Anda di halaman 1dari 162

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

VEE 3033
PRINSIP KEPADA PENDIDIKAN
TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Ramlee Bin Mustapha

2012
KANDUNGAN

BAB 1: FALSAFAH PTV 1


Pengenalan 1
Falsafah Pendidikan 2
Rekonstruksionisme 3
Perenialisame 4
Esensialisme 5
Progresivisme 8
Perspektif Pendidikan 17
Perspentif Tradisionalisme 18
Perspektif Eksperientialisme 18
Perspektif Disiplin Ilmu 20
Perspektif Behaviorisme 21
Perspektif Kognitivisme 22
Falsafah PTV 22
Pembentukan Falsafah PTV 23
Kepentingan Falsafah Dalam PTV 25
Kata Kunci 26
Ujian Kendiri 26
Bibliografi 27

BAB 2: SEJARAH PERKEMBANGAN PTV DI MALAYSIA 29


Pengenalan 29
PTV di Zaman Imperialisme Barat 30
Sebelum Zaman Kolonialisme British 30
Semasa Zaman Kolonialisme British 31
Sebelum Perang Dunia Kedua 31
Selepas Perang Dunia Kedua 32
Sejarah Penubuhan Sekolah Teknik, Vokasional dan
Pertukangan 33
PTV Selepas Kemerdekaan 34
Penubuhan Politeknik 34
Penubuhan Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional 35
Penubuhan Maktab Perguruan Teknik 36
Pendidikan Aneka Jurusan 38
Dasar Pendidikan Kebangsaan 41
Halatuju PTV di Malaysia 41
Penutup 45
Kata Kunci 46
Ujian Kendiri 46
Bibliografi 47

BAB 3: PRINSIP PTV 49


Prinsip-prinsip Utama Dalam PTV 49
Charles A. Prosser 50
John Dewey 51
Melvin L. Barlow 52
Melvin D. Miller 52
Konsep Dalam PTV 54
Ciri-ciri Pelajar PTV 54
Mengenalpasti Perbezaan Pelajar 55
Umur 55
Gaya Pembelajaran 56
Pengalaman Seterusnya 57
Minat 58
Bidang Tumpuan 59
Bidang Tumpuan 59
Bakat 61
Sikap 61
Menjadikan Pembelajaran Bermakna 62
Aktiviti-aktiviti Aplikasi Praktikal 65
Kata Kunci 65
Ujian Kendiri 66
Bibliografi 66

BAB 4: KURIKULUM PTV 69


Pengenalan 69
Matlamat PTV 69
Tujuan dan Objektiv PTV 70
PTV dan Latihan Kemahiran 73
Pendidikan Teknikal 73
Pendidikan Vokasional 73
Latihan Kemahiran 74
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan PTV 76
Fasa-fasa Pembinaan Kurikulum PTV 78
Merancang kurikulum 78
Membina kandungan kurikulum 79
Membuat keputusan berkaitan kandungan kurikulum 80
Model pembangunan Kurikulum 80
Elemen-elemen Penting Dalam Pembangunan Kurikulum PTV 81
Menentukan Matlamat dan Objektif Kurikulum 81
Pembinaan Kursus 84
Apa yang perlu diajar dan bagaimana caranya? 85
Analisis pekerjaan (Task Analysis) 85
Pembangunan Program Vokasional 86
Rangka Kursus 89
Skop dan Turutan 89
Tujuan Kursus 89
Objektif Kursus 90
Unit-unit Pengajaran 90
Kaedah Pengajaran 90
Kaedah Penilaian 91
Sistem Penggredan 91
Senarai Sumber yang Diperlukan 92
Rancangan Pengajaran Guru 92
Rancangan Pengajaran 93
Menyediakan Rancangan Pengajaran 94
Langkah Membina Rancangan Mengajar 94
Langkah 1: Pilih Unit dan Isi Pelajaran 95
Langkah 2: Buat Turutan 95
Langkah 3: Tujuan 95
Langkah 4: Objektif 96
Langkah 5: Kaedah Penyampaian 96
Langkah 6: Memilih Bahan Sokongan 96
Langkah 7: Memilih Tugasan untuk Pelajar 97
Langkah 8: Menetapkan Prosedur Penilaian 97
Kata Kunci 98
Aplikasi Aktiviti Praktikal 98
Ujian Kendiri 99
Bibliografi 100

BAB 5: PENGURUSAN PTV 102


Pendahuluan 103
Konsep Pengurusan 103
Definisi Pengurusan 103
Pengurusan Menggunakan Pendekatan MBO
(Management-by-Objectives) 103
Institusi Awam Yang Menyediakan Pendidikan/Latihan
Teknikal dan Vokasional 105
Khidmat Pembangunan Pelajar 106
Perancangan dan Pengurusan Fizikal 107
Kualiti Program 108
Hubungan antara Kualiti Program dan Proses membuat
Keputusan 108
Akreditasi Sebagai Salah Satu Bentuk Penilaian 108
Kriteria Penilaian 109
Guru Sebagai Pengurus 109
Persekitaran Pembelajaran 110
Komuniti Setempat 111
Pekerja Mahir Sebagai Rujukan 112
Penambahbaikan Pengajaran Melalui Pengurusan Yang Efektif 112
Pengajaran Individu 113
Objektif Pengajaran 115
Media Pengajaran 116
Kerjasama dengan Industri 117
Masalah Sebenar 119
Pelajar Berkeperluan Khas 119
Kata Kunci 121
Ujian Kendiri 121
Bibliografi 122

BAB 6: PEDAGOGI PTV 124


Pengenalan 124
Sifat Guru Yang Baik 125
Personaliti dan Profesionalisme 127
Mengenal Diri Anda 128
Pengajaran 129
Apa Itu Pengajaran? 130
Bagaimana Pelajar Belajar? 130
Langkah-langkah Pengajaran 132
Langkah 1: Persediaan 132
Langkah 2: Penyampaian 133
Langkah 3: Aplikasi 133
Langkah 4: Penilaian 134
Membina Objektif Pengajaran 134
Kata Kunci 137
Aktiviti Aplikasi Praktikal 137
Ujian Kendiri 138
Bibliografi 138
BAB 7: TREN DALAM PTV 141
Pengenalan 141
Perantisan Moden 142
Apa itu Perantisan? 142
Tech Prep 143
Sistem Latihan Dual nasional (SLDN) 146
Apa itu SLDN? 147
Kepentingan SLDN 148
Faedah 149
Kurikulum SLDN 150
Pembelajaran Sepanjang Hayat 152
Definisi 152
Konsep 153
Kepentingan 154
Kata Kunci 154
Ujian Kendiri 154
Bibliografi 155
BAB 1

FALSAFAH PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, anda diharap dapat:
1. menerangkan maksud am falsafah pendidikan
2. membincangkan beberapa fahaman yang berbeza dalam falsafah pendidikan
3. membincangkan beberapa perspektif pendidikan yang berbeza
4. menerangkan maksud falsafah Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV)
5. membincangkan kaedah pembentukan falsafah PTV

PENGENALAN
Sebelum membincangkan secara terperinci mengenai Falsafah Pendidikan Teknikal
dan Vokasional (PTV) adalah baik untuk melihat secara umum Falsafah Pendidikan
itu sendiri. Falsafah adalah bidang ilmu yang berkaitan dengan pengkajian tentang
tabii kejadian dan ciri-ciri ilmu serta menggunakan kekuatan akal untuk mencari
kebenaran. Greene (1973) mendefinisikan falsafah sebagai cara mengungkap
pelbagai soalan yang berkaitan dengan perkara yang diandaikan, dianggap, dan
diketahui. Falsafah pendidikan adalah aplikasi falsafah terhadap teori dan amalan
pendidikan. Di antara aspek yang dikaji dalam falsafah pendidikan adalah tabii
pendidikan itu sendiri sama ada pendidikan bertujuan untuk memindah ilmu,
membangun pemikiran, menerap nilai moral, meningkat kesedaran politik, atau
meningkat kemahiran penyelidikan. Sepanjang sejarah ketamadunan manusia,

1
antara tokoh-tokoh tersohor ahli falsafah pendidikan adalah seperti Socrates, Plato,
Aristotle, Rousseau, Kant, Descartes, Locke, dan Dewey.

Falsafah pendidikan melibatkan kepercayaan serta pandangan guru terhadap


pendidikan itu sendiri. Justeru, falsafah pendidikan menjadi tunjang kepada guru
untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang kompleks.
Pernyataan matlamat pendidikan biasanya berlandaskan pegangan kepada sesuatu
falsafah pendidikan. Ahli-ahli falsafah pendidikan memang mempunyai andaian
tertentu tentang pendidikan, masyarakat serta bagaimana individu belajar. Matlamat
pendidikan merupakan satu pernyataan kepercayaan berdasarkan fahaman falsafah
yang menjurus kepada pembinaan visi dan misi sekolah.

FALSAFAH PENDIDIKAN

Bab ini akan membincangkan empat falsafah


pendidikan yang utama. Walaupun falsafah-falsafah
ini dikenali dengan pelbagai nama yang berbeza,
empat falsafah tersebut akan dirujuk menggunakan
nama berikut:

1. Rekonstruksionisme
2. Progresivisme
3. Esensialisme
4. Perenialisme

Empat jenis fahaman ini boleh disenaraikan daripada yang paling liberal kepada
yang paling konservatif sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1.1.
Kedudukan yang paling kiri (rekonstruksionisme) menunjukkan fahaman yang paling
liberal dan kedudukan yang paling kanan (perenialisme) menunjukkan fahaman
yang paling konservatif. Fahaman esensialisme dan progresivisme telah diterima
secara meluas dan banyak dipraktikkan di sekolah-sekolah terutama di Amerika
Syarikat. Masyarakat pada umumnya tidak terlalu liberal untuk menyokong
rekonstruksionisme dan tidak terlalu konservatif untuk menerima perenialisme. Oleh
kerana fahaman rekonstruksionisme dan perenialisme mempunyai impak yang
2
sedikit kepada sekolah berbanding fahaman esensialisme dan progresivisme, maka
fahaman rekonstruksionisme dan perenialisme akan dibincangkan dahulu.

(Eklektisisme)

Progresivisme Esensialisme

Rekonstruksionisme Perenialisme
e

FALSAFAH

Rajah 1.1: Falsafah pendidikan utama (pada bahagian tengah adalah


Eklektisisme − gabungan lebih daripada satu fahaman falsafah).

Sejarah menunjukkan bahawa falsafah pendidikan bercambah daripada falsafah


hidup yang umum. Sebagaimana yang dinyatakan oleh J. Donald Butler (1968),
falsafah pendidikan tidak timbul secara tiba-tiba tetapi berdasarkan kepada falsafah
asas dan pemikiran umum tentang nilai, realiti dan pengetahuan. Perbincangan
berkaitan falsafah-falsafah hidup yang lain adalah melampaui skop bab ini.

Rekonstruksionisme
Hilda Taba (1962) menyatakan bahawa John Dewey sentiasa melihat fungsi sekolah
dari segi psikologi dan sosial. Hilda Taba (1962) menerangkan:
A flowering of the idea that education is a social process, the primary and the
most effective instrument of social reconstructionism, came with the work and
writings of Dewey and his followers. The main thesis of this group was that
the school is not merely a residual institution to maintain things as they are;
3
education has a creative function to play in shaping of individuals and through
them in the shaping of the culture… In subsequent development one fork of
this dual orientation of Dewey on the function of education matured into an
elaboration of social responsibilities of the school, while the other centered
more empathically on individual development.

Berpandukan falsafah Dewey, penyokong fahaman rekonstruksionisme


mencadangkan menggunakan sekolah untuk mencapai apa yang mereka anggap
sebagai penambahbaikan dalam masyarakat. George S. Counts (1932) di dalam
buku beliau bertajuk Dare the School Built a New Social Order mencabar para
pendidik untuk mengambil kira peranan sekolah dalam masyarakat. Intipatinya,
rekonstruksionisme menegaskan bahawa sekolah bukan sahaja seharusnya
menyampaikan warisan kebudayaan atau pembelajaran tentang masalah sosial
tetapi juga perlu menjadi agen penyelesaian masalah politik dan sosial. Perkara-
perkara yang didedahkan kepada anak muda perlu mengandungi juga masalah
kritikal yang dihadapi oleh masyarakat seperti isu pengangguran, kesihatan,
pendidikan, dan saingan global. Perbincangan dan persetujuan bersama dalam
kumpulan adalah kaedah penyelesaian masalah yang dicari.

Theodore Brameld (1971) menyatakan bahawa anak-anak muda perlu mengambil


perhatian terhadap isu sosial, ekonomi, dan politik serta cuba memikirkan kaedah-
kaedah penyelesaian yang terbaik kerana mereka merupakan agen perubahan di
masa hadapan. Di sebalik penekanan kepada isu-isu sosial yang kontroversi dan
usaha ke arah menjadikan sekolah sebagai agen permulaan untuk perubahan
sosial, fahaman rekonstruksionisme masih belum diterima secara meluas oleh
pembuat dasar, pentadbir sekolah serta pendidik.

Perenialisme
Penyokong fahaman perenialisme melihat matlamat pendidikan untuk
mendisiplinkan minda iaitu untuk meningkatkan kebolehan untuk berhujah bagi
mencari kebenaran. Tidak seperti penyokong fahaman progresivisme yang
berpegang bahawa kebenaran itu adalah relatif dan berubah, penyokong fahaman
perenialisme percaya bahawa kebenaran adalah abadi, untuk selama-lamanya dan
tidak berubah. Terdapat dua kategori perenialisme, iaitu fahaman perenialisme
4
sekular dan fahaman perenialisme sektarian. Penyokong fahaman perenialisme
sekular memperakukan kurikulum akademik tahap tinggi dengan penekanan kepada
tatabahasa, retorik, logic, bahasa klasik dan moden, matematik, dan kehidupan
Barat. Sebagai tambahan, penyokong fahaman perenialisme sektarian akan
menambah pembelajaran Kitab Injil dan penulisan berkaitan keagamaan.

Robert M. Hutchins (1963), mantan presiden Universiti Chicago, merupakan


penyokong fahaman ini yang agak terkenal. Hutchins tidak menyokong pendidikan
yang bersifat utilitarian seperti pendidikan khas dan pendidikan vokasional. Hutchins
menyatakan bahawa pendidikan yang ideal tidak bersifat ad hoc, bukan pendidikan
ke arah memenuhi keperluan secara langsung, bukan pendidikan khas, atau
pendidikan pra-profesional, bukan pendidikan utilitarian tetapi pendidikan untuk
memperkembangkan minda.

Walaupun begitu, penyokong fahaman perenialisme bersetuju dengan penyokong


fahaman esensialisme bahawa pendidikan adalah persediaan untuk hidup tetapi
penyokong fahaman progresivisme berpegang kepada kepercayaan bahawa
pendidikan adalah kehidupan itu sendiri. Namun para pengkritik falsafah
perenialisme mengatakan bahawa fahaman ini terlalu cenderung mengagungkan
ahli falsafah, agama dan pemikir Barat dan tidak mengambil kira sumbangan dari
ahli falsafah dan pemikir Timur. Sebagai rumusan, falsafah perenialisme adalah
terhad kepada penyokong-penyokong Tamadun Barat dan tidak meluas kepada
negara-negara lain.

Esensialisme
Dari sorotan sejarah, esensialisme dan progresivisme telah berjaya menguasai
masyarakat Amerika Syarikat. Kedua-duanya telah menjadi dan kekal
mempengaruhi golongan profesional dan bawahan. Walker dan Soltis (1997)
mengetengahkan konflik antara dua fahaman dengan menyatakan:
The first half of the twentieth century witnessed a running battle between
progressive educators, who saw in the ideas of Dewey and other
progressives’ new ways to think about the curriculum, and the traditionalists,
who were sure that the basic curriculum did not need change because it had
proven itself essential to the education of individuals who would maintain an
5
intellectually sound and civilized society. Many battles were fought over these
opposing views, leaving a profound mark on elementary school practices
especially and curriculum theory generally that is still visible today.

Semenjak tahun 1635 dengan pembinaan Boston Latin School sehingga pembinaan
John Dewey’s Laboratory School di Universiti Chicago, dalam tempoh 261 tahun,
doktrin esensialisme berdiri teguh. Bermula pada tahun 1896 sehingga 1957 (tahun
Sputnik), muncul pula fahaman progresivisme sebagai falsafah pendidikan yang
terkenal untuk masa yang singkat. Semenjak tahun 1957, esensialisme mengambil
semula tempat di kedudukan yang dominan. Matlamat pendidikan menurut
penyokong fahaman esensialisme adalah penyampaian warisan kebudayaan. Tidak
seperti rekonstruktivisme, yang mengubah masyarakat dengan giat, penyokong
fahaman esensialisme mencari cara untuk mengekalkannya.

Matlamat Esensialisme
Matlamat penyokong esensialisme adalah berasaskan kognitif dan intelek.
Pengendalian kursus menjadi jalan untuk menyampaikan budaya, dan penekanan
diberikan kepada disiplin mental. 3M dan subjek akademik menjadi teras kurikulum
fahaman ini. Penyokong esensialisme menjuruskan pelajar kepada kurikulum tetapi
penyokong progresivisme menjuruskan kurikulum kepada pelajar.

Fahaman esensialisme telah lama mendominasi pendidikan di Eropah dan kawasan


lain di dunia. Pemikiran esensialisme sangat sesuai dengan struktur pengurusan
berpusat sebagaimana dipraktikkan di negara-negara Eropah dan kebanyakan
negara lain. Kementerian yang menyokong fahaman ini boleh memilih,
menawarkan, dan mengawal kandungan yang bakal didedahkan kepada pelajar.
Mereka boleh memberi ganjaran dan menggalakkan pelajar mengikut subjek yang
dikuasai. Mereka juga boleh menyalurkan pelajar ke universiti melalui peperiksaan
untuk subjek tertentu.

William C. Bagley (1938), salah seorang penyokong fahaman esensialisme,


mengkritik pendekatan berpusatkan pelajar dan menggesa pendidik mengikut prinsip
esensialisme. Penekanan kepada akademik yang dipelopori oleh James B. Conant

6
(1959) dalam laporan sekolah rendah dan menengah sekitar 1950an dan 1960an
mendedahkan pandangan fahaman esensialisme.

Prinsip Behaviorisme

Penyokong fahaman esensialisme mendapati prinsip behaviorisme


sangat bertepatan dengan fahaman mereka. Thayer (1960)
menarik perhatian penduduk Amerika dan penghijrahan yang
berlaku sekitar penghujung 1800 dan awal 1900 dalam
menerangkan prinsip behaviorisme:
The changes in American society to which we have drawn attention affected
education on all levels. But the contrast between programs of education
keyed, on the one hand, to the inner nature of the young person and, on the
other hand, to the demands of the society were most obvious on the junior
high school level. Here genetic psychology was emphasizing the dynamic and
distinctive potentialities of the young person, with the clear implication that
nature was to be followed; whereas life outside the school, in the home and
community, in business and industry, stressed the importance of education for
adjustment, one that would give specific and detailed attention to the
formation of desirable habits and skills and techniques. Confronted with this
necessity of choice, educators turned to a psychology that would further
education for adjustment.
Behaviorisme menganggap pelajar mempunyai peranan yang pasif sebagai
penerima rangsangan yang perlu diberi respon. Dikenali sebagai pelbagai
penghubung, gabungan, ikatan rangsangan-respon, dan syarat − behaviorisme
membawa kepada latihan dalam bilik darjah, arahan yang telah diprogram, mesin
pengajar, ujian standard, dan objektif behavioral. Pergerakan ke arah kompetensi
yang spesifik dan tunjuk cara dalam kedua-dua pendidikan umum dan untuk
pendidik adalah mengikut fahaman behaviorisme. Pemilihan kandungan oleh
golongan dewasa untuk pelajar baru dan lama, sebaik-baiknya secara langsung dan
positif, adalah tunjang dalam pemikiran behaviorisme. Tokoh-tokoh behaviorisme
seperti Ivan Pavlov, saintis Rusia yang telah menjalankan eksperimen klasik di mana
anjing mengeluarkan air liurnya apabila loceng dibunyikan; John B. Watson
menunjukkan bahawa dengan rangsangan yang betul seorang kanak-kanak boleh
7
dibentuk menjadi apa yang diinginkan; Edward L. Thorndike, dikenali sebagai “bapa”
ujian standard; dan B. F. Skinner yang memperkenalkan mesin mengajar.

Pendidik di sekolah yang menyokong fahaman behaviorisme−esensialisme


memecahkan kandungan kepada logik, bahagian yang berturutan dan menetapkan
bahagian yang perlu dipelajari oleh pelajar. Biasanya, arahan dimulakan dengan
memberitahu pelajar peraturan, konsep, atau model (contoh: formula mencari luas
segitiga) dan memberikan peluang yang banyak untuk latihan menggunakan
panduan yang diberikan. Dengan latihan yang cukup, pelajar boleh dianggap
berupaya menggunakan peraturan, konsep, atau model apabila diperlukan. Proses
pembelajaran menjadi sebahagian daripada tabiat individu tersebut. Walaupun
manusia sangat cenderung untuk lupa akan kandungan yang tidak biasa, fahaman
behaviorisme dan esensialisme menegaskan bahawa kandungan yang telah
dikuasai boleh diingat semula dengan mudah. Penekanan kepada kemahiran asas
dan disiplin akademik pada masa kini dan secara berterusan diperolehi daripada
fahaman esensialisme. Maka, program dan amalan dalam pendidikan sekarang
mengekalkan orientasi esensialisme yang kuat.

Progresivisme
Pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, fahaman progresivisme menular ke
struktur pendidikan di Amerika Syarikat, memberikan cabaran yang hebat kepada
doktrin esensialisme. Dipelopori oleh John Dewey, William H. Kilpatrick, John Childs
dan Boyd Bode, penyokong fahaman progresivisme menegaskan bahawa sudah
tiba masanya untuk memberi fokus kepada pelajar. Merujuk kepada ahli falsafah
Eropah seperti Rousseau, yang mengesyorkan kanak-kanak dibesarkan dalam
persekitaran yang tenang tanpa paksaan untuk belajar, penyokong fahaman
progresivisme menghasilkan sekolah yang berpusatkan pelajar. University of
Chicago Laboratory School merupakan prototaip sekolah tersebut. Menjelajah dari
Chicago ke New York, John Dewey menyebarkan fahaman progresivisme melalui
buku-buku beliau termasuk Democracy and Education (1916), Experience and
Education (1938), How We Think (1933), dan My Pedagogic Creed (1929). Menurut
Dewey lagi, keperluan dan minat pelajar adalah sangat penting untuk diberi
perhatian oleh pendidik. Dewey juga menyatakan dengan jelas perbezaan antara
kurikulum esensialisme dan progresivisme:
8
The fundamental factors in the educative process are the immature,
underdeveloped being; and certain social aims, meanings, values incarnate in
the matured experience of the adult. The educative process is the due
interaction of these forces… From these elements of conflict grow up
different educational sects. One school fixes its attention upon the importance
of subject matter of the curriculum as compared with the contents of the
child’s own experience... Hence the moral: ignore and minimize the child’s
individual peculiarities, whims, and experiences... As educators, our work is
precisely to substitute for these superficial and casual affairs stable and well-
ordered realities; and these are found in studies and lessons.

Subdivide each topic into studies; each study into lessons; each lesson into
specific facts and formulae. Let each child proceed step by step to master
each one of these separate facts, and at last, he will cover the entire ground…
Problems of instruction are problems of procuring texts giving logical parts
and sequences, and of presenting these portions in class in a similar definite
and graded way. Subject matter furnishes the end, and it determines method.
The child is simply the immature being who is to be matured; he is the
superficial being who is to be deepened; his is narrow experience which is to
be widened. It is his to receive, to accept...

Not so, says the other sect. the child is the starting point, the center, and the
end. His development, his growth, is the ideal. It alone furnishes the standard.
To the growth of the child all studies are subservient; they are instruments
valued as they serve the needs of growth. Personality, character, is more than
subject matter. Not knowledge or information, but self-realization, is the goal...
moreover, subject matter never can be got into the child from without.
Learning is active. It involves reaching out of the mind. It involves assimilation
starting from within... It is he and not the subject matter which determines both
quality and quantity of learning.

The only significant method is the method of the mind as it reaches out and
assimilates. Subject matter is but spiritual food, possible nutritive material. It
cannot digest itself; it cannot of its own accord turn into bone and muscle and
9
blood. The source of whatever is dead, mechanical, and formal in schools is
found precisely in the subordination of the life and experience of the child to
the curriculum. It is because of this that “study” has become a synonym for
what is irksome, and a “lesson” identical with a task.

Bagi penyokong fahaman progresivisme, pendidikan bukanlah produk yang boleh


dipelajari seperti fakta dan kemahiran motor, tetapi adalah proses yang berterusan
sepanjang hayat. Mengikut pemikiran mereka, seorang kanak-kanak dapat belajar
dengan baik apabila kanak-kanak tersebut dapat belajar secara aktif melalui
pengalaman sendiri berbanding menerima kandungan pembelajaran tertentu secara
pasif. Sekiranya pembelajaran di sekolah ingin dibangunkan untuk memenuhi
kehendak dan minat setiap pelajar, tiada satu bentuk pembelajaran yang akan
menepati semua pelajar. Brameld (1971) menerangkan pandangan ini yang
dipegang oleh penyokong progresivisme seperti Dewey (1902) dan Rugg (1947):
The proper subject matter of a curriculum is any experience that is educative.
This means that the good school is concerned with every kind of learning that
helps students, young and old to grow. No single body content, no system of
courses, no universal method of teaching is inappropriate. For, like
experience itself, the needs and interests of individuals and groups vary from
place to place, from time to time, from culture to culture.

Penyokong fahaman progresivisme ini menetapkan bahawa setiap kanak-kanak


perlu melalui pengalaman belajar yang membawa mereka kepada indikator biasa
dalam falsafah progresivisme: “pendidikan adalah kehidupan” dan “belajar dengan
melakukannya”. Penyokong fahaman progresivisme menggesa pihak sekolah
supaya memberi ruang yang luas untuk perbezaan individu dari segi mental, fizikal,
emosi, rohani, sosial, dan budaya. Dalam aspek pemikiran dan amalan,
progresivisme memberikan perhatian kepada pelajar, masyarakat dan isi kandungan
subjek agar dapat meletakkan pelajar dalam proses pembelajaran.

10
Penyokong progresivisme berpegang teguh kepada amalan
demokrasi. Maka, mereka menolak amalan autokratik dalam
bilik darjah dan sekolah. Mereka tidak seperti penyokong
esensialisme yang menganggap pelajar sebagai subjek baru
bagi guru dan pentadbir, tetapi sebagai rakan kongsi dalam
proses pendidikan. Guru yang dipengaruhi oleh pemikiran progresif melihat diri
mereka sebagai kaunselor kepada pelajar dan fasilitator pembelajaran bukan
penceramah untuk subjek yang diajar. Sikap bekerjasama lebih diterapkan dalam
kelas berbanding sikap berlumba atau bertanding antara satu sama lain.
Perkembangan individu mengikut kebolehan mereka masing-masing lebih diberi
perhatian berbanding perkembangan berbanding rakan lain.

Perhatian yang diberikan kepada pelbagai masalah demokrasi yang tidak selesai
membawa kepada perpecahan dalam penyokong progresivisme. Dalam masa yang
sama penyokong rekonstruktivisme menyarankan sekolah menjadi alat untuk
membina peradabaan sosial baru. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini,
perenialisme menganggap kebenaran adalah mutlak, kekal dan boleh didapati
dengan kebijaksanaan masa lalu; esensialisme menganggap warisan kebudayaan
adalah benar, dan progresivisme menganggap kebenaran itu relatif, berubah dan
dalam kebanyakan kes masih belum diterokai. Bagi progresivisme, sokongan
diberikan kepada prinsip pragmatik dengan melihat pendidikan sebagai landasan
untuk mencari kebenaran menggunakan apa jua sumber yang diperlukan.

Kaedah Saintifik

Kaedah saintifik, juga dikenali sebagai kaedah reflektif,


penyelesaian masalah, dan kecerdasan praktikal,
menjadi matlamat dan teknik dalam sekolah yang
mengamalkan fahaman progresivisme. Kaedah saintifik
merupakan kemahiran dan cara mencari penyelesaian
kepada masalah. Terdapat lima peringkat dalam kaedah
saintifik:

11
 Mengenal pasti masalah
 Membuat hipotesis
 Mengumpul data
 Menganalisis data
 Membuat kesimpulan

Penyokong fahaman progresivisme mencadangkan kaedah saintifik sebagai kaedah


umum untuk diaplikasikan dalam apa juga bentuk usaha dan ikhtiar manusia.
Kaedah ini diterima secara umum untuk menyelesaikan masalah yang mudah mahu
pun penyelidikan yang canggih. Walaubagaimanapun, Taba memberikan amaran
mengenai penerimaan kaedah ini untuk menyelesaikan masalah sebagai latihan
kebolehan berfikir:
But to maintain that all aspects of thinking are involved in problem solving or
in the process of inquiry is one thing. To assume that following these steps
also provides sufficient training in all elements of thinking is something else.
For training purposes, it is important both to master the various aspects of
elements of thinking – such as generalizing, concept formation, analysis of
assumptions, application of principle – and to use these processes in an
organized sequence of problem solving... If these elements are not
consciously recognized and mastered, problem solving can turn into ritualistic
process of defining any kind of questions, collecting any kind of data,
hypothesizing any variety of solutions, and so on.

Subsuming all reflective thinking under the category of problem solving has
also caused certain elements of thinking to be neglected, especially those
which, although involved in problem solving, are not fully attended to while
solving problems. Among these are such mental processes as concept
formation, abstracting, and various methods of induction.

12
Psikologi Eksperimental

Banyak teori pembelajaran didapati seiring dengan


penyokong fahaman behaviorisme dan esensialisme. Bagi
penyokong progresivisme, mereka tidak perlu melihat jauh
untuk mencari teori pembelajaran yang menepati fahaman
mereka. Banyak idea diperolehi daripada ahli psikologi
eksperimental seperti Charles S. Peirce dan William James;
psikologi Gestalt seperti Max Wertheimer, Wolfgang Kohler, Kurt Koffka, dan Kurt
Lewin; psikologi persepsual seperti Earl Kelley, Donald Snygg, Arthur Combs,
Abraham Maslow, dan Carl Rogers. Ahli psikologi eksperimental menggalakkan
penglibatan secara aktif pelajar dalam semua keupayaan mereka sepanjang proses
pendidikan. Pengaruh William James sepanjang kurun ke-20 membuatkan
Theodore Brameld memuji Prinsip Psikologi William James sebagai pencapaian
terbaik Amerika dalam bidang saintifik.

Psikologi Gestalt

Berbeza dengan penyokong behaviorisme dalam


bahagian-bahagian isi kandungan subjek, ahli
psikologi Gestalt memberikan tumpuan kepada
keseluruhan isi kandungan subjek. Mereka
menasihatkan guru agar menyusun kandungan
subjek supaya pelajar dapat melihat hubungan
antara bahagian-bahagian dalam subjek tersebut. Pandangan ini sesuai dengan
penyokong progresivisme yang memberikan perhatian menyeluruh diri kanak-kanak.
Kaedah pengajaran secara holistik (merentas kurikulum) menjadi teknik yang selalu
digunakan. Contohnya, tajuk berkaitan era Victoria boleh menjadi tema untuk
mempelajari sejarah, falsafah, kesusasteraan, sains dan seni.

13
Ahli psikologi Gestalt menunjukkan bahawa pelajar dapat mencapai matlamat
pembelajaran apabila mereka berupaya mengaitkan hubungan antara elemen dalam
situasi yang diberikan. Pembelajaran secara inkuiri dan penerokaan digalakkan
untuk menajamkan kemahiran dalaman pelajar. Ahli psikologi eksperimental dan
Gestalt bersetuju bahawa kandungan pembelajaran dapat dikuasai oleh pelajar
dengan lebih baik apabila kandungan pembelajaran mempunyai hubungan yang
lebih rapat dengan situasi sebenar dan lebih dekat dengan pengalaman pelajar.

