Anda di halaman 1dari 15

1

PENDAHULUAN

Syariat Islam yang ada pada hari ini adalah sebagai penambahan kepada syariat-
syariat samawi yang terdahulu. Hal ini demikian kerana intipati syariat-syariat ini
hanya satu, berasal dari sumber yang satu iaitu Allah swt dan tujuannya juga satu iaitu
mentauhidkan Allah serta menghapuskan segala syirik terhadap-Nya.

Perundangan Islam merupakan perundangan yang paling baik dan istimewa di


alam ini kerana ianya merupakan syariat daripada Allah s.w.t. Antara ciri yang
menjadikan perundangan Islam itu perundangan yang istimewa adalah dengan
wujudnya keseimbangan antara konsep al- Thabat dan al-Murunah. Islam datang
dengan menyatupadukan antara kedua-duanya dengan meletakkan setiap satu di
tempat yang tepat dan sesuai.

Dalam membicarakan akidah Islam, penegasan terhadap konsep al- Thabat


(ketetapan) ini merujuk kepada sesuatu yang amat nyata. Apabila dikatakan bahawa
Allah itu “Esa”, maka kefahaman tersebut akan kekal dan tidak berubah untuk selama-
lamanya seterusnya wajib dipercayai dan diyakini oleh setiap insan yang bergelar
Islam. Kefahaman ini juga termaktub dalam Rukun Iman yang enam yang menjadi
pedoman kepada seluruh umat manusia.

Seterusnya, dalam membicarakan aspek syariat pula, konsep al- Thabat dan al-
Murunah jelas ditonjolkan dalam beberapa perkara ibadah. Sebagai contoh,
kewajipan menunaikan solat akan terus kekal dalam apa-apa keadaan sekalipun, akan
tetapi terdapat kelonggaran dalam melaksanakannya. Antaranya, seseorang yang
bermusafir boleh untuk solat secara qasar dan jamak bagi memudahkan urusan
perjalanannya.
2

Jika diizinkan oleh Allah s.w.t. kertas kerja ini akan menerangkan serba sedikit
mengenai konsep ataupun ciri al- Thabat dan al-Murunah dalam perundangan Islam.
Mudah-mudahan, kertas ini akan memberikan sedikit manfaat kepada kita semua.
3

AL- THABAT DAN AL- MURUNAH DALAM ISLAM

Perkataan al- Thabat bermaksud tetap dan mantap. Al- Murunah pula membawa
maksud anjal atau fleksibel,boleh dilentur, dan boleh disesuaikan. Hal ini
menunjukkan bahawa kedua-dua unsur ini terdapat dalam ciri perundangan Islam iaitu
tetap pada kaedahnya tetapi dalam masa yang sama fleksibel dalam pelaksanaannya.
Dalam erti kata yang lain, perundangan Islam bersifat tetap dan mantap tetapi boleh
dilentur serta tidak boleh diubah tetapi boleh disesuaikan.

Menurut Yusuf al-Qardhawi, ketetapan dan fleksibeliti dalam syariat Islam


adalah seperti berikut :

i. Tetap pada tujuan dam matlamatnya tetapi fleksibel pada bentuk


pelaksanaannya.
ii. Tetap pada dasar dan kaedah umumnya tetapi fleksibel pada perkara-
perkara cabang.
iii. Tetap pada nilai keagamaan dan akhlak tetapi fleksibel pada urusan
keduniaan dan ilmu pengetahuan.

Antara keistimewaan Islam ialah ianya bersifat tetap sama ada dalam aspek
aqidah ataupun syariah. Walaubagaimanapun, dalam pelaksanaannya ketetapan
tersebut menjadi fleksibel. Sebagai contoh, dalam aspek aqidah kita tetap menyakini
keesaan Allah swt dan haram serta membawa kepada murtad seseorang yang
mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain. Tetapi, dalam keadaan terpaksa yang
boleh menghilangkan nyawa, seseorang itu boleh melakukannya tetapi hatinya tetap
mentauhidkan Allah, maka dia tidak berdosa dan tidak jatuh agamanya seperti
peristiwa yang telah berlaku kepada „Ammar bin Yasir.

Dalam aspek syariah pula, kita diharamkan memakan bangkai, darah, serta
daging babi dan sebagainya yang diharamkan oleh Allah swt. Namun begitu, jika
4

terpaksa atau kelaparan yang boleh menghilangkan nyawa, maka diharuskan untuk
berbuat demikian dan tidaklah berdosa. Hal ini jelas digambarkan oleh Allah swt
dalam surah al-Baqarah ayat 173 iaitu :

               

           

Maksudnya : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan


bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak
kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak
mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan
itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
5

1.1 Pengertian Thabat

Thabat bermaksud tetap dan teguh serta tidak berubah. Hal ini bermakna dalam ajaran
Islam, ada perkara-perkara yang dinyatakan secara tetap atau qat‟ie, tidak boleh
dipinda atau diubah dasar, prinsip dan pelaksanaannya.

