Anda di halaman 1dari 15

1.

DEFINISI AL-MUDARABAH

Al Mudharabah adalah akad (transaksi) antara dua pihak dimana salah satu pihak menyerahkan harta kepada yang lain agar diperdagangkan dengan pembagian keuntungan diantara keduanya sesuai dengan kesepakatan.1 Al Mudharabah adalah bentuk kerja sama antara dua atau lebih pihak dimana pemilik modal (Shahib Al Mal/Investor) mempercayakan sejumlah modal kepada pengelola (Mudharib) dengan suatu perjanjian pembagian keuntungan.2 Bentuk ini menegaskan kerja sama dengan kontribusi 100% modal dari Shahib Al Mal dan keahlian dari Mudharib.

1.1

PENSYARIATAN AL-MUDARABAH

Secara umum,landasan dasar syariah al-Mudarabah lebih mencerminkan anjuran untuk melakukan usaha. Hal ini dijelaskan dalam ayat dan hadis berikut: Firman Allah di dalam surah yang bermaksud:

..dan dari orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurhia Allah SWI......( al-Muzammil ayat 20)

Melalui hadis dari Shalih Bin Shuhaib r.a bahawa Rasullah SAW bersabda, Tiga hal yang di dalamnya terdapat keberkatan: jual beli secara tangguh, muqaradhah (mudarabah) dan mencampur gandum dengan tepung untuk keperluan rumah bukan untuk dijual.(HR Ibnu Majah no. 2280 kitab at-Tijarah)

Al-Mudarabah disyariatkan berdasarkan kepada sunnah Rasullah SAW. Rasullah sendiri berinteraksi berdasarkan skim al-Mudarabah terhadap harta kepunyaan Khadijah RA sebelum baginda berkahwin dengannya. Apabila al-Abbas bapa saudara Rasullah SAW menyerahkan harta secara mudarabah beliau mensyaratkan kepada pihak pengusahakannya supaya tidak membawa harta menyeberangi lautan, mengharungi Oasis dan tidak menggunakannya untuk membeli setiap yang mempunyai jantung yang berdenyut. Jika pengusaha melanggar larangan tersebut dia dikehendaki membayar ganti rugi. Perkara tersebut dibawa kepada Rasullah SAW dan baginda mengharuskanya. Ramai dari kalangan para sahabat yang menggunakan skim

ini dalam operasi perniagaan mereka.Misalnya Umar bin al-Khatab, Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin Affan, Abdullah Bin Masud dan lain-lain. Skim ini jugalah yang dipraktikkan oleh orang ramai di zaman itu sehinggalah ke zaman ini.

1.2

Hukum dan Pendapat Amalan Al Mudharabah Dalam Islam Para ulama sepakat bahawa sistem penanaman modal ini dibolehkan. Dasar hukum dari sistem jual beli ini dibenarkan ijma ulama seperti dinukilkan Ibnul Mundzir,3 Ibnu Hazm, Ibnu Taimiyah dan lainnya. Ibnu Hazm menyatakan: Semua bab dalam fiqh selalu memiliki dasar dalam Al Quran dan Sunnah yang kita ketahui kecuali Al Qiraadh (Al Mudharabah ). Kami tidak mendapati satu dasarpun untuknya dalam Al Quran dan Sunnah. Namun dasarnya adalah ijma yang benar dan yang dapat kami pastikan bahawa hal ini ada dizaman shallallahualaihi wa sallam, beliau ketahui dan setujui dan seandainya tidak demikian maka tidak boleh.[8] Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah memberi komen pernyataan Ibnu Hazm di atas dengan menyatakan: Ada kritikan atas pernyataan beliau ini: 1.2.1 Bukan termasuk mazhab beliau membenarkan ijma tanpa diketahui sandarannya dari Al Quran dan Sunnah dan ia sendiri mengakui bahwa ia tidak mendapatkan dasar dalil Mudharabah dalam Al Quran dan Sunah.

1.2.2

Beliau tidak memandang bahawa tidak adanya yang menyelisihi adalah ijma, padahal ia tidak memiliki disini kecuali ketidak tahuan adanya yang menyelisihinya.

