Anda di halaman 1dari 21

Penghayatan Konsep Hamalah al-Quran Dari Perspektif Adab dan Akhlak dalam

Kalangan Huffaz: Satu Kajian Untuk Pengukuhan Hafazan

Zainora Daud
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM
zainora@usim.edu.my

ABSTRAK

Perkataan hamalah al-Quran sangat sinonim dengan huffaz al-Quran. Para hamalah al-Quran ialah insan yang
sangat prihatin dan komited dengan al-Quran sama ada dari aspek tilawah, hafazan, kefahaman dan amalan
yang berterusan. Objekjtif kajian ini adalah untuk mengenalpasti profil Hamalah al-Quran serta mengkaji
sejauhmana konsep Hamlah al-Quran yang diaplikasi dalam kalangan huffaz. Kajian berbentuk kuantitatif dipilih
sebagai rekabentuk kajian ini. Instrumen soal selidik berbentuk lima skala likert diagihkan kepada 80 orang
responden dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima di Ma’ahad Tahfiz swasta terpilih.
Instrumen pengutipan data telah diubahsuai oleh pengkaji dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar.
Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan skor peratusan. Hasil dapatan keseluruhan kajian
menunjukkan konsep Hamalah al-Quran kalangan Huffaz dari perspektif adab dan akhlak berada di tahap baik.
Namun begitu terdapat beberapa item yang perlu diberi perhatian dari aspek 21.25% tidak memiliki sifat sabar,
15.0% tidak pasti mempunyai perasaan takut hendak melakukan sifat-sifat mazmumah kerana Allah sentiasa
melihat, 12.5% ikhtilat antara ajnabi dan 12.5% tiada kaitan antara maksiat dengan hafazan al-Quran. Ini
mendatangkan salah satu implikasi negatif terhadap pengukuhan hafazan apabila hanya terdapat 35 peratus
pelajar yang berjaya menghafaz juz satu hingga lima sahaja walaupun mereka sudah berada tingkatan empat
dan tingkatan lima berbanding dengan 36.25 peratus yang berjaya menghafaz lebih lima belas juz. Hasil dapatan
kajian menunjukkan bahawa majoriti Huffaz sangat menitiberatkan dan memahami bahawa terdapat hubungan
antara maksiat dengan hafazan al-Quran, kaitan pembentukkan peribadi dengan pemakanan halal serta kaitan
antara pemeliharaan ayat hafazan dengan hubungan Allah.

Kata kunci: Hamlah al-Quran, Adab, Akhlak, Ma’ahad Tahfiz,

1. Pengenalan

Al-Quran dari segi bahasa ialah Qiraah. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-
Qiyamah bahawa:

‫ﰀ ﭼ‬ ‫ﭽﯿ ﰀ ﰀ ﰀ ﰀ ﰀ ﰀ ﰀ ﰀ‬

Maksud: Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu)
dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan
bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu. (Al-
Qiyamah: 17-18)
Al-Quran merupakan kalam Allah yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad SAW, yang
telah ditulis di dalam mashaf-mashaf, dinaqalkan secara mutawatir kepada kita, membacanya
dikira sebagai ibadah1 bermula dari surah al-Fatihah hingga akhir surah al-Nas2 dan menjadi
sumber perundangan Islam yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliyyah kepada
cahaya iman dan Islam3. Malaikat Jibril dilantik sebagai guru al-Quran kepada Rasulullah
secara talaqqi dan musyafahah dalam firman Allah ayat 5 surah al-Najm4.

‫ﭽﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭼ‬
Maksudnya: Wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat Jibril) yang
amat kuat gagah.

Al-Quran diturunkan melalui dua peringkat iaitu secara sekaligus dan secara
berperingkat-peringkat selama dua puluh tiga tahun. Antara hikmah penurunannya secara
berperingkat-peringkat ialah untuk menerapkan proses pentarbiyahan ummah secara
berperingkat-peringkat samaada dari aspek hafazan, kefahaman al-Quran, tanggungjawab
dengan syariat Islam, membersihkan aqidah serta adat kebiasaan dengan syariat dan akhlak
terpuji5. Lantaran itu seiring dengan keagunagn al-Quran sebagai kalam Allah dan mukjizat
terakhir Rasulullah SAW, maka setiap orang bertangungjawab mengamalkan adab-adab yang
dituntut oleh syara’ sama ada qari, muqri’, pelajar, guru dan masyarakat.6

Rasulullah meneruskan legasi pengajaran al-Quran kepada para sahabat yang


merupakan generasi al-Quran yang sangat cemerlang dengan keprihatinan dan komitmen jitu
untuk menghafaz, memperbanyakkan tilawah al-Quran,7 mempelajari, memahami al-Quran,
mengamalkannya serta mengajarkan al-Quran kepada keluarga mereka 8 sehingga mereka
menjadi ulama dan pakar-pakar rujukan yang terkenal seperti Ubay bin K’ab. Abdullah bin
Mas’ud, Zaid bin Thabit dan sebagainya. 9 Pengajian tahfiz al-Quran berkembang sejak

1
Muhaysin, (1989). Fi Rihab al-Quran. Beirut: Dar al-Jil. Hlm 12-13’
2
Abu Shahbah. (1992). Al-Madkhal li Dirasat al-Quran al-Karim. Kaherah: Maktabah Sunnah, hlm 20.
3
Al-Qaṭṭan, (1996). Manna’, Mabaḥith fi ‘Ulum al-Qur’an. Kaherah: Maktabat Wahbat, hlm 1-2.
4
Al-Majidi, ‘Abd al-Salam Maqbal, (2000). Talaqqi al-Nabi Alfaz al-Qur’an al-Karim. Cet.per-1, Beirut,
Lubnan: Mu’assash al-Risalah, hlm 18-19.
5
Muḥaysin, Muḥammad Salim, (1409H/1989M) .Fi Rihab al-Qur’an al-Karim. Juzu’.1. Beirut: Dar al-Jil. 1,
hlm 20-29.
6
Al-Nawawi. (2005). Al-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran. Beirut: Dar al-Minhaj,hlm 5-8.
7
Mukram, Abd al-‘Al Salim. (1996). Al-Qiraat al-Quraniyyah wa Atharuha fi al-Dirasat al-Nahwiyyah. Beirut:
Muassasah al-Risalah, hlm 9-10.
8
Mohd Yusof Ahmad. (2000). Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, hlm 145-146.
9
Abd al-Qadir dan Khairul Anuar Muhammad. (2014). Muzakirah Turuq Ta’lim al-Quran wa al-Tahfiz.
Selangor: Darul Syakir Enterprise, hlm 9-10.
penurunan wahyu kepada Rasulullah s.a.w, zaman sahabat, tabi’in melalui proses talaqqi dan
musyafahah secara mutawatir10 dan terus berkembang sehingga ke hari ini dengan kewujudan
institusi-institusi tahfiz yang begitu pesat11.