1.1.1 Prinsip-prinsip Ajaran Islam yang Tetap tidak Berubah

a) Akidah

Antara prinsip ajaran Islam yang tetap tidak berubah ialah dalam aspek akidah.
Akidah ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah swt, tuhan yang Maha Esa;
tiada sekutu bagi-Nya. Kita wajib menyakini Allah sebagai Rabb iaitu mengakui
dengan sepenuh hati bahawa Allah sahajalah yang memiliki, menurunkan rezeki,
mencipta dan mentadbir alam ini dan seluruh makhluk dan mengakui bahawa hanya
Allah yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak.

Dalam keyakinan ini, tidak ada kelonggaran dan toleransi dengan sebarang
unsur-unsur syirik yang boleh merosakkan kepercayaan kita kepada Allah. Antaranya
adalah dengan mempercayai kuasa lain mampu menandingi kuasa Allah atau dengan
menyembah sesuatu yang lain daripada Allah.

Konsep thabat dalam akidah dapat dilihat dalam peristiwa Rasulullah s.a.w.
yang ditawarkan dengan pelbagai hadiah dan harta kekayaan agar baginda bertoleransi
dengan kepercayaan musyrikin Makkah yang mengamalkan penyembahan berhala.
Namun begitu, walaupun ditawarkan dengan tawaran yang sebegi rupa, baginda tetap
kekal dengan pendiriannya iaitu mentauhidkan Allah. Hal ini jelas dilihat melalui
firman-Nya dalam surah al-Kafirun ayat 4 hingga 6 iaitu :

                
6

Maksudnya : "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula
tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku
agamaku".

b) Ibadah

Konsep thabat dalam aspek ibadah boleh dilihat denagn jelas terutamanya dalam
ibadah wajib seperti solat fardhu, puasa di bulan Ramadhan, haji serta zakat yang
tiada toleransi dalam melaksanakan ibada-ibadah tersebut. Perkara tersebut tetap tidak
berubah kerana ianya telah ditetapkan oleh Allah melalui dalil yang qat‟ie.

Ibadah solat telah ditetapkan sebanyak lima waktu sehari semalam dan tidak
boleh sesekali dikurangkan jumlahnya itu. Ibadah puasa Ramadhan pula telah
diwajibkan untuk dilaksanakan pada bulan itu sahaja dan tidak boleh dilaksanakan
pada bulan-bulan yang lain. Begitu jugalah dapat dilihat dalam ibadah haji dan zakat
yang telah ditetapkan rukun-rukun serta syarat-syaratnya.

Kita diwajibkan untuk melaksanakan ibadah yang wajib ini dalam apa-apa
keadaan sekalipun. Hal ini kerana ketetapan ini tidak membebankan kita dan mampu
dilakukan oleh semua manusia. Firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 286 :

…..             

Maksudnya : Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa
kejahatan yang diusahakannya…
7

c) Syariah

Syariah Islam telah menetapkan pelbagai hukum bagi mengatur dan mengawal setiap
aspek kehidupan manusia. Antaranya hukum wajib, sunat, haram, makhruh, dan harus.
Demikian juga dalam hukum jenayah, Islam telah menetapkan beberapa hukuman
tertentu mengikut jenis kesalahan. Ketetapan-ketetapan ini semestinya tidak akan
berubah bersama perubahan zaman.

Sebagai contoh, hukum halal dan haram sesuatu perkara seperti riba, makanan
haram, dan rasuah tidak boleh sesekali diubah keharamannya. Begitu juga hukuman
jenayah seperti hudud dan qisas tidak boleh diubah sama ada ditambah atau
dikurangkan pelaksanaannya. Misalnya, hukuman terhadap pencuri telah ditetapkan
agar dipotong tangannya dan penzina yang belum berkahwin disebat dengan 100 kali
sebatan. Perlaksaan hukuman ini tidak boleh diubah mengikut budi bicara seseorang
sama ada dikurangkan atau ditambah kadarnya kerana ianya juga datang secara pasti
oleh Allah s.w.t. Firman-Nya dalam surah al-Maaidah ayat 38:

             



Maksudnya : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri
maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa
yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan
(ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
8

1.2 Pengertian Murunah

Murunah bermaksud anjal atau fleksibel iaitu ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w boleh berubah mengikut kesesuian. Namun begitu, prinsip asasnya
masih tetap. Ajaran Islam juga merupakan ajaran yang mudah dan tidak menyusahkan
penganutnya.

