Anda di halaman 1dari 13

lOMoARcPSD|9989925

CTU 551 ULASAN ARTIKEL

Islamic and South-East Asian Civilization 1 (Universiti Teknologi MARA)

StuDocu is not sponsored or endorsed by any college or university


Downloaded by NURUL HUDA BINTI RUSLI (nhuda.rusli@student.gmi.edu.my)
lOMoARcPSD|9989925

CTU 551: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

TUGASAN 2 (ULASAN ARTIKEL)

TAJUK: KEJATUHAN PEMERINTAHAN MENURUT PEMIKIRAN IBN


KHALDUN DALAM KARYANYA AL-MUQADDIMAH

PENSYARAH: PUAN NAJIBAH KHAIRIYAH BINTI SHAHABUDIN

KELAS: EMD2M8A
AHLI KUMPULAN:

NO
NAMA NO. ID.
.
1. SYED ALEEF ASYRAF BIN SYD SALAHUDIN 2019406506
2. MUHAMMAD SYAZWAN BIN MUHAMAD SOFIAN 2019268672
3. MUHAMMAD QUSHAIRY BIN ZULKIFLE 2019406034
4. MUHAMMAD ZARIS IZUDDIN BIN ZAILAN 2019218458
5. MUHAMMAD RIDWAN BIN ISHAK 2019295188

ISI KANDUNGAN

Downloaded by NURUL HUDA BINTI RUSLI (nhuda.rusli@student.gmi.edu.my)


lOMoARcPSD|9989925

1. PENDAHULUAN....................................................................................................2

2. RINGKASAN ARTIKEL..........................................................................................3

3. ULASAN KRITIS....................................................................................................5

4. PENUTUP..............................................................................................................8

5. RUJUKAN............................................................................................................10

6. PERAKUAN INTERGRITI....................................................................................11

Downloaded by NURUL HUDA BINTI RUSLI (nhuda.rusli@student.gmi.edu.my)


lOMoARcPSD|9989925

1. PENDAHULUAN
MUHAMMAD RIDWAN BIN ISHAK (2019295188)

Artikel ini bertajuk KEJATUHAN PEMERINTAHAN MENURUT PEMEKIRAN IBN


KHALDUN DALAM KARYANYA ALMUQADDIMAH yang ditulis oleh AIZA
MAZLAN@BAHARUDIN dan Roshimah Shamsudin. Artikel ini ditulis pada tahun
2016.artikel ini mencritakan tentang riwayat hidup seorang tokoh islam yang
disegani satu dunia. AIZA MAZLAN dan ROSHIMAH telah melakukan penyelidkan
yang medalam dan telah meniliti lebih dari 10 sumber rujukan untuk melemgkapkan
artikel ini. Artikel ditulis dengan tujuan untuk mengkaji pemikiran IBN KHALDUN
dalam al muqaddimah yang berkaitan dengan kejatuhan sesebuah pemerintahan di
samping penumpuan kepada aspek keadilan dan kezaliman pemerintah. Data-data
yang dikumpul melalui kajian perpustakaan telah dianalisa menunjukkan bahawa
pemikiran IBN KHALDUN yang diceritakan di dalam karyanya adalah berlandaskan
al-Quran dan al-Sunnah.

Downloaded by NURUL HUDA BINTI RUSLI (nhuda.rusli@student.gmi.edu.my)


lOMoARcPSD|9989925

2. RINGKASAN ARTIKEL
SYED ALEEF ASYRAF BIN SYD SALAHUDIN (2019406506)

Artikel ini ditulis dengan objektif untuk mengkaji beberape aspek pemikiran Ibn
Khaldun berkaitan dengan kejatuhan sesebuah pemerintahan khususnya aspek
keadilan dan kezaliman pemerintah dengan mengemukakan analisis berasaskan
nas-nas daripada al-Quran dan al-Sunnah serta pandangan ulama. Objektif ini
membuatkan penulis mengkaji latar belakang Ibn Khaldun serta beberapa
penulisannya dan konsep yang diperkenalkan olehnya. Sebagai contoh, penulis
mendapati bahawa dalam konteks kejatuhan peradaban manusia, Ibn Khaldun
mengaitkan kejatuhannya dengan pemerintah yang menerajui pucuk kepimpinan
sesbuah pemerintahan.