Terdapat banyak hadis-hadis yang berkaitan para penghafaz dan pembaca al-Quran
antaranya hadis Rasulullah s.a.w yang menunjukkan kelebihan para penghafaz al-Quran, yang
diriwayatkan oleh Al-Bukhari12:

‫خريكم من تعلم القرأن وعلمه‬


Maksudnya: Sebaik-baik kamu ialah orang-orang yang belajar al-Quran dan
mengajarnya.

Bermula daripada masjid, rumah individu, istana-istana khalifah dan rumah-rumah


pembesar yang menjadi tempat perkembangan al-Quran selepas kedatangan Islam. Di Tanah
Melayu kelas al-Quran telah wujud bermula di rumah-rumah guru, sekolah-sekolah pondok
sehingga dalam sistem pendidikan sekolah Islam13 dan semakin berkembang sehingga lahir
institusi tahfiz kerajaan dan swasta.14

2. Latar belakang

Pengertian Hamlah diambil daripada perkataan Hamala ialah membawa atau


menanggung sesuatu iaitu menghafaz al-Quran atau mengamalkannya.15 Hamalah al-Quran
didefinisikan sebagai penghafaz al-Quran. 16 Hamilul Quran juga bermaksud orang yang
mampu memahami al-Quran, mengetahui segala hukum hakam serta mengamalkan segala isi
kandungan al-Quran.17

10
Ahmad Khalid Syukri etal. (2010). Al-Munir fi Ahkam al-Tajwid. Amman: Jam’iyyah al-Muhafazah ‘ala al-
Quran al-Karim, hlm 24.
11
Abd Rahman Abd Ghani etal. (2012) Tahap Pengurusan Institusi Tahfiz Persendirian di Negeri Selangor dalam
Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Pengajian Islam Bil.1/Februari. Selangor: KUIS, hlm 242.
12
Al-Bukhari Muhammad bin Ismail bin Ibrahim. 1410H/1937. Sahih Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Beirut. Kitab
Fadail al-Quran, Bab Khairukum Man Ta’allama al-Quran wa ‘Allamah, No. Hadith: 5027, hlm.1284
13
Mohd Yusof Ahmad. (2000). Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, hlm 145-147.
14
Abd Rahman Abd Ghani etal. (2012) Tahap Pengurusan Institusi Tahfiz Persendirian di Negeri Selangor dalam
Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Pengajian Islam Bil.1/Februari. Selangor: KUIS, hlm 242.
15
Ibrahim Mustafa etal. (1960). Al-Mu’jam al-Wasit. Istanbul: al-Maktabah al-Islamiyyah, hlm 199.
16
http://www.almaany.com/ar/dict/‫حملة‬
17
Abu Mardhiyah. (2004). Tajwid al-Quran. Kuala Lumpur: al-Jenderaki Enterprise, hlm 15.
Al-Nawawi menyatakan bahawa hamlah al-Quran ialah pembawa al-Quran yang
sentiasa komited menjaga etika dan akhlak ketika bersama-sama al-Quran. Adab seorang
pelajar sebagai seorang penuntut ilmu termasuklah adab menjalani hal-hal yang menyibukkan
sehingga tidak boleh fokus perhatian untuk belajar, kecuali hal yang mesti dilakukan kerana
keperluan. Hendaklah dia membersihkan hati dari kotoran-kotoran dosa supaya boleh
menerima al-Quran, menghafaz dan memanfaatkannya. Tujuannya ialah menjaga dan
melindungi al-Quran dari kebatilan, kepalsuan dan pengubahan tidak lain.18

Sebagaimana hadis daripada Anas yang diriwayatkan oleh al-Tabrani, no.hadis 2833,
bab al-Ha’ al-Husayn bin ‘Ali bin Abi Talib (al-Tabrani, t.t) dengan sanad marfu’.19

‫محلة القرآن عرفاء أهل اجلنة‬


Maksudnya: Para hamlah Al-Quran itu adalah ketua ahli syurga

Adab ialah tingkah laku serta tutur kata yang sopan dan halus atau cara seseorang
berkelakuan dalam sesuatu situasi. Manakala akhlak pula kelakuan atau tingkah laku yang baik,
budi pekerti, moral atau tabiat.20

Agama merupakan faktor utama dalam pembentukan akhlak agar manusia manjadi baik
sama ada melalui suruhan dan larangan. Nilai-nilai akhlak yang baik mendatangkan implikasi
positif terhadap tingkahlaku individu dan masyarakat.21

Hubungan akhlak serta adab dan agama Islam mempunyai kaitan yang rapat dalam
proses pendidikan untuk mengubah tabiat manusia yang menjadikan tingkah laku manusia
erteraskan kesepaduan iman dan amal dalam menerapkan akhlak-akhlak mulia.22

18
al-Nawawi, Mahyudin Abi Zakaria Yahya Syarafin. (2005). Al-Tibyan fi Adab Hamlah al-Quran. Beirut: Dar
al-Minhaj, hlm 71-72.
19
Al-Suyūtī, ‘Abd Raḥmān Abī Bakr, (2006). Al-Itqān fī ‘Ulūm al-Qur’ān. Bayrūt: Dār al-Kutub al-Ilmiyyah.
Jil.1, hlm 390.
20
Noresah Baharom. (2005) Kamus Dewan Edisi ke-4. Selangor: Dawama Sdn. Bhd, hlm 7.
21
al-Na’imy, Abdullah al-Amin, (1994). Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibnu Khaldun dan al-Qabisi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, hlm 51-54
22
al-Na’imy, Ibid,hlm 73.
Antara konsep pembelajaran dan pendidikan al-Quran juga untuk menghayati dan ajaran dan
akhlak al-Quran dengan mengetahui, memahami maksud ayat-ayat al-Quran dan mengambil
pengajaran dan iktibar daripada peristiwa-peristiwa yang terkandung dalam al-Quran.23

Rasulullah s.a.w. juga merupakan qudwah hasanah di dalam aspek adab dan akhlak
sebagaimana hadis bahawa Baginda diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia. Rasulullah telah berjaya mentarbiyyah dan membina para sahabat sebagai generasi al-
Quran, yang benar-benar faham tentang al-Quran sehingga sanggup berkorban kerana Allah.