1.2.3

Beliau mengakui persetujuan Nabi SAW setelah mengetahui sistem muamalah ini. Taqrier (persetujuan) Nabi SAW termasuk satu jenis

sunnah, sehingga (pengakuan beliau) tidak adanya dasar dari sunnah menentang pernyataan beliau tentang taqrir ini.

1.2.4

Jual beli (perdagangan) dengan keridhaan kedua belah fihak yang ada dalam Al Quran meliputi juga Al Qiradh dan Mudharabah.

1.2.5

Mazhab beliau menyatakan harus ada nash dalam Al Quran dan Sunnah atas setiap permasalahan, lalu bagaimana disini meniadakan dasar dalil Al Qiradh dalam Al Quran dan Sunnah.

1.2.6 1.2.7

Tidak ditemukannya dalil tidak menunjukkan ketidak adaannya. Kesan yang ada dalam hal ini dari Nabi shallallahualaihi wa sallam tidak sampai pada derajat pasti (Qathi) dengan semua kandungannya, padahal penulis (Ibnu Hazm) memastikan persetujuan Nabi dalam permasalahan ini.[9]

Demikian juga Syeikh Al Albani mengkritik pernyataan Ibnu Hazm diatas dengan menyatakan: Ada beberapa bantahan (atas pernyataan beliau), yang terpenting bahawa asal dalam Muamalah adalah boleh kecuali ada nas (yang melarang) berbeza dengan ibadah, pada asalnya dalam ibadah dilarang kecuali ada nas, sebagaimana dijelaskan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah. Al Qiradh dan Mudharabah jelas termasuk yang pertama. Juga ada nas dalam Al- Quran yang membolehkan perdagangan dengan keredaan dan ini jelas mencakupi Al-Qiraadh. Ini semua cukup sebagai dalil kebolehannya dan dikuatkan dengan ijma yang beliau akui sendiri.[10] Dalam kesempatan lain Ibnu Taimiyah menyatakan: Sebahagian orang menjelaskan beberapa permasalahaan yang ada ijma padanya namun tidak memiliki dasar nas, seperti Al-Mudharabah, hal itu tidak demikian. Mudharabah sudah masyhur dikalangan bangsa Arab dijahiliyah apalagi pada bangsa Quraisy, kerana umumnya perniagaan jadi pekerjaan mereka. Pemilik harta menyerahkan hartanya kepada pengelola (umaal). Rasulullah SAW sendiri pernah berangkat membawa harta orang lain sebelum kenabian sebagaimana telah berangkat dalam perniagaan harta Khadijah. Juga kafilah dagang yang dipimpin Abu Sufyan kebanyakannya dengan sistem mudharabah dengan Abu Sufyan dan selainnya. Ketika datang Islam Rasulullah SAW menyetujuinya dan para sahabat pun berangkat dalam perniagaan harta orang lain secara Mudharabah dan beliau SAW tidak melarangnya. Sunnah disini adalah