Tema bagi penulisan artikel ini ialah ilmiah iaitu artikal yang beteraskan
perkongsian ilmu melalui kajian ke atas karay-karya yg ditulis oleh Ibn Khaldun
berkaitan kejatuhan sesebuah tamadun. Penulis telah mencurahkan segala ilmu
yang diperoleh melalui kajiannya di dalam artikel tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa
penulisan artikel ini adalah bertemakan ilmiah.

Kajian ini telah mendapati bahawa penulis telah menyatakan beberapa faktor
kejatuhan sesebuah tamadun dari sudut pandangan Ibn Khaldun. Penulis
menyatakan bahawa terdapat dua faktor yang membawa kepada kejatuhan
sesebuah pemerintahan, iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Antara faktor
dalaman adalah kelunturan semangat asabiyyah, pembentukan teralalu banyak
kumpulan, kezaliman dan ketidakadilan sosial, kemewahan yang melenyapkan
kesedaran beragama dan ketidakstabilan politik dan kelemahan pemerintah. Penulis
menyatakan bahawa Ibn Khaldun mengaitkan kejatuhan sesebuah pemerintahan
dengan pemerintah yang memegang tapak pemerintahan kerajaan tersebut. Lebih
khusus lagi, pemerintah yang mengabaikan agama sebagai asas pegangan akan
menyumbang kepada keruntuhan sesebuah tamadun kerana agama adalah
penyelamat.

Downloaded by NURUL HUDA BINTI RUSLI (nhuda.rusli@student.gmi.edu.my)


lOMoARcPSD|9989925

Bagi mencapai objektif kajian, penulis telah menggunakan kaedah penyelidikan


bagi menganalisis faktor kejatuhan tamadun dari sudut pandangan Ibn Khaldun.
Penulis telah melakukan penyelidikan ke atas beberapa perkara yang berkaitan
dengan Ibn Khaldun termasuklah latar belakang, karya-karya karangannya, serta
konsep-konsep yang diperkenalkan olehnya. Bagi mendapatkan maklumat yang
lengkap, peulis telah menggunakan banyak rujukan. Sebagai contoh, kitab
Mukadimah yang ditulis oleh Ibn Khaldun, “Dimensi Keadilan dalam al-Quran”, oleh
Nurdin Zainal dan lain lain. Antara hasil kajian yang diperoleh adalah latar belakang
Ibn Khaldun. Penulis telah menggambarkan riwayat hidup Ibn Khaldun serta
penglibatannya dalam bidang pemerintahan dalam penulisannya. Selain itu, melalui
penyelidikan tersebut penulis juga memperoleh pengetahuan tentang kejatuhan
pemerintahan menurut Ibn Khaldun.

Downloaded by NURUL HUDA BINTI RUSLI (nhuda.rusli@student.gmi.edu.my)


lOMoARcPSD|9989925

3. ULASAN KRITIS
MUHAMMAD QUSHAIRY BIN ZULKIFLE (2019406034)

Isu yang diutarakan oleh penulis adalah berkenaan pemerintahan. Penulis


mengarang pendapat dibawa oleh Ibnu Khaldun yang membincangkan sistem
pemerintahan. Penulis lebih menekankan faktor yang telah membawa sesebuah
pemerintahan ke arah keruntuhan dan kehancuran.