Al-Qabisi juga menekankan beberapa pendekatan pendidikan akhlak seperti qudwah,


kesan jamaah terhadap individu, tujuk cara, kefahaman berkaitan dengan syariat Islam serta
akhlak-akhlak yang dituntut oleh Islam yang memberi implikasi kepada pelajar sebagai insan
yang berakhlak mulia.24

3. Permasalahan Kajian

Cabaran bergelar hafiz adalah untuk mengingatkan semua ayat-ayat hafazan, di


samping untuk memelihara diri daripada sifat-sifat mazmumah dan menjauhkan perkara-
perkara maksiat di dalam mengukuhkan ayat-ayat hafazan. Bahkan faktor diri sendiri, sikap,
displin yang tinggi, cara hidup, suasana persekitaran sangat menyumbang dalam pengukuhan
ayat-ayat hafazan.25

Hasil kajian Ahmad Syamil Ikhwan mendapati bahawa tiga puluh peratus para huffaz
menghadapi kesukaran dalam menghafaz al-Quran kerana terlibat dengan masalah-masalah
akhlak seperti menghisap rokok, tidak komited dengan kelas tasmik, tidak menghormati guru
serta tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.26

Lantaran itu sebagai hamlah al-Quran yang sentiasa dekat dengan al-Quran, perlu
memiliki hati yang bersih dari sifat-sifat mazmumah iaitu sifat-sifat yang tercela seperti
pemarah, dengki, menurut hawa nafsu, khianat, takbur, bongkak dan lain-lain supaya mudah

23
Mohd Yusof Ahmad. (2000). Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, hlm 182-183.
24
Al-Nai’my. (1994). Kaedah dan Teknik Pengajaran menurut Ibnu Khaldun dan al-Qabisi. DBP: Kuala
Lumpur.
25
Utusan Malaysia Online, Cabaran bergelar Hafiz, 31/8/2010 ttp: // ww1 . utusan. com. my/utusan /info. asp?y=
2010).
26
Ahmad Syamil Ikhwan, (2014) dalam latihan ilmiah bertajuk Pelaksanaaan Kaedah Hifz Al-Quran: Satu Kajian
di kalangan Pelajar Tahfiz, KUIS, tesis diploma, hlm 30-35.
menerima segala kefahaman. Secara tidak langsung akan menghasilkan perwatakan yang baik.
Malahan tuntutan fardhu ain dengan menjaga hubungan dengan Allah, dengan manusia serta
diri sendiri menjadi tanggungjawab kepada setiap mukallaf termasuk Hamlah al-Quran.27

Azmil Hashim, 2014 menyatakan bahawa terdapat hubungan yang sangat signifikan
antara adab-adab pembelajaran tahfiz dan pencapaian hafazan pelajar. Adab-adab dalam
pembelajaran tahfiz ialah sentiasa ikhlas, sentiasa memelihara wudhu, membaca doa hafazan,
mengadap kiblat, menjauhi maksiat, makruhat dan syubhat, menjaga pemakanan halal,
menjaga pemakanan berkhasiat, bersabar, bergaul dengan golongan huffaz, menjaga solat
berjemaah, menghormati guru dan memperbanyakkan amalan sunat perlu dijadikan amalan,
budaya dan cara hidup mereka.28

Antara masalah-masalah yang mengganggu hafazan iaitu cintakan dunia serta terlalu
sibuk dengan urusan dunia, tidak merasai kenikmatan a al-Quran, hati yang kotor dan banyak
melakukan maksiat serta sikap malas, tidak sabra, berputus asa dan niat yang tidak ikhlas. Oleh
itu menghafaz al-Quran tidak mungkin dilakukan oleh orang yang berhati kotor kerana kitab
ini adalah suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T. yang maha suci, dibawa oleh malaikat yang
suci, diberikan kepada Rasullulah S.A.W. yang suci dan diturunkan ke tanah yang suci.
Kekotoran hati ini mengikut perlakuan maksiat yang dilakukan oleh seseorang. Apabila hati
sudah kotor maka hafazan terhadap al-Quran akan berkurangan sehinggalah ke peringkat hati
yang hitam gelap yang akan menjauhkan seseorang dari kecintaan dan melupakan al-Quran.29

Dalam menyatakan adab tentang hamlah al-Quran ini, bersifat sebagai ahli al-Quran,30
meninggalkan perkara-perkara maksiat, makruhah dan syubhah menjadi antara faktor-faktor
yang menyumbang dalam pengukuhan ayat-ayat hafazan31

27
Abdul Salam Yusof. (2003). Imam Al-Ghazali Pendidikan Berkesan. Selangor: Utusan Publication &
Distributor Sdn Bhd, hlm 37.
28
Azmil Hashim. (2014). Hubungan Antara Adab-Adab Pembelajaran Tahfiz Dan Pencapaian Hafazan Pelajar.
The Online Journal of Islamic Education, Jurnal 2014, Vol.2, Issue 2, hlm 79-80 dalam http://pustaka2. upsi.edu.
my/eprints
29
Abdul Hafiz Abdullah etal. (2005) Keberkesanan Kaedah Hafazan Di Pusat Tahfiz. UTM: Pusat Pengajian
Islam Dan Pembangunan Sosial, hlm 43-46.
30
Abd al-Qadir dan Khairul Anuar Muhammad. (2014). Muzakirah Turuq Ta’lim al-Quran wa al-Tahfiz.
Selangor: Darul Syakir Enterprise, hlm 11-12.
31
Abu Najihat. (2002). Panduan bagi Hafiz-Hafizah dan Qari –Qariah, Selangor: Darul Iman Sdn Bhd.hlm 85-
89.
Kajian ini bertujuan untuk untuk mengenalpasti profil Hamalah al-Quran serta mengkaji
pelaksanaan konsep Hamalah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak di salah sebuah
ma’ahad tahfiz.

4. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah tinjauan yang menggunakan satu set soal
selidik iaitu Skala Konsep Hamlah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak. Tujuannya untuk
mendapatkan maklumat daripada subjek kajian untuk menghuraikan fenomena dan untuk
membuat ramalan tentang sesuatu isu masyarakat semasa.32 Soal selidik adalah merupakan
salah satu alat secara khusus untuk mengumpul maklumat untuk tujuan analisis persoalan
kajian.33

Pengkaji telah memilih Ma’ahad Tahfiz Swasta sebagai tempat kajian kerana
mempunyai subjek dan data yang mampu menjawab persoalan kajian serta tujuan kajian. Sidek
Mohd. Noah (2002) mencadangkan empat faktor untuk ditimbangkan dalam pemilihan tapak
atau lokasi kajian; kaya dengan data, unfamiliarity, sesuai dan mempunyai rangkaian sosial
yang baik.34 Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan
Lima yang mengikuti pengajian Tahfiz al-Quran secara sepenuh masa.