perkataan, pebuatan dan persetujuan beliau, ketika baginda bersetuju maka mudharabah dibenarkan dengan sunnah.[11] Juga hukum ini dikuatkan dengan adanya amalan sebahagian sahabat Rasulullah SAW di antaranya yang diriwayatkan dalam Al-Muwattha [12] dari Zaid bin Aslam, dari ayahnya bahawa ia menceritakan: Abdullah dan Ubaidillah bin Umar bin Al-Khattab pernah keluar dalam satu pasukan ke negeri Iraq. Ketika mereka kembali, mereka lalu di hadapan Abu Musa Al-Asyari iaitu gabenor Bashrah. Beliau menyambut mereka berdua dan menerima mereka sebagai tamu dengan sukacita. Beliau berkata: Kalau aku boleh melakukan sesuatu yang berguna buat kamu semua, pasti akan aku lakukan. Kemudian beliau berkata: Sepertinya aku boleh melakukannya. Ini ada wang dari Allah yang akan aku kirimkan kepada Amirul Mukminin. Beliau meminjamkannya kepada kamu semua untuk kamu belikan sesuau di Iraq ini, kemudian kamu semua jual di kota Al-Madinah. Kamu semua kembalikan modalnya kepada Amirul Mukminin, dan keuntungannya kamu ambil. Mereka berkata: Kami suka itu. Maka beliau menyerahkan wang itu kepada mereka dan menulis surat untuk disampaikan kepada Umar bin Al-Khattab agar Amirul Mukminin itu mengambil dari mereka wang yang diberikan. Sesampainya di kota Al-Madinah, mereka menjual barang itu dan mendapatkan keuntungan. Ketika mereka membayarkan wang itu kepada Umar. Umar lantas bertanya: Apakah setiap anggota pasukan diberi pinjaman oleh Abu Musa seperti yang diberikan kepada kalian berdua? Mereka menjawab: Tidak. Beliau berkata: Apakah kerana kamu semua adalah anak-anak Amirul Mukminin sehingga ia memberi kamu semua pinjaman? Kembalikan wang itu beserta keuntungannya. Adapun Abdullah, hanya mendiamkan diri sahaja. Sementara Ubaidillah terus berkata: Tidak sepatutnya engkau berbuat demikian wahai Amirul Mukminin! Kalau wang ini berkurang atau habis, pasti kami akan bertanggungjawab. Umar tetap berkata: Berikan wang itu seperti yang dikehendaki. Abdullah tetap diam, sementara Ubaidillah tetap membantah. Tiba-tiba salah seorang di antara penggawa Umar berkata: Bagaimana bila engkau menjadikannya sebagai pelaboran modal wahai Umar? Umar menjawab: Ya. Aku jadikan itu sebagai pelaboran modal. Umar segera mengambil modal beserta setengah keuntungannya, sementara Abdullah dan Ubaidillah mengambil setengah keuntungan sisanya.[13]

Kaum muslimin sudah terbiasa melakukan akad kerja seperti itu sehingga zaman sekarang ini pelbagai masa dan tempat tanpa ada ulama yang menyalahkannya. Ini merupakan keadaan yang diyakini umat, kerana cara ini sudah digunakan bangsa Quraisy secara turun temurun dari zaman jahiliyah hingga zaman Nabi SAW, kemudian beliau mengetahui, melakukan dan tidak mengingkarinya. Tentulah sangat bijak, bila pengembangan modal dan peningkatan nilainya merupakan salah satu tujuan yang disyariatkan. Sementara modal itu hanya boleh dikembangkan dengan dikelola dan diperniagakan. Sementara tidak setiap orang yang mempunyai harta mampu berniaga, juga tidak setiap yang berniaga mempunyai modal. Maka masingmasing mempunyai kelebihan. Oleh sebab itu, Mudharabah ini disyariatkan oleh Allah demi kepentingan kedua belah pihak.

1.3

RUKUN-RUKUN AL-MUDARABAH

Al-Mudarabah mempunyai tiga rukun iaitu yang pertama ahli kongsi iaitu pemodal pengusaha, kedua lafaz al-Mudarabah dan ketiga modal.

1.3.1 Rukun Pertama : Ahli Kongsi

Sebelum membicarakan tentang syarat-syarat ahli kongsi perlu dijelaskan terlebih dahulu hubungan di antara ahli-ahli kongsi. Di dalam syarikat alMudarabah,pengusaha adalah wakil kepada pemodal di dalam menggunakan hartanya. Oleh kerana dia sebagai wakil maka dia dikira sebagai pemegang amanah. Apabila pengusaha mengusahakan modal tersebut dan memperolehi keuntungan dia menjadi rakan kongsi di dalam syarikat ini kerana dia juga berhak mendapat sebahagian daripada keuntungan tersebut. Dengan cara itu dia juga menjadi rakan kongsi terhadap modal.apabila pengusaha tidak menepati syarat yang dipersetujui bersama dia menjadi seorang penjamin yang perlu membayar ganti rugi terhadap harta yang berada dibawah tanggungjawabnya.

Apabila al-Mudarabah rosak pengusaha menjadi pihak yang mengambil upah terhadap modal yang dikeluarkan oleh pemodal dan tidak berhak mendapat upah lain selain daripada upah yang setimpal dengannya sahaja. Para ulama berpendapat syarikat al-Mudarabah beroperasi berdasrkan kepada skim alWakalah di mana pengusaha adalah wakil daripada pemodal untuk mengusahakan hartanya. Jika begitu kedudukannya disyaratkan pada pemodal sebagaimana disyaratkan pada pihak yang menjadi wakilnya seperti berakal. Baligh, mempunyai pilihan sendiri dan boleh menguruskan kerja yang diwakilkan kepadanya.Disyaratkan kepada pengusaha(al-Mudarib) sebagaimana disyaratkan kepada pemodal seperti berakal, mumayyiz, mempunyai pilihan sendiri dan tidak disekat untuk melakukan urusan jual beli.