Psikologi Persepsual
Ahli psikologi persepsual menumpukan kepada perkembangan pembelajaran
kendiri. Matlamat ahli psikologi persepsual adalah perkembangan personaliti dari
segi “self-actualizing” atau “fully functioning”. Abraham Maslow (1962)
mendefinisikan “self-actualization” sebagai:
Self-actualization is defined in various ways, but solid core of agreement is
perceptible. All definitions accept or imply: (a) acceptance and expression of
the inner core of self, i.e., actualization of these latent capacities and
potentialities, “fully functioning” availability of the human and personal
essence; and (b) minimal presence of ill health, neurosis, psychosis, or loss or
diminution of basic human and personal capacities.

Ahli psikologi persepsual menumpukan usaha mereka kepada membangunkan


individu secara holistik. Arthur W. Combs menyenaraikan empat ciri-ciri dalam
bidang persepsi yang selalu menjadi asas individu yang lengkap: (1) mempunyai
pandangan yang positif terhadap diri sendiri, (2) ditentukan oleh orang lain, (3)
berfikiran terbuka untuk pengalaman dan penerimaan, dan (4) mempunyai banyak
pandangan untuk pelbagai bidang yang diperolehi daripada persekolahan yang
formal atau yang tidak formal.

Menurut ahli psikologi persepsi, guru perlu membantu pelajar membangunkan


konsep bahawa diri mereka lengkap dan dapat menangani persepsi dunia
seadanya. Ahli psikologi persepsil berpendirian bahawa adalah lebih penting untuk
mengetahui bagaimana seseorang pelajar memahami fakta daripada mengetahui
fakta tersebut dalam suatu keadaan. Kita semua mempunyai kecenderungan untuk
memilih apa yang hendak difahami dari persekitaran kita. Kita lebih mudah
14
mengenali muka yang biasa dilihat jika dibandingkan dengan melihat muka yang
tidak pernah dilihat. Kita selalu percaya pendapat kita adalah benar kerana
begitulah lumrah bagaimana kita memahami sesuatu.

Perasaan lengkap atau tidak lengkap dalam diri seseorang individu selalu
disebabkan oleh persepsi orang lain. Seorang kanak-kanak yang diberitahu oleh ibu
bapanya bahawa dia seorang yang lemah mungkin akan bersetuju dengan kata-kata
tersebut. Seorang kanak-kanak yang diberitahu oleh gurunya bahawa dia berbakat
dalam seni mungkin akan cuba untuk mengembangkan kebolehannya dalam seni.
Jika kanak-kanak itu pula diberitahu dia lemah membaca, kurang berkebolehan
dalam matematik, atau kurang bakat muzik, mungkin akan menerima hakikat
tersebut dan menjadi sebati dengan pandangan tersebut. Kanak-kanak ini
menunjukkan apa yang dirujuk dalam literatur sebagai “self-fulfilling prophecy”.
Combs menerangkan bagaimana konsep kendiri dipelajari dalam teks berikut:
People learn who they are and what they are from the ways in which they
have been treated by those who surround them in the process of their growing
up... People discover their self-concepts from the kinds of experiences they
have had with life; not from telling, but from experience. People develop
feelings that they are linked, wanted, and acceptable, and able from having
been linked, wanted, accepted, and from having been successful. One learns
that he is these things, not from being told so, but only through the experience
of being treated as though he were so. Here is the key to what must be done
to produce more adequate people. To produce a positive self, it is necessary
to provide experiences that teach individuals they are positive people.

Inkuiri Kritikal
Menurut Kenneth A. Sirotnik (1998):
Critical inquiry is rigorous, time-consuming, collaborative, informed, school-
based dialectic around generic questions such as: What is going on in the
name of X? (X is a placeholder for things like educational goals and schooling
functions; instructional practices like the use of time, tracking students, and
achievement testing; organizational practices like leadership, decision
making, and communication, etc.). How did it come to be that way? Whose
15
interests are being served (and not being served) by the way things are?
What information and knowledge do we have – and need to get – that bear
upon the issues? … Is this the way we want it? What are we going to do
about all these?

Jika diperhatikan, pernyataan matlamat sesebuah sekolah selalu berbeza dengan


realiti dalam bilik darjah. Sirotnik melihat pernyataan yang lebih tepat sebagai: untuk
membangunkan kebolehan pelajar berfikir secara linear, bergantung kepada
pentadbir, bercakap apabila ada orang bercakap dengannya, bekerja berseorangan,
menjadi tidak mempedulikan urusan bersosial, belajar secara pasif dan tidak suka
mencuba, hanya mengingat semula maklumat, mengikut arahan, menyimpan
maklumat dan banyak lagi. Teras dalam inkuiri kritikal adalah kemahuan dan
kebolehan manusia untuk berhujah dan berkomunikasi.

Psikologi Konstruktivisme
Sebagaimana eksperimental, gestalt, dan persepsual, konstruktivis
melengkapkan falsafah progresivisme. Konstruktivis menganggap
guru sebagai fasilitator dalam pembelajaran, pelajar perlu diajar
bertanggung jawab untuk pembelajaran mereka sendiri,
pembelajaran adalah suatu proses yang aktif, pembelajaran perlu
wujud dalam suasana yang bermakna untuk pelajar, kemahiran asas
boleh dipelajari dalam situasi yang asli bukan perhatian yang khusus untuk
kemahiran tertentu. Pelbagai program dan amalan di sekolah adalah mengikut
doktrin konstruktivisme. Nell Noddings (1995) menerangkan:
Constructivism – variously described as a philosophy, an epistemology, a
cognitive position, or a pedagogical orientation – currently dominates
mathematics and science education. One of its basic premises is that all
knowledge is constructed knowledge; knowledge is not the result of passive
reception. This premise is common to all forms of constructivism and is also a
basic tenet of cognitive psychology... Constructivists in education trace their
roots... to [Jean] Piaget.

16
Dalam kontruktivisme, tiada program atau kaedah tertentu dinyatakan untuk
digunakan bagi mencapai matlamat tetapi lebih kepada pembangunan pemikiran
individu supaya boleh menggunakan pengetahuan secara berkesan dalam
masyarakat. Konstruktivisme diterima oleh kebanyakan pendidik, tetapi ditolak oleh
kebanyakan yang lain. Sebagaimana yang sering berlaku, guru selalu
menggabungkan elemen kontruktivis dalam pendekatan tradisional.

PERSPEKTIF PENDIDIKAN

Berkait rapat dengan Falsafah Pendidikan adalah Perspektif


Pendidikan. Mengikut Posner (1995), terdapat 5 perspektif
pendidikan, iaitu tradisionalisme, eksperiensialisme, disiplin ilmu,
behaviorisme dan kognitivisme. Pertanyaan utama yang ditanya oleh setiap
perspektif ini ditunjukkan dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Lima perspektif pendidikan

1 Tradisionalisme Apakah literasi utama yang perlu diajarkan kepada generasi


muda?
2 Eksperiensialisme Apakah pengalaman utama yang dapat membantu
seseorang individu untuk mendapatkan pekerjaan?
3 Disiplin Ilmu Apakah struktur utama disiplin ilmu?
4 Behaviorisme Di akhir pengajaran, apakah yang dapat dibuat oleh
pelajar?
5 Kognitivisme Bagaimana manusia memproses maklumat melalui
pemikiran kritis dan kreatif?

17
Perspektif Tradisionalisme
William Torrey Harris, bekas superintendent sekolah di St. Louis, Amerika Syarikat
percaya bahawa peranan pendidikan secara tradisi adalah untuk membangunkan
tamadun manusia. Menurut beliau, peranan pendidikan adalah untuk meningkatkan
martabat individu menjadi seorang insan berilmu, berbudaya dan bertamadun.
Seorang lagi penyokong kuat prespektif ini adalah E.D. Hirsch, Jr. yang menyatakan
matlamat utama pendidikan adalah untuk membudaya sesuatu masyarakat
berteraskan nilai-nilai murni yang diwarisi dalam sesuatu tamadun (beliau merujuk
kepada Tamadun Barat). Dalam buku beliau bertajuk “Cultural Literacy” yang
diterbitkan pada tahun 1987, Hirsch menyatakan: ...to be culturally literate is to
possess the basic information needed to thrive in the modern world (1987, p.xiii).

Secara umumnya, perspektif tradisionalisme menekan supaya sekolah kembali


kepada pekara asas iaitu penguasaan asas literasi (3M), mengetahui tentang
sejarah, sastera, budaya, agama serta penerapan nilai-nilai murni supaya generasi
muda menjadi warganegara yang setia, berilmu dan produktif. Justeru, para
tradisionalis menyarankan pembacaan buku-buku tersohor (Great Books) tamadun
Barat dimasukkan dalam kurikulum sekolah. Perpektif tradisionalisme berkait rapat
dengan falsafah perenialisme.

Perspektif Eksperiensialisme
Di akhir abad ke-19, perspektif tradisionalisme mendapat kritikan hebat dari sarjana,
pemikir dan ahli falsafah pendidikan seperti John Dewey yang menyatakan pendirian
tradisionalis bertentangan dengan konsep demokrasi serta teori-teori psikologi yang
mula berkembang pada masa itu. Para tradisionalis percaya bahawa keilmuan guru
sangat penting untuk membentuk murid. Mereka juga berpendapat bahawa pelajar
adalah penerima pasif ilmu (tabula rasa) yang diberikan oleh para guru. Fokus para
tradisionalis adalah kepada intelektualisme atau “training of the mind”. Andaian ini
tidak disokong oleh kebanyakan ahli psikologi and pemikir progresif. Beberapa
perspektif baru muncul untuk menggantikan perspektif tradisionalisme. Salah satu
perspektif tersebut adalah perspektif eksperiensialisme.

18
Perspektif eksperiensialisme lahir dari gelombang rasionalisme di Eropah pada abad
ke 17 dan 18 di mana ahli-ahli falsafah seperti Hobbs and Descartes membawa
aliran rasionalisme dalam falsafah. Aliran ini merupakan asas kepada teori psikologi
moden yang menjadikan pemikiran rasional dan bukti empirikal sebagai teras utama.
Kedua-dua teras ini berkait rapat dengan pengalaman serta pemerhatian seseorang.
Locke berpendapat bahawa pengalaman memainkan peranan yang penting dalam
pembelajaran. Anjakan paradigma mula beralih dari pengajaran berpusatkan guru
kepada pembelajaran berpusatkan murid. Pada abad ke-19 itu juga lahir keadah-
kaedah pedagogi berpusatkan murid dari sarjana Barat seperti Pestalozzi dan
Froebel.

John Dewey berpendapat bahawa perspektif tradisionalisme tidak memadai kerana


ia beranggapan realiti adalah luaran dari individu. Dewey percaya bahawa realiti
juga termasuk unsur-unsur dalaman manusia seperti kepercayaan, pemikiran dan
perasaan. Namun, unsur-unsur tersebut hanya boleh diketahui melalui realiti luaran
seperti perbuatan. Oleh demikian, Dewey menekan kepada pembangunan tiga
aspek utama, iaitu: pembangunan intelektual (minda), pembangunan sosial
(pengalaman) dan pembangunan kendiri (personaliti). Justeru, kurikulum di sekolah
mesti merangkumi ketiga-tiga aspek ini yang menjadikan skop kurikulum agak luas
(broad-base). Dalam bukunya “Experience and Education” (1938), John Dewey
menyatakan pendidikan, seperti kehidupan, adalah satu “proses mengalami sesuatu
pengalaman”. Namun tidak semua pengalaman itu berguna; ada yang positif dan
ada yang negatif. Beliau menyatakan:
“...education, like all living, is a process of experiencing, but not all
experiences are equally or genuinely educative. Experience must be judged
by its quality. High-quality, or educative, experiences are those that help
individuals become increasingly autonomous and intelligent in guiding their
own future educative experiences” (cited in Posner, p. 53).

Walaupun model John Dewey berjaya menarik ramai penyokong untuk membuat
satu transformasi pendidikan yang signifikan namun tidak kurang juga yang
mengkritik. Para pengkiritik melihat model Dewey tidak mampu untuk melahirkan
ramai ahli sains yang berwibawa kerana kurikulum di sekolah agak luas dan tidak
19
menfokus kepada kepakaran sesuatu bidang terutama dalam bidang sains dan
matematik. “Kekalahan” Amerika Syarikat Kepada Soviet Union dalam “perang
angkasa” dan “perang sejuk” telah menyebabkan ramai sarjana Amerika Syarikat
menyalahkan kurikulum di kebanyakan sekolah-sekolah Amerika pada masa itu
yang mengikut model Dewey. Maka lahirlah satu aliran baru iaitu persektif Disiplin
Ilmu.

Perspektif Disiplin Ilmu


Oleh kerana terdapat jurang yang besar di antara subjek-subjek yang diajar di
sekolah dengan disiplin ilmu yang sebenar dalam bidang-bidang tertentu maka aliran
Disiplin Ilmu mula mengorak langkah untuk membetulkan keadaan. Tokoh-tokoh
seperti Max Beberman dari University of Illinois dan Jerold Zacharias dari MIT. Pada
umumnya, terdapat percanggahan pendapat di antara pakar pengkhususan ilmu dan
guru yang bersifat generalis. Pakar bidang menyatakan bahawa pelajar sekarang
tidak mempunyai ilmu dan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu bidang
ilmu terutama dalam bidang Sains dan Matematik. “Kekalahan” Amerika Syarikat
dalam persaingan meneroka angkasa lepas kepada Soviet Union telah
menyebabkan sarjana dan pendidik Amerika menyokong pembaharuan dalam
kurikulum pendidikan sains di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Atkin dan
House (1981: 8) menyatakan:
On October 4, 1957, Soviet Union had launched Sputnik 1 to the space. The
defense of the United States was seen as threatened. A sense of crisis
permeated the nation. Professors testified in the Congress, and their
testimony was believed. They said our national well-being depended, in part,
on high-quality precollege science education.

Dalam konteks inilah, sarjana seperti Beberman dan Zacharias telah mencadangkan
supaya kurikulum Fizik di peringkat Sekolah Menengah dinilai semula. Zacharias
mendapati kurikulum Fizik di peringkat menengah tidak mampu menyediakan pelajar
untuk menjadi seorang ahli Fizik. Justeru, strategi beliau adalah seperti berikut: (a)
mengajar konsep-konsep asas Fizik, dan (b) mengajar pelajar mengaplikasikan
konsep-konsep asas Fizik dalam memahami ilmu-ilmu Fizik yang lain.

20
Penyokong Perspektif Disiplin Ilmu, contohnya Jerome Bruner menyatakan bahawa
setiap bidang mempunyai cara menjalankan penyelidikan (inquiry) dan terdapat
pelbagai kaedah penyelidikan untuk mejana ilmu serta menverifikasi ilmu. Jadi,
Bruner mencadangkan agar pelbagai kaedah penyelidikan, selain mendalami ilmu
asas dalam sesuatu bidang, juga diajarkan kepada murid sekolah sebagaimana
seorang bakal saintis diajar melakukan eksperimen. Tujuan akhir Perspektif Disiplin
Ilmu ini adalah menjadikan murid sekolah sebagai “saintis muda” (neophyte
scientist) di mana pemikiran mereka dibentuk seolah-olah mereka akan menjadi
saintis satu masa nanti. “Discovery Learning” serta “Inquiry-based Learning” adalah
antara model pembelajaran yang berteraskan kepada perspektif ini. Posner (1995:
p.59) merumuskan:
The metaphor of the student as neophyte scientist nicely captures the essence of
this perspective. Once we understand that this metaphor provided the foundation for
the perspective, the emphasis on students’ active participation in scientific inquiry,
the dominant role of university scientists, and the importance of providing students
with the fundamental concepts of the disciplines all make perfect sense.

Perspektif Behaviorisme
Ahli psikologi behavioris berpendapat bahawa mengajar disiplin ilmu semata-mata
tidak mencukupi; mereka menyatakan apa pelajar mampu lakukan adalah lebih
penting. Falsafah behaviorisme ini jika diselusuri boleh dikesan seawal era Aristotle
di mana manusia “mengetahui” sesuatu benda itu melalui “deria”. Idea Aristotle
telah diterjemah oleh ahli falsafah seperti John Locke dan David Hume yang
menyatakan semua ilmu didapati menggunakan deria melalui pengalaman dan bukti
empirikal. Posner (1995: p.62) merumuskan:
“The major requirement for Magerian objectives is a verb that expresses
observable behaviors. Mager’s insistence on observable behaviors and his
stipulation of a simple procedure for writing this type of objective, and Keller’s
requirements for content sequence and for student progress through that
sequence, have provided educators with straightforward, if not reductionistic,
technologies for implementing B.F.Skinner’s behavioristic psychology of
learning.”

21
Perspektif Kognitivisme
Ketidakpuasan hati mengenai sekolah yang mengunakan model behaviorisme di
mana pelajar diajar secara latih tubi dan penghafalan, maka perspektif kognitivisme
diajukan untuk menfokus kepada pemikiran dan cara maklumat diproses di dalam
minda pelajar. Aliran ini mencadangkan supaya kurikulum sekolah diubah di mana
pelajar boleh membina pengetahuan mereka sendiri dengan menjalankan aktiviti
seperti penyelesaian masalah, pemikiran aktif dan sebagainya.

...offering a perspective on learning that is thinking- and meaning- centered,


yet insists on a central place for knowledge and instruction. Cognitive
scientists today shared with Piagetians a constructivist view of learning,
asserting that people are not recorders of information (as in the traditional
perspective) but builders of knowledge structures. To know something is not
just to have received information but also to have interpreted it and related it
to other knowledge. To be skilled is not just to know how to perform some
actions (as in the behavioral perspective) but also to know when to perform it
and to adapt the performance to varied circumstances...Thinking and learning
merge in today’s cognitive perspective, so that cognitive and instructional
theory is, at its heart, concerd with the Thinking Curriculum (Resnick &
Klopfer, 1989, pp.3-4).

FALSAFAH PTV

Falsafah PTV merupakan ‘world view' mengenai PTV.


Namun, sehingga kini PTV belum mempunyai satu
bentuk falsafah yang teguh, tepat dan generik yang
boleh menjadi platform bagi semua warga PTV.
Walaupun begitu, tanpa falsafah, tidak ada landasan
yang boleh dijadikan panduan untuk mengukuhkan
tindakan dan praktis. Morris (1961:8) menyatakan:

22
With a well thought out theory or philosophy of vocational education an individual
knows what he is doing and why. And it is when our practical conduct becomes
more and more rational, i.e., increasingly subject to critical theory, that we say it
becomes more and more professional in character. The truly professional teacher
is the individual who tempers and redirects native impulse with the rational theory
of his craft”.

Falsafah PTV adalah penting kerana ianya boleh dijadikan: (a) pegangan dan
panduan untuk halatuju; (b) asas untuk membentuk tujuan, matlamat dan objektif
PTV; (c) panduan untuk tindakan yang perlu diambil bagi membuat perubahan;
(d) panduan dalam membina kurikulum yang bersesuaian; dan (e) membantu dalam
membuat keputusan, memilih aktiviti pembelajaran, dan penyediaan sumber.

Falsafah menyediakan satu kerangka yang boleh digunakan untuk memikirkan


tentang PTV sendiri. Sebagai pendidik atau guru PTV, falsafah memaksa kita
melihat apakah yang seharusnya berlaku di dalam PTV yang sememangnya
berbeza dengan apa yang sedang berlaku dalam pendidikan umum. Perbezaan ini
pula menjadi pemangkin untuk memperbaiki amalan. Ahli falsafah, pembuat dasar,
pembentuk kurikulum, pengamal dan pelaksana program termasuk guru dan
pentadbir, pengguna produk atau graduan PTV seperti industri, harus bekerjasama
dan bertanggungjawab dalam membentuk falsafah PTV.

PEMBENTUKAN FALSAFAH PTV

Pembentukan falsafah PTV boleh dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu:

i. Kaedah Induktif – Kaedah dari dalam ke luar. Prosesnya merangkumi ‘melihat’


dalam dunia PTV sendiri iaitu mengenal pasti praktis atau amalan sedia ada;
diikuti dengan menentukan teori asas yang tersirat; barulah dapat dibentuk
falsafah yang dikehendaki. Iaitu kaedah daripada dalam ke luar merupakan
kaedah yang 'melihat' senario dalam dunia PTV sebelum membentuk falsafah.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
23
a. Mengenal pasti praktis sedia ada dalam PTV yang selalu diamalkan;
b. Menentukan teori pendidikan yang menjadi asas praktis-praktis
tersebut;
c. Mengekstrak daripada teori tersebut pandangan atau andaian
mengenai realiti, kebenaran dan nilai.

ii. Kaedah Deduktif - Kaedah dari luar ke dalam, bermula dengan pembentukan
falsafah terlebih dahulu. Teori asas yang digunakan dalam falsafah dihuraikan,
kemudian diikuti dengan mengenal pasti praktis atau amalan yang harus dibuat.
Iaitu kaedah daripada luar ke dalam bermula dengan 'melihat' dunia luar sebelum
membentuk falsafah. Langkah-langkah dalam kaedah ini adalah seperti berikut:

a. Membentuk pandangan atau andaian yang menyeluruh mengenai


realiti, kebenaran dan nilai.
b. Menghurai teori pendidikan yang tersirat dalam andaian-andaian
tersebut.
c. Menggambarkan tingkah laku guru, tujuan pengajaran dan hasil
pembelajaran yang diharapkan iaitu mengenai pasti praktis yang
berlaku dalam bilik darjah.

Bagi kedua-dua kaedah (induktif dan deduktif), langkah terakhir yang mesti
dilakukan sebelum pembentukan falsafah adalah memastikan bahawa praktis dan
teori pendidikan adalah konsisten dan koheren dengan andaian yang dibuat.
Perbezaan dan ketidaksesuaian yang wujud perlu diselesaikan. Rajah 1.2
menggambarkan proses pembentukan falsafah bagi PTV. Dalam kedua-dua kaedah,
induktif mahupun deduktif, tiga elemen utama dalam proses pembentukan falsafah
harus wujud secara harmoni sebelum falsafah boleh dibentuk.

24
Rajah 1.2: Proses pembentukan falsafah PTV

Kepentingan Falsafah dalam PTV

Falsafah mewakili andaian dan spekulasi yang dibuat


mengenai aktiviti manusia dan dunia. Secara spesifik,
falsafah berfokus pada realiti, kebenaran dan nilai. Oleh
itu, falsafah yang dinyatakan dalam bentuk pernyataan
merupakan pernyataan andaian asas mengenai realiti,
kebenaran dan nilai. Maka untuk membentuk falsafah atau
world view iaitu cara untuk melihat dunia, kita mesti
bersikap sebagai seorang ahli falsafah. Falsafah didefinisikan sebagai satu rangka
konsep untuk mensintesis dan menilai yang mewakili satu sistem nilai yang menjadi
asas untuk membuat keputusan yang akan membentuk masa hadapan PTV.
Falsafah adalah penting kepada setiap individu yang terlibat dengan PTV. Falsafah
menyediakan satu kerangka yang boleh digunakan untuk memikirkan tentang tabii
PTV itu sendiri. Bagi pendidik PTV, falsafah membantu kita untuk membuat pilihan
atau tindakan yang tepat.

Falsafah juga turut menjadi panduan untuk amalan, membantu dalam keputusan
mengenai perkembangan program, pemilihan aktiviti pembelajaran, kurikulum,
matlamatdan penggunaan sumber. Anehnya falsafah untuk PTV juga memaksa kita
melihat apakah yang seharusnya berlaku di dalam PTV yang sememangnya akan

25
berbeza dengan apa yang sedang berlaku dalam pendidikan akademik. Perbezaan
ini pula menjadi pemangkin untuk memperbaiki amalan. Amalan yang berjaya pula
adalah asas kepada prinsip. Anda harus ingat, prinsip bukan falsafah dan tidak
bersifat seperti falsafah. Prinsip hanya menyediakan arah yang jelas untuk
pembentukan falsafah. Malah prinsip yang melambangkan amalan yang berjaya
menjadi kunci kepada pembentukan falsafah.

KATA KUNCI

KATA KUNCI

1. Falsafah pendidikan 12. Inkuiri kritikal


2. Rekonstruksionisme 13. Psikologi konstruktivisme
3. Progresivisme 14. Perspektif pendidikan
4. Esensialisme 15. Perspektif tradisionalisme
5. Prenialisme 16. Perspektif eksperiensialisme
6. Matlamat kognitif 17. Perspektif disiplin ilmu
7. Prinsip behaviorisme 18. Perspektif behaviorisme
8. Kaedah saintifik 19. Perspektif kognitivisme
9. Psikologi eksperimental 20. Falsafah PTV
10. Psikologi gestalt 21. Kaedah induktif
11. Psikologi persepsual 22. Kaedah deduktif

UJIAN KENDIRI
1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan maksud falsafah
pendidikan?
2. Bincangkan empat jenis fahaman dalam falsafah pendidikan dari segi:
a. intipatinya.
b. persamaan/perbezaan dengan fahaman yang lain.
26
c. kebaikannya.
d. tokoh-tokoh yang terlibat.
3. Bincangkan lima jenis perspektif pendidikan berikut: tradisionalisme,
eksperientialisme, disiplin ilmu, behaviorisme dan kognitivisme.
4. Bincangkan persamaan dan perbezaan antara kaedah induktif dengan
kaedah deduktif.
5. Bincangkan kepentingan falsafah dalam PTV.

BIBLIOGRAFI

Atkin, J. M., & House, E. R. (1981). The Federal Role in Curriculum Development,
1950-80, Educational Evaluation and Policy Analysis, 3, 5-36.
Bagley, W. C. (1938). An Essentialist’s Platform for the Advancement of American
Education, Educational Administration and Supervision 24, no. 4: 251-252.
Brameld, T. (1971). Patterns of Educational Philosophy: Divergence and
Convergence in Culturological Perspective. Holt, Rinehart and Winston, New
York.
Butler, J. D. (1968). Four Philosophies and Their Practice in Education and Religion.
Third Edition. Harper & Row, New York.
Combs, A. W. (1962). A Perceptual View of the Adequate Personality, in Perceiving,
Behaving, Becoming. Yearbook. Association for Supervision and Curriculum
Development, Alexandria, VA.
Counts, G. S. (1932). Dare the School Built a New Social Order? John Day, New
York.
Dewey, J. (1902). The Child and the Curriculum. University of Chicago Press,
Chicago.
Dewey, J. (1938). Experience and Education. The Kappa Delta Pi Lecture Series.
Collier/Macmillan, New York.
Evans, R. N. & Herr, E. L. (1978). Foundations of Vocational Education. Second
Edition. Charles E. Merril Publishing Company, Ohio, USA.
Greene, M. (1973). Teacher As Stranger: Educational Philosophy for The Modern
Age. Wadsworth, Belmont, California.
Hirsch, E. D., Jr. (1987). Cultural Literacy. Houghton Mifflin, Boston.

27
Hutchins, R. M. (1963). One Education. Center for the Study of Democratic
Institutions, Santa Barbara, California.
Maslow, A. H. (1962). Some Basic Prepositions of a Growth and Self-Actualization
Psychology, in Perceiving, Behaving, Becoming. Yearbook. Association for
Supervision and Curriculum Development, Alexandria, Virginia.
Miller, M. D. (1985). Principles and A Philosophy For Vocational Education. The
National Center for Research in Vocational Education, The Ohio State
University, Ohio.
Noddings, N. (1995). Philosophy of Education. Westview Press, Boulder, Colorado.
Oliva, P. F. (2005). Developing the Curriculum. Sixth edition. Pearson Education,
United States of America.
Posner, G. J. (1995). Analyzing the Curriculum. Second edition. McGraw-Hill, Inc.
United States.
Resnick, L. B., & Klopfer, L. E. (Eds.) (1989). Toward the Thinking Curriculum:
Current Cognitive Research. Yearbook of the Association for Supervision and
Curriculum Development. Association for Supervision and Curriculum
Development, Alexandria, Virginia.
Rugg, H. et al. (1947). Foundations for American Education. World Book Company,
Yonkers, New York.
Sirotnik, K. A. (1998). What Goes on in Classrooms? Is This the Way We Want It?
In Landon E. Beyer and Michael W. Apple, eds., The Curriculum: Problems,
Politics, and Possibilities, 2nd edition. State University of New York Press,
Albany, New York.
Taba, H. (1962). Curriculum Development: Theory and Practice. Harcourt Brace
Jovanovich, New York.
Thayer, V. T. (1960). The Role of the School in American Society. Dodd, Mead, New
York.
Thompson, John F. (1973). Foundations of Vocational Education: Social and
Philosophical Concepts. Prentice-Hall, Inc., New Jersey.
Walker, D.F. & Soltis, J.F. (1997). Curriculum and Aims. Teachers College Press,
New York.

28
BAB 2

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIKAL


DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, anda diharap dapat:
1. membincangkan sejarah perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional
di Malaysia mengikut peredaran zaman
2. membincangkan sejarah penubuhan institusi-institusi pendidikan berkaitan
pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia
3. menerangkan dasar pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia
4. menghuraikan perbezaan tumpuan pendidikan teknikal dan vokasional di era
sebelum dan selepas kemerdekaan Malaysia
5. menerangkan halatuju pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia

PENGENALAN

Transformasi Pendidikan Teknikal dan Vokasional


menjadi agenda penting dalam kalangan negara
membangun untuk melahirkan modal insan teknokrat
dalam menghadapi saingan global yang semakin
sengit. Tujuan bab ini adalah untuk meninjau
perkembangan Pendidikan Teknikal dan Vokasional di
Malaysia dengan menganalisis sejarah, dasar, dan halatuju. Pendidikan Teknikal
dan Vokasional di Malaysia mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Di Malaysia,
Pendidikan Teknikal dan Vokasional sebelum merdeka menonjolkan imej pertanian
29
dan kemahiran teknikal yang bersifat manual untuk melatih pelajar Melayu bagi
mengisi jawatan di jabatan-jabatan di bawah negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Selepas kemerdekaan, Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia terus
berkembang dan beberapa pembaharuan telah dilaksanakan untuk meningkatkan
imej Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Perubahan era globalisasi masa kini
menjadikan pendidikan teknikal dan vokasional salah satu agenda utama negara
terhadap pembangunan negara melalui visi dan misi negara iaitu Wawasan 2020
dalam mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Oleh itu, dalam usaha
mencapai taraf negara maju tersebut beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh
pihak tertentu iaitu yang pertama, penambahan tenaga kerja dalam bidang berkaitan
teknik dan vokasional dan yang kedua penambahan institusi pendidikan teknikal dan
vokasional. Namun demikian, tahukah anda bagaimana pendidikan teknikal dan
vokasional di Malaysia ini berkembang bagi merealisasikan impian negara? Maka,
bab ini akan mengupas sejarah perkembangan teknik dan vokasional di Malaysia.

PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DI ZAMAN IMPERIALISME BARAT

Sebelum Zaman Kolonialisme British


Pendidikan di Tanah Melayu bermula sejak kewujudan Empayar Melaka lagi
sewaktu perkembangan ajaran Islam ke rantau Asia Tenggara. Masyarakat pada
ketika itu, menuntut ilmu berpusatkan rumah-rumah guru dan surau-surau. Selepas
berlaku pertambahan bilangan anak murid maka wujudkan sekolah pondok dengan
sukatan berdasarkan kurikulum Masjid Al-Haram di Makkah. Reformasi kecil telah
berlaku setelah kehadiran Portugis pada tahun 1511 apabila mereka telah
memperkenalkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katolik.
Kemudian, apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pula, menyebabkan berlakunya
perubahan daripada mazhab Katolik ke mazhab Protestan di Melaka pada ketika itu.

30
Kebanyakkan masyarakat pada ketika itu menerima ilmu kemahiran secara tidak
formal seperti kemahiran berladang atau berkebun, bersawah, bertukang kayu dan
logam, membuat keris dan kerja-kerja kraftangan seperti anyaman.