Kaedah persampelan yang digunakan bagi memilih sampel dalam kajian ini adalah
kaedah persampelan bertujuan. Kaedah ini digunakan bagi memenuhi tujuan kajian
berdasarkan justifikasi pelajar telah terlibat lama dengan sesi p&p tahfiz iaitu kalangan
tingakatan empat dan tingkatan lima.35 Dalam kajian ini, pemilihan jumlah sampel ini
mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh Krejcie & Morgan (1970), Cochran’s
Formula (1977) dan Uma Sekaran (2003) berkenaan bilangan dan formula pemilihan sampel
serta mendapati jumlah sampel yang telah dipilih adalah yang terbesar.36

Secara umumnya, kajian ini akan dikumpulkan dengan menggunakan kaedah


pengumpulan data secara kuantitatif. Instrumen yang dibentuk bagi mengumpulkan data yang

32
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Malaysia Sdn Bhd,
hlm 110.
33
Sabitha Marican, (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Pearson Prentice Hall, hlm 120.
34
Sidek Mohd. Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori Dan Praktis. Fakulti Pengajian
Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang: Perkhidmatan Percetakan FPP, hlm 62-70.
35
Ibid, hlm 89.
36
Sekaran, Uma. (2003). Research Methods for Business. Ed. Ke- 4. New York: John Wiley & Sons, Inc, hlm
265-267.
diperlukan ialah melalui pengedaran soal selidik yang telah dibina oleh sekumpulan penyelidik.
Set soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian; Bahagian A: Latar belakang responden
dan Bahagian B: Maklumat tentang Konsep Hamlah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak.
Konstruk ini digunakan untuk mengukur elemen konsep Hamlah al-Quran dari perspektif
perspektif adab dan akhlak.

Instrumen kajian telah dibina oleh sekumpulan pakar dalam bidang masing-masing
yang kemudiannya diuji melalui ujian rintis kepada sekumpulan belia Islam seramai 10 orang.
Instrumen kajian ini juga mendapat kesahan daripada panel rujukan pakar. Sebanyak 80 soal
selidik telah diedarkan kepada responden kajian rintis. Data yang dikumpulkan daripada 10
orang sampel rintis diproses dua kali untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan
instrumen yang digunakan.

5. Dapatan Kajian

Kajian ini melaporkan dapatan kajian yang bertujuan untuk mengenalpasti serta
mengkaji pelaksanaan konsep Hamlah al-Qur’an dari perspektif adab dan akhlak di Ma’ahad
Tahfiz swasta. Peserta kajian yang dipilih secara rawak adalah seramai 80 orang. Analisis
deskriptif peratusan digunakan untuk menerangkan profil responden kajian. Manakala analisis
deskriptif peratus digunakan bagi mengenal pasti tahap kefahaman dan penghayatan Huffaz
terhadap Konsep Hamlah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak peserta kajian.

5.1 Latar Belakang Demografi Kajian

Kajian profil dilakukan kepada 80 orang huffaz yang belajar di Ma’ahad Tahfiz (sila
rujuk jadual 5.1.1 hingga jadual 5.1.5) bagi mengenalpasti profil responden kajian.

Jadual 5.1.1: Profil Sampel Mengikut Jantina Dan Tingkatan


Tingkatan Empat Tingkatan Lima
Jantina Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan
Lelaki 28 70 18 45
Perempuan 12 30 22 55
Sumber: Soal Selidik

Dari segi jantina jadual di atas menunjukkan seramai 28 orang responden (70.0%)
dalam kajian ini adalah pelajar lelaki, manakala seramai 12 orang (30.0%) pula adalah terdiri
daripada pelajar perempuan dalam tingkatan 4. Manakala bagi tingkatan 5 pula menunjukkan
seramai 18 orang (45.0%) adalah pelajar lelaki berbanding 22 orang (55.0%) adalah pelajar
perempuan. Ini menunjukkan jumlah responden lelaki melebihi jumlah responden perempuan
dalam kajian ini. Dari segi umur menunjukkan keseimbangan antara umur 16 tahun dan 17
tahun kerana soal selidik hanya diedarkan kalangan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5
disebabkan mereka merupakan pelajar senior yang telah lama terlibat dengan proses p&p
hafazan al-Quran.

Jadual 5.1.2: Profil sampel mengikut Pendorong Responden Untuk Mengambil Bidang
Tahfiz Al-Quran
Pendorong Lelaki % Perempuan %
Ibu bapa 14 35 7 17.5
TINGKATAN 4 Diri Sendiri 11 27.5 5 12.5
Kawan 3 7.5 - -
Lain-lain - 0 - -
Ibu bapa 4 10 12 30
Diri Sendiri 12 30 10 25
TINGKATAN 5
Kawan 1 2.5 - -
Lain-lain 1 2.5 - -
Sumber: Soal selidik

Manakala jadual 5.1.2 menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5, pendorong
utama untuk mengambil bidang tahfiz kebanyakannya daripada diri sendiri responden iaitu
seramai 23 orang (57.5%) bagi lelaki. Manakala bagi pelajar perempuan seramai 19 orang
(47.5%) bersetuju ibu bapa menjadi pendorong utama untuk memilih bidang tahfiz al-Quran.
dorongan diri sendiri. Faktor kawan-kawan dan diri sendiri, hanya pelajar lelaki tingkatan 4
iaitu 3 orang (7.5%) bersetuju kawan-kawan berbanding tingkatan 5 seramai seorang (2.5%)
Faktor lain-lain, hanya pelajar lelaki tingkatan 5 bersetuju seramai seorang (2.5%).

Jadual 5.1.3: Profil Sampel Mengikut Jumlah Juz Yang Telah Dihafaz
Juz Bilangan Pelajar Peratus %
1-5 28 35
6-10 15 18.75
11-15 8 10
16-20 9 11.25
21-25 6 7.5
26-30 14 17.5
Jumlah 80 100
Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.1.3 menunjukkan bahawa jumlah responden yang telah menghafaz 1-5 juz ialah
seramai 28 orang mewakili 35 peratus. Pelajar yang telah menghafaz 10 juz ialah seramai 15
orang iaitu 18.75 peratus. Seramai 8 orang pelajar yang telah menghafaz 15 juz iaitu bersamaan
10 peratus. 9 orang pelajar telah menghafaz 20 juz iaitu 11.25 peratus. Seramai 6 orang pelajar
yang telah menghafaz 25 juz iaitu 7.5 peratus manakala pelajar yang telah tamat menghafaz
keseluruhan al-Quran ialah seramai 14 orang yang mewakili 17.5 peratus.

