Panduan Tulis Laporan
Panduan Tulis Laporan
Pendidikan
UNIT 5
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda diharap akan dapat
PENGENALAN
Terdapat pelbagai cara, gaya dan pendekatan dalam menulis laporan kajian tindakan. Kepelbagaian
ini banyak bergantung kepada orientasi disiplin penyelidik, audien yang disasarkan, pendekatan
kajian yang digunakan serta tujuan kajian. Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diberi
perhatian sebelum memulakan penulisan laporan. Unit ini akan menjelaskan tentang persediaan
yang perlu dibuat semasa menulis laporan kajian serta format yang biasa digunakan dalam
laporan kajian tindakan. Satu contoh laporan kajian tindakan disertakan sebagai panduan
melaporkan kajian tindakan.
ISI KANDUNGAN
Persediaan untuk menulis
Andaikan anda hendak membuat laporan tentang kemajuan pelajar anda kepada
pengetua/guru besar, guru, murid dan ibu bapa, adakah anda akan memberikan
laporan yang sama atau pun laporan yang berbeza?
Mengikut McNiff, Lomas dan Whitehead (1996), penulisan laporan kajian memerlukan penyampaian
yang jelas dan tepat. Apa yang dimasukkan ke dalam laporan bergantung kepada tujuan kajian dan
audien yang disasarkan. Kedua-dua faktor ini menentukan gaya dan kandungan yang paling sesuai.
Mereka seterusnya membezakan jenis dan bentuk kandungan yang menjadi minat dan
perhatian kepada:
Oleh kerana tumpuan utama kajian tindakan adalah untuk mengambil tindakan yang sesuai
bagi meningkat amalan atau membuat perubahan yang memberi kesan positif kepada penyelidik,
partisipan dan institusi, maka kebanyakan penyelidik kajian tindakan tidak begitu memberikan
penekanan kepada menulis laporan kajian tindakan yang mereka jalankan. Adalah sukar bagi
penyelidik guru misalnya
untuk mencari masa serta membina kecenderongan untuk menulis hasil kajian tindakan
mereka. Kebanyakan guru yang terlibat dalam kajian tindakan hanya melihat dan cuba memahami
kesan apa yang mereka lakukan dalam bilik darjah serta apa yang pelajar mereka telah pelajari
daripada intervensi atau tindakan yang telah dilakukan. Mereka tidak nampak perlunya
berkongsi apa yang mereka telah pelajari daripada kajian tindakan yang mereka jalankan
dengan orang lain.
Dalam hubungan ini, Mills (2003) berpendapat bahawa guru harus nampak dengan jelas
kepentingan dan faedahnya melaporkan kajian tindakan yang mereka jalankan. Menulis dapat
membantu pengkaji lebih memahami cerita yang cuba hendak disampaikan. Di samping itu laporan
dapat menyediakan rekod yang kekal dan boleh diakses untuk kegunaan profesional dan
personal. Menurut Mills lagi, terdapat nilai-nilai tertentu dalam menulis laporan kajian. Proses
menulis memerlukan pengkaji menjelaskan makna-makna tertentu, dan ini memerlukan pengkaji
memilih perkataan-perkataan dengan teliti, menjelaskan dengan teliti apa yang dialami atau yang
diperhati, serta membuat refleksi terhadap pengalaman yang dilalui semasa menjalankan kajian.
Secara lebih khusus lagi, dalam kerja- kerja menulis kajian, perkara-perkara berikut perlu diberi
pehatian:
Kejelasan – menulis laporan kajian memerlukan kejelasan dan ketepatan bahan yang cuba
hendak disampaikan.
Validasi – menerbitkan kajian serta maklumbalas yang diperolehi daripada penilai atau
pembaca akan sedikit sebanyak mengesahkan apa yang kita buat dan cuba
sampaikan
Empowermen – membuat refleksi ke atas amalan melalui penulisan akan mengupaya
pengkaji mencabar tahap dan status amalan yang sedia ada
Generatif – penulisan merupakan aktiviti generatif yang terjelma dalam bentuk produk, iaitu
sesuatu yang jelas nampak yang boleh dikongsi dengan rakan sekerja serta audien yang
lebih luas
Pencapaian – menulis laporan kajian boleh memberikan perasaan yang kita telah
mencapai sesuatu. Kita merasa dihargai dan teruja apabila rakan sekerja membaca
hasil kajian kita.