Semasa Zaman Kolonialisme British

Sebelum Perang Dunia Kedua


Semasa British menjajah Tanah Melayu, British telah mengategorikan sistem
pendidikan kepada lima peringkat iaitu: (a) Pendidikan Rendah, (b) Pendidikan
Menengah, (c) Latihan Perguruan, (d) Pendidikan Teknikal dan Vokasional, serta (e)
Pendidikan Tinggi. Pendidikan teknikal dan vokasional turut diberi perhatian oleh
kerajaan British pada ketika itu. Sejarah perkembangannya bermula pada tahun
1900. Orang-orang Melayu yang berkemahiran dalam seni menganyam, menyulam
dan mengukir diambil untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah Melayu
yang berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Kemudian, pada tahun 1905 Sekolah Teknik Treacher Kuala Lumpur telah dibuka
untuk memberi latihan kepada pembantu-pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya,
Jabatan Ukur dan Keretapi Tanah Melayu. Pada tahun 1918 pula, Suruhanjaya
Pendidikan Teknik dan Industri telah dibentuk untuk mengkaji keperluan pelajaran
vokasional dan teknik di Negeri-negeri Tanah Malayu. Pada tahun 1923, Pusat
Latihan Pertanian telah ditubuhkan bagi memberi latihan kepada orang Melayu
mengenai cara-cara berladang dan berkebun. Kemudian, pada tahun 1926, Sekolah
Teknik telah ditubuhkan dan kemudiannya pada tahun 1941 statusnya telah ditukar
ke Maktab Teknik dan dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia pada tahun

31
1972. Bagi memberi pendidikan yang lebih mendalam kepada pegawai-pegawai
pertanian, Sekolah Pertanian telah diwujudkan pada tahun 1931 di Serdang,
Selangor dan kemudian dinaik taraf sebagai Kolej Pertanian sebelum diiktiraf
sebagai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1972 dan hari ini dikenali sebagai
Universiti Putra Malaysia.

Selepas Perang Dunia Kedua

Beberapa dasar telah diperkenalkan oleh British dalam pendidikan di Tanah Melayu
selepas menghadapi Perang Dunia Kedua bagi memantapkan sistem pendidikan
dan kepentingan politik mereka di Tanah Melayu. British telah memperkenalkan
Laporan Barnes (1951) yang telah dipengerusikan oleh L.J. Barnes yang merupakan
Pengarah Bahagian Latihan Sosial, Universiti Oxford telah menyatakan hasrat untuk
mendirikan sekolah vokasional moden yang mengutamakan matapelajaran Sains,
Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga. Namun, rancangan beliau gagal
kerana laporan beliau gagal untuk mencadangkan penambahbaikan kepada
sekolah-sekolah Melayu tanpa merombak semula sistem pendidikan secara
keseluruhan.

Menyedari bahawa masyarakat Cina di Tanah Melayu juga ingin mejaga


kepentingan mereka, maka satu laporan yang dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu
(1952) telah diperkenalkan oleh Dr. Fenn yang merupakan Setiausaha Kerja
Bersekutu kepada Lembaga Amanah bagi beberapa buah universiti di China dan
beliau telah dibantu oleh Dr. Wu yang merupakan petugas di Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB). Dalam laporan ini, sekolah-sekolah Cina ingin meminta
bantuan pusat dan latihan perguruan untuk masyarakat Cina.

32
Melihat kepada laporan-laporan yang telah dibentangkan, maka kerajaan British
telah mengambil jalan tengah dengan memperkenalkan satu ordinan yang dikenali
sebagai Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan ini telah mengkaji kedua laporan dan
mengambil keputusan untuk memperkenalkan Sekolah Kebangsaan, bahasa Melayu
dan Inggeris diperkenalkan di sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan, sekolah aliran
Ingeris dikekalkan, pendidikan agama Islam diajar untuk murid-murid beragama
Islam, dan penubuhan Sekolah Menengah Vokasional dicadangkan dan termaktub
sebagai Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Sejarah Penubuhan Sekolah Teknik, Vokasional dan Pertukangan

Penubuhan sekolah teknik bermula pada tahun 1905. Sekolah teknik pertama ialah
Sekolah Teknik Treacher yang dikelolakan oleh Jabatan Kerjaya Raya Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Tujuan penubuhan sekolah teknik ini adalah untuk melahirkan
pembantu-pembantu jurteknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Tanah

33
Melayu dan Jabatan Ukur. Pada tahun 1914, telah berlaku perang dunia kedua
menyebabkan semua jabatan-jabatan tersebut terpaksa ditutup. Sekolah teknik juga
turut ditutup. Pada tahun 1918, sekolah teknik telah dibuka semula dan telah
diambil alih oleh Jabatan Pelajaran pada tahun 1931. Sekolah teknik ini telah
menerima pelajar-pelajar dari agensi swasta pada tahun 1933. Antara kursus yang
diperkenalkan ialah kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan
ukur.

Sekolah pertukangan atau Trade School bermula pada tahun 1926 dengan
tertubuhnya 4 buah sekolah pertama di Kuala Lumpur. Guru terdiri daripada orang
Eropah yang ditadbir oleh seorang pengetua di bawah kelolaan Jabatan Pelajaran.
Sekolah pertukangan bertujuan untuk melahirkan mekanik-mekanik terlatih untuk
memenuhi keperluan di Jabatan Keretapi dan di sekolah-sekolah untuk mata
pelajaran pertukangan. Pelajar mengikuti kursus selama 3 tahun. Kebanyakan
pelajar yang memasuki sekolah pertukangan adalah mereka yang gagal untuk
meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Tiga mata pelajaran menjadi teras
iaitu seni perusahaan, sains pertanian dan sains rumah tangga.

PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL SELEPAS KEMERDEKAAN

Penubuhan Politeknik

Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV),


Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk
mempromosikan pendidikan teknikal dan vokasional. Bahagian ini seterusnya diberi
status jabatan dan dinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun
1995. Selain merangka dasar, jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan

34
halatuju pendidikan teknikal dan vokasional selaras dengan agenda perindustrian
dan modernisasi Negara. Satu badan khusus telah ditubuhkan bertanggungjawab
dalam mengurus politeknik iaitu Bahagian Pengurusan Politeknik.

Pendidikan Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Colombo pada


tahun 1969 dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar di
Ipoh, Perak. Ini dikukuhkan lagi melalui satu resolusi yang telah dipersetujui oleh
Jemaah Kabinet dalam Pelan Perlaksanaan Pendidikan (1979) dan Pelan Industri
Kebangsaan pada tahun 1985 – 1995. Keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai
Latihan (1991) sekali lagi memberi ruang kepada penambahan bilangan politeknik
dan penawaran kursus-kursus bagi memenuhi permintaan tenaga separa
profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan hospitaliti. Perubahan
struktur kabinet kerajaan Malaysia pada tahun 2004 telah mengubah pengurusan
politeknik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia ke kementerian baru iaitu
Kementerian Pengajian Tinggi di mana pengoperasian politeknik diletakkan di
bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang ditubuhkan
pada Tahun 2005. Bermula 1 September 2007, Bahagian Pengurusan Politeknik
dikenali sebagai Sektor Pengurusan Politeknik dan diketuai oleh Timbalan Ketua
Pengarah (Pengurusan Politeknik).

Penubuhan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) ditubuhkan pada tahun 1964.
Pada awalnya, penubuhan bahagian ini berfungsi untuk memastikan
kesinambungan dasar pendidikan dan perkembangan pendidikan teknikal dan
vokasional di Malaysia. Antara bidang operasi yang terdapat di BPTV pada ketika

35
itu ialah menyediakan perkhidmatan dalam penyelidikan, perancangan,
pelaksanaan, pengkoordinasian, pengawasan dan pemantauan perkembangan
pendidikan teknikal dan vokasional sebagai agensi pusat untuk Sekolah Menengah
Teknik dan Vokasional. Dalam usaha menyelaraskan setiap bidang operasi yang
ada di BPTV maka tujuh buah unit diwujudkan, iaitu: (a) Unit Ketukangan
Kejuruteraan, (b) Unit Perdagangan, (c) Unit Ekonomi Rumah Tangga (ERT), (d)
Unit Sains Pertanian, (e) Unit Kursus Pendek, (f) Unit Politeknik, dan (g) Unit
Pentadbiran. Pada tahun 1986, unit di dalam BPTV telah bertambah menjadi
sepuluh unit iaitu:
 Unit Kejuruteraan Awam  Unit Sains Pertanian
 Unit Kejuruteraan Elektrik  Unit Pembangunan
 Unit Kejuruteraan Mekanikal  Unit Pengurusan pelajar
 Unit Perdagangan  Unit Pengurusan
 Unit ERT  Unit Pentadbiran

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dinaik taraf dan bertukar nama sebagai
Jabatan Pendidikan Teknikal pada tahun 1995.

Penubuhan Maktab Perguruan Teknik

Selaras dengan syor-syor dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib tentang
pendidikan teknikal dan vokasional, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960
mencadangkan sebuah Maktab Perguruan Teknik (MPT) ditubuhkan selewat-
lewatnya pada tahun 1962. Oleh itu, dalam bulan Jun 1960, Kerajaan Persekutuan
telah bersetuju untuk mendapatkan pakar teknikal dari Kanada bagi mengkaji
penubuhan maktab perguruan teknik di negara ini. Kemudian pada bulan Jun 1961,
dengan kerjasama Kerajaan Kanada melalui Rancangan Colombo, dua orang pakar
36
pendidikan teknikal dan vokasional Kanada iaitu Encik C.C. Aschroft, pakar
kejuruteraan dan bekas Pengetua Maktab Perguruan Teknikal Ontario, Kanada dan
Encik D.T. Dingwell, bekas guru teknikal di Junior Technical Trade School, Kuala
Lumpur (1956-1958) telah datang ke negara ini untuk membuat kajian. Hasilnya,
mereka telah mengesyorkan kepada kerajaan beberapa langkah yang perlu diambil
termasuklah anggaran perbelanjaan pembinaan bangunan, reka bentuk bangunan,
bengkel, makmal, kurikulum dan sebagainya. Justeru, satu perjanjian kerjasama
lima tahun telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan
Kerajaan Kanada. Mengikut perjanjian tersebut, Kerajaan Kanada
bertanggungjawab untuk menyediakan tenaga pengajar, merangka data kursus dan
menganjurkan latihan untuk kakitangan tempatan di Kanada. Maka lahirlah Maktab
Perguruan Teknik (MPT) pada 17 Mei 1962, selepas tibanya sekumpulan guru
teknikal dan vokasional dari Kanada yang diketuai oleh Encik B.F. Addy. Bangunan
MPT yang pertama terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Bangunan ini
adalah bekas bangunan Kolej Perempuan Melayu (Malay Girl's College) yang telah
berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian pada akhir tahun 1967 apabila
perkhidmatan kakitangan dari Kanada tamat, semua tanggungjawab untuk
mengurus maktab ini diambil alih oleh pegawai-pegawai tempatan.

Peranan maktab ini telah menjadi bertambah penting


dengan terlaksananya Sistem Pelajaran Aneka Jurusan
dalam tahun 1965 yang memperkenalkan empat mata
pelajaran baru di peringkat sekolah menengah rendah,
iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Perdagangan
dan Sains Rumah Tangga. MPT mula mengendalikan
Kursus Pertukangan pada awal tahun 1970, apabila
jabatan berkenaan di Maktab Perguruan Pertukangan di
Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun 1972, kursus
Pengajian Perdagangan pula dimulakan apabila Jabatan
Pengajian Perdagangan Maktab Perguruan Ilmu Khas
dipindahkan ke maktab ini dalam usaha menggabungkan jurusan teknikal dan
vokasional. MPT juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen
kursus Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Manipulatif
Tambahan dan Pertanian sejak 1989 sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan
37
ke Maktab Perguruan Batu Pahat dalam tahun 1992. Mulai tahun 2006, MPT
dinaiktaraf dengan kuasa untuk menganugerakan Ijazah Perguruan kepada para
pelajarnya. Ia mula dikenali sebagai Institut Perguruan Teknik (IPTKL).

PENDIDIKAN ANEKA JURUSAN

Pendidikan Teknik terus berkembang dengan pesat


selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Laporan
Rahman Talib (1960) menyatakan bahawa pelajaran
teknikal hendaklah dikelola dan dikembangkan melalui
tiga peringkat iaitu Maktab Teknik, Sekolah Teknik, dan
Sekolah Tukang sama seperti yang dicadangkan oleh
Jawatankuasa Pelajaran 1956. Maktab Teknik, Kuala
Lumpur dikembangkan pelajarannya kepada kursus peringkat diploma untuk melatih
pelatih teknikal untuk jawatan kerajaan dalam bidang kejuruteraan, seni bina dan
ilmu ukur serta kursus peringkat profesional selama lima tahun dalam bidang yang
sama. Kursus pendahuluan selama tiga tahun disediakan untuk memudahkan
pelajar kawasan kampung memasuki Maktab Teknik. Mereka kurang berpeluang
jika pemilihan kemasukan ke Maktab Teknik berdasarkan kepada keputusan
peperiksaan Sijil Persekolahan Cambridge Seberang Laut atau Sijil Pelajaran
Persekutuan Tanah Melayu. Jika penuntut memperoleh Sijil Persekolahan Tinggi
semasa latihan mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di universiti
dalam bidang kejuruteraan. Pada masa itu, Sekolah Menengah Teknik wujud dalam
dua bentuk iaitu Sekolah Menengah Tukang dan Sekolah Menengah Teknik dan
tempoh kursus yang dilaksanakan adalah selama tiga tahun. Sekolah Tukang
disediakan di luar bandar. Sekolah ini juga digelar dengan Sekolah Lanjutan
Kampung. Kursus yang disediakan mengambil masa selama tiga tahun dalam
bidang ilmu pertukangan, pertanian, perkebunan, ternakan dan rumah tangga.

Laporan ini juga mencadangkan supaya maktab melatih guru-guru teknikal


ditubuhkan pada tahun 1962. Semua guru mata pelajaran teknikal mestilah
mempunyai pelajaran menengah penuh selama tiga tahun dan ditambah setahun
lagi untuk kursus latihan guru. Guru yang mengajar mata pelajaran pertanian di
Sekolah Lanjutan Kampung mestilah tamat pelajaran menengah penuh dan
38
mengambil satu kursus di Maktab Pertanian dan diikuti kursus latihan guru di Maktab
Latihan Guru Teknik selama setahun. Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) mengesyorkan perubahan kurikulum terhadap
pendidikan teknikal di peringkat pendidikan menengah rendah dan menengah atas
supaya lebih relevan terhadap kehendak semasa. Sejak tahun 1965, pendidikan di
peringkat menengah rendah telah berubah kepada corak aneka jurusan.

Pendidikan aneka jurusan berasaskan kepada


kurikulum yang terdiri daripada mata pelajaran teras
untuk semua dan mata pelajaran elektif yang dipilih
dari mata pelajaran Seni Perusahaan, Sains
Rumahtangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.
Pelajar-pelajar dibenarkan memilih satu daripada
mata pelajaran elektif yang dinyatakan di atas.
Tujuan pendidikan aneka jurusan adalah untuk
memberi pelajar-pelajar peluang sama rata
mendapatkan pendidikan di samping memberi peluang bagi mereka untuk memilih
satu bidang pelajaran pravokasional mengikut kecenderungan, bakat dan minat
masing-masing. Tetapi tujuan ini tidak tercapai sepenuhnya kerana terdapat
kekurangan kemudahan untuk mengajar mata pelajaran tersebut. Pendedahan
pelajar-pelajar kepada bidang Teknikal dan Vokasional di peringkat menengah
rendah amatlah terpisah. Oleh yang demikian, jawatankuasa telah memperakukan
supaya kurikulum mata pelajaran elektif di peringkat ini diubah pada strukturnya.

Di peringkat pendidikan menengah atas (Tingkatan IV dan V), pelajar yang lulus
peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Lower Certificate of Education (LCE)
di tingkatan tiga akan dinaikkan ke tingkatan empat. Pelajar yang naik ke tingkatan
empat ini disalurkan kepada tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Menengah Biasa,
Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional. Sekolah Menengah
Teknik menitikberatkan mata pelajaran teknik. Tujuannya ialah untuk menyediakan
pelajar-pelajar bagi pekerjaan dalam bidang teknik atau untuk melanjutkan pelajaran
mereka ke institusi pendidikan tinggi. Kemasukan ke sekolah ini adalah
berdasarkan pilihan pelajar-pelajar sendiri tetapi tertakluk kepada syarat pencapaian
SRP atau LCE yang tertentu. Sekolah Menengah Vokasional pula menitikberatkan
39
mata pelajaran vokasional. Matlamat utamanya ialah untuk melengkapkan pelajar-
pelajar dengan asas kemahiran amali yang dapat membantu mereka mendapat
pekerjaan di bidang perusahaan. Pada tahun 1978, bilangan sekolah ini sebanyak
23 buah di Semenanjung, 3 buah di Sarawak dan 2 buah di Sabah. Sekolah
Menengah Vokasional di Sabah dan Sarawak berbeza dengan Sekolah Menengah
Vokasional di Semenanjung kerana semua kursus yang dijalankan di sana
memakan masa selama tiga tahun kecuali kursus perdagangan. Sekolah ini
menjalankan peperiksaan sendiri dan
kelayakan masuk ialah lulus dalam
peperiksaan SRP atau LCE. Pelajar yang
belajar di Sekolah Menengah Teknik berakhir
dengan peperiksaan SPM atau MCE.
Manakala pelajar Sekolah Menengah
Vokasional mengambil peperiksaan SPVM.
Di Semenanjung, peperiksaan SPVM
dijalankan dalam bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris tetapi mulai tahun 1980, SPVM dijalankan dalam bahasa Malaysia
sahaja. Pelajar Sekolah Menengah Vokasional diberi pendidikan asas untuk
kemahiran dan pendidikan umum dengan nisbah 7:3 sementara latihan amali hanya
dibuat di sekolah.

Jawatankuasa Kabinet juga telah memperakukan Sekolah Menengah Vokasional


supaya: (a) lebih banyak lagi sekolah vokasional didirikan memandangkan
kemudahan tempat belajar di Sekolah Menengah Vokasional amat terhad, (b)
kurikulum pendidikan vokasional dikaji semula dan diubahsuai agar ia lebih mirip
kepada penyediaan pelajar-pelajar memasuki pasaran pekerjaan sebagai pekerja
separa mahir dalam bidang tertentu, dan (c) latihan amali dibuat di kilang-kilang.

40
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, misi


Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk
membangun sistem pendidikan berkualiti bertaraf
dunia bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara
Malaysia. Matlamat Pendidikan Negara adalah
untuk: (a) melahirkan bangsa Malaysia yang taat
setia dan bersatu padu, (b) melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia,
berilmu, berketrampilan dan sejahtera, (c) menyediakan sumber tenaga manusia
untuk keperluan dan kemajuan negara, dan (d) memberi peluang pendidikan
kepada semua warganegara Malaysia.

Dasar Pendidikan Teknikal dan Vokasional pula adalah untuk memperkukuh dan
memperkemas sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional ke arah mewujudkan
golongan pelajar yang berorientasikan pelajaran teknikal bagi memenuhi keperluan
guna tenaga negara. Strategi pelaksanaan termasuk: (a) menambah tempat belajar
di institusi pendidikan teknikal, (b) mempelbagai kursus-kursus teknikal sesuai
dengan keperluan negara, (c) mengenalpasti aspek yang perlu diselaraskan seperti
kurikulum kelayakan tenaga pengajar, peralatan dan jangka masa latihan, (d)
mengkaji sistem sedia ada dari masa ke semasa, (e) memperkukuhkan panduan
kerjaya dalam bidang teknologi, dan (f) mewujudkan hubungan kerjasama dengan
pihak industri.

HALATUJU PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

Dalam tahun 1990-an Pendidikan Teknikal dan Vokasional


menempuh arus pembangunan yang pesat. Dengan
termaktubnya Rang Undang-Undang Pendidikan (1995),
dengan jelas Pendidikan Teknikal dan Vokasional menjadi

41
bertambah mantap. Kandungan rang undang-undang tersebut adalah seperti
berikut:
a. Sistem Pendidikan Kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan
pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi
negara.
b. Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar
pendidikan kebangsaan.
c. Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun.
d. Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem
pendidikan negara.
e. Pendidikan teknik dan politeknik dimantapkan.
f. Peruntukan disediakan bagi mengawal selia pendidikan swasta.
g. Maktab pendidikan guru boleh mengendalikan program pengajian
ijazah, diploma atau sijil atau bentuk-bentuk lain pengiktirafan
kelayakan yang diberikan oleh mana-mana universiti atau institusi
pendidikan tinggi lain di dalam atau luar negara.
h. Sekolah vokasional diubah kepada sekolah teknik dan politeknik boleh
menjalankan program kerjasama dengan institusi-institusi pendidikan
tinggi, perbadanan atau organisasi dalam dan luar negeri.

Mata pelajaran Teknikal dan Vokasional bukan hanya ditawarkan di sekolah-sekolah


Teknikal dan Vokasional tetapi telah mula ditawarkan di sekolah-sekolah menengah
akademik. Terdapat 451 kombinasi mata pelajaran yang boleh dipilih oleh pelajar
merangkumi 4 kumpulan teras iaitu: Kemanusiaan, Teknologi dan Vokasional, Sains
dan Pengajian Islam. Walaubagaimanapun, kombinasi tersebut lebih berat kepada
kumpulan Kemanusiaan dan Vokasional. Selain itu, mata pelajaran teknikal seperti
Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan ditawarkan di 15 buah Sekolah
Berasrama Penuh, 24 buah sekolah kawalan/utama dan beberapa sekolah
menengah akademik terpilih.

Jabatan Pendidikan Teknikal pula melalui tema ”Lonjakan Berganda” telah


menggubal Pelan Tindakan Peningkatan Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal
bertujuan untuk meningkatkan keluaran juruteknik dan jurutera menjelang tahun
2020 dengan menggunakan satu strategi terancang yang radikal bagi menjuruskan
42
pelajar ke bidang teknikal semasa di sekolah menengah lagi. Pelan ini juga
melibatkan pengembangan Sekolah Menengah Teknik dan Politeknik. Sehubungan
itu, pengembangan sekolah menengah teknik dan politeknik dilaksanakan melalui
penstrukturan 69 buah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Sekolah
Menengah Teknik (SMT) pada tahun 1996. Kementerian juga menubuhkan
beberapa buah SMT dan Politeknik baru serta memperkenalkan program Time
Sector Privatisation (TSP). Walaubagaimana pun, dasar penukaran status sekolah
vokasional kepada sekolah teknik telah mendapat kritikan hebat terutama dari guru-
guru vokasional yang melihat pertukaran dasar in adalah reverse trend disebabkan
permintaan kepada pekerja mahir dan separa mahir (pekerja kolar biru) adalah lebih
tinggi jika dibandingkan dengan permintaan kepada pekerja kolar putih (Abdul
Rahman Abdul Raof, 1996). Oleh kerana tekanan ini, kabinet telah meluluskan
untuk menawarkan semula aliran kemahiran di SMT bagi membuka lebih banyak
peluang pelajar yang berpencapaian rendah dan sederhana mendapat pendidikan
serta latihan teknikal dan vokasional.

Beberapa dasar dan inisiatif baru telah


diperkenalkan terutama pada pertengahan
dekad sembilan puluhan seperti pembelajaran
secara kontekstual, Tech-prep, pengintegrasian
antara akademik dan vokasional, Time Sector
Privatisation, meningkatkan hubungan antara
sekolah dan industri, program Sekolah-ke-
Kerjaya, penubuhan kolej komuniti dan
universiti teknikal (Ramlee Mustapha & Abu Abdullah, 2000). Beberapa buah
Sekolah Menengah Teknik dan Politeknik telah diubahsuai bagi pelajar-pelajar
berkeperluan khas (special needs learners) untuk diberi latihan teknikal dan
vokasional berdasarkan kepada keupayaan pelajar dengan memasukkan aspek urus
diri, kemahiran hidup, latihan vokasional, komunikasi dan IT (Ramlee Mustapha,
2002). Dalam Rancangan Malaysia ke-8, beberapa buah sekolah teknik khas dibina
bagi tujuan yang sama.

43
Pada 9 Januari 2012, Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional telah dilancarkan
oleh Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran
Malaysia. Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional ini merangkumi lima strategi
utama, lima inisiatif serta 11 tindakan bagi meningkatkan kompetesi lulusan
vokasional serta melonjakkan pendidikan vokasional agar setaraf dengan negara
maju. Lima inisiatif tersebut adalah: (1) transformasi kurikulum pendidikan
vokasional, (2) transformasi institusi pendidikan vokasional, (3) kolaborasi dengan
industri, (4) transformasi pentaksiran pendidikan vokasional, dan (5) transformasi
organisasi pendidikan vokasional. Serentak dengan itu, sebanyak 15 sekolah
menengah vokasional di setiap negeri dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional
berkuatkuasa tahun 2012. Melalui pelan transformasi tersebut, pendidikan
vokasional di negara ini tidak lagi dianggap sebagai kelas kedua, sebaliknya ia
menuju ke arah konsep pendidikan untuk semua dengan berasaskan program
bercorak berbasis kompetensi dengan jalinan industri yang mantap sebagaimana
yang dilaksanakan di negara-negara maju.

Untuk memperkasa Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran


akan mengambil lebih 10,000 orang guru tersebut secara berperingkat-peringkat
menjelang akhir 2015. Guru vokasional dan kemahiran baru yang diikitiraf akan
diambil dari pasaran terbuka seperti pusat latihan kemahiran tinggi dan universiti
teknikal awam untuk memastikan pelajar mendapat pendidikan vokasional dan
kemahiran yang berkualiti. Usaha kerajaan ini dijangka akan dapat meningkatkan
peratusan pelajar aliran teknikal dan vokasional daripada 10 peratus kepada 20
peratus menjelang tahun 2015. Aspirasi transformasi ini adalah untuk membuka
laluan ke arah melahirkan modal insan yang relevan dengan keperluan semasa
serta mampu menghadapi saingan global. Jika berjaya, ini akan menguatkan
konsep 1Malaysia yang ingin mewujud negara bangsa dengan identiti Malaysia Maju
yang berdaya saing untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020.

44
PENUTUP

Bagi merealisasikan aspirasi negara iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah


negara maju menjelang tahun 2020, maka pelbagai perubahan perlu dibentuk
berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lalu. Kita hendaklah memastikan
bahawa setiap perancangan dan tindakan selari dengan dasar yang telah digariskan
oleh Kementerian seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya.
Setiap guru perlu membuat anjakan paradigm dalam proses pembelajaran dan
pengajaran selari dengan perubahan globalisasi yang berlaku. ICT merentas
kurikulum boleh dipraktikkan oleh guru sebagai salah satu strategi pembelajaran dan
pengajaran di dalam bilik kuliah, makmal dan bengkel. Di Malaysia, Pendidikan
Teknikal dan Vokasional sebelum merdeka menonjolkan imej pertanian dan
kemahiran teknikal yang bersifat manual untuk melatih pelajar Melayu bagi mengisi
jawatan di jabatan-jabatan di bawah negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selepas
kemerdekaan, Pendidikan Teknikal dan Vokasional terus berkembang dan beberapa
pembaharuan telah dilaksanakan untuk meningkatkan imej Pendidikan Teknikal dan
Vokasional. Terdapat konsep-konsep baru dalam Pendidikan Teknikal dan
Vokasional, seperti Time Sector Privatisation serta Kolej Vokasional, namun konsep-
konsep tersebut belum dapat diterjemahkan dalam bentuk yang optima kerana
beberapa kekangan. Kerjasama antara sekolah dan pihak swasta perlu
dimantapkan. Pihak industri juga mesti mengambil “sosial responsibility” dalam
memberi latihan industri seperti yang diamalkan di negara Jerman. Pihak swasta
dan majikan bukan sahaja di “receiving end” tetapi sama-sama terlibat dalam
memberi latihan yang diperlukan. Aspirasi transformasi Pendidikan Teknikal dan
Vokasional adalah untuk membuka laluan ke arah melahirkan modal insan yang
relevan dengan keperluan semasa serta mampu menghadapi saingan global. Jika
berjaya, ini akan mewujud negara bangsa dengan identiti tersendiri yang berdaya
saing untuk maju ke hadapan.

45
KATA KUNCI

1. Sekolah teknik
2. Sekolah vokasional
3. Sekolah pertukangan
4. Politeknik
5. Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional
6. Pendidikan aneka jurusan
7. Dasar Pendidikan Kebangsaan

UJIAN KENDIRI

1. Bincangkan secara ringkas sejarah perkembangan pendidikan teknikal dan


vokasional di Malaysia.
2. Bincangkan sejarah penubuhan institusi-institusi pendidikan berkaitan
pendidikan teknikal dan vokasional secara ringkas.
3. Terangkan dasar pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia.
4. Menghuraikan perbezaan tumpuan pendidikan teknikal dan vokasional di era
sebelum dan selepas kemerdekaan Malaysia
5. Terangkan halatuju pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia.

46
BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Abdul Raof (1996). Genocide: Terkuburnya Sekolah Vokasional.


Unpunlished manuscript.
Emat, Y. (2005). Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Petaling Jaya,
Selangor: IBS Buku Sdn. Bhd.
Federated Malay State. 1932. Annual Report of the Education.Kuala Lumpur.
Federation of Malaya. 1948. Annual Report on Education. Kuala Lumpur.
Federation of Malaya. 1950. Annual Report on Education. Kuala Lumpur.
Federation of Malaya. 1951. Barnes Report. Kuala Lumpur.
Federation of Malaya. 1955. Annual Report on Education. Kuala Lumpur.
Federation of Malaya. 1960. Rahman Talib Report. Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 1956. Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.
Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 1979. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979. Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 1981. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1981. Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 1986. Pendidikan Di Malaysia. Bahagian
Perancangan & Penyelidikan Pelajaran. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1995. Laporan Tahunan 1995. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1996. Laporan Tahunan 1996. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. Laporan Tahunan 1997. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Laporan Tahunan 1998. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala
Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Laporan Tahunan 1999. Kuala Lumpur.
Keow, C. L. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Ministry of Education. 1978. Major Trend in Educational Development 1976-1978.
Planning & Research Division. Kuala Lumpur.
Ministry of Education. 1993. Education in Malaysia. Educational Planning &
Research Division. Kuala Lumpur.

47
Ramlee Mustapha & Abu Abdullah (2002). School-to-Work and Vocational Training
in Malaysia. International Journal of Vocational Education and Training, 8,
69-88.
Ramlee Mustapha (2002). Technical and Vocational Education for All: The Case of
Special Needs Students in Technical Higher Education in Malaysia.
Proceedings of the International Conference on Education for All. Bangi:
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

48
BAB 3

PRINSIP PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, anda diharap dapat:
1. membincangkan prinsip-prinsip utama dalam PTV dari pelbagai perspektif
2. mengenalpasti ciri-ciri pelajar PTV
3. membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan
pengajaran dalam bilik darjah, makmal atau bengkel
4. membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi
menjadikan pembelajaran bermakna untuk pelajar PTV

Truth is stranger than fiction

49
PRINSIP-PRINSIP UTAMA DALAM PTV

Beberapa orang sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) yang tersohor
seperti Charles A. Prosser, John Dewey, Melvin Barlow and Melvin Miller
membincangkan prinsip-prinsip utama PTV. Seksyen ini akan memaparkan
pendapat-pendapat sarjana tersebut.

A. Charles A. Prosser

Charles A. Prosser menyatakan bahawa seseorang pelajar yang mengambil sesuatu


kursus/bidang itu adalah berdasarkan minat dan bakatnya. Prosser menyatakan
bahawa manusia mempunyai kecenderungan terhadap bidang akademik atau
bidang vokasional. Oleh itu, sekolah harus dibina untuk memenuhi keperluan yang
berbeza tersebut. Justeru, perlu ada sekolah akademik dan sekolah vokasional yang
berasingan. Terdapat 16 prinsip PTV yang dikemukakan oleh Prosser:
1. Cara pembelajaran vokasional mestilah lebih terdedah kepada alam
pekerjaan sebenar.
2. Peralatan pembelajaran vokasional yang digunakan adalah sama seperti
peralatan yang terdapat di industri.
3. Pendidikan vokasional seharusnya menyediakan pelajar yang mempunyai
fikiran teknikal serta bakat vokasional.
4. Pendidikan vokasional seharusnya mengambil kira minat dan bakat pelajar.
5. Pendidikan vokasional bukanlah pendidikan untuk semua orang tetapi ia
merupakan pendidikan yang diperlukan untuk individu yang berminat untuk
mempelajarinya serta mempunyai bakat untuk menceburi bidang vokasional.
6. Pendidikan vokasional seharusnya menyediakan peluang kepada pelajar
menjadi mahir dalam sesuatu bidang kemahiran yang diceburinya sehingga
memenuhi kehendak industri.