Jadual 5.1.4: Profil Sample Mengikut Jumlah Juz Yang Telah Dihafaz
Juz Bilangan pelajar Peratus %
1-5 28 35
6-10 15 18.75
11-15 8 10
16-20 9 11.25
21-25 6 7.5
26-30 14 17.5
Jumlah 80 100
Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.1.4 menunjukkan bahawa jumlah responden yang telah menghafaz 1-5 juz ialah
seramai 28 orang mewakili 35 peratus. Pelajar yang telah menghafaz 10 juz ialah seramai 15
orang iaitu 18.75 peratus. Seramai 8 orang pelajar yang telah menghafaz 15 juz iaitu bersamaan
10 peratus. 9 orang pelajar telah menghafaz 20 juz iaitu 11.25 peratus. Seramai 6 orang pelajar
yang telah menghafaz 25 juz iaitu 7.5 peratus manakala pelajar yang telah tamat menghafaz
keseluruhan al-Quran ialah seramai 14 orang yang mewakili 17.5 peratus.

Jadual 5.1.5: Profil Sample Mengikut Mula Menghafaz


Pernah % Tidak Pernah %
48 60 32 40
Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.1.5 di atas menunjukkan bahawa seramai 48 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang
pernah menghafaz sebelum memasuki ma’ahad tahfiz. Manakala seramai 32 orang pelajar
MTAS yang tidak pernah menghafaz sebelum memasuki ma’ahad tahfiz.

Hasil dapatan profil responden menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih dominan
berbanding dengan pelajar perempuan tetapi terdapat sedikit perbezaan jantina antara pelajar
lelaki tingkatan 4 yang lebih ramai berbanding dengan pelajar perempuan tingkatan 5 lebih
dominan. Manakala dari aspek faktor-faktor pendorong utama minat memilih bidang hafazan
al-Quran ialah diri sendiri dan ibu bapa juga mendapat peratus kedua tertinggi. Ini berdasarkan
faktor umur responden yang masih lagi berada di bawah tanggungjawab ibubapa. Aspek jumlah
ayat-ayat yang telah dihafaz menunjukkan majoriti responden kalangan pelajar tingkatan 4 dan
5 masih menghafaz 5 juz. Ini menunjukkan pelajar masih mencari dan mungkin faktor baru
mula menghafaz sehingga mereka sukar untuk menghafaz al-Quran dengan lebih cepat. Ini
disokong dengan hasil dapatan menunjukkan bahawa punca utama jumlah hafazan yang sedikit
disebabkan mereka tidak pernah menghafaz al-Quran sebelum memasuki ma’ahad tahfiz
menyebabkan mereka kurang mahir dan tidak berpengalaman dalam kaedah hafazan al-Quran.

5.2 Konsep Hamalah al-Quran Dari Perspektif Adab dan Akhlak

Konsep Hamalah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak menunjukkan sebanyak 15
item yang merangkumi aspek-aspek adab dan akhlak iaitu tidak pasti mempunyai perasaan
takut hendak melakukan sifat-sifat mazmumah kerana Allah sentiasa melihat, menghisap rokok
atau vape adalah merupakan perkara biasa, tidak suka mendengar teguran rakan-rakan, tidak
minat menghafaz al-Quran kerana tidak suka dengan guru tasmik, tidak memelihara akhlak
ketika bermua’malah dengan manusia, tidak memiliki sifat sabar dan tidak suka membantu
rakan-rakan tanpa mendapat ganjaran, suka pinjam barang-barang rakan tanpa meminta
kebenaran mereka terlebih dahulu, tidak suka memaafkan kesalahan rakan-rakan, ikhtilat
antara ajnabi, tiada kaitan antara maksiat dengan hafazan al-Quran, tiada kaitan pembentukan
peribadi dengan pemakanan halal dan percaya tiada kaitan pemeliharaan ayat hafazan dengan
hubungan dengan Allah, amalan ikhtilat, kaitan maksiat dengan hafazan al-Quran, kaitan
makanan syubhah dengan pembentukan peribadi, kaitan hafazan al-Quran dengan penjagaan
hubungan dengan Allah s.w.t.

Jadual 5.2.1: Penghayatan Pelajar Terhadap Konsep Allah Sentiasa Melihat Segala
Perbuatan Hamba-Hambanya
Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %
Sangat Tidak Setuju - 0
Tidak Setuju - 0
Agak Setuju 12 15
Setuju 29 36.25
Sangat Setuju 39 48.75
Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.2.1 di atas menunjukkan responden kajian berkenaan dengan adab sebagai seorang
hamba Allah s.w.t. berdasarkan soalan kaji selidik ‘Takut hendak melakukan sifat-sifat
mazmumah kerana saya tahu Allah sentiasa melihat saya ’. Hasil dapatan menunjukkan bahawa
seramai 39 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat setuju mewakili 48.75 peratus. 29 orang
pelajar yang bersetuju dengan 36.25 peratus. 12 orang pelajar yang agak setuju bahawa Allah
s.w.t sentiasa melihat perbuatan hambaNya. Manakala tiada seorang responden yang tidak
setuju bahawa Allah sentiasa melihat setiap perbuatan yang dilakukan oleh hambaNya. Hasil
analisis menunjukkan bahawa ramai pelajar tahfiz yang memenuhi tanggungjawab sebagai
hamlah al-Quran dalam menjaga adab sebagai hamba Allah s.w.t.

Jadual 5.2.2: Sikap Pelajar Terhadap Amalan Rokok

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %


Sangat Tidak Setuju 62 77.5
Tidak Setuju 12 15
Agak Setuju 4 5
Setuju 2 2.5
Sangat Setuju - 0
Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.2.2 di atas menunjukkan responden kajian berkenaan dengan sikap pelajar terhadap
amalan rokok berdasarkan soalan kaji selidik ‘Menghisap rokok atau vape adalah satu perkara
biasa bagi saya’. Hasil dapatan menunjukkan bahawa seramai 62 orang pelajar tingkatan 4 dan
5 yang sangat tidak setuju mewakili 77.5 peratus. 12 orang pelajar yang tidak bersetuju dengan
15 peratus. 4 orang pelajar yang yang merokok dengan jawapan agak setuju. Manakala 2 orang
pelajar yang merokok kerana bersetuju dengan soalan kaji selidik ini. Hasil analisis
menunjukkan bahawa majoriti pelajar tahfiz mengetahui bahawa tabiat merokok itu adalah
menurut syariat Islam.