1.3.2 Rukun Kedua Lafaz

Kontrak al-Mudarabah berlaku dengan apa-apa lafaz yang menunjukkan perkongsian di antara pemodal dengan pengusaha sama ada dengan perkataan, tulisan atau dengan isyarat bagi yang tidak mampu bercakap. Kadangkala berlaku al-Mudarabahj secara mutlak dan tidak terikat dengan apa-apa syarat. Di dalam situasi ini, harus kepada pengusaha melakukan apa saja yang biasa dilakukan oleh para peniaga di dalam urusan mereka.n Cuma tidak harus kepadanya menyerahkan modal itu atau sebahagian daripadanya kepada orang lain untuk diusahakan berdasarkan kepada kontark al-Mudarabah juga kecuali dengan izin pemodal kerana dengan berbuat demikian pengusaha mempunyai hak terhadap harta orang lain tanpa izin daripada tuan punya harta tersebut. Tambahan pula sesuatu itu tidak mengandungi yang serupa dengannya kerana keduanya tidak sama dari segi kekuatan. Jika sekiranya pemodal

mengizinkannya hukumnya adalah harus dan kadang kala kontak alMudarabah disertai dengan beberapa syarat iaitu syarat yang tidak harus di dalam al-Mudarabah pertama pengusaha tidak boleh berpisah dari alMudarabah dan pemodal tidak menanggung sebarang kerugian.

Berhubung dengan syarat pemodal mesti bekerja bersama-sama dengan pengusaha. Majoriti ulama berpendapat tidak harus mensyaratkan demikian kerana ia merupakan syarat yang bertentangan dengan tuntutan kontrak alMudarabah itu sendiri. Berdasarkan kepada tuntutan kontrak al-Mudarabah, ia melibatkan pelaburan harta dari orang yang tidak mempunyai harta. Ulama Mazhab Hanbali berpendapat syarat ini adalah syarat yang harus kerana ia merupakan syarat yang tidak menghalalkan perkara yang haram dan tidak mengharamkan perkara yang halal. Pendapat yang diutarakan oleh ulama Mazhab Hambali ini adalah yang paling sahih.

Kedua ialah syarat yang menimbulkan gharar seperti mensyaratkan bahagian pengusaha berbentuk keuntungan barangan tertentu atau memperolehi jumlah tertentu sama ada harta yang diusahakan itu memperolehi keuntungan atau tidak dan sebagainya. Berhubung dengan mensyaratkan pembatasan masa alMudarabah ulama Mazhab Hanafi dan Hambali berpendapat ianya harus kerana al-Mudarabah merupakan urusan yang boleh diikatkan dengfan barangan dan juga tempat tertentu. Ini bermakna harus juga diikatkan dengan masa tertentu. Misalnya pemodal menyatakan kepada pengusaha: Saya berikan kepada anda harta ini supaya anda dapat mengusahakan secara Mudarabah untuk selama setahun. Ulama Mazhab Maliki dan Syafie berpendapat tidak harus mengikatkannya dengan masa tertentu kerana pembatasan masa ini memudaratkan pengusaha. Kadang kala perniagaan pada tahun yang dipersetujui bersama rugi, sedangkan masih terdapat barangan-barangan yang dia sendiri mengharapkan akan memperolehi keuntungan dan dapat menampung semula kerugian yang dialaminya. Pembatasan masa

mengharamkannya terus dari kesempatan ini semua. Mungkin pendapat yang mengatakan boleh diikatkan syarat al-Mudarabah dengan masa tertentu sebagai harus adalah pendapat yang paling sahih sekali.