Pada pendapat saya, isu ini sangatlah menarik. Hal ini kerana isu ini sangat
dekat kepada setiap insan di muka bumi ini. Setiap insan dimuka bumi ini terikat
dengan sistem pemerintahan. Dari sekecil-kecil pemerintahan sehingga sebesar-
besar pemerintahan. Bermula dari pemerintahan dalam institusi kekeluargaan
sehingga pemerintahan sesebuah negara.

Isu ini sangat relevan kepada saya. Ini kerana saya mempunyai keluarga di dunia
ini. Untuk menjadikan keluarga saya berada dalam kedaan yang aman dan harmoni,
saya perlu mengambil berat tentang sistem pemerintahan. Selain itu, saya menetap
di dalam sebuah negara. Sudah pasti saya diperintah oleh satu sistem
pemerintahan. Oleh itu, isu ini sangat dekat dengan jiwa saya.

Saya bersetuju dengan isi kandungan artikel ini. Penulis membincangkan tentang
faktor keruntuhan sesebuah pemerintahan. Isi kandungan dari artikel ini telah
membuka minda saya dengan lebih meluas. Pada asalnya saya tidak menyedari
yang faktor itu boleh membawa kepada keruntuhan. Saya pada mula hanya
memikirkan itu hanya perkara biasa yang tidak memberi apa-apa kesan kepada
sistem pemerintahan.

Persoalan kajian ini dijawab oleh penulis dengan lengkap. Penulis menceritakan
faktor-faktor keruntuhan sistem pemerintahan dengan sangat terperinci. Saya yang
lemah ini dapat memahami dengan sangat baik. Penulis menjawab persoalan ini
dengan mengambil idea daripada sumber yang meluas untuk menjawab persoalan
ini. Hasilnya persoalan ini dapat dijawab dengan begitu sempurna.

Metodologi kajian yang digunakan sangat sesuai. Pemilihan Ibnu Khaldun untuk
menceritakan tentang isu ini sangat bagus. Ibnu Khaldun sendiri telah menjadi
pemimpin pada suatu masa dahulu. Pengalaman akan mematangkan kita. Hanya
orang yang mempunyai pengalaman dalam perkara tersebut dapat menceritakannya

Downloaded by NURUL HUDA BINTI RUSLI (nhuda.rusli@student.gmi.edu.my)


lOMoARcPSD|9989925

dengan sangat baik. Disebabkan itulah karya Ibnu Khaldun dipandang tinggi oleh
masyarakat yang mencintai ilmu. Kaedah pengutipan data yang digunakan oleh
penulis sangat cantik. Data dikutip oleh penulis sangat meluas. Lebih 18 rujukan
dibuat oleh penulis untuk menceritakan isu ini. Oleh itu, idea yang dapat diperoleh
adalah lebih sahih dan meyakinkan.

MUHAMMAD SYAZWAN BIN MUHAMAD SOFIAN (2019268672)

Hasil daripada dapatan kajian ini pada pendapat saya boleh dipercayai dan
dapat menyakinkan saya. Hal ini kerana semua fakta yang ditulis dalam kajian ini
adalah berdasarkan kajian yang berbentuk kualitatif di mana mereka menjalankan
kaedah pengumpulan data melalui kajian kepustakaan. Di samping itu, aspek-aspek
yang dikaji juga dianalisis berdasarkan nas-nas daripada al-Quran, al-Sunnah dan
pandangan ulama. Data itu juga dianalisis menggunakan kaedah induktif dan
deduktif. Jadi, kesemua kaedah yang digunakan bagi melaksanakan kajian ini amat
menyakinkan saya untuk mempercayai dapatan kajian ini.

Antara langkah yang diambil oleh penulis bagi memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan kajian ialah dengan mengkaji beberapa perkara berkaitan Ibn
Khaldun seperti latar belakang, karya karangan dan konsep yang diperkenalkan
olehnya. Semua perkara ini dikaji dengan menggunakan pelbagai rujukan. Hal ini
dapat dilihat dengan “citation” yang ditulis dalam artikel tersebut. Penulis juga
menyenaraikan semua bahan rujukan yang mereka kaji bagi mendapatkan data-data
pada akhir artikel tersebut. Selain itu, penggunaan kaedah induktif dan deduktif bagi
menganalisa data tersebut juga dapat memastikan kesahan dan kebolehpercayaan
kajian.