Jadual 5.2.3: Adab dengan Rakan-Rakan

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %


Sangat Tidak Setuju 11 13.75
Tidak Setuju 49 61.25
Agak Setuju 11 13.75
Setuju 7 8.75
Sangat Setuju 2 2.5
Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.2.3 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan adab dengan rakan-rakan
berdasarkan soalan kaji selidik ‘Kadang-kadang saya tidak suka mendengar teguran rakan-
rakan saya’. Hasil kajian menunjukkan bahawa seramai 11 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang
sangat tidak setuju mewakili 13.75 peratus. 49 orang pelajar yang tidak bersetuju bersamaan
dengan 61.25 peratus. 11 orang pelajar yang yang tidak suka ditegur oleh rakannya sekiranya
melakukan kesalahan dengan jawapan agak setuju. Manakala 9 orang pelajar yang tidak suka
ditegur rakan mereka dengan jawapan setuju dengan soalan kaji selidik ini.
Jadual 5.2.4: Adab dengan Guru
Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %
Sangat Tidak Setuju 40 50
Tidak Setuju 32 40
Agak Setuju 6 7.5
Setuju 1 1.25
Sangat Setuju 1 1.25
Jumlah 80 100
Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.2.4 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan adab dengan guru iaitu
hendaklah hormati guru berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya tidak minat menghafaz al-Quran
kerana tidak suka dengan guru tasmik saya’. Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 40
orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat tidak setuju mewakili 50 peratus. 32 orang pelajar
yang tidak bersetuju bersamaan dengan 40 peratus. 8 orang pelajar mewakili jawapan agak
setuju, setuju dan sangat setuju. Hasil analisis menunjukkan bahawa hanya terdapat dua orang
sahaja responden yang benar-benar setuju tidak minat menghafaz al-Quran disebabkan faktor
guru.

5.3 Konsep Hamlah al-Quran dari Perspektif Akhlak

Jadual 5.3.1: Cara Bermua’malah

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %


Sangat Tidak Setuju 1 1.25
Tidak Setuju 2 2.5
Agak Setuju 27 33.75
Setuju 32 40
Sangat Setuju 18 22.5
Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.1 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan adab cara bermua’malah
berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya sangat memelihara akhlak saya ketika bermua’malah
dengan manusia’. Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 18 orang pelajar tingkatan 4
dan 5 yang sangat setuju mewakili 22.5 peratus. 32 orang pelajar yang bersetuju bersamaan
dengan 40 peratus. 27 orang pelajar yang agak setuju (33.75%). Manakala hanya 3 orang
(3.75%) sahaja yang tidak menjaga cara bermua’malah dengan manusia.
Jadual 5.3.2: Sifat Sabar

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %


Sangat Tidak Setuju 3 3.75
Tidak Setuju 51 63.75
Agak Setuju 9 11.25
Setuju 7 8.75
Sangat Setuju 10 12.5
Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.2 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan sifat sabar soalan kaji selidik ‘
Saya cepat marah apabila rakan saya mengambil hak saya’. Jadual di atas menunjukkan bahawa
seramai 54 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat tidak setuju dan tidak setuju mewakili
67.5 peratus. 9 orang pelajar yang agak setuju bersamaan dengan 11.25 peratus. 7 orang
(8.75%) yang tidak dapat menahan kesabaran dan 10 orang (12.5%) yang sangat setuju bahawa
mereka tidak dapat bersabar.

Jadual 5.3.3: Contoh Ikutan (Qudwah Hasanah)

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %


Sangat Tidak Setuju - 0
Tidak Setuju 2 2.5
Agak Setuju 13 16.25
Setuju 39 48.75
Sangat Setuju 26 32.5
Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.3 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan qudwah hasanah iaitu contoh
ikutan yang baik berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya suka membantu rakan-rakan saya tanpa
mengharapkan balasan’. Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 26 orang pelajar
tingkatan 4 dan 5 yang sangat setuju mewakili 32.5 peratus. 39 orang pelajar yang bersetuju
bersamaan dengan 48.75peratus. 13 orang pelajar yang agak setuju bahawa mereka suka
membantu rakan-rakan. 2 orang pelajar tidak suka membantu rakan-rakan tanpa mengharap
balasan. Hasil analisis menunjukkan bahawa hanya terdapat minoriti pelajar sahaja yang
bersifat negatif dalam pergaulan dengan membantu rakan-rakan. Ini membuktikan ramai
pelajar tahfiz faham sebagai hamalah al-Quran sangat perlu menunjukkan contoh ikutan yang
baik iaitu membantu rakan-rakan tanpa mengharap balasan.
Jadual 5.3.4: Mengambil Barang Dengan Izin

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %


Sangat Tidak Setuju 42 52.5
Tidak Setuju 31 38.75
Agak Setuju 5 6.25
Setuju 1 1.25
Sangat Setuju 1 1.25
Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.4 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan akhlak pelajar iaitu mengambil
barang dengan izin berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya suka pinjam barang-barang rakan saya
tanpa meminta kebenaran mereka terlebih dahulu’. Jadual di atas menunjukkan bahawa
seramai 42 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat tidak setuju mewakili 52.5 peratus. 31
orang pelajar yang tidak bersetuju bersamaan dengan 38.75 peratus. 5 orang agak setuju iaitu
suka mengambil barang tanpa izin, seorang setuju dan seorang lagi sangat setuju bahawa
mereka suka mengambil barang tanpa izin.

Jadual 5.3.5: Kekerapan Responden Terhadap Akhlak Memaafkan

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %


Sangat Tidak Setuju - 0
Tidak Setuju 1 1.25
Agak Setuju 4 5
Setuju 25 31.25

Sangat Setuju 50 62.5


Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.5 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan akhlak sebagai seorang pemaaf
berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya suka memaafkan kesalahan rakan-rakan saya’. Jadual di
atas menunjukkan bahawa seramai 50 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat setuju
mewakili 62.5 peratus. 25 orang pelajar yang bersetuju bersamaan dengan 31.25 peratus. 4
orang pelajar yang tidak suka memaafkan kesalahan rakan-rakan dengan jawapan agak setuju,
seorang pelajar yang tidak setuju bermakna tidak suka memaafkan kesalahan rakan-rakannya.