1.3.3 Rukun ketiga Modal

Disyaratkan kepada modal sebagaimana berikut iaitu modal hendaklah dalam bentuk mata wang. Jika pemodal menyerahkan barangan kepada pengusaha

dan berkata kepadanya: sahakanlah secara mudarabah maka hukumnya adalah tidak sah kerana terdapat unsure kejahilan (al-Jahalah) apabila syarikat berakhir nanti, manakala pengusaha ingin memulangkan harta tersebut kepada tuan punya harta semula. Tetapi harus kepadanya mengatakan: Ambillah barangan ini dan jualkanlah dan seterusnya jadikan harganya sebagai modal dalam bentuk mudarabah. Disamping itu juga modal hendaklah diketahui pada masa kontark itu dilakukan supaya tidak menyebabkan berlaku perselisihan di antara kedua belah pihak nanti. Modal juga hendaklah diserahkan kepada pengusaha bagi membolehkannya menggunakan modal tersebut. Golongan ulama Mazhab Hanbali mengharuskan modal kekal pada tangan pemodal dan pemodal menyerahkan modal tersebut kepada pengusaha secara beransuransur beberapa kali apabila diperlukan olehnya. Sekiranya seseorang mempunyai hutang pada diri seseorang yang lain, kemudian dia menyatakan kepada orang yang berhutang dengan itu : Jadikanlah hutang saya yang ada pada tangan tuan sebagai modal untuk diusahakan secara mudarabah antara saya dengan tuan, hukumnya tidak sah kerana Mudarabah termasuk ke dalam kontrak Irfaq(kesihatan belas). Dengan itu menjadikan hutang yang tidak dapat diserahkan sebagai modal sebenarnya tidak ada unsure kesihatan belas kerana itu hukumnya tidak harus.

1.4

Syarat Dalam Mudharabah Pengertian syarat dalam Al- Mudharabah adalah syarat-syarat yang ditetapkan salah satu pihak yang mengadakan kerjasama berkaitan dengan Mudharabah. Syarat dalam Al Mudharabah ini ada dua: 1.4.1 Syarat Yang Sahih (Dibenarkan) iaitu syarat yang tidak menyalahi tuntutan akad dan tidak pula maksudnya serta memiliki maslahat untuk akad tersebut. Contohnya Pemilik modal mensyaratkan kepada pengelola tidak membawa pergi harta tersebut keluar negeri atau membawanya keluar negeri atau melakukan perniagaannya khusus di negeri tertentu atau jenis tertentu yang sukar diniagakan. Maka syarat-syarat ini dibenarkan menurut kesepakatan para ulama dan wajib dipenuhi, kerana

ada kemaslahatannya dan tidak menyalahi tuntutan dan maksud akad perjanjian mudharabah. 1.4.2 Syarat Yang Fasad (Tidak Benar). Syarat ini terbagi tiga: 1.4.2.1 Syarat yang mentiadakan tuntutan konsekuensi akad, seperti

mensyaratkan tidak membeli sesuatu atau tidak menjual sesuatu atau tidak menjual kecuali dengan harga modal atau dibawah modalnya. Syarat ini disepakati ketidak benarannya, kerana menyalahi tuntutan dan maksud akad kerja sama iaitu mencari keuntungan.

1.4.2.2 Syarat yang bukan dari kemaslahatan dan tuntutan akah, seperti mensyaratkan kepada pengelola untuk memberikan Mudharabah kepadanya dari harta yang lainnya.

1.4.2.3 Syarat yang berakibat tidak jelasnya keuntungan seperti mensyaratkan elola bagian keuntungan yang tidak jelas atau mensyaratkan keuntungan satu dari dua usaha yang dikelola, keuntungan usaha ini untuk pemilik modal dan yang satunya untuk pengelola atau menentukan nilai satuan uang tertentu sebagai keuntungan. Syarat ini disepakati kerusakannya karena mengakibatkan keuntungan yang tidak jelas dari salah satu pihak atau malah tidak dapat keuntungan sama sekali. Sehingga akadnya batal.

1.5

Syarat Halal al-Mudarabah Al-Mudarabah adalah halal di sisi syarak dengan syarat-syarat tertentu iaitu : 1.5.1 Pertama modal Terdiri dari wang tunai yang ditentukan semasa akad dan diserahkan kepada pihak pengusaha sebaik selesai ijab dan qabul dengan cara-cara dipersetujui.

1.5.2

Kedua peratus keuntungan ditentukan semasa akad.

1.5.3

Ketiga disyaratkan modal dari tuan punya modal dan kerja dari pengusaha. Ini berertii tidak sah jika disyaratkan kerja dari tuan punya modal.