Islam memberi kelonggaran dan kemudahan kepada umatnya untuk


melaksanakan perintah Allah s.w.t walau di mana sekalipun mereka berada.
Kelonggaran tersebut melibatkan perkara-perkara furu‟ atau cabang atau perkara yang
dinyatakan secara umum mengikut batasnya. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah s.w.t
surah al-Insyiraah ayat 5 hingga 6 iaitu :

         

Maksunya : Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-


tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

1.2.1 Prinsip Murunah

a) Islam agama yang mudah

Allah s.w.t Maha Mengetahui kemampuan dan keupayaan setiap hamba-Nya dalam
melaksanakan seiap perintah yang telah diamanahkan. Oleh itu, Islam telah
menetapkan sesuatu hukum yang bersesuaian dengan kemampuan manusia.
Contohnya, dalam pelaksanaan hukum wajib telah ditetapkan pada tahap minimum
yang mampu dilakukan oleh manusia.
9

Islam memberi kelonggaran dan kemudahan kepada umatnya untuk


melaksanakan setiap perintah Allah s.w.t. Namun begitu, kelonggaran tersebut
mestilah mengikut batas-batas yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, kewajipan
menutup aurat. Seseorang itu wajib menutup auratnya namun Islam memberi
kemudahan kepada umatnya untuk mempelbagaikan fesyen asalkan tidak terkeluar
dari batas yang ditetapkan. Begitu jugalah Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan
dakwahnya pada peringkat permulaan. Baginda tidak terus mewajibkan sesuatu,
bahkan menyampaikan dakwahnya secara berhikmah, toleransi, bertolak-ansur, dan
memahami sesuatu keadaan. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nur ayat 31 iaitu :

          

….         

Maksudnya : Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya


menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher
bajunya dengan tudung kepala mereka…

Islam merupakan agama yang mudah. Oleh itu, Islam tidak membebankan
pengikutnya untuk melaksanakan sesuatu yang berat dan sukar. Contohnya, ibadah
puasa dalam bulan Ramadhan hanya dilakukan pada siang hari sahaja dan diharuskan
meninggalkannya disebabkan keuzuran. Begitu juga jika dilihat dalam kewajipan
melaksanakan ibadah haji, hanya diwajibkan sekali seumur hidup dan kepada mereka
yang berkemampuan sahaja.
10

b) Dilaksanakan mengikut keadaan dan kemampuan

Islam amat prihatin terhadap kemampuan pengikutnya dalam melaksanakan setiap


perintah. Oleh sebab itu, Islam memberi kelonggaran kepada umatnya untuk
melaksanakan ibadah wajib seperti solat, puasa, haji dan zakat mengikut kemampuan
dan keadaan mereka.

Ibadah solat lima waktu tetap wajib dilaksanakan walaupun seseorang itu sakit,
musafir dan tiada air untuk berwuduk. Namun begitu, Islam memberi kelonggaran
dalam melaksanakannya. Contohnya, jika tidak mampu berdiri dibolehkan untuk solat
dalam keadaan duduk, dibolehkan solat jamak dan qasar ketika bermusafir serta
dibolehkan bertayamum semasa ketiadaan air untuk berwuduk. Demikian jugalah
denagn ibadah puasa yang boleh ditinggalkan sekiranya keuzuran dan perlu diganti
pada hari yang lain. Semua ini jelas dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam firman-firman-
Nya. Contohnya dalam surah al-Nisa‟ ayat 43 dan surah al-Baqarah ayat 184 :

               …

….         

Maksudnya : ….Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang
di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan
perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka
hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, Iaitu sapukanlah ke
muka kamu dan kedua tangan kamu….
11

               

              

      

Maksudnya : (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka
sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka),
kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang
lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan
sebagainya) membayar fidyah ;iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa
yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu,
maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu
lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

Islam juga menggalakkan umatnya bekerja dengan bersungguh-sungguh dan


mengumpul sebanyak manapun harta kekayaan. Namun begitu, dalam melakukan
perkara tersebut, perintah Allah s.w.t janganlah sesekali ditinggalkan.
12

1.2.2 Kelebihan bersifat Murunah

Ajaran Islam yang tetap tidak berubah pada prinsip dan asasnya tetapi terdapat
kelonggaran pada cabang dan furu‟ telah membuka ruang yang luas untuk kemajuan.
Hakikat ini membuktikan bahawa ajaran Islam sesuai sepanjang zaman. Antara
kelebihan bersifat murunah adalah seperti berikut :

i. Menunjukkan bahawa Islam bersifat toleransi, bertolak ansur dan


berhikmah.
ii. Dapat menarik minat bukan Islam untuk memahami dan mempelajari
ajaran Islam.
iii. Mengalakkan umat Islam melaksanakan perintah Allah dengan sempurna.
iv. Memudahkan umat Islam melaksanakan perintah Allah walaupun mereka
berada dalam sebarang keadaan dan situasi.
v. Membuktikan bahawa Islam tidak membebankan umatnya dengan amalan
yang berat dan sukar dilaksanakan.

