAW.

Baginda bersabda: “Hanya berlaku setiap amalan itu dengan niat”. [Riwayat Bukhari dan
Muslim]
Manakala dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW menjelaskan lagi:
“Kebaikan ialah apa yang tenang hatimu dengannya. Manakala dosa ialah sesuatu yang
menyebabkan gelora dalam dirimu dan kamu tidak suka untuk diketahui oleh orang ramai.”.
[Riwayat Ahmad]

Jelas daripada hadis ini Rasulullah menerangkan perbezaan antara perbuatan yang baik dan
yang buruk. Kedua-duanya adalah hasil perbuatan yang bermula daripada niat.

Maka antara yang perlu diambil perhatian semasa menerima sesuatu pemberian ialah

Pertama berkaitan masa sesuatu hadiah itu diberikan atau diterima. sekiranya sesuatu
pemberian itu tanpa sebarang kaitan masa, maka dengan sendirinya membawa kepada makna
rasuah. Namun, sekiranya pemberian itu dihulurkan semasa ada sempena yang tertentu, maka
secara logiknya ia bermaksud hadiah semata-mata.Contohnya ialah jika hadiah diterima
semasa sambutan hari jadi. Sudah pasti ianya tidak membawa kepada makna lain selain
daripada hadiah biasa.

Kedua ialah dengan melihat kepada kadar pemberian yang dihulurkan. Antara asas hadiah
ialah pemberian pada kadar yang munasabah dan bersesuaian dengan sempena yang
berkaitan. Begitu juga latar belakang pemberi dan penerima hadiah perlu juga diambil kira.
Secara dasarnya hadiah adalah berdasarkan dua pertimbangan. Pertama, latar belakang
pemberi hadiah. Kedua, status atau latar belakang penerima rasuah. Sekiranya orang yang
memberikan hadiah itu seorang ahli perniagaan berstatus mega yang mempunyai kekayaan,
maka pemberiannya juga mungkin besar, setaraf dengan statusnya seorang yang kaya.
Tetapi, sekiranya seorang yang hanya bergaji sederhana tetapi memberikan hadiah berharga
berlipat kali ganda daripada pendapatannya, maka pastinya akan mencetuskan tanda tanya.

Oleh itu, kadar pemberian adalah suatu yang tidak mungkin dapat disembunyikan. Kerana
orang memberi rasuah pastinya mahu menarik perhatian penerima dengan menawarkan kadar
yang lumayan. Di sinilah sepatutnya orang yang akan menerima suapan boleh berfikir dengan
waras bahawa kadar yang dia akan terima adalah tidak masuk akal. Siapa yang akan
memberikan kadar yang luar biasa kalau tiada udang di sebalik batu?

Ketiga ialah bagaimana sesuatu pemberian itu disampaikan. Biasanya hadiah disampaikan di
khalayak ramai, secara terbuka dengan diperhatikan oleh semua orang. Tiada niat untuk
disembunyikan daripada pengetahuan orang lain. Satu perkara yang tidak dapat dinafikan,
penerima hadiah secara umumnya akan bergembira dan merasa bangga dengan hadiah yang
diterima. Maknanya, tidak langsung akan merasa takut atau risaukan akibat daripada kesan
hadiah yang diterima.

Satu perkara yang tidak dapat dinafikan, penerima hadiah secara umumnya akan bergembira
dan merasa bangga dengan hadiah yang diterima. Maknanya, tidak langsung akan merasa
takut atau risaukan akibat daripada kesan hadiah yang diterima.
Bahagian 4

Terima kasih suadari moderator.

Baiklah, antara langkah lain yang boleh diketengahkan bagi membendung gejala rasuah ini
ialah…

(selitkan dalil dan isu semasa yang berkaitan)..

Isu mengenai rasuah perlu ditekankan dalam khubat Jumaaat dan ceramah agama bagi memberi
kesedaran kepada masyarakat khususnya umat Islam. Saya kumpulkan kata-kata mufti
daripada beberapa buah negeri di Malaysia,

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, pendekatan itu boleh membantu
memerangi rasuah supaya gejala itu dapat dibendung secara holistik.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, topik rasuah perlu dibawa dalam
kuliah agama, ceramah dan khutbah Jumaat secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran
kepada masyarakat mengenai isu rasuah.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad pula berkata, walaupun rasuah sering menjadi topik dalam
ceramah tetapi dalam konteks semasa ketika ini, seeloknya isu berkenaan disebut secara lebih
meluas.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, isu rasuah wajar diketengahkan
isi rasuah ketika sesi ceramah untuk memberi ingatan kepada masyarakat agar tidak lupa
tentang keburukannya.

Sementara itu, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, khutbah Jumaat antara
saluran yang digunakan dalam usaha memberi kesedaran kepada umat Islam tentang jijiknya
perbuatan rasuah.

Justeru, suka untuk saya bacakan semula perintah Allah SWT kepada hamba-Nya untuk
menyampaikan dan memberikan pemahaman kepada umat terdapat dalam QS. Ali Imran ayat
104 yang berbunyi sebagai berikut.

َ‫ع ِن ۡال ُم ۡنك َِر َواُولٰٓٮِٕكَ هُ ُم ۡال ُم ۡف ِل ُح ۡون‬


َ َ‫َو ۡلت َ ُك ۡن ِ ِّم ۡن ُك ۡم ا ُ َّمة يَّ ۡدع ُۡونَ اِلَى ۡالخ َۡي ِر َويَ ۡا ُم ُر ۡونَ بِ ۡال َمعۡ ُر ۡوفِ َويَ ۡن َه ۡون‬

Artinya, “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh untuk berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan
mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
Konklusinya, salah satu lagi langkah lain yang boleh diketengahkan bagi membendung gejala
rasuah ini ialah kerap memberikan peringatan di dalam majlis-majlis ilmu kerana sifatnya
manusia yang sering lalai dan lupa maka hendaklah kita yang menyedari akan hal ini terus
untuk berpesan-pesan tentang kebaikan dengan penuh sabar dan hikmah.

Anda mungkin juga menyukai