1.5.4

Keempat kerugian Dalam hal kerugian semuanya ditanggung oleh tuan punya modal dan pengusaha tidak memperolehi apa-apa begitu juga jika tiada keuntungan, tuan punya modal hanya mendapat balik modalnya dan pengusaha tidak mendapat apa-apa.

1.5.5

Kelima Pembubaran Al-Mudarabah boleh dibubarkan pada bila-bila masa sebelum kerja-kerja dimulakan oleh pengusaha

1.5.6

Keenam Projek Yang Dijalankan Projek yang dijalankan hendaklah halal mengikut syarak

1.5.7

Ketujuh Persetujuan (akad) Kedua Belah Pihak Kedua belah pihak yang menjalankan persetujuan(akad) mudarabah terdiri dari mereka yang boleh dipertanggungjawabkan, bebas dari sekatan muamalat dan boleh melibatkan diri dalam bidang wakalah.

1.6 Pandangan

Pada pendapat kami amalan Al-Mudarabah ini memberi keuntungan kepada kedua belah pihak iaitu pengusaha dan pemodal. Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran ,Hadis, pendapat ijmak serta pendapat yang sahih amalan Al-Mudarabah dalam perniagaan dapat memberi sesuatu yang member kebaikan dimana tidak akan berlaku

penyelewengan serta pindasan antara pihak pemodal dan pengusaha kerana mereka mendapat persetujuan bersama sebelum sesuatu perjanjian atau kontrak dibuat.

Di samping itu mudarabah dibuat mengikut kadar yang dipersetujui kedua belah pihak mereka juga mendapat keuntungan seperti yang dinyatakan di dalam kontrak. Pemodal dan pengusaha juga akan menikmati peningkatan bagi hasil pada saat keuntungan usaha nasabah meningkat. Pemodal juga tidak perlu risau tentang ke mana modal akan diniagakan kerana akan lebih selektif dan berhati-hati mencari usaha yang benar-benar halal, aman dan menguntungkan kerana keuntungan yang kuat dan benar-benar terjadi itulah yang akan dibahagikan antara kedua-dua pihak.

Pemodal juga tidak perlu risau atau terancam dengan kontrak mudarabah ini kerana prinsip bagi hasil dalam Al-Mudarabah berbeza dengan prinsip bunga tetap di mana pemodal akan menagih penerima pembiayaan(nasabah) satu jumlah bunga tetap, berapa pun keuntungan yang dihasilkan nasabah sekalipun merugi dan terjadi krisis ekonomi.

2.0

APLIKASI AL MUDARABAH DALAM SISTEM BANK

Dalam perkembangan ekonomi kewangan, sistem perbankan memainkan peranan yang sangat penting bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada masyarakat seperti penyimpanan, pelaburan dan sebagainya secara sistematik. Dalam memperkatakan isu perbankan, umat Islam telah berjaya membangunkan institusi perbankan Islam atau sistem perbankan Islam yang berdaya maju dan berdaya saing. Hal tersebut

membuktikan bahawa ajaran Islam mencukupi urusan akhirat dan keduniaan sebagai sistem kehidupan yang lengkap. Sejarah kekayaan penubuhan bank Islam adalah hasil daripada gerakan umat Islam pada sekitar tahun awal 50-an dan 60-an bagi mengamalkan ajaran Islam dalam urusan kewangan serta menentang amalan riba bank. Sekumpulan ulama Timur Tengah telah menfatwakan perlunya mewujudkan sistem perbankan Islam yang sesuai dengan Syariat Islam. Hal ini bertepatan dengan matlamatmatlamat syariah yang digariskan oleh para ulama silam dalam persoalan Syariah Khamsah yang bermaksud Pemeliharaan lima perkara agama iaitu memelihara agama, nyawa, akal, harta dan keturunan, manakala sebahagian ulama menambah dengan tujuan keenam iaitu menjaga maruah. Oleh itu, berdasarkan matlamat usaha mewujudkan sistem perbankan Islam adalah bertepatan dengan maksud menjaga harta umat Islam daripada terlibat dengan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t khususnya larangan riba. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa melaksanakan sistem perbankan Islam adalah bertujuan menyelamatkan umat Islam daripada terlibat dengan amalan riba

yang dijalankan oleh bank konvensional. Salah satu konsep diketengahkan ialah konsep mudarabah iaitu kontrak di antara pemilik modal dan pengusaha di mana pemilik modal bersetuju membiayai sepenuhnya sesuatu projek atau pelaburan. Pengusaha pula bersetuju mengusahakannya secara berkongsi untung dengan pembahagian yang dipersetujui bersama. Sebarang kerugian yang berlaku akan ditanggung oleh keseluruhannya oleh pemilik modal iaitu bank. 1