Hasil analisis menunjukkan bahawa hanya terdapat lima orang sahaja pelajar yang
terlibat dengan sikap susah memaafkan orang lain.
Jadual 5.3.6: Kekerapan Responden Terhadap Amalan Ikhtilat (Pergaulan Antara
Lelaki Dan Perempuan)
Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %
Sangat Tidak Setuju 13 16.25
Tidak Setuju 30 37.5
Agak Setuju 19 23.75
Setuju 11 13.75
Sangat Setuju 7 8.75
Jumlah 80 100
Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.6 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan pergaulan antara lelaki dan
perempuan di kalangan pelajar tahfiz MTAS berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya tidak kisah
untuk bersembang dengan lelaki ajnabi ’. Hasil kajian menunjukkan bahawa seramai 13 orang
pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat tidak setuju mewakili 16.25 peratus. Ini membuktikan
bahawa ramai pelajar ma’ahad tahfiz yang menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan. 30
orang pelajar yang tidak bersetuju dengan peratus 37.5. Pelajar yang agak setuju dan tidak kisah
dalam menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan adalah seramai 19 orang. Pelajar yang
setuju dan tidak kisah tentang hal ikhtilat seramai 11 orang bersamaan 13.75 peratus. Manakala
tiada pelajar yang sangat setuju dan tidak kisah langsung tentang ikhtilat seramai 7 orang iaitu
8.75 peratus.

Jadual 5.3.7: Kefahaman Responden Terhadap Kaitan Maksiat Dan Hafazan Al-Quran
Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %
Sangat Tidak Setuju 4 5
Tidak Setuju 6 7.5
Agak Setuju 10 12.5
Setuju 10 12.5
Sangat Setuju 50 62.5
Jumlah 80 100
Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.7 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan pengetahuan tentang kaitan
maksiat boleh menyebabkan hafazan al-Quran hilang pelajar tahfiz MTAS berdasarkan soalan
kaji selidik ‘Rancangan televisyen yang berunsurkan maksiat boleh menyebabkan ayat-ayat
hafazan saya hilang’. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 50 orang pelajar tingkatan
4 dan 5 yang sangat setuju mewakili 62.5 peratus. Ini membuktikan bahawa ramai pelajar yang
mengetahui bahawa maksiat boleh menghilangkan ayat hafazan al-Quran. 10 orang pelajar
yang bersetuju dengan peratus 12.5. Pelajar yang agak setuju bahawa maksiat boleh melupakan
pelajar dengan ayat hafazan al-Quran seramai 10 orang. Manakala 6 orang pelajar yang tidak
setuju dan 4 orang yang sangat tidak setuju dengan kaitan maksiat boleh melupakan ayat
hafazan yang telah dihafaz.

Jadual 5.3.8: Kefahaman Responden Terhadap Kaitan Makanan Syubhah dan


Pembentukan Peribadi
Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %
Sangat Tidak Setuju - 0
Tidak Setuju 1 1.25
Agak Setuju - 0
Setuju 14 17.5
Sangat Setuju 65 81.25
Jumlah 80 100
Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.8 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan pengetahuan tentang kaitan
makanan halal dengan pembentukan peribadi muslim pelajar tahfiz berdasarkan soalan kaji
selidik ‘Saya tahu makanan halal akan membentuk jiwa dan peribadi muslim yang baik ’.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 65 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat
setuju mewakili 81.25 peratus. Ini membuktikan bahawa ramai pelajar yang menjaga
pemakanan mereka. 14 orang pelajar yang bersetuju dengan peratus 17.5. Tiada pelajar yang
agak setuju bahawa penjagaan makanan yang tidak halal boleh mempengaruhi pembentukan
jiwa dan peribadi muslim. Manakala seorang yang tidak setuju dengan peratus 1.25.

Jadual 5.3.9 Kefahaman Responden Terhadap Kaitan Hafazan Al-Quran Dengan


Penjagaan Hubungan Dengan Allah S.W.T.
Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %
Sangat Tidak Setuju - 0
Tidak Setuju 1 1.25
Agak Setuju 2 2.5
Setuju 13 16.25
Sangat Setuju 64 80
Jumlah 80 100
Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.9 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan pengetahuan tentang kaitan
hafazan al-Quran dengan hubungan dengan Allah s.w.t. pelajar tahfiz berdasarkan soalan kaji
selidik ‘Saya tahu menghafaz al-Quran perlu menjaga hubungan dengan Allah s.w.t..
Kesimpulannya jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 64 orang pelajar tingkatan 4 dan
5 yang sangat setuju mewakili 80 peratus. Ini membuktikan bahawa ramai pelajar yang
menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. 13 orang pelajar yang bersetuju dengan peratus 16.25.
2 orang pelajar yang agak setuju bahawa menghafaz al-Quran perlu menjaga hubungan dengan
Allah s.w.t. Manakala seorang yang tidak setuju dengan peratus 1.25.
Walaupun hasil dapatan menunjukkan bahawa lima belas item dalam konstruk konsep Hamlah
al-Quran dari perspektif adab dan akhlak menunjukkan tahap yang baik tetapi masih terdapat
segelintir huffaz yang terlibat dengan amalan-amalan yang tidak sewajarnya iaitu seramai
15.0% tidak pasti mempunyai perasaan takut hendak melakukan sifat-sifat mazmumah kerana
Allah sentiasa melihat, 2.5% bersetuju bahawa menghisap rokok atau vape adalah merupakan
perkara biasa, 11.5% tidak suka mendengar teguran rakan-rakan, 2. 5% tidak minat menghafaz
al-Quran kerana tidak suka dengan guru tasmik, 3.75% tidak memelihara akhlak ketika
bermua’malah dengan manusia, 21.25% tidak memiliki sifat sabar dan 2.5% tidak suka
membantu rakan-rakan tanpa mendapat ganjaran, 2.5% suka pinjam barang-barang rakan
tanpa meminta kebenaran mereka terlebih dahulu, 1.25% tidak suka memaafkan kesalahan
rakan-rakan, 12.5% ikhtilat antara ajnabi, 12.5% tiada kaitan antara maksiat dengan hafazan
al-Quran, 1.25% tiada kaitan pembentukan peribadi dengan pemakanan halal dan 1.25%
percaya tiada kaitan pemeliharaan ayat hafazan dengan hubungan dengan Allah.

Konsep Hamalah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak dapat disimpulkan bahawa
sifat-sifat mukmin sejati ialah orang yang beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia. Bagi
seorang mukmin setiap yang dilaksanakan dalam kehidupan adalah mengikut syariat dan
peraturan Allah s.w.t., menjalani kehidupan dalam suasana ibadah dan mendapat keredhaan
Allah s.w.t.37 (Zainora Daud, 2011).