1.3 Perkaitan antara ketetapan dan fleksibel

Allah s.w.t Maha Mengetahui akan kekuatan dan kelemahan manusia. Oleh itu, Dia
tidak menetapkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh hamba-Nya.
Justifikasinya, ajaran Islam yang diturunkan kepada manusia mampu untuk
dilaksanakan.

Allah telah menetapkan bahawa prinsip dan asas ajaran Islam itu tetap tidak
berubah untuk menjamin kemuliaan Islam dan mengatur kehidupan manusia.
Manakala terdapat kelonggaran pada cabang dan furu‟ untuk memudahkan umat Islam
melaksanakan perintah Allah serta memastikan kesinambungan Islam dan ajarannya.
13

Islam telah menetapkan asas kepada setiap perkara di dunia ini. Asas ini tetap
dan akan tidak berubah selama-lamanya. Namun begitu, terserahlah lepada manusia
untuk melaksanakannya mengikut garis panduan yang telah diberikan. Sebagai
contoh, Islam menghalalkan umatnya untuk berjual beli namun diharamkan menindas
serta mengamalkan riba. Islam juga membuka peluang untuk manusia menuntut ilmu
namun diharamkan menyalahgunakan ilmu-ilmu tersebut.

Segala sesuatu yang berkaitan dengan perkara akidah Islam tidak pernah
diubah dan dipinda merupakan ciri-ciri al- Thabat. Hal ini menunjukkan bahawa Allah
ialah tuhan yang sama yang disembah sejak zaman Nabi Adam sehinggalah zaman
Nabi Muhammad, kini dan selama-lamanya. Hal ini secara jelas membuktikan bahawa
Allah ialah tuhan yang Esa, tidak akan berubah dan diganti. Bermula dengan sifat
Allah yang thabat tersebut, maka lahirlah perintah-perintah beribadah kepada
manusia yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi pelengkap
kepada kehidupan beragama.

Oleh itu, maka jelaslah sifat al- thabat dan al-murunah ini membuktikan
bahawa ajaran Islam sesuai dengan fitrah manusia. Selain itu, ianya juga sentiasa
sesuai sepanjang zaman sejak dulu, kini, dan selamanya.
14

KESIMPULAN

Kesimpulannya, ciri al- Thabat dan al- Murunah melengkapkan lagi perundangan
Islam seterusnya menjadi panduan kepada seluruh umat manusia. Selain itu, ciri-ciri
ini juga menjadikan perundangan Islam satu perundangan yang istimewa serta tidak
mampu ditandingi oleh mana-mana undang-undang yang datang sebelum mahupun
selepasnya.

Melalui ciri ini, kita dapat lihat bahawa ajaran Islam bukanlah sesuatu yang
sukar sepertimana yang didakwa oleh sesetengah golongan, bahkan ianya amat
memudahkan umatnya terutama dalam kaedah untuk beribadah kepada Allah s.w.t.
Seorang muslim tidak perlu bimbang sekiranya ketiadaan air untuk bersolat. Hal ini
demikian kerana tayamum boleh menggantikan wuduk.

Selain itu, al- Thabat dan al- Murunah memastikan kesucian dan kemuliaan
ajaran Islam terus terjamin. Contohnya, seorang muslim tidak boleh sewenang-
wenangnya melafazkan murtad sesuka hatinya kerana ianya dilarang oleh Allah s.w.t.
Namun begitu, tidak mengapa jika diugut sehingga boleh membawa kepada
kehilangan nyawa sedangkan hatinnya tetap kepada Allah s.w.t. Demikian jugalah
dalam perkara-perkara yang lain.

Akhirnya, kehadiran ciri al- Thabat dan al- Murunah ini menjadikan ajaran
Islam sesuai sepanjang zaman sejak dahulu, kini, dan selamanya. Kita seharusnya
sentiasa bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk bergelar seorang
muslim kerana Islam ialah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah s.w.t.
15

RUJUKAN

„Abd al-Jalil Zuhayr Damrah. 2006. Al-Hukum al-Shar’ie baina asalah al-Thabat wa
al-Sholahiah. Jordan : Dar al-Nafais

Haron Din. 1992. Ciri-ciri al- Thabat wa al- Murunah. Kuala Lumpur :
PTS Millennia Sdn. Bhd.

Irwan Muhammad Sabri. 2012. Al-Ahkam wa al-Fatawa al-Syar’iah baina al-Thabat


wa al-Taghyir. Negeri Sembilan : Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Muhammad Fuad Muhammad Suwari. 2009. Dirasat al-Fiqh al-Islami.


International Islamic University Malaysia : IIUM Press

Anda mungkin juga menyukai