2.1

Bank Islam Malaysia Berhad sebagai institusi pilihan

Sejarah penubuhan Bank Islam bermula di Mesir pada tahun 1963 sebagai Bank Islam moden pertama di dunia. Kemudian pada tahun 70-an dan 80-an beberapa Negaranegara umat Islam yang lain seperti Dubai, Arab Saudi, Pakistan, Sudan, Iran, Malaysia dan lain-lain turut menubuhkan Bank Islam setelah melihat kejayaan Bank Islam di Mesir. Kini, sistem perbankan Islam merupakan sebahagian daripada sistem kewangan moden khususnya bagi negara-negara umat Islam sama ada secara komprehensif atau secara terpinggir. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang berjaya mewujudkan Sistem Perbankan Islam secara komprehensif dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad sebagai Bank Islam perintis di Malaysia dan juga Asia Tenggara. Malaysia telah melakarkan sejarah penubuhan Bank Islam pertama yang telah diperbadankan pada I Mac 1983 dan telah mula beroperasi pada 1 Julai 1983 yang dikenali sebagai Bank Islam Malaysia Berhad ( BIMB ). BIMB merupakan satu-satunya Bank Islam yang menjalankan sistem perbankan Islam ( SPI ) di Malaysia ketika itu. Pada tahun 1993, kerajaan telah membenarkan bank-bank konvensional menawarkan SPI sebagai suatu petanda perkembangan SPI di Malaysia. Kini perkembangan terbaru kerajaan telah membenarkan bank-bank asing sama-sama bersaing memberi

perkhidmatan SPI di peringkat domestik. Langkah ini adalah petanda bahawa SPI di Malaysia telah memasuki era liberalisasi kewangan Islam, sesuai sebagai sebuah Negara yang diiktiraf di peringkat dunia sebagai yang termaju dalam sistem perbankan Islam. Kini Bank Islam menawarkan kepada pengguna Muslim dan bukan Muslim di Malaysia berpeluang untuk menikmati pelbagai perkhidmatan kewangan yang praktikal dan sesuai dengan syariah. Menurut Pengarah Urusan Bank Islam iaitu Dato Sri Zukri Samat Bank

Noor Saliza Zainal dan Zulkafli Mohd. Yusof, 2008. Perbankan Islam Di Malaysia. Shah Alam: UPENA Uitm.

Islam kini telah menjadi simbol Perbankan Islam di Malaysia yang mempunyai visi Pemimpin Global dalam bidang Perbankan Islam yang menggambarkan status bank pembawa bendera industri perkhidmatan kewangan Islam negara. Selain dari itu untuk menjadikan Bank Islam sebagai ikon Malaysia dalam bidang perbankan Islam dan disegani bukan sahaja di Malaysia, malah diseluruh rantau asia juga di seluruh pelusuk dunia. Oleh yang demikian, Bank Islam telah memperluaskan rangkaiannya secara agresif dengan tujuan memaksimumkan jangkauannya. Sehingga bulan Disember 2010 bilangan cawangan-cawangan bank Islam dianggarkan mencapai sebanyak 113 cawangan. Manakala terdapat 897 terminal layan diri mesin ATM , mesin deposit tunai ( CDM ), mesin deposit cek dan laporan perbankan di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Bank Islam konsisten dalam menetapkan benchmark baru bagi setiap produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan dan telah mencapai kejayaan sebagai pelopor dalam bidang-bidang seperti berikut: 2.1.1 Bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan kad ATM berasaskan cip ( Kad Pintar ). 2.1.2 2.1.3 Penyusul utama untuk perkhidmatan Sukuk korporat Islam pertama di dunia. Bank pertama di rantau Asia Pasifik yang memperkenalkan kad kredit patuh EMV dengan sistem berasaskan cip berikutan pelancaran MasterCard Bank Islam. 2.1.4 Bank pertama yang menawarkan kemudahan pembayaran zakat melalui ATM dan kad kredit Bank Islam. 2.1.5 Bank pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan perbankan SMS ( bankislam.sms ) . 2.1.6 2.1.7 Bank pertama untuk memperkenalkan MasterCard Platinum Islam. Bank pertama untuk memperkenalkan sebuah dana berstruktur dengan jaminan perlindungan modal Islam iaitu An Najah NID-i.