Sebagai persediaan untuk menulis laporan kajian tindakan, terdapat beberapa perkara yang perlu
ditentukan terlebih dahulu. Perkara-perkara tersebut mengikut Merriam (2001) adalah:
i. menentukan audien
ii. memilih fokus
iii. merangka susun atur laporan
Berkait dengan mengambil keputusan tentang kepada siapa laporan tersebut ditujukan, perlu
ditentukan siapakah audien yang akan membaca dan meneliti laporan. Ini perlu kerana kelompok
dan jenis audien akan memberikan gambaran tentang apakah kandungan yang akan dipaparkan,
apa yang perlu ditekankan, tahap dan kompleksiti yang diperlukan untuk menyampaikan fakta dan
idea penting dalam laporan. Apabila sudah jelas tentang siapa yang akan membaca laporan, kita
boleh bertanya apakah yang audien hendak tahu tentang kajian yang dibuat. Jawapan kepada
soalan itu akan dapat membantu menstruktur kandungan laporan dan seterusnya menentukan gaya
persembahan laporan.
Audien yang biasanya berminat tentang hasil kajian mungkin terdiri daripada orang awam, pembuat
dasar, agensi yang memberi geran, pengamal, masyarakat saintifik ataupun ahli di tempat
kajian. Setiap audien mempunyai minat yang berbeza dalam kajian yang dijalankan dan
memerlukan pendekatan laporan yang berbeza. Oleh itu, penentuan audien sepatutnya dapat
membantu penyelidik mendefinisi penekanan pelbagai komponen dalam laporan penyelidikan.
McNiff, Lomas dan Whitehead (1996) menjelaskan bahawa tidak kira siapakah audien yang
disasarkan laporan, penyelidik perlu membuat dua keputusan yang penting iaitu apakah kandungan
yang akan dilaporkan? Dan bagaimanakah laporan akan disampaikan?
Tidak ada satu format yang standard untuk melaporkan kajian tindakan. Kandungan laporan kajian
kes misalnya bergantung kepada minat audien yang disasarkan laporan serta tujuan pengkaji
menjalankan kajian. Pengamal atau orang awam misalnya tidak begitu berminat tentang maklumat
berkaitan dengan metodologi kajian. Rakan sekerja penyelidik serta lain-lain penyelidik memandang
maklumat tersebut sebagai penting dalam menilai sumbangan kajian tersebut kepada bidang
yang dikaji.
Biasanya semua laporan membincangkan tentang bentuk permasalahan kajian, cara dan prosedur
kajian dijalankan (metodologi) serta dapatan kajian. Bahagian permasalahan kajian termasuk
rujukan kepada literatur, kerangka teoretikal kajian, pernyataan masalah, tujuan kajian serta soalan
kajian. Bahagian metodologi pula termasuk bagaimana sampelan dipilih, bagaimana data
dikumpul dan dianalisis serta apakah ukuran yang digunakan untuk menentukan kesahan dan
kebolehpercayaan. Bahagian dapatan kajian biasanya menjelaskan tentang dapatan yang
diperolehi daripada data yang dianalisis. Ia merupakan hasil kajian di mana pengkaji belajar serta
memahami fenomena yang dikaji.
Rangka susun atur laporan biasanya akan memandu tugas menulis kepada unit-unit yang
mudah diurus. Daripada rangka susun atur tersebut, boleh dimulakan menulis draf pertama
laporan. Menulis draf pertama adalah merupakan fasa yang banyak memerlukan masa dan
tenaga. Draf pertama laporan boleh diberikan kepada rakan sekerja, rakan atau pun partisipan
kajian untuk mendapatkan komen. Berdasarkan komen mereka serta pembaikan yang dibuat
melalui kerja-kerja mengedit oleh pengkaji, akan dapat diperbaiki lagi draf laporan.