Pengkaji mengambil langkah yang relevan bagi memastikan etika


penyelidikan dipatuhi dengan tidak hanya mengambil maklumat yang diperoleh dari
kajian kepustakaan tanpa meletakkan ‘citation’. Hal ini menunjukkan bahawa penulis
tidak mengambil hasil penulisan orang lain dan menyatakan bahawa penulisan itu
dari hasil idea mereka sendiri. Sebaliknya memberikan kredit kepada penulis buku
tersebut.

Downloaded by NURUL HUDA BINTI RUSLI (nhuda.rusli@student.gmi.edu.my)


lOMoARcPSD|9989925

Artikel ini mengubah dan memberikan kesan terhadap cara saya berfikir
tentang perkara yang dibangkitkan dalam artikel ini. Hal ini kerana, di dalam artikel
tersebut penulis telah menyatakan beberapa faktor kejatuhan sesebuah tamadun
dari sudut pandangan Ibn Khaldun. Terdapat dua faktor yang membawa kepada
kejatuhan sesebuah tamadun iaitu faktor dalaman dan luaran. Perkara ini telah
membuatkan saya mula berfikir tentang apa yang sedang berlaku sekarang di
negara kita. Adakah terdapat faktor-faktor yang dinyatakan di dalam artikel tersebut
berlaku di negara kita? Setelah berfikir saya dapat melihat beberapa faktor yang
mungkin akan mengancam negara kita. Hal ini memberi kesan kepada saya untuk
mengambil berat tentang isu-isu yang mungkin akan menjatuhkan negara kita.

Melalui maklumat dan pengetahuan yang saya perolehi dari pembacaan


artikel ini, saya dapat mencerahkan dan memperbaiki cara saya melaksanakan
penyelidikan secara kualitatif. Hal ini kerana penulis menggunkan kaedah kualitatif di
mana ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian perkara-perkara yang
dikaji. Kaedah ini tidak mengutamakan data berbentuk numerical. Penulis juga
mengkaji latar belakang serta karya Ibn Khaldun secara terperinci dengan mengkaji
dari pelbagai rujukan. Ia membantu saya dalam mengekstrak maklumat dalam
penulisan artikel.

Downloaded by NURUL HUDA BINTI RUSLI (nhuda.rusli@student.gmi.edu.my)


lOMoARcPSD|9989925

4. PENUTUP
MUHAMMAD ZARIS IZUDDIN BIN ZAILAN (2019218458)

Sememangnya penting bagi kita untuk mengkaji faktor-faktor kemajuan dan


kejatuhan tamadun islam di masa lalu untuk kita mengambil iktibar dan pengajaran
daripadanya supaya kita dapat mengulangi kejayaan tersebut di masa yang akan
datang. Ramai antara kita berbangga dengan pencapaian agung umat islam
terdahulu tetapi tidak meninjau secara ilmiah akan faktor kecemerlangan tamadun
tersebut. Oleh yang demikian kita harus mengikut jejak langkah yang serupa dengan
cara mengikut keadaan semasa setelah mengambil kira faktor perbezaan zaman
kegemilangan islam dengan zaman moden ini.