2.1.8

Bank pertama untuk memperkenalkan akaun deposit yang menawarkan kesempatan untuk pemilik-pemilik akaun memenangi hadiah wang tunai hingga RM100,000.00 dan semuanya berlandaskan prinsip-prinsip syariah.

2.1.9 2.1.10

Bank pertama di dunia untuk memperkenalkan World MasterCard. Bank pertama yang bekerjasama dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) untuk membolehkan pelanggan melakukan pelbagai transaksi LTH di terminal layan diri dan di kaunter.

2.1.11

Bank pertama untuk memperkenalkan Waheed-i iaitu sebuah dana berstruktur dengan jaminan perlindungan modal Islam.

2.1.12

Satu-satunya bank Islam dan bank tanpa pelaburan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah senarai Penasihat Prinsipal untuk cadangan syarikat korporat tertentu di Malaysia.

2.1.13

Bank pertama untuk memperkenalkan perkhidmatan perbankan mudah alih sepenuhnya yang tidak memerlukan internet iaitu TAP Mobile Banking-i.

Hari ini, bank Islam bangga berdiri lebih tinggi dari pesaing-pesaingnya sebagai kumpulan perbankan dan kewangan Islam Malaysia di dalam lanskap perkhidmatan

perbankan dan kewangan yang sangat kompetitif. Penjenamaan semula Bank Islam pada bulan Ogos 2007 telah memberi sumbangan lebih baik terhadap prestasi yang merangkumi suatu program untuk mengubah pola pemikiran dan budaya kerja seluruh kakitangan. Sehinggakan, pada tahun 2010 Bank Islam Malaysia Berhad telah

memenangi dua anugerah untuk penjenamaan dan merupakan pencapaian yang amat baik bagi Bank Islam. 2

2.2

Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Seksyen 18, Shah Alam, Selangor Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Seksyen 18, Shah Alam yang beralamat di No. 28, Jalan Pinang D 18/D, 40000 Shah Alam, Selangor telah mula beroperasi pada 4 Disember, 2010. Cawangan ini merupakan cawangan Bank Islam Malaysia Berhad yang kedua dibuka di Shah Alam, Selangor. Asalnya premis 2 tingkat ini diduduki oleh

REZEKI Inspirasi Kejayaan Isu No. 1. Februari 2011 : Kuala Lumpur.

Tabung Haji tetapi sejak tarikh 4 Disember, 2010 . Cawangan ini merupakan Bank Islam Malaysia Berhad pertama yang mengambil alih peroperasian dari Tabung Haji. Ini adalah usahasama dengan Tabung Haji untuk memudahkan orang ramai yang ingin berurusan dengan Tabung Haji. Temubual bersama Acting Branch Manager Encik Zainul Hisyam Mat Drus berbagai promosi telah dibuat untuk memperkenalkan produk baru mereka yang berkonsepkan mudarabah contohnya seperti Akaun Simpanan i AlAwfar dan Akaun Pelaburan i Al-Awfar. Lebih-lebih lagi terdapat promosi tentang produk ini yang membolehkan pelanggan berhak untuk cabutan bertuah dengan

pelbagai hadiah yang menarik. Menurut Branch Operation Manager Cik Fuziyani Binti Matra pula sambutan produk ini begitu baik sehinggakan purata lebih kurang 5 akaun dibuka pada setiap hari di cawangan ini. Waktu operasi bank ini ialah pada hari Isnin hingga Khamis dari jam 9.30 pagi sehingga jam 4.30 petang. Manakala pada hari Jumaat dari jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari dan 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Ditutup pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum. Terdapat mesin ATM, CDM dan CQM untuk kegunaan orang awam.

Anda mungkin juga menyukai