50
7. Pendidikan vokasional mestilah diajar oleh tenaga pengajar yang
berpengetahuan dan berkemahiran dalam sesuatu bidang kemahiran.
8. Latihan vokasional hendaklah mematuhi ciri-ciri keselamatan
9. Pendidikan vokasional adalah persediaan seseorang pelajar untuk alam
pekerjaan kolar biru mengikut minat masing-masing.
10. Pendidikan vokasional sepatutnya menyediakan peluang kepada pelajar
untuk membuat latihan amali dengan keadaan kerja sebenar bukan hanya
teori sahaja.
11. Latihan semasa bekerja (on-the-job-training) sangat penting dalam
pendidikan vokasional kerana ia memberikan pengalaman teknikal.
12. Latihan kemahiran adalah bersifat khusus.
13. Pendidikan vokasional hendaklah memenuhi keperluan kemahiran untuk
pelatih.
14. Pendidikan vokasional akan lebih efektif apabila kaedah pembelajaran
disesuaikan dengan ciri-ciri pelatih untuk kumpulan yang khusus.
15. Pendidikan vokasional seharusnya cekap di dalam pembahagian resos dan
bersifat fleksibel.
16. Pendidikan vokasional memerlukan bajet atau modal yang tinggi, jika tidak
pendidikan vokasional tidak dapat dilaksanakan.

B. John Dewey

John Dewey sebagai seorang sarjana yang berpegang kuat kepada falsafah dan
konsep demokrasi dalam pendidikan lebih cenderung untuk membuka peluang
kepada semua pelajar untuk mengambil kedua-dua bidang iaitu akademik dan
vokasional secara berintegrasi. Pendapat Dewey adalah seperti berikut:

51
1. Pendidikan vokasional adalah untuk semua pelajar.
2. Objektif utama pendidikan vokasional adalah untuk menerapkan keadaan
sebenar di alam pekerjaan kelak.
3. Keberkesanan pendidikan vokasional dinilai di dalam pekerjaan.

C. Melvin L. Barlow

Melvin L. Barlow (1967) pula menyatakan terdapat


tujuh prinsip PTV:
1. Pendidikan vokasional merupakan keperluan
negara.
2. Pendidikan vokasional merangkumi aspek
persediaan ke alam pekerjaan.
3. Penyediaan pendidikan vokasional untuk
golongan muda dan dewasa merupakan
tanggungjawab sektor awam.
4. Pendidikan vokasional harus dimulakan dari peringkat sekolah rendah lagi.
5. Pendidikan vokasional merupakan penghubung kepada industri.
6. Pendidikan vokasional harus menyediakan kemahiran dan pengetahuan yang
relevan kepada industri.
7. Pendidikan vokasional ini merupakan pembelajaran secara berterusan untuk
pelajar menyambung ke peringkat lebih tinggi.

D. Melvin D. Miller

Melvin D. Miller (1985) membincangkan tentang prinsip-


prinsip yang berkaitan dengan PTV seperti manusia, program dan proses:

52
1. Prinsip-Prinsip Manusia
 Bimbingan
 Pendidikan sepanjang hayat
 Keperluan untuk semua
 Kedudukan sosial ekonomi
 Kencederungan jantina
 Keperluan istimewa
 Organisasi pelajar
 Guru-guru
 Etika kerja

2. Prinsip-Prinsip Program
 Kerjaya dan pendidikan pravokasional
 Pendidikan komprehensif
 Kurikulum
 Keluarga dan pekerjaan
 Inovasi
 Peluang pekerjaan
 Keselamatan
 Pengalaman menyelia pekerjaan

3. Prinsip-Prinsip Proses
 Menyediakan khidmat nasihat
 Penyataan idea yang teratur dan terang
 Lokasi/koordinasi
 Penilaian
 Pemantauan susulan
 Penguatkuasaan peraturan
 Perancangan
 Penyelidikan

53
KONSEP DALAM PTV

Di Malaysia, prinsip PTV yang kerap diguna pakai adalah


berasaskan kepada Model Prosser. Model ini banyak
menyentuh tentang latihan amali dan suasana
pembelajaran yang mirip kepada keadaan pekerjaan yang
sebenar. PTV harus berfokus kepada aktiviti amali ataupun
‘hands-on’. Ini akan memberikan para pelajar pengalaman
serta kemahiran yang diperlukan di alam pekerjaan nanti.
Model ini juga mencadangkan PTV diterapkan seawal
sekolah rendah lagi di dalam subjek Kemahiran Hidup. Ini bertujuan untuk memupuk
minat serta memberi pengalaman kepada aktiviti yang lebih becorak ‘hands-on’.
Justeru, PTV seharusnya menerapkan ilmu serta kemahiran kepada para pelajar
sebagai persediaan ke alam pekerjaan. Ini akan memudahkan mereka untuk
mendapat pekerjaan kelak kerana sudah mempunyai kemahiran-kemahiran yang
diperlukan. Prinsip ini memainkan peranan yang penting dalam PTV. Ia juga akan
mencorakkan halatuju PTV di Malaysia.

CIRI-CIRI PELAJAR PTV

Para pelajar dalam bidang pendidikan vokasional pada secara umumnya agak
berbeza dengan para pelajar di sekolah akademik. Pelajar pendidikan
vokasional berbeza kerana terdapat kepelbagaian dari segi umur, pengalaman, gaya
pembelajaran, minat, kematangan, tahap tumpuan, latar belakang sosio-
ekonomi, kebolehan dan sikap. Tidak ada dua pelajar dalam kelas yang
berkemungkinan berada pada titik yang sama dari segi kesediaan dan keupayaan
untuk belajar. Oleh itu, sebagai seorang guru PTV, anda perlu
memahami perbezaan individu dalam kalangan pelajar-pelajar anda,
anda boleh mengubahsuai teknik pengajaran, strategi serta bahan-bahan yang
digunakan supaya pelajar boleh mendapat kemahiran yang diperlukan sama ada
untuk mendapatkan pekerjaan yang baik atau untuk digunakan ketika melanjutkan
pelajaran.

54
Mengenalpasti Perbezaan Pelajar

Berurusan dengan kepelbagaian pelajar


merupakan salah satu cabaran terbesar
yang bakal anda hadapi sebagai seorang
guru pendidikan vokasional. Semakin besar
jurang kepelbagaian di antara pelajar anda
(contoh: pelajar cemerlang dengan pelajar
corot) semakin perlu anda memahami kemungkinan punca perbezaan ini dan
semakin banyak anda perlu berusaha untuk menyesuaikan proses pengajaran anda
supaya dapat difahami oleh semua pelajar anda. Matlamat utama anda ialah untuk
memastikan setiap pelajar di dalam kelas anda dapat memperolehi ilmu dan
kemahiran yang anda ajarkan. Langkah pertama dalam hal ini adalah untuk
memahami perbezaan asas dalam kalangan pelajar itu sendiri dan
bagaimana perbezaan ini boleh mempengaruhi tindak balas mereka terhadap
persekitaran dalam pendidikan. Mari kita bincangkan perbezaan utama yang anda
mungkin hadapi.

Umur

Pelajar-pelajar dalam program pendidikan vokasional mungkin berbeza dari segi


usia. Pelajar-pelajar PTV di peringkat sekolah menengah biasanya berumur kira-
kira 13-17 tahun. Pelatih-pelatih yang terlibat dalam program-program PTV selepas
sekolah menengah termasuklah dari peringkat umur muda hingga ke peringkat umur
dewasa. Umur dan kematangan setiap pelajar mempengaruhi konsep kendiri
mereka, kesanggupan untuk mereka mengambil risiko, serta jangkaan terhadap
sekolah dan program pendidikan vokasional.

55
Gaya Pembelajaran

Dari tinjauan literatur, terdapat tiga gaya pembelajaran utama iaitu gaya
pembelajaran kognitif, afektif dan manipulatif.
 Gaya pembelajaran kognitif merujuk kepada penggunaan “kemahiran berfikir”
untuk menyelesaikan masalah. Misalnya, pelajar-pelajar yang menggunakan
teori Pythagorean bagi menyelesaikan soalan mengenai segi tiga tepat telah
menggunakan pembelajaran secara kognitif.

 Gaya pembelajaran afektif pula merujuk kepada gaya pembelajaran yang


memfokus kepada isu-isu yang lebih subjektif, emosional dan penuh
dengan nilai seperti sama ada seorang pelajar boleh memahami dan
mengikuti peraturan keselamatan dengan baik atau melanggar peraturan
tersebut.

 Gaya pembelajaran manipulatif pula melibatkan perkembangan kemahiran


fizikal yang memerlukan penyelarasan antara badan dan otak seperti
keupayaan untuk memateri wayar, mengergaji papan, menyelenggara mesin
dan sebagainya

56
Di bawah adalah contoh-contoh gaya pembelajaran yang lazimnya terdapat dalam
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah pendidikan vokasional:

1. Ada pelajar yang suka untuk belajar sendirian manakala ada yang suka
belajar secara berkumpulan. Ada juga pelajar yang lebih kompetitif daripada
pelajar lain.
2. Ada pelajar yang belajar dengan baik dengan hanya mendengar guru
mengajar manakala terdapat pelajar yang belajar dengan lebih efektif dengan
melihat objek (visual) atau dengan melakukan aktiviti fizikal.
3. Ada pelajar yang boleh menyelesaikan masalah dengan menjawab soalan
secara impuls manakala ada pelajar yang menyelesaikan masalah secara
reflektif.
4. Ada pelajar yang suka berurusan dengan perkara-perkara umum manakala
ada pelajar yang lebih fokus pada perincian.

Kebanyakan guru-guru pendidikan vokasional menyedari kewujudan perbezaan


pelajar tetapi mereka masih terus mengajar dengan menggunakan kaedah
konvensional iaitu dengan mensasarkan isi pengajaran mereka kepada semua
pelajar dengan harapan mereka dapat memahaminya. Adalah penting untuk
mempelbagaikan gaya pengajaran, aktiviti dan tugasan yang diberikan dalam bilik
darjah supaya dapat difahami oleh semua pelajar.

Pengalaman Sebelumnya
Latar belakang dan pengalaman terdahulu pelajar boleh mempengaruhi kejayaan
pelajar dalam kelas yang ada sekarang. Lebih luas pengalaman pelajar, lebih
mudah bagi beliau untuk menyerap ilmu dan kemahiran baru. Pelajar yang pernah
menjalani latihan (pengalaman sebelumnya) dan berjaya dalam pendidikan akan
masuk ke kelas dengan yakin dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Sebagai
seorang guru, anda perlu mengambilkira kesemua perbezaan pengalaman pelajar
anda dalam merancang pengajaran dan interaksi anda dalam bilik darjah.

57
Minat
Minat pelajar anda terhadap aspek pengajaran adalah berbeza-
beza. Cara anda memberi maklumbalas terhadap
perbezaan ini akan menjadi satu cabaran kepada anda sebagai
seorang guru. Manusia lebih cenderung untuk belajar
dengan baik apabila mereka berminat dengan sesuatu perkara.
Bagaimanapun, proses pembelajaran boleh terganggu
sekiranya mereka gagal untuk melihat apa yang diajar mempunyai kaitan
dengan kehidupan mereka. Pengajaran boleh menjadi sesuatu yang mengecewakan
apabila para pelajar tidak mempunyai motivasi untuk belajar. Tugas anda sebagai
seorang guru ialah untuk membantu setiap pelajar melihat bagaimana aspek yang
diajar mempunyai perkaitan dengan hidup masing-masing. Dengan berbuat
demikian, anda secara tidak langsung telah memotivasikan pelajar ketika
berlangsungnya proses pengajaran.

58
Bidang Tumpuan

Sesetengah pelajar boleh memberi fokus kepada sesuatu


aktiviti dalam jangka masa yang panjang manakala pelajar-
pelajar yang lain tidak dapat memberi fokus terutama dalam
subjek akademik. Pelajar yang kurang fokus ini mempunyai
masalah untuk menumpukan perhatian terhadap
pengajaran yang perlu dipelajari. Jika anda dapat
mempelbagaikan teknik pembelajaran dan pengajaran
dengan menggunakan pembelajaran secara aktif atau
kolaboratif anda mungkin dapat membantu pelajar ini untuk memberikan tumpuan
dengan lebih baik dan berkesan.

Latar Belakang Sosioekonomi

Pada hari ini terdapat banyak perubahan dalam


demografi para pelajar termasuklah pelajar
aliran vokasional. Terdapat pelajar bekeperluan khas,
pelajar dari golongan minoriti (seperti Orang Asli),
pelajar yang tidak mempunyai kemahiran serta lemah
dalam berkomunikasi. Sebagai seorang guru, anda
perlu mengenali dan lebih sensitif terhadap realiti ini. Bilangan pelajar dari
kumpulan minoriti semakin bertambah dan jumlah mereka dijangka akan meningkat.
Walaupun terdapat pelajar golongan minoriti ini yang mendapat pencapaian yang
baik di sekolah namun terdapat ramai juga pelajar yang bermasalah untuk
menyesuaikan diri mereka dengan program yang dijalankan kerana masalah
bahasa. Kajian menunjukkan bahawa keluarga dari golongan minoriti biasanya
miskin dan atas sebab-sebab tertentu pencapaian mereka tidak memuaskan.
Terdapat juga pelajar yang dimasukkan ke dalam kelas pendidikan khas kerana
masalah kognitif dan tumbesaran namun terdapat juga kes di mana pelajar
dimasukkan ke dalam program khas kerana salah faham dan sikap prejudis pihak
sekolah.

59
Kebanyakan pelajar yang kurang bernasib baik selalunya mengambil kelas
pendidikan vokasional kerana mereka tidak berhasrat untuk menyambung pelajaran
ke peringkat kolej atau universiti. Sistem pendidikan juga selalunya meletakkan
pelajar-pelajar yang kurang kelulusan akademik dalam aliran vokasional dan bukan
dalam kursus persediaan untuk ke universiti. Terdapat juga pelajar yang kurang
keyakinan dengan keupayaan mereka untuk belajar dan akhirnya mereka
mengambil keputusan untuk berhenti sekolah.

Sebagai seorang guru, anda mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah


keluarga pelajar anda atau masalah ekonomi mereka tetapi anda mungkin dapat
menguruskan kelas dengan lebih baik dan berpeluang untuk mengenali semua
pelajar jika anda sensitif kepada latar belakang atau masalah mereka. Terdapat
beberapa strategi yang boleh anda gunakan untuk membantu pelajar yang
bermasalah, contohnya:

 Merujuk pelajar kepada kaunselor sekolah.


 Membantu pelajar mencari tutor untuk mempelajari bahasa, matematik
atau subjek-subjek yang lain.
 Mencari strategi pengajaran kreatif yang sesuai dengan keperluan pelajar.
 Menggunakan ‘role model’ atau hubungkan pelajar terus dengan mentor.

Terdapat kursus atau program dalam pendidikan guru yang menawarkan kursus-
kursus tentang kaedah dan strategi pengajaran untuk pelajar bermasalah. Anda
boleh mengambil kursus tersebut untuk meningkatkan kemahiran anda untuk
mengendalikan kumpulan pelajar tersebut.

60
Bakat

Bakat dimaksudkan sebagai satu potensi yang terdapat


pada diri setiap pelajar. Melalui pendidikan dan latihan
yang sesuai ia boleh menjurus kepada kejayaan pelajar
dalam bidang-bidang tertentu. Bakat boleh dikenalpasti
melalui kecekapan pelajar menunjukkan kebolehannya
dan boleh diuji dengan menjalani ujian bakat yang
standard. Sebaik-baiknya anda boleh mengenalpasti
bakat yang ada pada diri pelajar anda dalam bidang-bidang tertentu dan seterusnya
membantu mereka agar mencapai potensi yang baik.

Anda mungkin juga akan menerima pelajar yang dilabelkan sebagai ‘pelajar
luarbiasa” (exceptional learners). Istilah ini digunakan untuk kedua-dua jenis pelajar
iaitu pelajar kurang upaya atau bermasalah pembelajaran ataupun mereka yang
dianggap ‘gifted’ dalam pelajaran. Jangan jadikan label ini mengganggu pemikiran
anda. Setiap pelajar mempunyai kelemahan dan kekuatan mereka tersendiri.
Begitu juga dengan pelajar yang dianggap sebagai istimewa ini. Terdapat juga
pelajar yang belajar melalui pendekatan visual atau hands-on. Yang penting bagi
anda sebagai seorang guru untuk mengenalpasti setiap perbezaan pelajar anda
untuk menyediakan objektif dan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan
pelajar anda.

Sikap

Sikap merupakan satu kecenderungan untuk


bertingkahlaku positif atau negatif terhadap seseorang,
objek atau situasi. Sikap juga boleh membantu meningkat
atau menghalang proses pengajaran. Individu terdorong
untuk menunjukkan sikap berdasarkan persepsi walaupun
orang lain mempunyai persepsi yang berbeza.
Kebanyakan pelajar cenderung untuk membangunkan sikap positif tentang sesuatu
yang boleh membantu mereka mencapai matlamat manakala sikap negatif boleh
61
menghalang mereka untuk mencapai matlamat tersebut. Anda sebagai seorang
guru perlu mengetahui penerimaan sikap pelajar dan perlu mencuba untuk
mewujudkan sikap yang positif dalam bilik darjah.

MENJADIKAN PEMBELAJARAN BERMAKNA

Disebabkan oleh perbezaan-perbezaan tersebut, pelajar akan


belajar dan mengaplikasikan maklumat dengan cara yang
berbeza-beza untuk bertindak balas terhadap kepelbagaian
cara pembelajaran. Oleh itu, guru perlu
mengenali pelajar secepat dan sebaik mungkin. Dalam masa
beberapa tahun, setelah memperolehi pengalaman mengajar
pelajar dalam kelas, makmal, dan bengkel anda akan dapat membangunkan
keupayaan secara intuisi dalam mengenalpasti perbezaan keupayaan pelajar anda
dan mengenalpasti jenis kaedah pengajaran yang bersesuaian untuk
digunakan dalam menangani perbezaan ini.

Dicadangkan supaya anda membangunkan satu borang profil pelajar


seperti satu ditunjukkan dalam Jadual 3.1. Di permulaan awal setiap semester,
setiap pelajar diminta untuk mengisi borang tersebut dengan umur, minat dan
kecenderungan di dalam dan di luar sekolah, pekerjaan dan latar belakang
keluarga, latar belakang akademik , dan sebagainya. Anda juga boleh mengambil
nota dan pemerhatian berdasarkan interaksi anda sendiri dengan
pelajar. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, anda boleh memanipulasikannya
untuk memilih jenis dan aktiviti yang diperlukan bagi menampung perbezaan pelajar.
Misalnya, jika anda ialah seorang guru kimpalan, adalah penting untuk
anda mengetahui bahawa terdapat beberapa orang pelajar anda yang pernah
didedahkan dengan prosedur-prosedur asas kimpalan melalui pengalaman mereka
bekerja dan menggunakan peralatan di tempat kerja mereka. Manakala pelajar yang
lain mungkin tidak pernah melihat langsung bagaimana cara kimpalan dilakukan.

62
Seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini, penggunaan pelbagai gaya
pengajaran dalam bilik darjah, makmal atau bengkel akan dapat membantu anda
mengajar pelajar yang terdiri dari pelbagai jenis gaya pembelajaran. Di bawah
ini terdapat beberapa strategi yang anda boleh digunakan:

1. Sampaikan maklumat dalam kedua-dua cara sama ada secara


lisan dan visual dan melalui aktiviti-aktiviti ‘hands-on’.
2. Gunakan kedua-dua jenis aktiviti yang kompetitif dan bukan kompetitif.
3. Gunakan pembelajaran secara kolaboratif bagi membenarkan pelajar
yang lebih berkebolehan dan bermotivasi membantu membimbing pelajar lain
yang kurang berkebolehan.

Anda sepatutnya membahagikan kandungan pengajaran ke dalam beberapa


segmen dan struktur waktu yang sesuai dengan tahap kebolehan kebanyakan
pelajar dalam kelas anda, dan kemudian mengajar segmen-segmen tersebut
dalam urutan yang paling senang ke paling sukar. Paling penting
sekali, meletakkan kandungan dan kemahiran yang hendak anda sampaikan
dalam satu konteks bermakna yang dalam kehidupan pelajar.

63
Jadual 3.1: Borang profil pelajar

NAMA UMUR KELAS

ALAMAT TELEFON RUMAH

IBU BAPA/PENJAGA PEKERJAAN NO. TELEFON


WAKTU SIANG

KURSUS VOKASIONAL YANG PERNAH DIAMBIL SEBELUM INI

HOBI ATAU AKTIVITI YANG DIMINATI DI SEKOLAH

HOBI ATAU AKTIVITI YANG DIMINATI DI LUAR SEKOLAH

MATLAMAT PENDIDIKAN KINI ATAU MASA HADAPAN

64
AKTIVITI-AKTIVITI APLIKASI PRAKTIKAL

1. Menemubual dua atau lebih orang guru, termasuk sekurang-kurangnya seorang


dari luar bidang pendidikan vokasional. Minta mereka perjelaskan apa yang
mereka faham tentang kepelbagaian jenis pelajar dalam gaya
pembelajaran dan apa teknik-teknik atau aktiviti-aktiviti yang sering mereka
gunakan untuk memenuhi perbezaan ini.

2. Kumpulkan koleksi–koleksi artikel jurnal profesional yang menumpukan kepada


amalan-amalan praktikal yang boleh digunakan oleh guru dalam
membantu pelajar yang mempunyai corak pembelajaran yang berlainan
dan keupayaan mereka untuk berjaya di dalam kelas.

3. Sediakan satu borang profil pelajar yang boleh anda gunakan dalam bilik
darjah bagi mengumpul maklumat diri setiap pelajar. Apabila menyediakan
borang tersebut, senaraikan semua maklumat deskriptif yang anda fikir
penting mengenai pelajar-pelajar anda dan minta dari guru-guru lain satu
contoh dan bentuk borang yang mereka gunakan untuk tujuan ini.
Kemudian minta guru-guru tersebut memberikan pandangan dan kritikan
mereka tentang borang tersebut sebelum anda menggunakannya.

KATA KUNCI

1. Prinsip PTV 9. Bakat


2. Ciri-ciri pelajar vokasional 10. Sikap
3. Perbezaan pelajar 11. Pembelajaran bermakna
4. Umur
5. Gaya pembelajaran
6. Pengalaman sebelumnya
7. Minat
8. Bidang tumpuan
65
UJIAN KENDIRI

Jawab semua soalan tanpa merujuk teks. Setelah anda melengkapkan ujian
kendiri, semak jawapan anda dengan melihat kata kunci yang diberikan. Jika
anda tertinggal mana-mana soalan, baca semula sumber yang meliputi soalan-
soalan tersebut. Jangan teruskan ke bab yang seterusnya sehingga kamu boleh
menjawab semua item dalam ujian kendiri dengan betul.

1. Mengapa sangat penting bagi setiap guru pendidikan vokasional untuk


mengenalpasti pelajar mereka yang bermasalah pembelajaran, pelajar
berkebolehan tinggi dan lain-lain jenis pelajar termasuklah pelajar-pelajar biasa
dalam bilik darjah?

2. Mengapa adalah penting untuk guru pendidikan vokasional memahami setiap


gaya pembelajaran yang terdapat dalam kalangan pelajar?

3. Apa jenis-jenis maklumat yang sepatutnya guru kumpulkan mengenai pelajar


mereka dalam borang profil pelajar?

BIBLIOGRAFI

Bartel, C. R. (1976). Instructional Analysis & Materials Development. American


Technical Society, Chicago.
Bott, P. A. (1987). Teaching Your Occupation to Others. National Publishers,
Elmsford, NY.
Chernow, F. B. & Chernow, C. (1981). Classroom Discipline and Control: 101
Practical Techniques. Parker Publishing, West Nyack, New York.
Copa, G. & Moss, J. (1993). Planning and Vocational Education. McGraw-Hill,
New York.

66
Cummings, C. (1985). Teaching Makes A Difference. Snohomish Publishing
Company, Snohomish, WA.
Dewey, J. (1897). My pedagogic creed. The School Journal, Volume LIV, Number
3: 77-80
Dewey, J. (1933). How we think. Boston: D. C. Heath & Company.
Dewey, J. (1942). The school and society. Chicago: University of Chicago Press.
Duenk, L. G. (1993). Improving Vocational Curriculum. Goodheart-Wilcox
Publishers, South Holland, IL.
Edmunds, N.A. & Smith, C.L. (1996). Learning How To Teach. Alexandria, VA:
American Vocational Association.
Evans, R. & Terry, D. (1971). Changing The Role of Vocational Teacher
Education. Mcknight & McKnight Publishing, Bloomington, IL.
Finch, C. & Crunkilton, J. (1993). Curriculum Development in Vocational &
Technical Education. Allyn & Bacon, Needham Heights, MA.
Frantz, N. R. Jr. (1974). Individualized Instructional Systems for Vocational &
Technical Education: A Series of Instructional Modules. Vocational
Instructional Systems, Athens, GA.
Fryklund, V. C. (1970). Occupational Analysis techniques and Procedures. Bruce
Publishing Company, New York.
Hanak, R. M. (1980). Lesson Planning for Meaningful Variety in Teaching.
National Education Association, Washington, DC.
House, E. & Lapan, S. (1978). Survival in the Classroom. Griffon Press, Urbana,
IL.
Investing in Our Children. Committee for Economic Development (1985).
Lehr, J. & Harris, H. W. (1989). At Risk, Low-Achieving Students in the
Classroom. National Education Association, Washington, DC.
Littrell, J. J. (1970). Guide to Industrial Teaching. Chas. A. Bennet, Peoria, IL.
Mager, R. F. (1984). Measuring Instructional Results (or Got a Match?). Lake
Publishing, Belmont, CA.
Mager, R. F. (1984). Preparing Instructional Objectives. Lake Publishing, Belmont,
CA.

67
Micheels, W. & M. Ray Karnes, M. R. (1950). Measuring Educational
Achievement. McGraw-Hill, New York.
Miller, M. D. (1985). Principles and A Philosophy For Vocational Education. The
National Center for Research in Vocational Education, The Ohio State
University, Ohio.
Miller, W. R. (1990). Instructors and Their Jobs. American technical Publishers,
Homewood, IL.
Patterson, J. L. (1993). Leadership for Tomorrow’s Schools. Association for
Supervision and Curriculum Development, Alexandria, VA.
Prosser, C. A., & Allen, C. R., (1925). Vocational education in a democracy. New
York: Century Company.
Silvernail, D. L. (1986). Teaching Styles As Related to Student Achievement.
National Education Association, Washington, DC.
Silvius, G. H. & Bohn, R. (1976). Planning and Organizing Instruction. McKnight
Publishing Company, Bloomington, IL.
Smith, J. K. & Smith, L.G. (1994). Education Today: The Foundations of A
Profession. St. Martin’s, New York.
What Works: Research About Teaching and Learning (1987). U.S. Department of
Education, Washington, DC.

68
BAB 4

KURIKULUM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, anda diharap dapat:
1. membincangkan matlamat, tujuan dan objektif PTV
2. membuat perbandingan antara pendidikan vokasional, pendidikan teknikal
dan latihan kemahiran
3. membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan PTV
4. membuat perancangan kurikulum PTV berpandukan model yang dicadangkan
5. menyediakan rancangan pengajaran PTV
6. membincangkan perkara yang perlu diambil kira dalam merancang kursus
PTV

PENGENALAN
Matlamat Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV)
Pada tahun 1960an, UNESCO telah menyarankan agar PTV dijadikan sebahagian
daripada sistem pendidikan secara bersepadu dengan memberi penekanan kepada
pembangunan sumber manusia secara menyeluruh. PTV bukan hanya berperanan
untuk memberi latihan kemahiran tetapi ia juga untuk:

a. memenuhi kehendak pendidikan am bagi perkembangan sahsiah dan


tingkah laku;
b. meningkatkan kefahaman serta kebolehan pelajar membuat
pertimbangan, penampilan diri yang wajar; dan
c. membuat penyesuaian dalam persekitaran yang berubah.

69
Selain daripada UNESCO, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour
Organization) semasa mengutarakan Vocational Training Recommendations pada
tahun 1963, telah menetapkan matlamat bagi pendidikan vokasional iaitu:
a. merangkumi kesemua bentuk latihan yang direka bentuk untuk melatih
atau melatih semula seseorang individu sebagai persediaan
memulakan pekerjaan atau untuk pekerjaan selanjutnya dalam
pelbagai cabang aktiviti ekonomi.
b. latihan berterusan berlaku sehingga dapat memperkembangkan
kebolehan dan kemahiran pekerjaan, serta mewujudkan peluang
pekerjaan yang lebih baik.
c. memberi perhatian kepada perkembangan sahsiah.

Negara kita juga telah membentuk matlamat pendidikan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Matlamat pendidikan negara adalah untuk:
a. melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
b. melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketrampilan dan sejahtera;
c. menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan
negara;
d. memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Tujuan dan Objektif PTV


Pada tahun 1984 pula, UNESCO telah mengemukakan
tujuan pendidikan vokasional sebagai pendidikan yang
bukan sahaja melatih seseorang individu untuk sesuatu
pekerjaan dengan memberikannya pengetahuan
kemahiran vokasional, tetapi ia juga harus seiring
dengan pendidikan am, memupuk perkembangan sifat dan watak yang boleh
meningkatkan potensi untuk memahami, menilai, melahirkan pendapat serta
menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah. Tujuan pendidikan
vokasional UNESCO adalah berasaskan matlamat yang telah diwujudkan oleh
organisasi dunia tersebut pada tahun 1960an. Tujuan PTV adalah untuk:

70
a. membentuk kemahiran, kebolehan dan kefahaman dalam bidang
pekerjaan bagi setiap pelajar supaya dapat digunakan secara
berfaedah dan produktif.
b. memupuk sikap dan tabiat kerja yang baik dalam diri pelajar supaya
menjadi seorang pekerja yang produktif dan bertanggung jawab.
c. menyediakan pekerja mahir dan separa mahir yang berkualiti bagi
memenuhi keperluan tenaga manusia terlatih di negara ini selaras
dengan perubahan ekonomi negara.
d. membuka peluang bagi pelajar memperbaiki kualiti hidupnya dengan
mengembangkan potensi pelajar dari segi pemikiran atau kognitif,
pengetahuan dan kemahiran.
e. mewujudkan wadah bagi satu sistem pendidikan sepanjang hayat.

Selaras dengan tujuan PTV oleh UNESCO, Bahagian Pendidikan Teknikal dan
Vokasional di Malaysia (sebelum namanya diubah menjadi Jabatan Pendidikan
Teknikal) telah menggubal objektif PTV yang telah diberi akronim PRIME seperti
berikut:
Performance - mempertingkatkan pencapaian dan prestasi pelajar PTV
dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum ketahap yang lebih seimbang
dan cemerlang.
Respectability - melahirkan pelajar PTV yang aktif; dan berpandangan
positif terhadap pendidikan am dan PTV; supaya keseluruhan masyarakat
dan institusi PTV diberi pengiktirafan sewajarnya.
Image - meninggikan imej dan usaha institusi PTV di mata masyarakat
dengan mendidik pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia dan berhemah
tinggi berlandaskan kepercayaan dan ketaatan kepada Maha Pencipta.
Manpower - membantu melahirkan tenaga kerja yang mahir, boleh
berdikari serta mempunyai etika dan sikap kerja yang baik bagi memenuhi
keperluan negara.
Expectation - memenuhi aspirasi dan harapan masyarakat, bangsa dan
negara kearah melahirkan generasi insan yang produktif dan bersatu
padu.