Apa ilmu pengetahuan yang kita dapat daripada artikel ini ialah bagi memahami
jatuh bangun sesuatu tamadun tidak cukup hanya dengan melihat kepada
pencapaian-pencapaian masa lalu, ia juga perlu berdasarkan akar yang dilengkapi
oleh tauhid, akhlak, nilai moral yang tinggi. Sesuatu tamadun tidak akan bertahan
lama jika penduduk dan pemimpinnya tidak memiliki sikap yang positif dan bebas
daripada unsur luar. Kerosakkan akar ini akan menyebabkan sesuatu tamadun itu
hancur-lebur dan melalui zaman kemerosotan seperti kebanyakkan zaman yang kita
pelajari. Ada zaman yang dapat bertahan dengan sangat lama ada yang amat
sekejap.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab bagi kita golongan pada masa
hadapan yang tahu dan sedar akan keadaan umat islam kini untuk bangkit semula
dan mencontohi budaya yang diamalkan oleh tamadun islam ketika zaman
kegemilangannya kerana bagi kami islam memiliki tamadun yang unggul dan tidak
dapat ditandingi oleh mana-mana tamadun sehingga ke hari ini. Tidak dapat
dinafikan lagi bahawa tamadun tersebutlah yang membuka dan mendorong kepada
kelahiran lebih banyak lagi tamadun lain selepasnya seperti tamadun kita sendiri
namun kita masih tidak mampu menandingi kehebatan tamadun islam itu sendiri.

Downloaded by NURUL HUDA BINTI RUSLI (nhuda.rusli@student.gmi.edu.my)


lOMoARcPSD|9989925

Kesimpulannya kajian jurnal yang kami lakukan ini terdapat elemen penting yang
menjadi kunci dan langkah utama yang perlu ditingkatkan oleh umat islam untuk
mengelakan daripada berlakunya zaman kemerosotan tamadun islam pada masa
kini. Antara perkara yang ditekankan di sini adalah kita perlu mewujudkan
persekitaran yang kondusif untuk membangun tradisi keilmuan yang tinggi serta
unggul, menghormati sikap murni kepada para-para ilmuan islam. Menghidupkan
budaya mencari dan berkorban untuk ilmu dan yang terakhir dapat membangun
masyarakat yang bermoral melalui pendidikan.

Downloaded by NURUL HUDA BINTI RUSLI (nhuda.rusli@student.gmi.edu.my)


lOMoARcPSD|9989925

5. RUJUKAN
i. Penyu Sakti. (2017). Sebab kejatuhan kerajaan Islam, merosotnya tamadun
umat Islam. 15 November 2017. Diakses pada 23 Jun 2020 dari
https://penyusakti.wordpress.com/2017/11/15/sebab-kejatuhan-kerajaan-islam-
merosotnya-tamadun-umat-islam/
ii. UiTM di hatiku. (2017). Perbezaan antara kajian kuantitatif dan kualitatif. 9 Oktober
2017. Diakses pada 24 Jun 2020 dari https://madeinuitm.com/perbezaan-antara-
kajian-kuantitatif-dan-kualitatif/
iii. Aiza Maslan. (2016). Kejatuhan pemerintahan menurut pemikiran Ibn Khaldun
dalam Karyanya al-Muqaddimah. 1 Januari 2016. Diakses pada 23 Jun 2020
dari https://ejournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/5463

10

Downloaded by NURUL HUDA BINTI RUSLI (nhuda.rusli@student.gmi.edu.my)


lOMoARcPSD|9989925

6. PERAKUAN INTERGRITI
Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil
tugasan yang saya serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan
plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak
tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar
yang melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada
Jawatankuasa Tatatertib ACIS.

Dipersetujui oleh:

SYED ALEEF ASYRAF BIN SYD SALAHUDIN (2019406506)

MUHAMMAD SYAZWAN BIIN MUHAMAD SOFIAN (2019268672)

MUHAMMAD QUSHAIRY BIN ZULKIFLE (2019406034)

MUHAMMAD ZARIS IZUDDIN BIN ZAILAN (2019218458)

MUHAMMAD RIDWAN BIN ISHAK (2019295188)

11

Downloaded by NURUL HUDA BINTI RUSLI (nhuda.rusli@student.gmi.edu.my)

Anda mungkin juga menyukai