Anda di halaman 1dari 2

Gerakan Pengguna Negeri (GPN) dipengerusikan oleh Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri (GPN) iaitu

Pengarah Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan
dianggotai oleh Pengerusi Bersama dan wakil-wakil dari persatuan pengguna, perwakilan dari badan-
badan perniagaan Negeri, Agensi-Agensi Kerajaan diperingkat Negeri dan Pengerusi Gerakan Pengguna
Daerah (GPD). GPN ditubuhkan untuk menyediakan satu forum rasmi bagi membincang dan mengatasi
permasalahan pengguna di peringkat negeri. Ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian untuk
memberi perhatian kepada lebih ramai penduduk khasnya di peringkat negeri dan daerah yang pada
masa ini kekurangan saluran untuk menyuarakan kemusykilan mereka. Dengan adanya GPN,
Kementerian telah mewujudkan satu saluran membolehkan semua pihak untuk sama-sama
membincang dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pengguna.

Gerakan Pengguna Daerah (GPD) dipengerusikan oleh Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan pengerusi bersama terdiri dari GPD yang dilantik,
serta keanggotaan oleh wakil persatuan pengguna peringkat daerah, perwakilan dari badan-badan
perniagaan setempat, Agensi-Agensi Kerajaan peringkat daerah, serta individu yang aktif dalam bidang
kepenggunaan. Tugas-tugas GPD merangkumi perkara-perkara berikut :-

Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan bagi peringkat daerah;

Memberi pandangan kepada Gerakan Pengguna Negeri (GPN) dalam sebarang perkara yang berkaitan
dengan kepenggunaan;

Membantu, menyiasat dan mengemukakan isu-isu kepenggunaan di peringkat daerah;

Membantu menggerakkan Skuad Pengguna;

Membantu dalam program/aktiviti Anjuran KPDNHEP Negeri dan cawangan;

KPDNHEP juga sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti persatuan atau pertubuhan pengguna
diperingkat daerah dan negeri. Selain itu, KPDNHEP juga menjalinkan kerjasama yang erat dengan
persatuan / pertubuhan pengguna dalam melaksanakan program-program pendidikan pengguna di
seluruh negara. Perkara ini selaras dengan hasrat Kementerian bagi mewujudkan kerjasama tiga
peringkat antara Kerajaan, badan bukan kerajaan dan pengguna di mana Kementerian bertindak sebagai
pemudahcara dalam sebarang isu berkaitan.

PKP diperkenalkan pada tahun 2019 dengan tugas dan tanggungjawab untuk membantu Kementerian
melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan serta menjadi medium perantara bagi pihak komuniti
dengan Kementerian. Antara bidang tugas PKP adalah:
Membantu Kementerian melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan di kawasan masing-masing;

Memberi panduan dan membantu ahli masyarakat membuat sebarang aduan berkaitan dengan
kepenggunaan; dan

Membantu menyebarkan maklumat berkaitan kepenggunaan kepada masyarakat setempat.

Program Luar Bandar merupakan satu lagi inisiatif KPDNHEP yang bertujuan untuk meningkatkan tahap
kesedaran kepenggunaan di kalangan rakyat khususnya bagi masyarakat luar bandar. Masyarakat luar
Bandar yang tidak mempunyai pengetahuan kepenggunaan adalah sangat terdedah dengan taktik
penipuan dan penyelewengan. Program Kepenggunaan Luar Bandar memberi pendedahan, kesedaran
dan pengetahuan kepenggunaan kepada masyarakat luar bandar.

Anda mungkin juga menyukai