71
Pada ketika itu, usaha untuk mencapai objektif PRIME telah dilaksanakan secara
terancang oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional melalui tiga jenis
institusi PTV di bawah Kementerian Pendidikan; iaitu sekolah menengah vokasional,
sekolah menengah teknik dan politeknik. Walau bagaimanapun, keadaan berubah
apabila termaktubnya Akta Pendidikan 1995. Salah satu tindakan yang telah diambil
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia setelah termaktubnya Akta Pendidikan 1995
adalah menukar nama Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) yang
telah digunakan sejak tahun 1964. Nama baru BPTV adalah Jabatan Pendidikan
Teknikal. Pertukaran nama juga menyebabkan berlakunya penstrukturan semula
organisasi BPTV. Objektif PTV juga turut diperkemaskan supaya lebih mantap dan
selaras dengan pembangunan negara. Objektif baru PTV adalah:

a. menyediakan peluang kepada pelajar yang berminat dan mempunyai


kecenderungan kepada pendidikan sains dan teknikal. Pada masa
yang sama, mereka dijuruskan untuk dilatih menjadi pekerja yang
berkemahiran dan berteknologi tinggi sepertimana yang diperlukan
untuk pembangunan negara;
b. menawarkan program berorientasikan teknologi kepada pelajar yang
berpotensi untuk menjadi pekerja separa mahir dalam pelbagai bidang
teknikal dan kejuruteraan. Melalui program begini, Malaysia akan dapat
melahirkan tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi dan
berketrampilan serta memiliki etika kerja yang baik dan akhlak yang
mulia.

PRIME dan objektif PTV yang baru memberi fokus kepada memenuhi keperluan
tenaga manusia yang berketerampilan dalam bidang sains dan teknologi, iaitu
objektif asas pertama. Objektif asas kedua dan ketiga tersirat dalam PRIME dan
objektif baru PTV melalui perlaksanaan beberapa program dan penawaran mata
pelajaran PTV di sekolah rendah dan sekolah menengah akademik, dan juga
pengenalan program tech prep di sekolah menengah teknik.

72
PENDIDIKAN TEKNIKAL, PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN
LATIHAN KEMAHIRAN

Pendidikan Teknikal
Tujuan pendidikan teknikal adalah untuk:

a. memberi pendidikan akademik yang seimbang;


b. memberi pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada
pelajar yang memiliki kecenderungan terhadap bidang tersebut;
c. memupuk dan mengekalkan minat pelajar dalam bidang teknikal;
d. membolehkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan
di institusi pengajian tinggi

Pendidikan Vokasional
Tujuan pendidikan vokasional adalah untuk:
a. menyediakan tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dan
pengetahuan asas bagi memenuhi keperluan sektor industri dan
perdagangan;
b. membina pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh untuk
memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian dan latihan
dalam bidang teknikal ataupun vokasional.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pendidikan teknikal dan


pendidikan vokasional melalui sekolah menengah teknik dan sekolah menengah
vokasional. Apabila Jabatan Pendidikan Teknikal menggantikan BPTV, perkataan
'Vokasional" telah digugurkan. Serentak dengan itu, sekolah menengah vokasional
turut dinaik taraf menjadi sekolah menengah teknik pada tahun 1996. Aliran
vokasional dan latihan kemahiran masih tetap diteruskan di sekolah-sekolah yang
telah dinaik taraf. Sistem pendidikan vokasional masih dikekalkan. Pelajar aliran
vokasional akan dinilai melalui peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia
(SPVM). Pelajar aliran kemahiran akan dinilai mengikut sistem pentauliahan yang
dikelolakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) di Kementerian
Sumber Manusia. Jadual 4.1 menunjukkan perbezaan antara pendidikan dan
latihan vokasional.
73
Latihan Kemahiran
Tujuan latihan kemahiran adalah:
a. memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan dalam
bidang akademik supaya dapat terus melanjutkan pengajian dalam
bidang kemahiran yang sesuai;
b. untuk pelajar-pelajar dapat menimba pengetahuan kemahiran yang
sesuai dengan alam pekerjaan yang diminati;
c. untuk mengurangkan tahap keciciran dalam kalangan pelajar dan
seterusnya akan mengurangkan pengangguran dalam kalangan belia.

74
Jadual 4.1: Perbandingan antara sistem pendidikan vokasional dan latihan
vokasional

Pendidikan Vokasional Latihan Vokasional


Bermatlamat menyediakan pelajar Bermatlamat menyediakan pelajaran
dengan pengetahuan sains dan dengan kemahiran pekerjaan
teknologi, dan juga kemahiran berasaskan sains dan teknologi
pekerjaan yang diperlukan serta mata
pelajaran am
Memiliki ciri pendidikan dengan Memiliki ciri pendidikan dengan
orientasi kerja yang berfokus orientasi kerja yang berfokus
pengkhususan pengkhususan
Menyediakan komponen pendidikan Menyediakan komponen pengajaran
am yang bercorak akademik bercirikan perdagangan dan
keusahawanan
Dilaksanakan di institusi pendidikan Dilaksanakan di institusi pendidikan
awam atau swasta secara formal awam atau swasta secara formal
atau secara tidak formal
Boleh dijadikan laluan ke peringkat Boleh dijadikan platform untuk
pendidikan tinggi peningkatan kerjaya
Biasanya disediakan oleh pihak Boleh disediakan oleh pihak berwajib
berwajib pendidikan awam awam dan juga swasta
Penilaian melalui pendidikan awam Penilaian melalui peperiksaan awam
yang dikelolakan oleh Lembaga atau yang dikelolakan oleh Lembaga atau
Badan Peperiksaan Awam; perlu Badan Peperiksaan Awam atau
penilaian formal untuk persijilan dikelolakan oleh pihak swasta;
adakalanya penilaian bukan satu
unsur wajib

75
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (PTV)

a. Keupayaan PTV
Untuk kekal dalam kedudukan bersaing, PTV seharusnya berupaya:
 membuka peluang belajar kepada mereka yang berminat, layak dan
boleh mendapat manfaat daripadanya;
 memberi peluang kepada individu untuk melanjutkan pengajian dalam
bidang-bidang vokasional;
 berhubung kait dengan keadaan sebenar pekerjaan dan kehidupan
bekerja;
 menyediakan individu untuk kehidupan bekerja yang memuaskan;
 menyedarkan individu tentang potensi dirinya; boleh membuat keputusan,
melanjutkan pelajaran, mengambil bahagian dalam masyarakat dan
kepimpinan;
 menyediakan individu dengan asas-asas pekerjaan dan latihan yang
berkesan;
 menyumbang kepada kesamaan peluang di kalangan sistem pendidikan.

b. Kepentingan PTV
Secara amnya, kepentingan PTV adalah seperti berikut:
 menyediakan infrastruktur dan bekalan tenaga manusia yang mahir
berasaskan sains dan teknikal;
 membolehkan manusia memahami perubahan-perubahan teknologi di
mana sains dan teknologi adalah ciri utama;
 memperluaskan pilihan kepada pelajar untuk mendapatkan pendidikan;
 membantu mengurangkan peningkatan bilangan pengangguran di
kalangan lepasan sekolah;
 menyumbang kepada pembangunan masyarakat moden yang kompleks.

76
c. Faktor penyumbang kepada pembangunan PTV
Antara faktor yang menyumbang kepada pembangunan PTV adalah:
 perubahan dalam kerja;
 perubahan dalam kaedah, teknik dan proses;
 perubahan mesin dan peralatan;
 umur berhenti sekolah yang lebih tinggi;
 pendidikan sepenuh masa yang lebih lama;
 kewujudan pendidikan sepanjang hayat;
 keciciran;
 peningkatan taraf hidup;
 perubahan dasar pemerintah.

Selain daripada meningkatkan keupayaan dan kepentingan untuk mengekalkan


ciri kompetetifnya, graduan PTV mestilah berkebolehan menerima cabaran.
Antara cabaran yang utama ialah untuk membangun latihan vokasional yang
dapat membentuk tenaga manusia yang:

 lebih fleksibel, yang boleh berubah mengikut perubahan dunia dan


pekerjaan;
 berpengetahuan lebih luas selaras dengan nilai pekerjaan yang
bertambah kompleks;
 memiliki pengetahuan dan kemahiran pelbagai; sesuai dengan keperluan
pekerjaan masa kini;
 telah menjalani pembelajaran dan latihan bagi kemahiran spesifik bagi
membolehkan mereka mendapat kerja serta merta dan juga untuk
pekerjaan akan datang;
 tidak bergantung kepada satu majikan sahaja.
 mempunyai latihan vokasional yang bersifat multidisciplinary

77
FASA-FASA PEMBINAAN KURIKULUM PTV

Merancang Kurikulum
Pendidikan kini bukan satu proses yang mudah. Banyak
faktor perlu dipertimbangkan dalam membangun
kurikulum. Maka, perancangan kurikulum merupakan
peringkat awal yang penting bagi pembangunan
kurikulum baru atau mengemas kini kurikulum sedia ada.
Penyenaraian pilihan-pilihan yang ada berkaitan dengan kurikulum yang hendak
dibangun atau dikemas kini memberikan pilihan alternatif semasa proses
membuat keputusan. Terdapat beberapa rekabentuk atau model yang boleh
digunakan atau diadaptasikan dalam pembangunan kurikulum. Antaranya:

 The System Model for Performance Improvement


 The Curriculum Pedagogy Assessment (CPA) Model
 The Performance-based Instructional Design (PBID)
 The Thematic Curriculum Model

Pemilihan rekabentuk atau model adalah bergantung kepada kesesuaian kurikulum


yang hendak dibangunkan. Keputusan yang perlu dibuat dalam pembangunan
kurikulum adalah berkaitan:

 Dasar
 Prosedur
 Program
 Pilihan kursus
 Standard

Penggubal kurikulum boleh mengaplikasikan perancangan strategik dalam


pendidikan bagi membuat keputusan. Pada peringkat perancangan ini, analisis data
yang diperolehi dari pihak sekolah dan komuniti memberikan maklumat tambahan
yang boleh membantu dalam membuat keputusan terutamanya dalam menentukan
standard. Data daripada pihak sekolah:

78
 Keadaan semasa PTV
 Kadar pelajar tercicir dan sebab-sebabnya
 Kecenderungan dan minat kerjaya pelajar
 Kecenderungan dan minat ibu bapa
 Maklumat daripada bekas pelajar PTV
 Unjuran enrolmen pelajar
 Penilaian kemudahan sedia ada

Data daripada komuniti


 Tren populasi
 Matlamat komuniti
 Bantuan dari komuniti
 Sumber pekerjaan semasa dan akan datang
 Keperluan dan bekalan tenaga pekerja
 Kos
 Sumber sedia ada

Membina Kandungan Kurikulum


Faktor berkaitan penentuan kandungan kurikulum:
 Keperluan
 Tempoh
 Kemahiran yang diperlukan oleh majikan
 Kandungan akademik program
 Peringkat yang ditawarkan
Strategi penentuan kandungan kurikulum yang boleh digunakan:
 Pendekatan DACUM (Developing A CUrriculuM)
 Task Analysis
 The Critical Incident Technique
 The Delphi Technique

79
Membuat keputusan berkaitan kandungan kurikulum
 Formula proses membuat keputusan:
Kandungan kurikulum tentatif – kekangan = Kandungan kurikulum digunakan

 Penentuan skop
 Mengenal pasti kekangan
- Pelajar
- Tenaga pengajar dan kakitangan sokongan
- Susun atur kurikulum
- Jenis pekerjaan

Model Pembangunan Kurikulum


Finch dan Crunkilton (1999) menyarankan satu model pembangunan kurikulum PTV
yang mengandungi fasa (a) Merancang Kurikulum, (b) Membina Kandungan
Kurikulum, dan (c) Melaksanakan Kurikulum. Rajah 4.1 menunjukkan model
tersebut:
MERANCANG MEMBINA MENJALANKAN
KURIKULUM KANDUNGAN KURIKULUM
KURIKULUM
 Membina  Mengenal pasti
proses  Menggunakan dan memilih
membuat strategi untuk bahan
keputusan menentukan
kandungan  Membina bahan
 Mengumpul dan
mentaksir data  Membuat  Memilih strategi
daripada pihak keputusan penyampaian
sekolah berkaitan
 Mentaksir
kandungan
 Mengumpul dan kurikulum
kurikulum
mentaksir data
daripada  Membina
komuniti matlamat dan
objektif
kurikulum

Rajah 4.1: Model Pembangunan Kurikulum PTV (Finch & Crunkilton, 1999)

80
ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM PEMBANGUNAN KURIKULUM
PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Menentukan Matlamat dan Objektif Kurikulum


Perkara utama yang perlu dipertimbangkan adalah hasil yang dikehendaki dalam
membangunkan sesuatu kurikulum. Hasil yang dikehendaki mungkin boleh diukur
(measureable) atau tidak boleh diukur (unmeasureable). Hasil yang boleh diukur
ialah hasil yang boleh dinilai melalui data empirikal (quantifiable). Contohnya:
pelajar berupaya mengenal pasti 20 alat pertukangan. Hasil yang tidak boleh diukur
ialah hasil yang tidak boleh dinilai melalui data empirikal (quantifiable). Contohnya:
pelajar mengatakan dia dapat menggunakan waktu dengan berkesan.

Matlamat:
Pernyataan umum dan biasanya tidak boleh diukur. Ia memberikan arah dan asas
keseluruhan program dan menjadi asas dalam pembentukan objektif yang lebih
terperinci dan spesifik.

Objektif:
a. Objektif umum
Pernyataan yang umum dan biasanya tidak boleh diukur
b. Objektif khusus
 Objektif yang spesifik yang boleh dicapai dan boleh diukur
Pengukuran menggunakan akronim SMART (specific, measurable,
attainable, realistic, time frame)

81
Objektif PTV
Pada tahun 1971, Rupert Evans telah membentuk tiga objektif asas bagi
pendidikan vokasional iaitu:
1. Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja,
2. Meningkatkan pilihan individu, dan
3. Sebagai daya motivasi kepada pelbagai jenis pendidikan.
Sehingga kini, objektif yang diutarakan oleh Evans (1971) masih boleh dijadikan
panduan dan dasar bagi membentuk objektif PTV.

Memenuhi Keperluan Tenaga Manusia


Bagaimanakah evolusi pekerjaan berlaku?
 Zaman dahulu, seorang ayah atau ibu akan mewariskan kemahiran yang
mereka miliki kepada anak-anak sebagai memenuhi keperluan survival
keluarga tersebut.
 Apabila keluarga mula membesar menjadi masyarakat, keperluan tenaga
manusia berfokus kepada memenuhi kehendak masyarakat setempat.
 Seterusnya, masyarakat berkembang sehingga terbentuknya negeri dan
akhirnya negara.
 Untuk survival, negara memerlukan tenaga manusia yang mahir dan juga
separa mahir dalam pelbagai bidang.
 Di sini bermulalah tanggungjawab PTV untuk melahirkan tenaga manusia
yang diperlukan.
 Langkah pertama yang mesti dilakukan adalah untuk meramalkan bilangan
tenaga manusia yang diperlukan mengikut pelbagai bidang pekerjaan.
 Antara faktor yang mesti dipertimbangkan apabila membuat ramalan
keperluan tenaga manusia adalah:
a. Pekerjaan mengikut agama, jantina dan umur - terdapat beberapa jenis
pekerjaan yang hanya sesuai untuk satu-satu kumpulan jantina atau
umur, ataupun agama.
b. Permintaan bagi sesuatu produk atau servis - permintaan yang
bertambah akan menyebabkan pertambahan pengeluaran produk.

82
c. Kekosongan pekerjaan - kekosongan boleh berlaku akibat persaraan,
berhenti kerja atau kematian.
d. Perubahan teknologi - akan menyebabkan berlaku perubahan dalam
cara kerja.
e. Perubahan dan perkembangan ekonomi mengikut peredaran masa.

Meningkatkan Pilihan Individu


 Manusia telah dilahirkan dengan sifat dan kebolehan tersendiri.
 Oleh itu, pendidikan haruslah mengambil kira perbezaan yang wujud dalam
kalangan kita.
 Tidak semua orang boleh berjaya dengan cara belajar secara 3M, iaitu
membaca, menulis dan mengira.
 Maka PTV telah dibentuk supaya memberi peluang kepada seseorang
individu untuk mempunyai pilihan alternatif dalam proses pembelajaran.
 Malah perbezaan individu dari segi minat dan aptitud turut diambil kira.
 Sekiranya seseorang pelajar lemah dalam akademik, tidak semestinya pelajar
tersebut akan gagal dalam kehidupan.
 Aliran pendidikan vokasional dalam kurikulum PTV akan melatih pelajar untuk
satu kemahiran spesifik yang akan membolehkan pelajar bersedia
menghadapi sesuatu bidang pekerjaan.

Pelbagai Jenis Pendidikan


 Objektif ini sebenarnya mencadangkan supaya pendidikan vokasional
memainkan peranan dalam meningkatkan kebolehfahaman pendidikan am.
 Guru vokasional harus memudahkan kefahaman para pelajarnya mengenai
pendidikan am.
 Tidak dapat dinafikan bahawa ramai di antara pelajar di bidang vokasional
mengganggap bahawa pendidikan am atau mata pelajaran akademik tidak
penting atau diperlukan. Apakah ini benar?
 Tidak dapat kita nafikan bahawa ada dalam kalangan kita yang sukar untuk
memahami apa yang dipelajari dalam sesuatu mata pelajaran terutamanya
mata pelajaran matematik, fizik, dan kimia.

83
 Kesukaran memahami ini diperkukuhkan lagi dengan minat yang rendah
dalam mata pelajaran tersebut dan tanggapan bahawa ianya tidak diperlukan
di alam pekerjaan.
 Mata pelajaran yang dianggap sebagai mata pelajaran pendidikan am atau
akademik juga bernilai dalam dunia pekerjaan.
 Di sinilah objektif asas ketiga memainkan peranan membantu
mempermudahkan dan mengintegrasikan apa yang dipelajari dalam
pendidikan am dan pendidikan vokasional.
 Proses mengintegrasi boleh dilaksanakan dengan berkesan jika faktor-faktor
berikut diberi perhatian:

a. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang relevan.


b. Guru dan pengajar mengutamakan kejayaan pelajar.
c. Matlamat dan tujuan pengintegrasian yang relevan dengan kehendak
pelajar.
d. Persekitaran belajar yang kondusif.
e. Kandungan mata pelajaran yang dapat dihubungkaitkan.

 Semasa dalam proses integrasi ini, pendidikan vokasional sebenarnya telah


bertindak sebagai satu daya motivasi yang merangsang minat pelajar kepada
pendidikan am.

PEMBINAAN KURSUS

Pembinaan kursus vokasional boleh dibandingkan dengan sebuah blue print


seorang jurutera yang membina sebuah binaan. Sebuah blue print yang lengkap
menunjukkan semua aspek-aspek yang diperlukan dalam pembinaan tetapi jurutera
tersebut mengetahui bahawa projek itu sebenarnya dibina melalui unit atau seksyen
yang kecil. Setiap seksyen mestilah dirancang dan dibina secara terperinci supaya
84
bangunan tersebut dapat disiapkan dengan baik. Begitu juga, guru pendidikan
vokasional perlu memastikan kursus pengajaran perlu dibina melalui isi pelajaran
dan pengajaran yang kecil dan semuanya perlu digabungkan supaya pelajar boleh
memahami dan menguasai apa yang telah dipelajari. Dengan berpandukan objektif
pengajaran, anda perlu memeriksa setiap kandungan kursus untuk memastikan
kandungan kursus tersebut dapat membantu pelajar menguasai ilmu dan kemahiran
yang digariskan dalam objektif anda. Anda mesti memilih dengan berhati-hati
supaya dapat menghasilkan keputusan yang diinginkan.

Apa yang Perlu Diajar dan Bagaimana Caranya?


Dua soalan yang sering dibangkitkan pada awal pengajaran:
 Apa yang perlu diajar?
 Bagaimana ia hendak disampaikan kepada pelajar?

Kadangkala anda diminta untuk membina satu rangka kursus ataupun satu program
baru walaupun anda seorang guru yang kurang berpengalaman. Rangka kursus
yang telah ditetapkan untuk kelas biasanya akan diberikan pada awal tahun
persekolahan. Namun begitu anda mungkin mahu mengubahsuai rangka kursus
tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada anda dan apa yang anda ketahui
tentang pelajar anda. Pemahaman secara keseluruhan merupakan asas kepada
pembinaan kursus supaya dapat membantu anda mengetahui apa yang hendak
diajar. Maklumat yang lebih terperinci boleh didapati dengan melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang dicadangkan pada bahagian akhir bab ini.

Analisis pekerjaan (Task Analysis)


Anda mungkin biasa dengar perkataan
analisis pekerjaaan tetapi anda mungkin
tidak sedar bagaimana analisis tersebut
sesuai digunakan dalam pengajaran
subjek vokasional. Analisis pekerjaan
merupakan satu proses yang dijalankan
oleh industri untuk mengenalpasti
dengan terperinci pengetahuan dan

85
kemahiran yang diperlukan dalam sesetengah pekerjaan. Input dari pihak industri
adalah kritikal untuk membina satu kurikulum vokasional yang relevan. Selain
analisis pekerjaan, trait-trait pekerja serta aspek kemahiran perlu dijadikan
sebahagian daripada kandungan kurikulum PTV. Analisis pekerjaan juga boleh
dijadikan sebagai asas untuk pelatih/pekerja melakukan pekerjaan mereka mengikut
standard. Analisis pekerjaan bermula dengan deskripsi pekerjaan dan dipecahkan
kepada deskripsi yang lebih terperinci tentang apa yang pekerja boleh lakukan
dalam pekerjaan mereka.

Namun begitu tidak semua tugasan yang


dikenalpasti oleh analisis pekerjaan sesuai
digunakan dalam kurikulum vokasional. Pembuat
kurikulum mesti menentukan tugasan dan
kemahiran apakah yang hendak dimasukkan.

PEMBANGUNAN PROGRAM VOKASIONAL


Pembangunan program vokasional biasanya berlaku dalam empat peringkat:
Peringkat kurikulum, peringkat program, peringkat kursus dan peringkat unit.
Kurikulum merupakan keseluruhan daripada pengalaman pembelajaran di mana
setiap sekolah adalah bertanggungjawab melaksanakannya. Kurikulum tersebut
mungkin boleh dibahagikan kepada beberapa program pengajaran, di mana
biasanya ia dibahagikan kepada beberapa jenis kursus dan akhirnya kepada
beberapa bahagian unit. Rajah 4.2 menunjukkan carta aliran bagi kurikulum asas.

Sebelum anda memahami apa yang dimaksudkan dengan kursus, anda mesti
memahami dulu apa yang dimaksudkan dengan kurikulum. Konsep kurikulum
adalah luas, di mana kursus merupakan asas pembinaan kurikulum yang penting.
Secara umum, kurikulum boleh didefinisikan sebagai segala pengalaman yang
dirancang yang disediakan untuk para pelajar di bawah pengurusan sekolah. Ini
termasuklah aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk membantu pelajar supaya menjadi
lebih matang dari segi tingkah laku, kemahiran sosial dan personaliti. Penglibatan
pelajar dalam kelab dan persatuan di sekolah yang dilihat boleh mengembangkan

86
kemahiran kepimpinan pelajar juga dianggap sebagai sebahagian daripada
kurikulum sama seperti mata pelajaran auto mekanik.

Kurikulum

Program Pendidikan Program Pendidikan

Kursus Kursus Kursus Kursus

Unit Unit Unit Unit Unit Unit Unit Unit

Rajah 4.2: Struktur kurikulum

Setiap sekolah (atau sistem persekolahan) mempunyai kurikulum yang dikenali


sebagai kurikulum sekolah serta mengandungi semua program yang dirancang oleh
sekolah untuk pelajar. Di dalam kurikulum terdapat program, kursus dan unit. Rajah
4.3 menunjukkan contoh program Pembinaan Bangunan serta kursus-kursus yang
ditawarkan. Kursus adalah sebahagian daripada kurikulum yang direka untuk
membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran mereka. Kursus-kursus
tersebut akan dijadualkan supaya pelajar dapat menghabiskan kursus-kursus
tersebut dalam masa yang ditetapkan seperti dalam satu semester.

Program Pembinaan Bangunan

• Blueprint Pembinaan Bangunan


• Anggaran Pembinaan Bangunan
• Konkrit Tetulang, Keluli dan Masonry
• Sistem Elektrikal dan Pendawaian
• Sistem Perpaipan dan Pembentungan
• Sistem Bumbung, Dinding, Lantai, dan Kemasan

Rajah 4.3: Contoh program pembinaan bangunan

87
Rangka Kursus
Rangka kursus merupakan pelan ataupun ‘blue-print’ untuk anda gunakan ketika
mengajar. Setiap kursus perlu mempunyai garis panduan yang berikut:

 Matlamat yang menerangkan objektif keseluruhan sesuatu kursus.


 Senarai matlamat pengajaran kursus tersebut yang menjelaskan apa sebenar
yang akan pelajar pelajari.
 Senarai unit-unit yang terdapat dalam kursus tersebut.
 Penjelasan mengenai kaedah yang akan digunakan untuk mengajar pelajar
dalam kursus tersebut.
 Penjelasan bagaimana untuk menilai pelajar.
 Penjelasan bagaimana markah pelajar dikira.
 Senarai sumber yang diperlukan bagi kursus tersebut seperti buku teks, alat
bantu mengajar dan peralatan yang digunakan.

Dalam mengendalikan sesuatu kursus, anda secara dasarnya akan membuat


keputusan mengenai setiap elemen dalam rangka kursus tersebut iaitu memutuskan
tujuan kursus itu dijalankan, matlamat pengajaran, bagaimana anda membahagikan
sumber-sumber yang ada kepada unit-unit dan seterusnya. Setiap elemen
kemudiannya akan mewakili setiap langkah dalam pembinaan kursus. Adalah
penting untuk mengikuti setiap langkah yang dinyatakan.

Rangka yang baik akan menyediakan anda dengan garis panduan yang
komprehensif tentang perancangan kursus yang terperinci sama ada untuk minggu
ke minggu atau hari ke hari. Jika anda mengajar kursus buat pertama kali, anda
perlu mengunakan rangka kursus sebagai asas bimbingan dalam membina
rancangan pengajaran individu. Sebahagian guru membina garis panduan kursus
dengan memasukkan matlamat pengajaran dan akhirnya ia menjadi matlamat utama
dalam perancangan mengajar dan kemudian diterjemahkan kepada objektif
pembelajaran yang lebih spesifik.

88
RANGKA KURSUS

Rangka kursus merupakan ‘blueprint’ yang anda perlukan sebagai guru vokasional
untuk menyedia dan menyampaikan kursus. Bahagian ini akan menunjukkan
langkah demi langkah bagi membina rangka kursus. Elemen utama yang terdapat
dalam rangka kursus adalah:
 Tujuan kursus
 Objektif kursus
 Unit pengajaran kursus
 Kaedah pengajaran kursus
 Kaedah penilaian kursus
 Penjelasan mengenai sistem penggredan
 Senarai sumber rujukan yang diperlukan

Skop dan Turutan


Sebelum anda membina rangka kursus, anda perlu membina rangka am bagi topik-
topik yang hendak diajar dalam kursus tersebut. Ini dirujuk sebagai skop dan turutan.
Ada beberapa cara untuk membina rangka tersebut. Salah satu cara ialah dengan
mendapatkan beberapa buah buku teks yang selalu digunakan untuk mengajar
subjek tersebut dan sila lihat topik-topik penting yang terdapat dalam buku teks
tersebut. Anda mungkin ingin melihat rangka kursus guru-guru yang telah mengajar
subjek ini pada masa lepas. Anda mungkin juga boleh mendapatkan pandangan
dari pakar yang berkaitan dengan subjek yang datang dari industri untuk menilai draf
kasar skop dan pastikan apa yang perlu ditambah dan apa yang perlu dibuang.
Rangka kursus ini akan digunakan sebagai asas untuk membina rangka kursus yang
sebenar.

Tujuan Kursus
Pernyataan tujuan merupakan satu kenyataan yang menjelaskan tujuan umum
sesuatu kursus dan di mana kursus tersebut diletakkan dalam kurikulum. Berikut
ialah contoh pernyataan tujuan untuk kursus Asas Pemesinan:

89
Asas Pemesinan merupakan satu daripada sepuluh siri kursus
dalam program Pemesinan. Tujuan kursus ini ialah untuk
membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
asas mengenai pemesinan yang diperlukan untuk berjaya dalam
kursus ini dan kursus yang akan diikuti seterusnya. Pembelajaran
yang akan diikuti oleh pelajar termasuklah amalan keselamatan,
asas pemesinan, bacaan ‘blueprint’ dan pengukuran.

Objektif Kursus
Objektif kursus menerangkan apa yang akan dipelajari oleh pelajar dalam kursus
tersebut. Objektif kursus perlu dinyatakan dalam bentuk “perbuatan” yang boleh
diukur.

Unit-unit Pengajaran
Lazimnya setelah anda memastikan jenis kursus yang diperlukan untuk dimasukkan
ke dalam kurikulum, anda perlu membahagikan kepada beberapa unit pengajaran.
Unit-unit ini dibahagikan supaya lebih mudah untuk distrukturkan nanti.
Kebiasaannya unit-unit ini disusun berdasarkan tempoh masa tertentu. Setelah
anda memilih dan menyusun unit-unit pengajaran itu anda masih boleh
mengembangkannya lagi supaya anda dapat memberikan pengajaran yang lebih
komprehensif.

Kaedah Pengajaran
Terdapat banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan dalam kursus
vokasional. Kuliah, perbincangan, demonstrasi, pengajaran menggunakan komputer
dan pembelajaran secara koperatif merupakan sebahagian daripada kaedah yang
sering digunakan. Berikut adalah contoh kaedah pengajaran untuk kursus asas
elektronik:

Pelajar perlu bersedia untuk kuliah dengan membuat bacaan awalan


berkaitan topik yang dinyatakan. Guru akan menyampaikan kuliah tentang
teori, prinsip dan konsep yang berkaitan dengan topik yang diajar. Ini diikuti
dengan demonstrasi pelbagai jenis kemahiran yang akan dilaksanakan.
Pelajar kemudiannya diberi aktiviti praktikal seperti eksperimen dan projek
90
penyelesaian masalah. Pelajar akan dinilai berdasarkan aktiviti dan projek
tersebut. Setelah semua aktiviti dan projek ini disiapkan, pelajar akan diberi
gred berdasarkan apa yang telah mereka pelajari. Pelajar perlu menunjukkan
tahap masteri dalam semua tugasan sebelum meneruskan kursus yang
berikutnya.

Kaedah Penilaian
Terdapat banyak cara untuk mengukur pembelajaran dalam kursus vokasional
termasuklah ujian objektif, ujian kemahiran dan projek. Garis panduan kursus perlu
menerangkan tentang kaedah untuk menilai pelajar. Berikut merupakan contoh
kaedah penilaian bagi kursus asas penggubalan:

Ujian secara objektif, ujian kemahiran serta projek adalah dicadangkan


sebagai kaedah penilaian dalam kursus ini. Guru perlu menguji pengetahuan
pelajar dari segi prinsip, teori dan terminologi sekurang-kurangnya seminggu
sekali menggunakan instrumen objektif bertulis. Lukisan atau projek
kemahiran yang ditugaskan perlu diberi gred dalam setiap waktu kelas. Ujian
kemahiran memerlukan pelajar untuk mengaplikasikan teori, prinsip,
terminologi serta kemahiran dalam menunjukkan kempetensi pelajar.

Sistem Penggredan
Sistem penggredan menerangkan bagaimana pemberian markah diberikan kepada
pelajar di mana markah ditukar menjadi gred. Penyataan ini perlu mengandungi
maklumat seperti di bawah:
 Penjelasan bagaimana ujian bertulis diberi markah.
 Penjelasan bagaimana projek kemahiran dan ujian kemahiran diberi markah
 Penjelasan bagaimana markah peratusan ditukar kepada gred
 Pecahan peratusan bagi markah ujian akhir.