Pelaporan perlu memenuhi lima langkah asas kajian tindakan iaitu tinjauan awal, bertindak,
merancang, memerhati dan mereflek. Secara umumnya format laporan kajian tindakan perlu
mengandungi komponen-komponen berikut:
Isi Kandungan
Penghargaan
Abstrak
Fokus kajian: Refleksi Awal P & P lalu
Isu Keperihatinan
Objektif Kajian
Soalan Kajian
Kumpulan Sasaran
Merancang Tindakan
Menjalankan Tindakan
Memantau dan Menilai Tindakan
Cadangan Kajian Seterusnya
Bibliografi
Lampiran
Di bahagian akhir laporan, tuliskan refleksi penyelidik ke atas proses kajian tindakan, kesannya
kepada amalan pengajaran, dan pandangan tentang pengajaran hasil daripada tindakan yang telah
dijalankan. Bagaimanakah kajian tindakan telah mengubah pandangan penyelidik terhadap
pengajaran, dan apakah yang telah pelajari daripada kajian. Yang jelasnya, langkah-langkah di atas
merupakan satu kerangka umum yang boleh diikuti sebagai panduan dalam menulis laporan kajian
tindakan. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat variasi serta keindividualan dalam
penulisan kajian tindakan.
RUMUSAN
Terdapat beberapa sebab mengapa penulisan laporan kajian tindakan perlu dibuat walaupun pada
umumnya penyelidik guru tidak begitu mengambil berat tentang menulis pengalaman mereka ke
atas tindakan serta perubahan-perubahan yang telah dibuat. Selain daripada dapat lebih mendalami
apa yang telah dijalankan dalam proses kajian tindakan, ianya juga dapat meningkatkan
pemahaman penyelidik tentang tindakan serta kesannya ke atas amalan penyelidik serta pelajar.
Dengan ertikata lain, dengan cuba menulis apa yang telah dikaji, menjadikan penyelidik lebih sedar
tentang apakah masalah yang cuba diselesaikan atau yang cuba dibaiki serta pentingnya
berkongsi pengalaman tersebut dengan orang lain.
KATA KUNCI
1. Laporan kajian
2. Format
3. Audien
RUJUKAN
Bogdan, R.C. & Biklen, S.K., (1998) Qualitative Research for Education, An Introduction to Theory and
Methods, 3rd Ed., Boston:Allyn & Bacon
Mills, G.E. (2003). Action research: A guide for the teacher researcher, 2nd Ed., Upper Saddle River NJ:
Merrill.
Othman Lebar, (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim:
Penerbit UPSI
Anda dikehendaki mendapatkan satu laporan kajian tindakan guru yang telah
dijalankan. Sila teliti dan nilai laporan kajian tindakan tersebut dengan
menggunakan kriteria penilaian yang diberi di bawah. Anda dikehendaki mengisi
Borang A dan Borang B dengan memberikan skor yang sesuai. Sila sediakan satu laporan penilaian
anda tidak melebihi lima (5) muka surat.
1.1 Tajuk
1.2 Abstrak
1.3 Bab Pengenalan
1.4 Bab Sorotan Literatur
1.5 Bab Metodologi
1.6 Bab Dapatan Kajian
1.7 Bab Perbincangan dan Kesimpulan
1.8 Bibliografi
1.9 Lampiran (jika ada)
Jumlah
Kriteria Penilaian Laporan Kajian Tindakan
1. Tajuk
Pendek dan ringkas (biasanya 15 perkataan atau kurang) serta jelas dalam menunjukkan tentang
kajian yang dijalankan
2. Abstrak
Menjelaskan aspek-aspek yang penting dalam kajian – termasuk pernyataan masalah, populasi
dan sampelan, pembolehubah bebas dan bersandar, instrumen yang digunakan, rekabentuk,
dapatan kajian yang utama dan kesimpulan
3. Pengenalan
4. Metod kajian
5. Keputusan kajian
Mengemukakan dapatan kajian dengan penggunaan jadual dan rajah yang sesuai.
Perlu dijelaskan teknik analisis dan interpretasi yang digunakan.
6. Perbincangan
7. Rujukan