91
Senarai Sumber yang Diperlukan
Garis panduan kursus juga perlu mengandungi senarai bahan-bahan yang
diperlukan oleh guru dan pelajar bagi melengkapkan kursus. Bahan-bahan tersebut
termasuklah buku teks yang diperlukan, buku rujukan, peralatan dan bahan bantu
mengajar. Rajah 4.4 menunjukkan contoh senarai bahan dan alatan yang
diperlukan bagi kursus Drafting.

Contoh Senarai Bahan dan Alatan untuk Kelas Drafting


Buku Teks

 Exploring Drafting, by John R. Walker, Goodheart-Wilcox


Publishers, 1996

Rujukan

 American National Standards Institute (ANSI) Y14.5


 “Drafting as a Career,” a brochure by the American Institute for
Design and Drafting (AIDD)

Alat/Bahan

 Standard set of drafting tools


 100% rag drafting vellum (30 sheets per student)
 3 mil polyester film (15 sheets per student)
 Ammonia developing print paper (45 sheets per student)

Alat Bantu Mengajar

 Overhead projector
 16mm film projector
 35mm slide projector
 Portable flip chart
 Markers

Rajah 4.4: Contoh senarai alatan/bahan kursus yang diperlukan

RANCANGAN PENGAJARAN GURU


Apabila kita membayangkan seorang guru, kebanyakan dari kita akan
membayangkan seorang lelaki atau wanita berdiri dan mengajar di hadapan
sekumpulan pelajar. Dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
pengajaran, satu rancangan pengajaran yang baik perlu disediakan terlebih dahulu.
92
Rancangan pengajaran merupakan satu dokumen yang menerangkan dengan jelas
sebahagian daripada isi kandungan mata pelajaran yang perlu disampaikan kepada
pelajar. Ia juga boleh dilihat sebagai “peta jalan” yang memberikan guru maklumat
dan arahan yang diperlukan bagi membimbing pelajar melalui proses pembelajaran.
Rancangan pengajaran yang baik dan terperinci akan memberikan keyakinan
kepada guru semasa mengajar di dalam kelas, terutama guru novis. Rancangan
pengajaran yang efektif mengandungi:

 Menjelaskan perkara yang perlu diketahui dan dilakukan oleh pelajar.


 Membantu memotivasikan pelajar untuk belajar.
 Digunakan sebagai senarai semak bagi memastikan semua pelajar mendapat
pengetahuan penting yang diperlukan.
 Membantu anda mengenalpasti alat bantu mengajar bagi meningkatkan
pengajaran.
 Membantu anda membina soalan-soalan bagi menilai kecekapan pelajar
menguasai pembelajaran tersebut.

Seksyen ini akan membincangkan tentang konsep rancangan pengajaran dan akan
membimbing anda langkah demi langkah membina rancangan pengajaran.

RANCANGAN PENGAJARAN

Bagi seorang guru, rancangan pengajaran merupakan satu peta sebagai panduan.
Ia menunjukkan dengan terperinci ke mana hala tuju pengajaran anda. Guru yang
mengajar tanpa berpandukan rancangan pengajaran boleh dianggap sebagai
pengembara yang mengembara tanpa peta dan akhirnya sesat tanpa menemui jalan
keluar.

93
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, kurikulum sekolah untuk pendidikan
vokasional dibahagikan kepada pelbagai jenis program. Program-program ini
kemudiannya dibahagi kepada kursus, kursus pula dibahagi kepada unit dan unit
pula dibahagi kepada beberapa isi pelajaran. Isi pelajaran merupakan asas kepada
pengajaran tetapi sebelum isi pelajaran boleh diajar, ianya perlu dirancang terlebih
dahulu. Dalam melaksanakan kursus, anda perlu memastikan isi kandungan
pengajaran disampaikan secara sistematik, konsisten serta dibina berdasarkan
pengajaran lepas dan disusun daripada senang ke susah. Rancangan pengajaran
merupakan satu cara untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam merancang
pengajaran, terdapat beberapa persoalan yang perlu anda jawab termasuklah:

 Apakah objektif pengajaran tersebut?


 Adakah pengajaran tersebut bersesuaian dengan keseluruhan kandungan
kursus?
 Bagaimana pelajaran tersebut disampaikan dan apakah peralatan, bahan dan
alat bantu mengajar yang diperlukan?
 Apakah tugasan yang akan diberikan selepas setiap pengajaran?
 Bagaimana hendak menilai pembelajaran pelajar?

Bagi guru yang baru mengajar, rancangan pengajaran adalah sangat penting.
Malah bagi guru yang berpengalaman juga perlu mempunyai rancangan pengajaran
rasmi supaya mereka dapat menyemak kembali rancangan pengajaran tersebut dan
sekali sekala mengemaskini rancangan pengajaran tersebut.

Menyediakan Rancangan Pengajaran

Langkah Membina Rancangan Mengajar


Secara umum, terdapat lapan langkah untuk membina rancangan mengajar guru.
Dengan mengikuti langkah-langkah yang disenaraikan akan membantu anda

94
merangka rancangan mengajar yang efektif terutamanya jika anda seorang guru
baru.

1. Pilih unit dan isi pelajaran.


2. Buat turutan.
3. Tulis pernyataan tujuan.
4. Bina objektif.
5. Pilih kaedah penyampaian.
6. Tentukan tugasan pelajar
7. Sediakan prosedur penilaian.

Langkah 1: Pilih Unit dan Isi Pelajaran


Sebelum menulis rancangan mengajar, bahagikan semua bahan yang anda rancang
untuk mengajar dalam kursus kepada unit dan isi pelajaran. Unit mewakili
sekumpulan kemahiran dan pengetahuan manakala isi pelajaran biasanya
merupakan sekumpulan kecil bahan yang terdapat dalam unit. Isi pelajaran
biasanya mengandungi seberapa banyak bahan yang pelajar perlu kuasai dalam
satu period kelas manakala unit mengandungi bahan yang pelajar boleh kuasai
dalam masa beberapa period kelas atau minggu. Sebagai contoh, pelajaran untuk
kursus drafting mungkin mengambil sebahagian daripada keseluruhan unit kursus
menyediakan blue print. Jika anda mempunyai masalah untuk memecahkan
keseluruhan bahan kepada beberapa unit dan pelajaran, kaji bagaimana guru-guru
lain yang mengajar kursus yang hampir sama berbuat demikian dan minta
pertolongan dan nasihat dari rakan sekerja anda.

Langkah 2: Buat Turutan


Susun unit dan pelajaran anda dalam turutan yang sesuai bermula dengan bahan
yang mudah dan seterusnya kepada bahan yang lebih kompleks atau susah.
Sebaiknya, berunding dengan guru-guru lain jika anda perlukan bantuan untuk
memilih turutan yang sesuai untuk unit dan pelajaran.

Langkah 3: Tujuan
Tujuan menerangkan secara umum bagaimana sesuatu isi pelajaran itu dimasukkan
ke dalam keseluruhan turutan pelajaran yang membentuk kursus tersebut. Tujuan
95
utama isi pelajaran dan topik-topik besar yang perlu diberi perhatian dalam kursus
tersebut. Pernyataan tujuan yang baik ditulis dengan ringkas dan memerlukan tidak
lebih dari satu perenggan.

Langkah 4: Objektif
Objektif pengajaran ditulis dalam bentuk yang lebih spesifik daripada Tujuan. Dalam
rancangan mengajar guru, objektif biasanya menggambarkan sesuatu tingkah laku.

Langkah 5: Kaedah Penyampaian


Pilih kaedah penyampaian yang sesuai untuk
menyampaikan isi pelajaran tersebut yang
dikenali sebagai sistem penyampaian
pengajaran (instructional delivery system) –
berdasarkan cara yang efektif untuk mencapai
objektif isi pelajaran. Anda boleh memilih
kaedah penyampaian seperti memberi kuliah, perbincangan, demonstrasi, sesi soal
jawab, atau apa-apa kaedah pengajaran yang sesuai.

Biasanya, dengan menggabungkan beberapa jenis kaedah pengajaran dalam satu-


satu isi pengajaran adalah cara yang efektif untuk menangani kepelbagaian pelajar.
Walaubagaimanapun, adalah penting bagi anda sebagai guru vokasional untuk
menggunakan kaedah demonstrasi sekerap yang mungkin kerana tabii subjek
vokasional yang banyak menggunakan pengalaman secara hands-on. Kemahiran
yang diperlukan oleh pelajar vokasional memerlukan mereka untuk melakukan kerja
amali dan bukan hanya melihat dan memahami. Namun kaedah kuliah dan
perbincangan masih diperlukan pada masa-masa tertentu terutamanya di awal unit
pengajaran.

Langkah 6: Memilih Bahan Sokongan


Pilih dan senaraikan apakah bahan sokongan yang diperlukan
untuk mengajar mata pelajaran tersebut. Kebanyakan kelas
vokasional memerlukan beberapa jenis alatan seperti alat
untuk melukis atau “LCD projector”. Setelah semua bahan

96
disenaraikan dalam perancangan mengajar, anda boleh membuat inventori
mengenai apa yang anda ada dan apa yang anda perlukan sebelum bermulanya
pengajaran. Elakkan situasi di mana anda terpaksa berhenti waktu pelajaran
sedang berjalan hanya kerana sesuatu alat yang hendak digunakan tidak berfungsi
disebabkan anda tidak membuat pemeriksaan awal.

Langkah 7: Memilih Tugasan untuk Pelajar


Masa di dalam kelas atau bengkel mungkin tidak mencukupi untuk pelajar
menguasai ilmu dan kemahiran yang diperlukan. Oleh itu, sayugia untuk guru
memilih tugasan yang sesuai untuk pelajar. Aktiviti pengukuhan dan pengembangan
pembelajaran boleh dilaksanakan sebagai tugasan di luar bilik darjah atau bengkel.

Langkah 8: Menetapkan Prosedur Pernilaian


Guru perlu menilai dan mengred pelajar tentang apa yang telah mereka pelajari.
Terdapat tiga (3) jenis kaedah penilaian yang biasa digunakan dalam kelas/bengkel
vokasional: Objektif, Subjektif dan Ujian Kompetensi.

 Ujian secara objektif menguji kebolehan pelajar untuk mengingat dan


mengenalpasti maklumat. Ia mengandungi pilihan salah atau betul, soalan
aneka pilihan, padanan dan soalan pendek.
 Ujian subjektif menguji pemahaman pelajar tentang teori, konsep dan prinsip
dan mengandungi soalan yang memerlukan jawapan yang lebih kompleks
dan mendalam.
 Ujian kompetensi menguji kebolehan pelajar untuk mengaplikasi semua
kemahiran yang diperlukan dalam menyiapkan suatu tugasan.

Pastikan ujian anda mengukur pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran tersebut.
Adalah penting untuk menentukan aras kebolehan yang boleh ditukar kepada gred.
Sebagai contoh, ujian objektif dan ujian kebolehan menggunakan skala 0%-100%,
dengan menggunakan julat tersebut untuk member gred kepada pelajar, contohnya:
90-100 =A, 80-89 = B, 70-79 = C, 60-69 = D, 0-59 =F.

97
KATA KUNCI

1. Matlamat 12. Program


2. Tujuan 13. Kursus
3. Objektif 14. Unit
4. PRIME 15. Rangka Kursus
5. Pendidikan Teknikal 16. Rancangan Pengajaran
6. Pendidikan Vokasional 17. Unit dan Isi Pelajaran
7. Latihan Kemahiran 18. Kaedah Penyampaian
8. Kurikulum 19. Bahan Sokongan
9. Model Pembangunan Kurikulum 20. Prosedur Penilaian
10. DACUM 21. Sistem Penggredan
11. Analisis Pekerjaan

APLIKASI AKTIVITI PRAKTIKAL

1. Dapatkan satu rangka kursus daripada guru di sekolah di mana anda mengajar.
Teliti dengan baik dan tanya diri anda beberapa soalan tentang rangka kursus
tersebut:
 Adakah ia mempunyai tujuan? Jika ada, apakah maklumat yang terdapat
dalam penyataan tujuan tersebut?
 Adakah ia mempunyai senarai objektif pengajaran? Jika ada, adakah ianya
dinyatakan dalam bentuk tingkah laku apa yang dapat dilakukan oleh pelajar
selepas pengajaran?
 Apakah jenis kaedah pengajaran yang dicadangkan dalam kursus tersebut?
 Apakah jenis skala pemarkahan yang digunakan untuk menukar skor markah
kepada gred?
 Apakah tajuk-tajuk buku rujukan yang digunakan dalam kursus tersebut?

98
2. Buat satu senarai soalan yang ingin anda tanyakan jika anda dipanggil untuk
mengajar kursus tersebut.
3. Dapatkan satu rancangan pengajaran dan tanya diri anda soalan-soalan berikut
berkaitan rancangan mengajar tersebut.
 Apakah komponen-komponen yang terdapat dalam rancangan mengajar
itu?
 Bolehkan diperbaiki dengan menambah komponen-komponen lain?

UJIAN KENDIRI

1. Beri definisi perkataan berikut:


a. Kurikulum
b. Program
c. Kursus
d. Unit
e. Rangka kursus
2. Apakah komponen-komponen yang terdapat dalam rangka kursus?
3. Apakah yang perlu dijelaskan dalam matlamat kursus pengajaran anda?
4. Senaraikan tiga (3) komponen yang perlu ada dalam objektif tingkahlaku.
5. Beri definisi istilah rancangan mengajar.
6. Senaraikan lapan (8) langkah-langkah yang diperlukan bagi membuat
perancangan mengajar.
7. Bincangkan beberapa kaedah pengajaran dalam PTV?
8. Kenapa ianya penting untuk menyenaraikan alatan dan bahan pengajaran yang
diperlukan dalam rancangan mengajar?
9. Bincangkan tiga (3) jenis ujian yang selalu digunakan dalam PTV.

99
BIBLIOGRAFI

Bartel, C. R. (1976). Instructional Analysis & Materials Development. American


Technical Society, Chicago.
Bott, P. A. (1987). Teaching Your Occupation to Others. National Publishers,
Elmsford, NY.
Chernow, F. B. & Chernow, C. (1981). Classroom Discipline and Control: 101
Practical Techniques. Parker Publishing, West Nyack, New York.
Copa, G. and Moss, J. (1993). Planning and Vocational Education. McGraw-Hill,
New York.
Cummings, C. (1985). Teaching Makes A Difference. Snohomish Publishing
Company, Snohomish, WA.
Dewey, J. (1897). My pedagogic creed. The School Journal, Volume LIV, Number
377-80
Dewey, J. (1933). How we think. Boston: D. C. Heath & Company.
Dewey, J. (1942). The school and society. Chicago: University of Chicago Press.
Duenk, L. G. (1993). Improving Vocational Curriculum. Goodheart-Wilcox Publishers,
South Holland, IL.
Edmunds, N.A. & Smith, C.L. (1996). Learning How To Teach. Alexandria, VA:
American Vocational Association.
Evans, R. & Terry, D. (1971). Changing The Role of Vocational Teacher Education.
Mcknight & McKnight Publishing, Bloomington, IL.
Finch, C. & Crunkilton, J. (1993). Curriculum Development in Vocational & Technical
Education. Allyn & Bacon, Needham Heights, MA.
Frantz, N. R. Jr. (1974). Individualized Instructional Systems for Vocational &
Technical Education: A Series of Instructional Modules. Vocational
Instructional Systems, Athens, GA.
Fryklund, V. C. (1970). Occupational Analysis techniques and Procedures. Bruce
Publishing Company, New York.
Hanak, R. M. (1980). Lesson Planning for Meaningful Variety in Teaching. National
Education Association, Washington, DC.
House, E. & Lapan, S. (1978). Survival in the Classroom. Griffon Press, Urbana, IL.
Investing in Our Children. Committee for Economic Development (1985).

100
Lehr, J. & Harris, H.W. (1989). At Risk, Low-Achieving Students in the Classroom.
National Education Association, Washington, DC.
Littrell, J. J. (1970). Guide to Industrial Teaching. Chas. A. Bennet, Peoria, IL.
Mager, R. F. (1984). Measuring Instructional Results (or Got a Match?). Lake
Publishing, Belmont, CA.
Mager, R. F. (1984). Preparing Instructional Objectives. Lake Publishing, Belmont,
CA.
Micheels, W. & Karnes, M. R. (1950). Measuring Educational Achievement.
McGraw-Hill, New York.
Miller, W. R. (1990). Instructors and Their Jobs. American technical Publishers,
Homewood, IL.
Patterson, J. L. (1993). Leadership for Tomorrow’s Schools. Association for
Supervision and Curriculum Development, Alexandria, VA.
Prosser, C. A., & Allen, C. R., (1925). Vocational education in a democracy. New York:
Century Company.
Silvernail, D. L. (1986). Teaching Styles As Related to Student Achievement.
National Education Association, Washington, DC.
Silvius, G. H. & Bohn, H. (1976). Planning and Organizing Instruction. McKnight
Publishing Company, Bloomington, IL.
Smith, J. K. & Smith, L. G. (1994). Education Today: The Foundations of A
Profession. St. Martin’s, New York.
Widad Othman, Abd. Razak Habib, Ramlee Mustapha, & Mohd Nor Ahmad (2002).
Perancangan Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional. Open University
Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia.
What Works: Research About Teaching and Learning (1987). U.S. Department of
Education, Washington, DC.

101
BAB 5

PENGURUSAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, anda diharap dapat:


 menerangkan perbezaan di antara pentadbir dan pengurus
 membincangkan kepentingan pengurusan PTV yang cekap
 membincangkan satu model pengurusan
 menyenaraikan institusi awam yang menyediakan pendidikan/latihan teknikal
dan vokasional di Malaysia
 menerangkan hubungan di antara kualiti program dan kecekapan membuat
keputusan
 membincangkan peranan guru vokasional sebagai pengurus PTV
 menghuraikan penglibatan aktiviti bagi pelajar vokasional
 menbincangkan peranan pentadbir bagi institusi pendidikan/latihan teknikal
dan vokasional
 membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pentadbiran
PTV
 membincangkan kepentingan kerjasama antara institusi pendidikan/latihan
teknikal dan vokasional dengan pihak industri

102
PENDAHULUAN

Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) merupakan pendidikan yang


bermatlamatkan pekerjaan terutama dalam sektor kolar biru. Oleh itu, PTV juga
dikenali sebagai pendidikan kerjaya (career education). Selain membincangkan
berkenaan falsafah, prinsip, sejarah dan kurikulum PTV, aspek pengurusan dan
pentadbiran PTV juga adalah kritikal. Pihak pengurusan bertanggungjawab dalam
menentukan dasar dan hala tuju PTV. Oleh itu, bab ini akan membincangkan
secara umum tentang aspek pengurusan dan pentadbiran PTV.

KONSEP PENGURUSAN

Definisi Pengurusan
Pengurusan adalah berkaitan dengan tindakan
menggunakan resos secara sistematik dan berkesan
untuk mencapai matlamat dan objektif organisasi.
Pengurusan termasuk proses merancang, menyusun
aktiviti dan keperluan sumber manusia, memimpin,
mengarah serta mengawal organisasi supaya dapat
mencapai matlamat organisasi. Resos terdiri
daripada sumber manusia, modal, teknologi dan sumber semulajadi. Oleh kerana
organisasi juga boleh dikategorikan sebagai sebuah “sistem,” pengurusan juga boleh
didefinisikan sebagai perancangan serta pelaksanaan sistematik untuk mencapai
objektif organisasi. Pihak pengurusan juga tidak dapat lari dari membuat keputusan
mengenai dasar, peraturan, serta perlaksanaan aktiviti organisasi.

Pengurusan mengunakan Pendekatan MBO (Management-by-Objectives)


MBO merupakan satu teknik yang diperkenalkan oleh Peter Drucker (1954) untuk
menentukan matlamat serta mengawal tindakan ke arah mencapai matlamat dan
memberi maklum balas berkaitan pencapaian matlamat. Langkah-langkah dalam
pendekatan ini:

103
a. Mengenalpasti Matlamat dan Objektif
Semua kakitangan perlu bersetuju dan memahami matlamat dan objektif yang
telah ditetapkan. Oleh itu, penglibatan kakitangan dalam membina matlamat
dan objektif organisasi adalah penting bagi memastikan persetujuan bersama.

b. Mengukur Pencapaian
Pencapaian diukur berdasarkan objektif yang telah digariskan. Contohnya:
sasaran menetapkan semua pelajar yang mendaftar program A mesti
kompeten dalam bidang A pada akhir program. Maka, pencapaian boleh
diukur berdasarkan peratus pelajar yang kompeten.

c. Tempoh
Matlamat dan objektif yang telah digariskan
hendaklah dicapai dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Jangka masa yang ditetapkan mestilah
difahami oleh semua kakitangan.

d. Komunikasi
Komunikasi antara pelbagai lapisan kakitangan dalam organisasi penting bagi
memastikan tiada kecairan maklumat berlaku. Komunikasi boleh menghala ke
atas (bottom-up) atau ke bawah (top-down). Contohnya: peralatan bengkel
yang tidak mencukupi disebabkan banyak yang sudah rosak atau lama. Perlu
dimaklumkan kepada pihak atasan melalui prosedur yang telah ditetapkan
supaya tindakan lanjutan dapat diambil. Tanpa komunikasi, masalah yang
dihadapi tidak diketahui oleh pihak bertanggungjawab dan tindakan
selanjutnya tidak dapat dilakukan. Maka, matlamat program tidak dapat
dicapai.

e. Pengurusan secara Pengecualian


Perlu ada pengecualian dalam sesetengah perkara dan perkara tersebut
perlu dinilai semula mengikut kesesuaian keadaan. Contohnya: program
vokasional yang ditawarkan dirancang hanya untuk 20 pelajar tetapi 24 orang
104
pelajar mendaftar program tersebut. Penilaian perlu dibuat berdasarkan sama
ada kemudahan dan peralatan bengkel yang disediakan mencukupi atau
perlu menambah sesi latihan.

INSTITUSI AWAM YANG MENYEDIAKAN PENDIDIKAN/LATIHAN


TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

1. Kementerian Pelajaran
 Sekolah Rendah
 Sekolah Menengah
 Sekolah Menengah Teknik – Aliran Teknikal,
Vokasional dan Kemahiran
 Sekolah Menengah Pendidikan Khas

2. Kementerian Pengajian Tinggi


 Politeknik
 Kolej Komuniti
 Universiti

3. Kementerian Sumber Manusia


 Institut Latihan Perindustrian
 Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan
 Pusat Teknologi Tinggi
 Institut Teknikal Jepun –Malaysia

4. Kementerian Belia dan Sukan


 Institut Kemahiran Belia Negara
 Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara

105
5. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
 Institut Pertanian Malaysia
 Kolej Pertanian Malaysia
 Institut Latihan Veterinar
 Institut Latihan Perikanan
 Pusat Latihan Pertanian

6. Kementerian Pembangunan dan Koperasi


 Institut Kemahiran MARA
 Kolej Kemahiran Tinggi MARA
 Pusat Giat MARA
 Universiti Kuala Lumpur
 German-Malaysian Institut
 Institut Kraf Negara

KHIDMAT PEMBANGUNAN PELAJAR

Membantu dalam membolehkan pelajar membangun dan membina diri dalam


bidang yang diceburi sebaik mungkin.

a. Kemasukan Pelajar
 Menentukan kelayakan pelajar sebelum diterima mengikuti program
mengikut kriteria yang diperlukan oleh setiap program, kecenderungan
pelajar dan mungkin tahap intelek pelajar.

b. Kaunseling
 Membantu untuk perkembangan kerjaya pelajar
 Membantu pelajar menyedari masalah yang mungkin perlu dihadapi
dalam menempuh alam pekerjaan.

106
c. Rekod dan Pendaftaran
 Perlu membantu pelajar bukan sahaja semasa hari pendaftaran atau
minggu pertama selepas mendaftar, tetapi sepanjang mengikuti
program bagi mengelakkan ada pelajar yang tidak dapat menguruskan
dengan baik. Transkrip, sijil atau rekod berkaitan aktiviti yang pernah
diiukuti perlu disimpan dengan baik.

d. Bantuan Kewangan
 Menyediakan biasiswa, pinjaman, atau internship untuk pelajar yang
berkelayakan.

e. Penempatan
 Sesuatu program PTV itu dikatakan telah berjaya apabila pelajar
lepasan program tersebut berjaya mendapat pekerjaan
 Penempatan boleh diuruskan secara berpusat.

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN FIZIKAL


a. Bajet
 Perancangan dan pengurusan bajet organisasi

b. Kawalan dan Operasi berkaitan Bajet


 Personel
 Bekalan dan perbelanjaan
 Peralatan

c. Penilaian Bajet
 Memastikan perbelanjaan tidak melebihi peruntukan

d. Perancangan Kemudahan
 Perancangan yang kurang efisien boleh menyebabkan sesuatu
kemudahan itu tidak digunakan dengan sebaiknya (poorly utilized)

107
e. Pengurusan Kemudahan
 Baik pulih
 Penyelenggaraan dan gantian bahagian peralatan berjadual
 Inventori

KUALITI PROGRAM

Hubungan antara Kualiti Program dan Proses Membuat keputusan

a. Kualiti sesuatu program bergantung kepada kualiti keputusan yang dibuat


dalam program tersebut.
b. Kualiti keputusan dalam program bergantung kepada kebolehan untuk
mengenalpasti alternatif yang terdiri daripada situasi keputusan serta
kebolehan untuk membuat pertimbangan yang wajar bagi alternatif tersebut.
c. Proses membuat keputusan memerlukan maklumat yang sah dan boleh
dipercayai berkaitan dengan perkara yang hendak diputuskan.
d. Pengumpulan maklumat boleh dipertingkatkan melalui cara pemgumpulan
data yang sistematik.

Akreditasi sebagai Salah Satu Bentuk Penilaian

Dua jenis akreditasi:


a. Akreditasi institusi
 Penilaian diberikan bukan sahaja kepada pendidikan formal tetapi juga
pentadbiran, khidmat pelajar, kedudukan kewangan serta keseluruhan
kemudahan.
b. Akreditasi program
 Penilaian program berhubung rapat dengan pengiktirafan badan
professional atau lembaga akreditasi terhadap program tersebut.

108
Kriteria Penilaian:
a. Pelajar berjaya menamatkan program
b. Kompetensi pelajar
c. Kos
d. Pelajar berjaya mendapat pekerjaan
e. Kepuasan hati pelajar dan majikan mereka

GURU SEBAGAI PENGURUS

Guru vokasional mempunyai tiga peranan yang boleh dimainkan. Peranan pertama
sebagai penggerak utama yang dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti
pelajaran dalam bilik darjah, bengkel, atau makmal. Kedua, ia boleh bekerja
secara profesional dengan staf dan guru-guru lain dalam sesebuah jabatan,
bahagian, sekolah atau kolej. Peranan yang ketiga adalah terhadap komuniti
dengan memberi sumbangan dalam bentuk kepakaran kepada ahli masyarakat.
Dalam ketiga-tiga domain, guru berperanan sebagai pengurus. Guru yang
menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang biasanya berpeluang untuk meningkat
laluan kerjaya mereka ke peringkat pentadbiran.

Parnell (1985) mentakrifkan guru yang cemerlang sebagai:

In the final analysis, the task of an excellent teacher is to stimulate


“apparently ordinary” people to unusual effort… The tough problem
is not in identifying winners; it is making winners out of the ordinary
people. That, after all, is the overwhelming purpose of education.
Yet historically, in most of the periods emphasizing excellence,
education has reverted to selecting winners rather than creating
them. (p.7)

109
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Persekitaran pembelajaran boleh berlaku di dalam bilik darjah, bengkel atau


makmal. Ia adalah satu sistem sosial yang mempunyai ciri-ciri serupa dengan
mana-mana organisasi sosial yang lain. Suasana pembelajaran juga bergantung
kepada tingkah laku kepimpinan seseorang guru. Likert (1968) menggunakan
kriteria “sistem 4” kepada situasi bilik darjah. Beliau mendapati suasana di dalam
bilik darjah pada hari ini adalah berbeza dengan suasana pembelajaran tradisi
disebabkan oleh generasi pelajar kini yang celik teknologi. Beliau menyatakan:

Psychologically, the teacher is finding less statisfaction in being a


central authority figure. Children are more likely to resent direct
authority today then to obey it. The result is a discernable change
in the ways schools operate. Principals are relying less and less
on direct orders and more and more on team participation of
teachers. Teachers in turn are seing themselves in a new role
and are working to create a democratic environment with
abundant opportunities for self-direction by children. Such a
setting calls for a balance between control by the teacher and the
exercise of initiative by the children. Good teachers are working
to find realistic ways to combine centralization and
decentralization of authority and responsibility.

Likert membina skala yang membolehkan guru


mengukur kadar keberkesanan pengajaran dan
prestasi sebagai pemimpin pengajaran. Beliau
percaya jika lebih banyak peluang diberikan kepada
organisasi untuk meningkatkan penglibatan ahli-ahli
organisasi dalam menetapkan matlamat organisasi
serta merancang aktiviti organisasi maka produktiviti kumpulan akan meningkat.
Guru vokasional boleh meningkatkan peranan mereka sebagai pengurus dan
pemimpin pengajaran di dalam kelas dengan mewujudkan keyakinan yang tinggi
dalam diri pelajar mereka.
110
Guru vokasional juga boleh meningkatkan keberkesanan di dalam bilik darjah jika
mereka tahu masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar dengan mewujudkan
suasana komunikasi dua hala. Secara dasarnya, guru adalah pengurus
persekitaran pembelajaran. Mereka mengurus input spesifik yang diperlukan dalam
proses pembelajaran serta menyelaras aktiviti-aktiviti khusus pelajar di dalam kelas.
Mereka juga boleh mengeluarkan arahan untuk mengawal sumber. Program
vokasional di sebuah sekolah akan menjadi lebih efektif apabila guru melihat diri
mereka sebagai pengurus yang mengawal pelbagai sumber. Matlamat adalah untuk
menyediakan persekitaran pembelajaran yang optimum dengan memiliki ciri-ciri
yang pelbagai.

KOMUNITI SETEMPAT

Selaku “pengurus”, guru vokasional perlu mengekalkan


hubungan baik dengan komuniti setempat termasuk
ibubapa dan majikan industri. Di kebanyakan institusi
pengajian, guru perlu menguruskan penempatan
pelajar di dalam dunia pekerjaan melalui program
Latihan Industri. Justeru, hubungan baik di antara guru vokasional dan komuniti
setempat amat kritikal. Selain guru, pelajar juga perlu aktif berhubung dan membuat
aktiviti yang memberi impak kepada masyarakat. Pelajar juga boleh menganggotai
klub atau persatuan yang diiktiraf oleh masyarakat. Contohnya, di Amerika Syarikat,
pelajar-pelajar vokasional, terutamanya dalam bidang pertanian boleh menganggotai
persatuan seperti Future Farmers of America (FFA) yang merupakan sebuah
organisasi pelajar terkenal. Pentadbir PTV seharusnya menggalak pelajar
menganggotai persatuan vokasional. Melalui persatuan, pelajar secara tidak
langsung boleh terlibat dalam proses membuat keputusan. Pertubuhan-pertubuhan
tempatan boleh membantu pelajar dan pihak sekolah dan sekaligus menjadikan
pembelajaran lebih realistik.

111
Pentadbir pendidikan vokasional dan teknikal perlu
mengekalkan hubungan rapat dengan semua elemen
dalam masyarakat yang boleh membantu pihak
sekolah, kolej, atau universiti. Pentadbir PTV
sepatutnya membantu guru-guru vokasional
merapatkan hubungan khususnya dengan pihak komuniti dan industri.

Pekerja Mahir sebagai Rujukan

Pekerja mahir di industri boleh dijadikan


sebagai sumber rujukan atau tenaga pengajar
sambilan di sekolah atau di institusi pendidikan
teknikal. Mereka yang mempunyai kepakaran
yang khusus dalam bidang kemahiran tertentu
boleh mengajar (secara sukarela atau
berbayar) selama satu hingga dua jam di sekolah. Sekiranya mereka tidak
berkesempatan mengajar di waktu pagi mereka boleh mengajar di sesi sebelah
petang. Pekerja mahir bukan sahaja boleh mengajar di bengkel, malah mereka juga
boleh menjadi role model kepada pelajar. Melalui kerjasama ini, pihak sekolah
mungkin akan dapat membina hubungan yang lebih rapat di antara program
vokasional di sekolah dengan industri.

PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN MELALUI


PENGURUSAN YANG EFEKTIF

Pentadbir dan pengurus adalah dua istilah yang biasanya difahami sebagai
merujuk kepada peranan yang sama. Walaubagaimanapun terdapat sedikit
perbezaan di antara kedua-dua istilah ini. Pentadbir biasanya terlibat dalam hal-hal
yang lebih besar seperti pembuatan dasar, visi, misi, peraturan, kewangan,
infrastruktur, sumber manusia serta membuat keputusan-keputusan utama
organisasi. Pengurus pula adalah termasuk mereka yang melaksanakan dasar-
dasar yang telah diputuskan oleh pihak pentadbiran. Pentabir biasanya “mentadbir”
keseluruhan organisasi manakala pengurus “mengurus” bahagian atau seksyennya
sahaja. Mengikut hiraki, pengurus akan melaporkan kepada pentadbir sedangkan
112
pentadbir akan melapor kepada Lembaga Pengarah. Pengurus lebih banyak
berinteraksi dengan pekerja-pekerja atau staf di peringkat bawahan manakala
pentadbir berurusan dengan pengurus-pengurus.

Dalam konteks PTV, institusi latihan teknikal, samada di peringkat sekolah, kolej
atau universiti mempunyai struktur dan hirakinya tersendiri. Namun secara umum,
pihak pentadbiran dan pengurusan PTV bertanggungjawab memastikan institusi
PTV mencapai objektif utamanya iaitu dapat melahirkan graduan teknikal dan
vokasional yang berkualiti. Untuk melahir graduan PTV yang berkaliber, sistem
pendidikan, secara umumnya, dan sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P),
secara khususnya, mestilah juga berkualiti.

Justeru, perlu ada pakar dalam bidang pendidikan vokasional yang


bertanggungjawab memimpin pembangunan dan operasi program-program PTV di
setiap institusi latihan teknikal. Terdapat pelbagai kaedah dan strategi P&P yang
boleh dilaksanakan di sekolah atau institusi pengajian tinggi teknikal bergantung
kepada kreativiti pihak pengurusan dan tenaga pengajar terutamanya untuk
membantu guru-guru melihat hubungan subjek teknikal yang mereka ajar dengan
pekerjaan di industri; secara tidak langsung akan membantu membangunkan
pengalaman pembelajaran pelajar yang relavan kepada keperluan pekerjaan.
.
McMahon (1972) menyatakan bahawa tugas pengurus
PTV adalah untuk merancang dan menyelia
pembangunan program PTV, pembinaan kursus,
kerjasama dengan industri serta penilaian program.

Pengajaran Individu
Peranan guru tradisional sebagai pengagih
maklumat telah diganti oleh peranan guru
sekarang sebagai pemudahcara, pemberi
panduan serta motivasi. Fokus pembelajaran
dahulu berpusatkan guru tetapi kini telah

113
berpindah kepada berpusatkan pelajar. Guru vokasional sebagai “pengurus”
persekitaran pembelajaran adalah agen yang boleh membawa perubahan ini, tetapi
guru memerlukan bantuan dan sokongan daripada pihak pentadbiran. Secara
tradisi, kurikulum, program dan kursus dirancang untuk pembelajaran secara massa
dan bukannya secara individu. Bagi menampung pelbagai perbezaan individu,
banyak sekolah telah menyusun pelajar ke dalam kumpulan yang memiliki
kebolehan yang hampir sama dan membuat andaian mereka adalah homogen.

Kesilapan besar yang biasanya dilakukan oleh pentadbir atau guru adalah
menganggap semua pelajar adalah sama. Salah faham ini merupakan satu
halangan besar kepada proses pembelajaran secara individu. Wilhelms (1962)
berpendapat elemen yang penting dalam program atau kurikulum adalah matlamat,
dan pada masa yang sama kita bebas untuk menggunakan pelbagai strategi untuk
mencapai matlamat terhadap individu. Beliau menyatakan:

The goal is essential; the particular means are optional.


Similarly, to every important human goal there are many roads
and, if not all of them are royal, niether are all of us kings. The
fundamental error on curriculum thinking has been to equate with
goal; or worse, to redouble our zeal as to content just because
we have forgotten the goal.

Guru vokasional harus diberi galakan untuk meneroka


pelbagai cara untuk menbantu individu pelajar
mencapai matlamat mereka. Pembelajaran individu
adalah satu kaedah pembelajaran untuk memenuhi
keperluan setiap pelajar. Ia dapat memberi guru
vokasional pelbagai pilihan dalam pengurusan
pembelajaran. Kaedah ini sangat berguna khususnya
bila mengendalikan pelajar berkeperluan khas yang
unik dari segi gaya pembelajaran mereka.

114
Pendekatan ini tidak bermakna guru-guru vokasional perlu “mencairkan” objektif
kursus atau bertolak ansur dari segi kualiti kemahiran. Namun guru vokasional perlu
mengenali secara mendalam setiap pelajar supaya program pembelajaran individu
yang sesuai dapat dibangun dan dijalankan. Maklumat terperinci seperti tahap
bacaan pelajar, tahap matematik, kebolehan-kebolehan lain yang berkaitan, minat,
sikap, cita-cita dan lain-lain yang berkaitan (Sarkees, 1985). Dalam perkataan lain,
perbezaan individu diambil kira apabila membangunkan rancangan khas untuk
setiap pelajar mencapai objektif kursus dan program.

Objektif Pengajaran

Menurut Mager (1972), penulisan objektif


pengajaran perlu difokuskan ke arah
pembentukan objektif tingkah laku. Pengajaran
perlu direka bentuk supaya mampu mengubah
tingkah laku pelajar. Mager (1972) juga percaya
objektif tingkah laku perlu menetapkan tahap
minimum yang dikehendaki untuk pembelajaran
masteri.

Setiap objektif perlu dapat diukur serta menunjukkan kebolehan pelajar melakukan
sesuatu kemahiran. Pendidik vokasional dan teknikal mungkin lebih cenderung
untuk menggunakan objektif tingkah laku kerana konsep itu berkaitan dengan
kemahiran melakukan sesuatu pekerjaan. Namun begitu, masih terdapat guru
vokasional yang tidak menulis objektif tingkah laku yang boleh diukur kerana
mereka fikir ia tidak penting atau kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya. Sesetengah guru mungkin menolak untuk menulis objektif tingkah
laku kerana sesetengah objektif memang sukar untuk diukur. Walaubagaimanapun,
pihak pengurusan perlu membantu guru mengatasi masalah ini.

115
Media Pengajaran

Pihak pentadbiran vokasional dan teknikal harus menggalakkan guru teknikal


menggunakan pelbagai jenis media pengajaran. Sebagai contoh, rakaman video
boleh digunakan untuk menunjukkan proses pekerjaan yang tertentu, dan untuk
memberi peluang kepada pelajar melihat prestasi kemahiran pekerjaan mereka.
Peralatan audiovisual, seperti komputer, perakam video, projektor dan lain-lain
hendaklah disediakan kepada guru-guru vokasional dan teknikal. Apa yang lebih
penting, guru vokasional perlu juga mempunyai kemahiran untuk menguna atau
membangunkan alat bantu mengajar. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer dan ICT mempunyai potensi untuk dibangunkan dalam PTV. Program
teknikal dan vokasional secara amnya memerlukan masa yang lebih panjang dari
program akademik biasa, terutamanya apabila sebahagian program memerlukan
pengalaman bekerja di luar sekolah. Justeru, pentadbir program vokasional perlu
memilih modul yang sesuai untuk program-program tertentu.

Selain itu, bidang-bidang teknikal dan vokasional


biasanya memerlukan kepakaran dan kemahiran
merentas disiplin ilmu. Contohnya, pelajar-pelajar
vokasional juga memerlukan literasi asas seperti
3M, kemahiran komunikasi, konsep-konsep asas
sains, dan kecekapan matematik untuk berjaya
dalam sesuatu bidang teknikal seperti binaan
bangunan. Oleh itu, pihak pengurusan perlu
memastikan guru-guru dapat merancang dan
melaksanakan pengajaran bersama secara berpasukan supaya kemahiran dapat
diterapkan kepada pelajar-pelajar secara optimum.

116
Kerjasama dengan Industri

Pada dekad kebelakangan ini, pengajaran PTV dalam


situasi kerja yang sebenar telah berkembang dengan
pesat. Pengalaman internship di tempat kerja juga
dimasukkan sebagai sebahagian daripada program Ijazah
di universiti. Program kerjasama yang dibangunkan
antara sekolah dan industri, membolehkan pelajar di
sekolah vokasional mendapat latihan di industri.
Kehadiran ke sekolah dan latihan di industri mungkin pada hari bersilih ganti. Ada
pelajar yang dibayar upah tetapi secara umumnya upah dibayar lebih rendah
daripada pekerja mahir mengikut kadar yang ditetapkan semasa program latihan
tersebut. Program kerjasama ini biasanya dibuka kepada pelbagai bidang
pekerjaan tertakluk kepada kesesuaian dengan majikan yang mengambil bahagian.

Program kerjasama vokasional di antara institusi


latihan dan industri mungkin boleh memenuhi
kehendak masyarakat, terutamanya di luar bandar
(Evans & Herr, 1978). Penyesuaian cepat kepada
perubahan dalam teknologi atau dalam pasaran kerja
adalah ciri-ciri yang kuat dalam program kerjasama
pendidikan vokasional. Ini berbeza dengan program
pembelajaran dalam makmal atau bengkel di mana kurang dapat menyesuaikan
perubahan dalam bidang teknologi atau dalam pasaran kerja. Program kerjasama
pendidikan lebih diterima dalam bidang industri dan perniagaan kerana dapat
membangunkan etika kerja yang positif. Evans dan Herr (1978) menunjukkan
bahawa
Cooperative work education stimulates desirable attitudes
towards work. Work atmosphere is extremely difficult no
reproduce outside of a real work situation, and the importance
of promptness and regular attendance at work is much more
demonstrable on the job than in school. Moreover, because of
the difficulty of marketing goods and services produced within
school laboratories, it is also extremely difficult in laboratory-
117
based programs to develop realistic attitudes toward speed,
quality, and efficiency. (p.238)

Butler dan York (1971) mendapati program kerjasama melambangkan kualiti yang
dicari dalam pendidikan pekerjaan yang optimum. Program kerjasama pendidikan
adalah berkait rapat dengan teori dan praktis.

Perantisan adalah satu lagi bentuk latihan pekerjaan, di mana pelatih adalah pekerja
sepenuh masa. Walaubagaimanapun
semasa perantis menjalani latihan mereka
juga perlu menghadiri kelas yang
berkaitan seperti matematik dan sains
secara sambilan. Program perantisan merupakan kaedah latihan penting dalam
memberikan kemahiran kerja yang tinggi kepada perantis terutamanya dalam bidang
pembuatan dan pembinaan walaupun dapat menyumbang peratusan yang kecil
kepada tenaga kerja. Pentadbir vokasional perlu terlibat memantau program latihan
perantis di sekolah mahupun di industri.

Adunan pembelajaran akademik secara formal dengan aktiviti pembelajaran


vokasional dalam situasi pekerjaan sebenar diperlukan dalam semua program
vokasional supaya pelajar memperoleh dua set pengalaman yang kukuh.
Pentadbir dan guru-guru memerlukan kecekapan dalam pengurusan pengajaran
yang berbeza untuk menjalankan operasi program-program pengalaman kerja bagi
semua pelajar dalam program pendidikan vokasional dan teknikal, termasuk pelajar
dalam program kerjasama. Guru serta guru penyelaras yang terlibat menguruskan

118
program ini mesti dipilih secara teliti berdasarkan kelayakan sebagai persediaan
menjalankan peranan tersebut.

Masalah Sebenar

Suasana pembelajaran program teknikal


dan vokasional mestilah mirip kepada
menyelesaikan masalah yang hampir sama
seperti di industri. Ini memerlukan
kelengkapan dari segi infrastruktur dan
bahan-banan di bengkel dan makmal di
sekolah setanding dengan apa yang ada di
industri. Jika terdapat kerjasama dengan pihak industri maka pelajar mempunyai
peluang untuk terlibat dan dilatih secara langsung di industri. Sebagai contoh,
pelajar dalam bidang automotif memerlukan pengalaman membaiki pelbagai jenis
kenderaan di bengkel sebenar. Pelajar bidang dandanan (cosmetology) perlu
mendapatkan pengalaman bekerja di salon rambut; begitu juga pelajar program
perhotelan perlu mendapatkan pengalaman bekerja di hotel-hotel yang ternama.
Justeru, pentadbir dan pengurus program PTV perlu merancang pengalaman
pekerjaan sebenar di industri.

PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

Pelajar berkeperluan khas mempunyai hak untuk dimasukan dalam program


pendidikan vokasional dan teknikal. Pelajar ini mempunyai keperluan dan keinginan
yang sama seperti orang lain untuk mendapatkan pendidikan dan kemahiran supaya
mereka juga boleh mendpatkan pekerjaan selepas bergraduat dan akhirnya menjadi
warga yang memberi sumbangan kepada masyarakat. Phelps (1985) menyatakan
terdapat tiga kategori utama OKU iaitu (a) cacat, (b) orang yang kurang bernasib
baik, dan (c) orang yang berkeperluan khas. . Ramai pentadbir yang kurang
memahami definisi dan pengkelasan yang digunakan dalam mentadbir program-
program ini. Istilah asas dalam bidang ini termasuklah:

119
Handicapped individuals refers to individuals who are mentally
retarded, hard of hearing, deaf, speech – or language-impaired,
or other health impaired persons, or persons with specific
learning disabilities, cannot succeed in the regular vocational
education program without special education or related services
(P.L. 98-524). Disadvantaged learners refers to individuals who
have economic or academic diadvantages and who require
special services and assistance in order to enable them to
succeed in vocational education programs. The term includes
individuals who are members of economically disadvantaged
families, migrants, person incarcerated, individuals who have
limited English proficiency and individuals who are dropouts
from, or who are identified as potential dropouts from, secondary
school (P.L. 98-525). Special needs learners refers to
individuals who encounter or are likely to encounter difficulty in
educational or employment settings because of a disability,
economic or academic disadvantage, different linguistic or
cultural background or outdated job skills, and who require (a)
individually prescribed and unique teaching strategies; (b)
supportive services that vary in type and extent depending on
individual need ; and (c) additional resources from society for
thier acceptance. (1985).

Setiap negara mempunyai perancangan, program, peruntukan


serta akta yang berkaitan orang kurang upaya (OKU). Keperluan
golongan yang kurang bernasib baik dan yang cacat boleh
disampaikan melalui kelas khas atau kelas vokasional dengan
bantuan tambahan. Amalan memberi bantuan tenaga pengajar untuk membantu
pelajar yang kurang bernasib baik telah pun dilaksanakan. Perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling, bantuan kewangan, perkhidmatan kesihatan, dan bantuan khas
dalam mencari pekerjaan bagi orang kurang upaya yang kurang bernasib baik
disediakan sebagai tambahan kepada bantuan khas di bengkel atau bilik darjah.

120
KATA KUNCI

1. Hala tuju PTV 10. Institusi


2. Pentadbiran 11. Komuniti Setempat
3. Pengurusan 12. Kerjasama dengan Industri
4. Proses Membuat Keputusan 13. Resos
5. Proses Penyelesaian Masalah 14. Pekerja Mahir
6. Management by objectives 15. Latihan Industri
(MBO) 16. Perantisan
7. Khidmat Pembangunan Pelajar 17. Orang Kurang Upaya
8. Akreditasi 18. Pelajar Berkeperluan Khas
9. Persekitaran pembelajaran

UJIAN KENDIRI
1. Huraikan perbezaan di antara pentadbir dan pengurus
2. Bincangkan kepentingan pengurusan PTV yang cekap
3. Bincangkan satu model pengurusan
4. Jelaskan hubungan di antara kualiti program dan kecekapan membuat
keputusan
5. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pentadbiran
PTV
6. Bincangkan kepentingan kerjasama antara institusi pendidikan/latihan
teknikal dan vokasional dengan pihak industri

“Pengurusan PTV harus seiring dengan perkembangan dan arus

pemodenan supaya menepati kehendak semasa.”

121
BIBLIOGRAFI

Borgen, J. A., & Davis, D. E. (1972). An Illinois Occupational Curriculum Project


(I.O.C.P.) Planning Manual. Springfield II, IL: Division of Vocational and
Technical Education, Illinois State Board of Vocational Education and
Rehabilitation.
Boss, R. (1971). What School Administration Should Know about Vocational
Education for Disadvantaged Youth in Urban Areas. Columbus, OH: The
Center for Vocational and Technical Education.
Butler, R. L. & York, E. G. (1971). What School Administrators Should Know about
Cooperative Vocational Education. Columbus, OH: The Center for Vocational
and Technical Education.
Evans, R. N., & Herr, E. L. (1978). Foundations of Vocational Education. (2nd Ed.).
Columbus, OH: Charles E. Merrill.
Finch, C. R. & Crunkilton, J. R. (1984). Curriculum Development in Vocational and
Technical Education. Newton, MA: Allyn & Bacon.
Finch, C. R. & Mcgough, R. L. (1982). Administering and Supervising Occupational
Education. Englewood, Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Gronlund, N. E. (1978). Stating Objectives for Classroom Instruction. New York:
Macmillan.
Impellitteri, J. T., & Finch, C. R. (1971). Review and Synthesis of Research on
Individualizing Instruction in Vocational and Technical Education. Columbus,
OH: The Center For Vocational And Technical Education.
Larson, M. E. (1972). Teaching Related Subjects in Trade and Industrial and
Technical Education. Columbus, OH: Charles E. Merrill.
Likert, R. (August/September, 1968). Diagnose Your Teaching Role. The Instructor.
p. 50-51.
Little, J. K. (1970). Review and Synthesis of Research on the Placement and Follow-
Up of Vocational Education Students. Columbus, OH: The Center For
Vocational and Technical Education.
Lockette, R. E. & Davenport, L. F. (1971). Review and Synthesis of Research on
Vocational Education for the Urban Disadvantaged. Columbus, OH: The
Center for Vocational and Technical Education.
122
Mager, R. F. (1962). Preparing Instructional Objectives. Belmont, CA: Fearon.
Mager, R. F. & Beach, K. M. (1967). Developing Vocational Instruction. Belmont, CA:
Fearon.
Maley, D. (1975). Cluster Concept in Vocational Education. Chicago: American
Technical Society.
Mcmahon, G. G. (1972). Curriculum Development in Trade and Industrial and
Technical Education. Columbus, OH: Charles E. Merrill.
Mcpartland, J., et al. Student Participation in High School Decisions: Summary and
Excerpts. Baltimore, MD: John Hopkins University.
National Occupational Information Coordinating Committee (NOICC). (1983).
Washington, DC: Superintendent of Documents, U.S. Government Printing
Office.
Parnell, D. (December, 1969). The Oregon Way. American Vocational Journal,
46(12).
Parnell, D. (1985). The Neglected Majority. Washington, DC: The Community
College Press.
Phelps, L. A. (1985). Excellence in Education: Journal for Vocational Special Needs
Education, 3(7), Pp. 3-6.
Sarkees, M. D. & Scott, J. L. (1985). Vocational Special Needs. (2nd Ed.) Homewood,
IL: American Technical Publishers, Inc.
Technology and Education: Policy, Implementation, Evaluation. (January 26-28,
1981). Proceedings of National Conference on Technology & Education.
Library Of Congress No. 81-81832.
Wilhelms, F. T. (1962). The Curriculum and Individual Differences. Individualizing
Instruction. Sixty-First Yearbook of The National Society for The Study of
Education, Part I. Chicago: NSSE.
Wittich, W. A., & Schuller, C. F. (1973). Instructional Technology: Its Nature and Use.
(5th Ed.). New York: Harper & Row.

123
BAB 6

PEDAGOGI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:
 menghuraikan ciri ciri guru pendidikan teknikal dan vokasional yang berkesan
 membincangkan maksud pengajaran dalam PTV
 menghuraikan andaian bagaimana manusia belajar
 membina objektif pengajaran PTV
 menyenaraikan langkah-langkah pengajaran dalam PTV
 membicangkan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan profesionalisme guru
PTV
 menerangkan mengapa persekitaran pembelajaran penting untuk pengajaran
berkesan

PENGENALAN
Faktor muktamad dalam menentukan kecemerlangan atau kegagalan program
pengajaran ialah anda sebagai seorang guru pendidikan teknikal dan vokasional.
Sebagai seorang guru, anda tanggungjawab anda untuk mewujudkan satu
persekitaran yang membolehkan semua pelajar mendapat satu pengalaman
pengajaran yang bermakna. Tugas utama anda ialah untuk mendorong pelajar belajar
dan melakukan tugasan yang baik dalam apa juga keadaan. Anda merupakan kunci
utama kepada semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik
darjah.

124
Sifat Guru yang Baik

Pengajaran merupakan satu set aktiviti yang


kompleks. Guru sering menghadapi keadaan yang
mencabar dan perlu bertindak dengan cara yang dapat
mewujudkan persekitaran yang baik untuk aktiviti
pembelajaran bercambah. Ketekalan guru dalam
menghadapi situasi yang mencabar ini, memerlukan
sifat-sifat serta kualiti untuk bekerja secara lebih
berkesan dengan orang ramai. Kajian menunjukkan bahawa terdapat ciri-ciri seorang
guru teknikal dan vokasional yang berkesan. Antaranya ialah mempunyai sikap
kerjasama, baik hati, sabar, memahami, minat, pandai berkomunikasi, penampilan yang
memuaskan, tingkah laku yang baik, suka berjenaka, sikap positif, konsisten,
memahami pelajar, komited dalam pengajaran, mempunyai nilai-nilai murni serta
mempunyai kemahiran dan pengetahuan teknikal yang tinggi.

Namun agak mustahil untuk semua orang memiliki kesemua ciri-ciri tersebut. Tetapi
jika anda mempunyai sebahagian daripada sikap tersebut terutamanya sikap yang
positif dan komited terhdap pelajar dan pengajaran, maka anda akan menjadi seorang
guru yang baik. Guru pendidikan teknikal dan vokasional yang berkesan adalah
mereka yang memiliki pengetahuan dan kemahiran teknikal yang tinggi; tahu untuk
mengajar serta sentiasa mengambil inisiatif untuk mengenali kekuatan dan kelemahan
pelajar-pelajar mereka.

Kecenderungan, minat, falsafah diri dan keadaan mental, fizikal dan emosi anda boleh
memberi kesan terhadap prestasi anda sebagai seorang guru. Jika anda dapat
mengekalkan komitmen dan fleksibiliti diri tersebut, akhirnya anda akan menjadi
seorang guru yang berpengalaman dan bermotivasi dalam bilik darjah.

125
Satu daripada indikator bagi guru yang berjaya ialah
kebolehan menguruskan keadaan persekitaran. Sebagai
seorang guru pendidikan teknikal dan vokasional, anda
perlu menyediakan rancangan pengajaran,
melaksanakan pengajaran, menanda kertas peperiksaan,
mengurus bengkel dan sebagainya. Sekiranya anda
boleh menguruskan masa dengan baik di samping berjaya mengimbangkan semua
tanggungjawab yang diberi, maka anda akan mempunyai kurang permasalahan dalam
bidang pengajaran. Merancang dan mengurus bidang-bidang berikut akan membantu
anda menghadapi cabaran dalam pekerjaan:

 mengumpul dan menyusun sukatan pelajaran, teks, panduan guru dan pelajar
bagi setiap kursus yang hendak diajar.
 sebelum memulakan kursus anda, analisis dengan cermat ujian-ujian yang
terdapat dalam buku teks yang anda gunakan (biasanya didapati dari penerbit
buku teks). Jika ujian tersebut tidak dimasukkan, cuba dapatkan daripada
penerbit atau guru lain. Semak apakah aspek-aspek dalam kandungan kursus
yang difokuskan dalam ujian-ujian ini. Aspek-aspek ini perlu diberi penekanan
dalam pengajaran anda dalam bilik darjah. Ujian yang telah disediakan juga
dapat memberi gambaran dan cadangan untuk anda menyediakan ujian untuk
pelajar tetapi anda perlu mempertimbangkan dengan berhati-hati kesesuaian
ujian tersebut.
 pastikan anda mempunyai peralatan dan bahan yang diperlukan untuk mengajar
kandungan kursus yang telah dipilih. Agak memeranjatkan bagaimana seorang
guru cuba menunjukkan kepada pelajar satu teknik baru atau membantu mereka
mengendalikan peralatan baru tetapi mereka sendiri tidak mempunyai peralatan
tersebut dalam makmal atau bilik darjah. Jika anda tidak mempunyai alat untuk
mengajar maka anda perlu mengubahsuai kandungan kursus tersebut ataupun
anda boleh menjadi proaktif dengan mendapatkan sumber yang diperlukan
dengan menghubungi penyelia, pentadbir sekolah atau mendapatkannya dari
sumber lain seperti dari pembekal.

126
 Semak kemudahan yang ada dalam makmal bagi memastikan aktiviti yang
hendak dijalankan dapat dilaksanakan tanpa mengalami apa-apa kekangan atau
limitasi akibat kekurangan kemudahan. Ambil pendekatan proaktif bagi
menyelesaikan permasalahan tersebut.

Personaliti dan Professionalisme

Terdapat banyak atribut personal yang perlu dimiliki oleh guru pendidikan teknikal dan
vokasional. Sebagai seorang guru, anda menjadi contoh kepada pelajar terutama dari
segi penampilan professional, tutur kata, sikap dan tingkah laku dalam bilik darjah.
Adalah penting untuk anda membuat pertimbangan secara rasional, mengambil
tindakan yang bersesuaian dan menerima tanggungjawab dengan terbuka terhadap
apa juga akibat daripada perbuatan anda. Anda boleh membantu pelajar melihat
kepentingan kualiti yang disebutkan tadi dengan menunjukkan situasi dalam
persekitaran tempat kerja yang memerlukan mereka untuk membuat pertimbangan
yang baik dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

Anda perlu menunjukkan sikap positif dan menunjukkan penghargaan dan rasa hormat
terhadap profession perguruan. Tunjukkan kepada semua bahawa anda sangat
komited untuk membaiki dan memajukan diri dalam pendidikan, dan anda memahami
bahawa pengajaran memerlukan aktiviti yang berterusan. Komitmen anda dalam
pengajaran akan dapat membantu pelajar supaya lebih berminat dalam proses
pembelajaran dalam bilik darjah dan dalam bidang pekerjaan. Antara aktiviti-aktiviti
yang boleh meningkatkan tahap professionalisme dalam pengajaran ialah:
 Menghadiri kelas, bengkel, seminar dan aktiviti yang bersesuaian bagi
menguatkan kemahiran dalam pengajaran.
 Menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan
professional.
 Menggunakan jurnal dan bahan-bahan professional bagi menambaikan
kemahiran dan pengetahuan.

127
 Menghabiskan masa dengan pelajar.
 Berbincang dengan rakan sekerja berkaitan dengan pengajaran.

Mengenal Diri Anda

Keupayaan untuk menerima diri sendiri dan mengenalpasti


kekuatan dan kelemahan diri sepatutnya menjadi salah satu
matlamat utama anda sebagai guru pendidikan teknikal dan
vokasional. Sementara penilaian kendiri yang jujur boleh
membantu anda menyedari kekuatan dan limitasi tetapi adalah
penting juga untuk mendapatkan input dari rakan sekerja dan
para pelajar melalui penilaian formal dan perbincangan secara
informal. Jika anda berupaya untuk menerima maklum balas ini dengan cara yang
positif, maka anda sepatutnya boleh membina konsep kendiri yang baik dan
berkeyakinan dengan kebolehan sendiri.

Banyak aspek yang diperlukan untuk menjadi guru pendidikan teknikal dan vokasional
yang berjaya. Trait yang paling penting ialah berupaya memberikan komitmen kepada
pelajar dan diri sendiri. Kualiti terbaik diri anda yang digabungkan berupaya membantu
anda memberikan pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan oleh mereka.
Ukuran terbaik bagi keberkesanan anda sebagai guru ialah apa yang berlaku dalam
bilik darjah pada masa kini akan dapat menyediakan pelajar dengan baik dalam bidang
teknikal dan vokasional ini pada masa akan datang.

128
PENGAJARAN

Istilah “mengajar” ditakrifkan sebagai:

 menyenaraikan beberapa prinsip penting pembelajaran.


 menjelaskan dengan terperinci setiap empat langkah pengajaran.
 menulis objektif pengajaran dan pembelajaran

Salah satu perkara yang sukar bagi menjadi seorang guru


pendidikan teknikal dan vokasional ini ialah mengenai
jangkaan masyarakat yang sentiasa berubah. Peranan
kompleks guru pendidikan teknikal dan vokasional ini telah
dibentuk sejak bertahun-tahun melalui pengaruh sosial
dan sejarah. Pada tahun 1950an dan awal 1960an,
kebimbangan utama masyarakat ialah tingkah laku moral
guru pendidikan teknikal dan vokasional. Namun begitu, masyarakat hari ini lebih
mementingkan kebolehan guru mengajar tersebut dan pada masa yang sama turut
menunjukkan contoh yang baik dari segi moral kepada pelajar.

129
Apa Itu Pengajaran?

Terdapat banyak definisi tentang pengajaran. Ada yang ringkas dan ada yang
kompleks. Definisi terbaik berkaitan pengajaran ialah “mempelajari sesuatu”. Jika
tujuan pengajaran ialah untuk membantu pembelajaran, maka pengajaran boleh
didefinisikan secara ringkasnya sebagai “membantu pelajar belajar”. Walaupun definisi
ini sangat ringkas, proses yang dilakukan adalah rumit. Anda perlu mengkaji proses
yang terlibat, mengaplikasikannya dan membuat penilaian sepanjang kerjaya anda
sebagai guru.

Belajar untuk mengajar merupakan satu proses yang berterusan dan guru akan melalui
peringkat-peringkat yang boleh dijangkakan. Peringkat yang pertama ialah kemandirian
hidup. Guru yang baru mengajar biasanya berasa bimbang tentang kekurangan diri
mereka dalam hubungan interpersonal iaitu samada pelajar dapat menerima mereka
atau adakah mereka dapat mengawal bilik darjah. Peringkat kedua ialah, situasi
pengajaran itu sendiri. Guru semakin sedar tentang komitmen yang diperlukan bagi
memastikan pengajaran yang berkesan serta kemahiran mengajar yang lebih fleksibel
yang diperlukan oleh kepelbagaian pelajar dalam bilik darjah. Dalam peringkat terakhir,
guru semakin sedar tentang peranan personal, sosial dan keperluan pendidikan oleh
setiap orang pelajar mereka.

Bagaimana Pelajar Belajar?

Oleh kerana hasil daripada pengajaran yang baik adalah untuk belajar,
maka langkah pertama dalam pembelajaran ialah melihat bagaimana
individu dapat mempelajarinya.

130
1. Manusia belajar dengan baik apabila mereka bersedia untuk belajar. Mereka
yang mempunyai alasan untuk belajar dan mengetahui kebaikan untuk
mempelajari sesuatu biasanya akan lebih menerima dalam pembelajaran. Ini
bermaksud, pengajaran memerlukan kaedah lebih dari hanya menyampaikan
sesuatu maklumat. Sebagai guru pendidikan teknikal dan vokasional, anda perlu
membantu pelajar anda melihat kepentingan dan perkaitan tentang apa yang
mereka pelajari. Apabila mereka dapat berbuat demikian, maka mereka akan
lebih aktif dalam aktiviti pembelajaran.

2. Manusia belajar dengan lebih mudah apabila mereka mempelajari sesuatu yang
mereka telah ketahui. Apabila merancang arahan pengajaran, kaitkan perkara
yang baru dengan yang lama. Mulakan dengan sesuatu yang telah menjadi
kebiasaan kepada pelajar dan kemudian bina pengetahuan dan kemahiran yang
baru.

3. Manusia belajar langkah demi langkah. Arahan yang diberikan perlu dikelolakan
dengan baik dan mesti beredar dari konkrit ke abstrak atau dari perkara yang
diketahui kepada yang tidak diketahui. Pelajar belajar dengan baik apabila
mereka tahu di mana mereka pernah berada, di mana mereka akan pergi dan
bagaimana mereka hendak ke sana.

4. Manusia belajar dengan membuat sesuatu. Memberitahu


pelajar sesuatu bukanlah mengajar. Anda boleh
memberitahu pelajar bagaimana hendak membuat sesuatu
sebelum menunjukkan mereka bagaimana hendak membuatnya tetapi sehingga
mereka benar-benar mencuba melakukannya sendiri tidak ada proses
pembelajaran yang berlaku. Sebagai contoh, anda boleh memberitahu anak
anda bagaimana cara menunggang dan membuat demonstrasi bagaimana
hendak menunggang basikal. Tetapi anak itu belum mempelajari apa-apa
sekiranya dia belum mencuba sendiri untuk menunggang, jatuh, mencuba lagi
dan akhirnya berjaya menunggang basikal tersebut.

131
5. Semakin rajin manusia mempraktikkan apa yang mereka telah belajar semakin
banyak mereka memahaminya. Pengukuhan lazim melalui amalan aktiviti
praktikal sangat diperlukan dalam proses pembelajaran.

6. Kejayaan dalam pembelajaran menstimulasikan pembelajaran tambahan. Anda


perlu menyampaikan pengetahuan baru kepada pelajar dalam kuantiti yang kecil
supaya mereka dapat memahami dan melakukannya sehingga berjaya. Semakin
lama mereka belajar semakin banyak ilmu yang diperolehi. Kuncinya ialah
memberikan pelajar kuantiti pengajaran yang secukupnya sebagai cabaran untuk
mereka berjaya melakukannya.

7. Manusia memerlukan maklum balas segera untuk mengetahui samada mereka


benar-benar telah mempelajari apa yang telah diajar. Adalah penting untuk
menilai pembelajaran pelajar dengan kerap dan memberi pelajar maklumat
tentang pencapaian mereka dari masa ke masa.

Langkah-langkah Pengajaran
Salah-satu kaedah pengajaran yang berkesan tidak
menggunakan apa-apa inovasi atau gimik. Sebaliknya
ia menggunakan kaedah pengajaran biasa yang lama
dan tradisional namun didapati berkesan. Kaedah ini
mempunyai empat langkah yang terbukti boleh
membantu guru mengajar dengan lebih baik:
persediaan, penyampaian, aplikasi dan penilaian.

Langkah 1: Persediaan
Dalam langkah ini anda perlu memastikan segala persediaan dilakukan untuk
memastikan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah
menyediakan diri anda supaya anda tahu isi kandungan pelajaran dan bagaimana cara

132
anda menyampaikannya samada menyediakan bahan edaran atau bahan pengajaran,
menyediakan bengkel atau bilik darjah dan menyediakan pelajar dengan memaklumkan
kepada mereka apa yang bakal mereka pelajari serta ilmu atau kemahiran yang
diperlukan untuk melengkapkan pembelajaran tersebut.

Langkah 2: Penyampaian

Dalam langkah ini anda sebenarnya menyampaikan


bahan-bahan yang disediakan dalam langkah 1.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan
bagi menyampaikan pengetahuan. Ingat bahawa
adalah baik untuk mempelbagaikan kaedah
pengajaran berbanding dengan menggunakan satu
kaedah pengajaran sahaja.

Langkah 3: Aplikasi

Dalam langkah ini anda memberi peluang kepada


pelajar untuk mengaplikasikan apa yang mereka
pelajari. Ini merupakan satu langkah yang kriktikal.
Kebanyakan guru yang berpengalaman dalam bidang
pendidikan teknikal dan vokasional percaya bahawa ini
merupakan langkah yang paling penting. Tidak ada apa
pembelajaran yang berlaku sehinggalah pelajar mengaplikasikan pelbagai prinsip dan
kemahiran yang telah mereka pelajari. Sebagai contoh, jika pelajar belajar mengenai
kimpalan gas, langkah bagi mengaplikasi kemahiran tersebut ialah dengan meminta
pelajar membuat beberapa tugasan kimpalan gas yang sebenar. Jika pelajar belajar
mengenai auto mekanik, maka aplikasinya memerlukan pelajar membuat tune-up
ataupun apa-apa kerja secara hands-on.

133
Langkah 4: Penilaian
Dalam langkah ini, guru memastikan berapa banyak proses pembelajaran telah
dipelajari oleh murid. Terdapat beberapa teknik penilaian seperti ujian bertulis, ujian
kemahiran, pemerhatian dan kombinasi beberapa jenis ujian. Tidak kira apa kaedah
penilaian pun yang digunakan, adalah penting untuk memberi maklum balas secepat
mungkin ataupun dengan kadar segera kepada pelajar.

MEMBINA OBJEKTIF PENGAJARAN

Kebanyakan guru pendidikan teknikal dan vokasional telah mengenal pasti kelemahan
mereka dalam membina objektif yang jelas. Objektif ialah apa yang kita mahu pelajar
untuk belajar dan kuasai. Objektif kursus jarang dibuat dengan jelas samada pada
permulaan kursus atau semasa kursus dijalankan. Objektif yang dibuat jarang
bertepatan dengan matlamat pelajar mengambil kursus tersebut. Kita hanya mengajar
tetapi adakah pelajar benar-benar belajar?

Selalunya guru pendidikan teknikal dan vokasional menghabiskan masa berjam-jam


untuk membuat persediaan mengajar dan menyediakan peralatan dan bahan baru
tanpa bertanya kepada diri sendiri, ‘apa yang saya ingin pelajar belajar dan akhirnya
berkebolehan untuk membuat sesuatu setelah mereka menghabiskan kursus ini?’. Jika

134
soalan ini tidak dapat dijawab, maka guru tersebut tidak mempunyai kriteria yang
munasabah untuk memilih kaedah pengajaran tersebut dan beliau tidak akan
mengetahui apa yang telah dicapai oleh pelajar dalam kursus tersebut. Pelajar juga
tidak akan tahu samada mereka telah memenuhi kehendak kursus tersebut atau telah
menguasai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang
pekerjaan kelak.

Pengajaran merupakan satu proses perubahan dalam diri pelajar. Perubahan tersebut
mungkin sukar dicapai seperti membantu pelajar membina satu kerangka konseptual
yang baru. Sebarang bentuk perubahan bergantung kepada apa yang pendidik
mahukan pelajar untuk ketahui dan berkebolehan dalam membuat sesuatu. Objektif
pengajaran menunjukkan bagaimana pelajar patut berubah. Terdapat jalan bagaimana
untuk melalui proses pembelajaran, membantu kedua-dua guru dan pelajar untuk
mengetahui di mana mereka hendak pergi, bagaimana mereka hendak ke sana, dan
bagaimana mereka tahu bila mereka sudah sampai ke sana.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, sebahagian objektif


adalah ringkas dan senang untuk dicapai tetapi
sebahagiannya lebih kompleks. Terdapat beberapa
pendekatan dan pelbagai format untuk menulis objektif
pengajaran ini. Bagaimanapun, objektif pengajaran ini perlu
mengandungi tiga perkara:
 Apa yang boleh dilakukan oleh pelajar yang untuk menguasai objektif yang
ditetapkan?
 Dalam keadaan apa dia boleh melakukannya?
 Dengan standard apa yang boleh dilakukannya?
Apabila menulis objektif pengajaran, adalah lebih baik untuk menggunakan ayat yang
jelas. Sebagai contoh masukkan ayat seperti tulis, senarai, kenal pasti, dan
bandingkan. Contoh ayat yang kurang jelas ialah mengetahui, memahami dan
menghargai. Rajah 6.1 menunjukkan senarai semak bagi penilaian dan keberkesanan
objektif pengajaran.

135
Senarai semak bagi menilai Objektif Pengajaran

Gunakan senarai semak berikut untuk menilai keberkesanan objektif pengajaran.

1. Penyampaian: Adakah objektif tersebut ada menunjukkan apa yang akan dilakukan
oleh pelajar bagi menunjukkan bahawa mereka telah mencapai objektif tersebut?

YA TIDAK

2. Syarat: Adakah objektif menyebut syarat-syarat di mana pelajar perlu menunjukkan


kompetensi mereka?

YA TIDAK

3. Kriteria: Adakah objektif tersebut ada menjelaskan kriteria di mana pencapaian


pelajar boleh dipertimbangkan?

YA TIDAK

4. Tindakan verbal: Adakah setiap objektif yang dinyatakan menunjukkan tindakan


verbal yang sesuai?

YA TIDAK

5. Susunan: Adakah objektif yang pelbagai aras disusun mengikut susunan yang betul?

YA TIDAK

6. Berpusat pelajar: Adakah objektif tersebut menyatakan apa yang pelajar akan
lakukan?

YA TIDAK

7. Analisis : Adakah setiap objektif itu dibina berdasarkan analisis pekerjaan? (lihat Bab
4)Rajah 6.1: Senarai semak bagi menilai objektif pengajaran

YA TIDAK
136
KATA KUNCI

1. Ciri-ciri guru PTV 6. Pengajaran


2. Personaliti 7. Teknik belajar
3. Profesionalisme 8. Langkah-langkah pengajaran
4. Kekuatan diri 9. Objektif pengajaran
5. Kelemahan diri 10. Senarai semak

AKTIVITI APLIKASI PRAKTIKAL

1. Sediakan satu senarai berkaitan dengan ciri-ciri guru yang baik. Sebagai permulaan,
tanya guru-guru lain bagi mendapatkan idea. Dari situ, sediakan satu
senarai attributes yang anda fikir paling diperlukan untuk mengajar dengan baik dan
kemudian analisis diri anda terhadap ciri-ciri yang disebutkan itu.

2. Buat satu senarai kekuatan dan kelemahan anda sebagai guru. Bandingkan
dengan senarai yang telah dibuat di atas. Kenal pasti aspek-aspek utama yang
anda rasa perlu diperbaiki, dan pertimbangkan strategi untuk menjadi seorang guru
yang terbaik dalam aspek tersebut.

3. Buat satu senarai prinsip pembelajaran dengan meninggalkan ruang yang luas di
antara setiap prinsip. Di bawah setiap prinsip itu senaraikan perkara yang akan
anda lakukan sebagai pengajar bagi menjalankan prinsip tersebut. Kemudian buat
satu senarai tambahan yang anda boleh lakukan bagi memastikan setiap prinsip
pembelajaran dikawal selia dalam setiap langkah pengajaran iaiatu persediaan,
penyampaian, aplikasi dan penilaian dalam memberi panduan semasa mengajar.

137
4. Pilih satu isi pelajaran dari salah satu kursus. Buat satu senarai yang biasa dibuat
dalam menyediakan, menyampaikan, mengaplikasi dan menilai pelajaran tersebut.
Kemudian buat satu senarai baru tentang perkara yang boleh dilakukan pada masa
depan dalam setiap empat langkah tersebut bagi membaiki pengajaran anda.

UJIAN KENDIRI

1. Jelaskan maksud pengajaran dengan seringkas yang boleh


2. Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memulakan pengajaran
3. Terangkan mengenai kualiti yang sering dikaitkan dengan pengajaran yang baik
4. Bincangkan kriteria yang perlu digunakan bagi mengukur keberkesanan pengajaran
anda dalam bengkel ataupun bilik darjah
5. Huraikan domain-domain yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
terutama dalam PTV

BIBLIOGRAFI

Bartel, C. R. (1976). Instructional Analysis & Materials Development. American


Technical Society, Chicago.
Bott, P. A. (1987). Teaching Your Occupation to Others. National Publishers, Elmsford,
NY.
Chernow, F. B. & Chernow, C. (1981). Classroom Discipline and Control: 101 Practical
Techniques. Parker Publishing, West Nyack, New York.
Copa, G. & Moss, J. (1993). Planning and Vocational Education. McGraw-Hill, New
York.
Cummings, C. (1985). Teaching Makes A Difference. Snohomish Publishing Company,
Snohomish, WA.

138
Dewey, J. (1897). My pedagogic creed. The School Journal, Volume LIV, Number 3: 77-
80
Dewey, J. (1933). How we think. Boston: D. C. Heath & Company.
Dewey, J. (1942). The school and society. Chicago: University of Chicago Press.
Duenk, L. G. (1993). Improving Vocational Curriculum. Goodheart-Wilcox Publishers,
South Holland, IL.
Edmunds, N.A. & Smith, C.L. (1996). Learning How To Teach. Alexandria, VA:
American Vocational Association.
Evans, R. & Terry, D. (1971). Changing The Role of Vocational Teacher Education.
Mcknight & McKnight Publishing, Bloomington, IL.
Finch, C. & Crunkilton, J. (1993). Curriculum Development in Vocational & Technical
Education. Allyn & Bacon, Needham Heights, MA.
Frantz, N. R. Jr. (1974). Individualized Instructional Systems for Vocational & Technical
Education: A Series of Instructional Modules. Vocational Instructional Systems,
Athens, GA.
Fryklund, V. C. (1970). Occupational Analysis techniques and Procedures. Bruce
Publishing Company, New York.
Hanak, R. M. (1980). Lesson Planning for Meaningful Variety in Teaching. National
Education Association, Washington, DC.
House, E. & Lapan, S. (1978). Survival in the Classroom. Griffon Press, Urbana, IL.
Investing in Our Children. Committee for Economic Development (1985).
Lehr, J. & Harris, H. W. (1989). At Risk, Low-Achieving Students in the Classroom.
National Education Association, Washington, DC.
Littrell, J. J. (1970). Guide to Industrial Teaching. Chas. A. Bennet, Peoria, IL.
Mager, R. F. (1984). Measuring Instructional Results (or Got a Match?). Lake
Publishing, Belmont, CA.
Mager, R. F. (1984). Preparing Instructional Objectives. Lake Publishing, Belmont, CA.
Micheels, W. & M. Ray Karnes, M. R. (1950). Measuring Educational Achievement.
McGraw-Hill, New York.

139
Miller, M. D. (1985). Principles and A Philosophy For Vocational Education. The
National Center for Research in Vocational Education, The Ohio State University,
Ohio.
Miller, W. R. (1990). Instructors and Their Jobs. American Technical Publishers,
Homewood, IL.
Patterson, J. L. (1993). Leadership for Tomorrow’s Schools. Association for Supervision
and Curriculum Development, Alexandria, VA.
Prosser, C. A., & Allen, C. R., (1925). Vocational education in a democracy. New York:
Century Company.
Silvernail, D. L. (1986). Teaching Styles As Related to Student Achievement. National
Education Association, Washington, DC.
Silvius, G. H. & Bohn, R. (1976). Planning and Organizing Instruction. McKnight
Publishing Company, Bloomington, IL.
Smith, J. K. & Smith, L.G. (1994). Education Today: The Foundations of A Profession.
St. Martin’s, New York.
What Works: Research About Teaching and Learning (1987). U.S. Department of
Education, Washington, DC.

140
BAB 7

TREN DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, anda diharap dapat:
1. menyenaraikan beberapa tren dalam PTV
2. membuat perbandingan di antara beberapa model baru dalam PTV
3. membincangkan model REACT dalam pembelajaran kontekstual
4. membincangkan falsafah yang mendasari konsep SLDN
5. menerangkan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat

PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan tentang beberapa tren dalam Pendidikan Teknikal dan
Vokasional termasuk perantisan moden, Tech-Prep, Sistem Latihan Dual Nasional
(SLDN) serta pembelajaran sepanjang hayat.

141
Perantisan Moden

Siapa itu Perantis?


Individu yang menyambung pembelajaran sambil bekerja melalui ‘on-the-job-training’
di bawah pengawasan seseorang yang lebih mahir dalam bidang yang dipilih oleh
individu tersebut. Secara tradisi, seorang perantis adalah seorang anak muda yang
diambil bekerja oleh tukang yang mahir (mastercraftsman) untuk mempelajari
kemahiran daripada tukang mahir. Pada waktu itu perantis tersebut tidak akan
dibayar gaji atau elaun sebaliknya diberikan tempat tinggal dan makanan. Namun,
sekarang situasi berbeza di mana, perantis akan menerima bayaran dan elaun-elaun
tertentu dari majikannya.

Apa itu Perantisan?

Satu sistem latihan berstruktur untuk menghasilkan lebih ramai pekerja atau pekerja
pelapis yang mempunyai kompetensi dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Maka,
industri tidak akan kekurangan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan
perkembangan industri tersebut atau pun apabila pekerja mahir sedia ada bersara.
Apprentice akan menjalani latihan secara ‘on-the-job-training’ dengan majikan yang
tertentu dan dibayar elaun. Dalam hal ini, kos untuk latihan dibiayai oleh kerajaan
dan/atau majikan yang terlibat.

Bagi sesetengah majikan, program perantisan tidak dijalankan dengan kerjasama


pihak kerajaan sebaliknya sebagai laluan kepada pekerja yang baharu untuk
menerima pengalaman dan memperbaiki kemahiran serta meningkatkan kompetensi
sebelum boleh berupaya berdikari dalam menjalankan kerja mereka. Seseorang
142
perantis akan diberikan tempoh tertentu dan perlu melalui beberapa ujian praktikal
sebelum boleh bergelar seorang pekerja mahir, bergantung kepada bidang yang
diceburi dan majikan yang terlibat.

Tech Prep

Satu kerangka strategi untuk teori pengajaran dan


pembelajaran kontekstual yang menumpukan
peningkatan pencapaian akademik pelajar
pertengahan. Pelajar golongan pertengahan
kadang kala kurang diberi perhatian di sekolah.
Pencapaian yang sederhana atau lemah dalam
akademik bukanlah satu pengukuran bahawa
mereka tidak boleh berjaya dalam hidup. Golongan
ini mungkin lebih berjaya berbanding golongan
pelajar cemerlang akademik apabila bidang yang diminati, bakat dan kecenderungan
mereka dapat dikenal pasti. Walau bagaimanapun, sebelum perkara-perkara
tersebut dapat dikenal pasti dan disedari oleh pelajar itu sendiri, mereka perlu

143
terlebih dahulu mempunyai minat untuk mengikuti sesi pembelajaran mengikut
kurikulum yang disediakan. Walaupun menarik minat dan meningkatkan motivasi
belajar mereka merupakan satu cabaran yang hebat, kerangka strategi ini dapat
membantu guru mencapai matlamat tersebut.

Tech prep bukan sahaja dapat membuka jalan kepada pelajar-pelajar yang kurang
cemerlang dalam akademik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi, tetapi juga dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran-
kemahiran yang sangat diperlukan dalam alam pekerjaan. Seiring dengan
perkembangan teknologi dan kemajuan industri, majikan kini bukan sahaja mahu
pekerja yang mampu menerima dan melakukan arahan tetapi juga sentiasa
meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang baru, mampu membuat
perubahan yang kreatif, menyelesaikan masalah dan bekerjasama dalam kumpulan.
Dalam erti kata lain, pekerja yang aktif lebih dihargai daripada pekerja yang pasif.

Teori pembelajaran kontekstual – pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar


memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang boleh diterima
akal. Teori pembelajaran kontekstual menekankan kepada pelbagai aspek
persekitaran pembelajaran sama ada bilik darjah, makmal sains, makmal komputer,
bengkel dan lain-lain. Teori ini menggalakkan tenaga pengajar menggabungkan
seberapa banyak pengalaman yang mungkin seperti pengalaman dari segi sosial,
kebudayaan, psikologi dan fizikal. Kurikulum yang berasaskan strategi ini disusun
atur supaya menggalakkan lima bentuk pembelajaran yang penting.

Relating (Menghubung kaitkan)

Experiencing (Menimba pengalaman)

Applying (Mengaplikasikan)

Cooperating (Bekerjasama)

Transferring (Memindahkan)

144
Lima bentuk pembelajaran:

a. Relating – pembelajaran yang berasaskan pengalaman hidup di mana


pembelajaran dikaitkan dengan sesuatu situasi atau keadaan yang pernah
dialami oleh pelajar. Guru perlu terlebih dahulu menarik perhatian pelajar kepada
situasi yang biasa pelajar lihat, dengar atau alami dalam kehidupan seharian
mereka. Situasi tersebut akan dihubung kaitkan dengan maklumat baru yang
perlu dipelajari atau masalah baru yang perlu diselesaikan.

b. Experiencing – pembelajaran yang diperolehi melalui penerokaan, penemuan


atau rekaan. Sejauh mana guru dapat menarik minat dan meningkatkan motivasi
pelajar untuk mengikuti P&P melalui penggunaan video atau BBM yang lain,
pembelajaran masih dalam bentuk pasif melainkan pelajar dapat
memanipulasikan sendiri peralatan dan bahan-bahan yang diberikan. Selain itu,
pelajar juga dapat meningkatkan pembelajaran mereka melalui penyelidikan atau
eksperimen seperti dalam makmal atau bengkel.

c. Applying – dalam pembelajaran kontekstual, aplikasi ini merujuk kepada aktiviti-


aktiviti yang menjurus kepada sesuatu pekerjaan. Pelajar kurang atau tidak
mempunyai pendedahan kepada sesuatu pekerjaan yang sebenar melainkan
apa yang didedahkan oleh media cetak atau media massa. Guru boleh
menjalankan lawatan tapak atau mengadakan latihan industri bagi membolehkan
pelajar mengaplikasikan maklumat baru yang mereka perolehi secara praktikal.

d. Cooperating – pembelajaran yang menekankan perkongsian dan komunikasi


antara pelajar. Majikan dalam dunia pekerjaan sangat menghargai pekerja yang

145
dapat berkomunikasi dengan berkesan, berkongsi maklumat dan bekerja dalam
kumpulan. Maka, kemahiran-kemahiran ini perlu diterapkan dalam diri pelajar
sejak mereka di bangku sekolah lagi. Guru boleh mengarahkan pelajar supaya
bekerja dalam kumpulan atau secara berdua semasa di dalam makmal atau
bengkel. Melalui kaedah ini, pelajar perlu membuat pembahagian tugas,
melakukan pemerhatian, membuat perbincangan dan memberikan cadangan
untuk menjayakan aktiviti berkumpulan tersebut. Secara tidak langsung,
kemahiran-kemahiran yang amat mereka perlukan semasa dalam alam
pekerjaan kelak dapat dipupuk.

e. Transferring – pembelajaran yang berasaskan pengetahuan sedia ada pelajar.


Kaedah yang hampir sama dengan ‘relating’. Kita kadang kala berasa takut untuk
mencuba sesuatu yang baru. Kita kadang-kadang cuba mengelakkan daripada
melalui jalan yang kita tidak pernah lalu, tidak mencuba makanan yang tidak
pernah kita rasa disebabkan perasaan takut atau tidak yakin untuk mencuba.
Pelajar didedahkan dengan pelbagai jenis dan situasi pembelajaran yang baru
setiap hari. Maka, guru perlu membantu pelajar supaya mempunyai keyakinan
dan tidak takut dalam melalui pelbagai pengalaman belajar yang baru
berdasarkan dengan apa yang telah mereka pelajari sebelum itu.

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

146
Apa itu SLDN?

Bermula pada tahun 2005, SLDN adalah latihan di dalam dua situasi pembelajaran,
tempat kerja yang sebenar dan institut latihan. Ianya dikendalikan melalui
usahasama antara syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan. Pelatih akan
menjalani 70- 80% latihan amali di dalam situasi pekerjaan sebenar dan 20-30%
kelas teori yang berkaitan di pusat latihan. Ia diperkenalkan untuk menghasilkan
pekerja mahir yang bersesuaian dengan kehendak industri dan mengurangkan
masalah ketidaksesuaian antara kemahiran pekerja dengan kehendak industri.
Maka, bukan sahaja keperluan tenaga mahir yang sangat diperlukan oleh pihak
industri dipenuhi malah para pelatih mendapat pendedahan awal kepada dunia
pekerjaan yang sebenar. Terdapat dua jenis kaedah yang dijalankan:

a. Day Release System


- Contohnya latihan amali selama 4 hari di dalam
syarikat dan diikuti oleh satu hari kelas teori yang
berkaitan di pusat latihan.

b. Block Release System ( jika perlu )


- Contohnya 3-4 bulan latihan praktikal diikuti dengan
1-4 minggu kelas teori berkaitan.

147
SLDN boleh diikuti oleh lepasan SPM dan/atau pekerja yang sedang bekerja yang
telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat. Walau bagaimanapun, pihak syarikat tidak
terikat untuk menawarkan pekerjaan selepas tamat latihan. Pelatih akan menerima
elaun sekiranya latihan dijalankan adalah dalam tempoh dua tahun. Pelatih juga
akan menerima sijil K-Pekerja, setaraf dengan SKM Tahap 3 atau DKM
Kelayakan (Tahap 4) atau DLKM (Tahap 5) yang diluluskan oleh JPK
dan pertubuhan majikan yang berkaitan.

Kepentingan SLDN

Dalam era globalisasi, perkembangan teknologi dan


industri berkembang dengan sangat pantas. Maka,
proses kerja dalam industri juga turut berubah
dengan pantas. Ini bermakna keperluan tenaga kerja
mahir dengan kelayakan yang bersesuaian dengan
keperluan industri semasa amat penting. Salah satu cara yang berkesan dalam
menghasilkan pekerja yang berkompetensi tinggi sebegini adalah dengan
memberikan latihan yang berasaskan industri dan latihan tersebut juga dijalankan
dalam tempat bekerja yang sebenar. Pekerja yang dihasilkan ini juga bukan sahaja
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi tetapi juga
mempunyai personaliti yang bersesuaian dengan pekerjaan tersebut.

148
Faedah

a. Faedah kepada Majikan/Syarikat

i. Insentif Kewangan

 Mengurangkan kos pengambilan pekerja mahir dari segi latihan, penilaian,


pengiklanan dan pemilihan.
 Layak mendapat potongan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
atau layak menuntut bayaran latihan daripada Tabung Pembangunan
Sumber Manusia (TPSM) untuk syarikat /majikan yang layak.

ii. Peningkatan Kualiti Produktiviti

 Meningkatkan kualiti kerja kerana pekerja yang dilatih adalah mengikut


keperluan di industri.
 Meningkatkan produktiviti kerana pekerja yang mengikuti SLDN boleh
memenuhi keperluan pekerjaan sepenuhnya.
 Meningkatkan daya saing kerana syarikat/ majikan dibekalkan dengan
pekerja mahir yang releven dan mencukupi.
 Meningkatkan penggunaan teknologi baru yang lebih efisen kerana
perantis SLDN diberi pendedahan kepada pelbagai teknologi terkini
semasa proses pembelajaran.

iii. Pembangunan Human Capacity

 Meningkatkan kualiti kerana latihan yang dijalani sepanjang tempoh yang


ditetapkan berdasarkan kepelbagaian proses kerja industri.
 Memberi kesan positif dari segi prestasi pekerja dan kepuasan pekerja.
 Meningkatkan imej syarikat/ majikan sebagai pengeluar K-Pekerja bagi
melaksanakan tanggungjawab sosial negara.
 Membantu mewujudkan satu mekanisma tambahan bagi tujuan kenaikan
pangkat dan meningkatkan kemahiran pekerja sediada.
 Memberi peluang kepada pekerja mahir sediada di industri didedahkan
dengan ilmu dan kemahiran kejurulatihan.

149
b. Faedah kepada pelatih
i. Elaun
ii. Persijilan
iii. Pembangunan kerjaya

Kurikulum SLDN

National Occupational Core Curriculum atau NOCC adalah kurikulum yang


digunakan dalam SLDN. Ia merupakan dokumen kerangka latihan yang perlu
dijalankan oleh pihak syarikat dan institusi latihan merangkumi teori dan latihan
praktikal seiring dengan kemajuan teknologi dalam menghasilkan pekerja yang
mantap. Dokumen ini digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, dokumen ini juga digunakan sebagai garis panduan dalam menyediakan
bahan dan keperluan latihan. Dokumen ini juga digunakan penentuan standard
pencapaian dan kualiti kemahiran pelatih serta menjadi sumber rujukan dalam
penyediaan tugasan pelatih.

150
151
Pembelajaran Sepanjang Hayat

“When planning for a year – sow corn. When planning for a decade – plant trees.
When planning for a lifetime – train and educate men.
(Longworth & Davies, 1996)

Definisi
Semua aktiviti pembelajaran yang dijalankan
sepanjang hayat seseorang individu melalui
pengalaman sama ada formal (latihan, kaunseling,
tujuk ajar, mentor, apprenticeship, pendidikan
tinggi) atau tidak formal (kehidupan seharian).
Pembelaran ini juga boleh berlaku secara sukarela
untuk sebab-sebab peribadi atau professional bagi
perkembangan kendiri, meningkatkan daya saing
dan juga keboleh pasaran (employability).

152
Konsep

Pendidikan dan latihan berubah dengan pantas ke arah pendidikan dan latihan yang
lebih meluas merangkumi pelbagai lapisan dan peringkat individu dan lebih baik.
Peningkatan daripada jenis kursus yang ditawarkan dan kandungan kursus yang
lebih menepati kehendak semasa

SOALAN IDEA

REFLEKSI

Pembelajaran yang sebenar bukan sekadar menghafal fakta tetapi merangkumi


aspek yang lebih luas. Pembelajaran disifatkan sebagai roda di mana akan timbul
persoalan-persoalan yang membawa kepada penjanaan idea. Idea tersebut akan
diuji selidik dan menghasilkan refleksi yang membawa kepada persoalan baru.
Proses tersebut akan berulang dan menghasilkan lebih dari satu putaran. (Charles
Handy, 1992 dalam Longworth dan Davies, 1996). Maka, selagi putaran itu tidak
berhenti pembelajaran akan sentiasa berlaku sepanjang hayat. Ilmu pengetahuan,
pengalaman dan penemuan baru akan sentiasa diperolehi sepanjang proses
pembelajaran tersebut.

153
Kepentingan

 Mengemaskini pengetahuan
 Membangunkan kemahiran dan kecekapan baru
 Mengurus perubahan yang berterusan
 Mendapatkan pandangan jauh
 Memahami perkembangan
 Pembangunan kendiri, profesional dan intelek
 Mengekalkan daya saing, employability dan produktiviti
 Menggalakkan penyertaan sosial
 Menggalakkan kebebasan bersuara dan pendapat
 Meningkatkan pilihan dan opsyen peribadi
 Membolehkan penyesuaian kepada masyarakat maklumat
 Mewujudkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi

KATA KUNCI
1. Perantisan Moden 8. Human Capacity
2. On-the –job-training 9. K-pekerja
3. Tech prep 10. NOCC
4. Teori pembelajaran kontekstual 11. Standard pencapaian
5. REACT 12. Kualiti kemahiran
6. SLDN 13. Pembelajaran Sepanjang Hayat
7. Produktiviti 14. Employability

UJIAN KENDIRI

1. Bincangkan dan buat perbandingan antara tren dalam PTV berikut:


a. Perantisan moden
b. Tech prep
c. Sistem Latihan Dual Nasional
d. Pembelajaran Sepanjang Hayat

154
2. Pilih satu tajuk dalam mana-mana subjek PTV. Rancang aktiviti P&P untuk
tajuk tersebut menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual.

3. Huraikan faedah-faedah program SLDN kepada pelajar dan pihak majikan.

4. Negara kita sekarang menuju ke arah ekonomi berasaskan inovasi. Sebagai


seorang guru teknikal, bincangkan bagaimana pembelajaran sepanjang hayat
boleh meningkatkan inovasi dalam kalangan pelajar teknikal dan vokasional

BIBLIOGRAFI

Laman web rasmi Kementerian Pembangunan Sumber Manusia


(http://www.hrdf.com.my/)
Teaching Mathematics Contectually. The Cornerstone of Tech Prep, 1999. Center
for Occupational Research and Development (CORD). United States of
America.
Hull, D. & Grevelle, J. (1998). Tech Prep: The Next Generation. Center for
Occupational Research and Development (CORD) Inc. United States of
America.
Laman web rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber
Manusia (www.dsd.gov.my/)
Longworth, N. & Davies, W. K. (1996). Lifelong Learning: New Vision, New
Implications, New Roles for People, Organizations, Nations and Communities
in The 21st Century. Kogan Page, London.

142

Anda mungkin juga menyukai