6. Kesimpulan

Kajian ini menunjukkan aspek konsep Hamalah al-Quran kalangan Huffaz


dari perspektif adab dan akhlak berada di tahap yang baik. Walau bagaimanapun
pihak yang berwajib perlu memberi perhatian dan mengambil langkah yang
sewajarnya apabila dikaitkan dengan pengukuhan hafazan, hanya terdapat 35
peratus pelajar yang berjaya menghafaz juz satu hingga lima sahaja walaupun
mereka sudah berada tingkatan empat dan tingkatan lima berbanding dengan 36.25
peratus yang berjaya menghafaz lebih lima belas juz. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa majoriti Huffaz sangat menitiberatkan dan memahami bahawa
terdapat hubungan antara maksiat dengan hafazan al-Quran, kaitan pembentukkan
peribadi dengan pemakanan halal serta kaitan antara pemeliharaan ayat hafazan

37
Zainora Binti Daud. Rosfazila Binti Abd Rahman. 2011. Pengajian Tahfiz di Kalangan Kanak-kanak: Kesan
Terhadap Personaliti Ibadah, Satu Tinjauan. Kertas kerja dibentangkan di Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya, 11 dan 12 Oktober, Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya, hlm17.
dengan hubungan Allah. Ini bertepatan dengan hasil temubual menunjukkan
bahawa penekanan dari segi adab dan akhlak amat diterapkan dalam setiap pelajar
tahfiz. Bagaimanapun terdapat beberapa aspek konsep Hamalah al-Quran perlu
diberi perhatian, walaupun hanya minoriti sahaja yang terlibat dengan akhlak-
akhlak mazmumah. Perkara ini perlu diambil perhatian serius kerana dikhuatiri akan
menular kepada pelajar-pelajar lain. Ini mungkin disebabkan umur mereka yang
masih berada tahap pentarbiyahan serta faktor jadual yang padat dan pengaruh
daripada media sosial juga turut memberi kesan kepada sikap para Huffaz.

Bibliografi

Abu Shahbah, Muhammad ibn Muhammad. (1992). Al-Madkhal li Dirasat al-Quran al-Karim.
Kaherah: maktabah al-Sunnah

Abd al-Qadir dan Khairul Anuar Muhammad. (2014). Muzakirah Turuq Ta’lim al-Quran wa
al-Tahfiz. Selangor: Darul Syakir Enterprise.

Abd Rahman Abd Ghani etal. (2012) Tahap Pengurusan Institusi Tahfiz Persendirian di Negeri
Selangor dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Pengajian Islam Bil.1/Februari. Selangor:
KUIS.

Abdul Salam Yusof. (2003). Imam Al-Ghazali Pendidikan Berkesan. Selangor: Utusan
Publication & Distributar Sdn Bhd.

Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur, Malaysia

Ahmad Khalid Syukri etal. (2010). Al-Munir fi Ahkam al-Tajwid. Amman: Jam’iyyah al-
Muhafazah ‘ala al-Quran al-Karim

Ahmad Syamil Ikhwan, (2014). Latihan Ilmiah (Pelaksanaan Kaedah Hifz al-Quran: Satu
Kajian di Kalangan Pelajar Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, KUIS.

Al-Bukhari Muhammad bin Ismail bin Ibrahim. (1410H/1937). Sahih Dar Ihya’ al-Turath al-
‘Arabi. Beirut.

Al-Majidi, ‘Abd al-Salam Maqbal, Talaqqi al-Nabi Alfaz al-Qur’an al-Karim. Cet.per-1,
Beirut, Lubnan: Mu’assash al-Risalah, 1421H/2000M.

Al-Na’imy, Abdullah al-Amin, Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibnu Khaldun dan
al-Qabisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia,
1994.
al-Nawawi, Mahyudin Abi Zakaria Yahya Syarafin. (2005). Al-Tibyan fi Adab Hamlah al-
Quran. Beirut: Dar al-Minhaj.

Al-Qaṭṭan, (1996). Manna’, Mabaḥith fi ‘Ulum al-Qur’an. Kaherah: Maktabat Wahbat.

Al-Shabuni, Muhammad ‘Ali. (1980). Al-Tibyan fi Ulum al-Quran. Makkah al-Mukarramah:


Kulliyah al-Syari’ah wa al-Dirasat al-Islamiyyah.

Al-Suyūtī, ‘Abd Raḥmān Abī Bakr, Al-Itqān fī ‘Ulūm al-Qur’ān. Jilid 1. Bayrūt: Dār al-Kutub
al-Ilmiyyah, 1427H/2006M.

Al-Tabrani, Abi al-Qasim Sulaiman bin Ahmad al-Tabrani. Al-Mu’jam al-Kabir, al’Ayn: man
ismuhu “Abd Allah (b). Kaherah: Maktabat Ibnu Taimiyyah.

Ary, D., Jacobs, L. C. & Razavieh, A. (1996). Introduction To Research In Education. Orlando,
Florida: Harcourt Brace College Publishers.

Azmil Hashim. (2014). Hubungan Antara Adab-Adab Pembelajaran Tahfiz Dan Pencapaian Hafazan
Pelajar. The Online Journal of Islamic Education, Jurnal 2014, Vol.2, Issue 2, dalam
http://pustaka2. upsi.edu. my/eprints

Babbie, E. R. (2001). The Practise Of Social Research. Ed. ke-9. USA: Thompson Learning.

Gay, L. R. & Airasian, P. (2003). Educational Research: Competencies For Analysis And
Applications. Ed. ke-7. Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.

Ibn Al-Kathir, ‘Imad al-Din Abi al-Fida’ Ismail bin ‘Umar. (2003). Mukhtasar Tafsir Ibnu
Kathir. Kaherah: Dar al-Salam. Jil.3.

Kerlinger, F. (1973). Foundations of Behavioral Research. Ed. ke-2. New York: Holt, Rinehart
and Winston.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.
Educational and Psychological Measurement 30: 607-610.

Marohaini Yusoff. (2001). Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan Kajian.


Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Yusof Ahmad. (2000). Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

Muḥaysin, Muḥammad Salim, (1409H/1989M) .Fi Rihab al-Qur’an al-Karim. Juzu’.1. Beirut:
Dar al-Jil. 1
Mukram, Abd al-‘Al Salim. (1996). Al-Qiraat al-Quraniyyah wa Atharuha fi al-Dirasat al-
Nahwiyyah. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Neuman, W. Lawrence. (2006). Social Research Methods. Ed. Ke- 5. New York: Pearson
Education Inc.

Noresah Baharom. (2005) Kamus Dewan Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Qabah, ‘Abd Halim bin Muhammad al-Hadi. (1999). Al-Qira’at al-Quraniyyah Tarikhuha,
thubutuha, Hujjiyyatuha wa Ahkamuha. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami.

Sabitha Marican, (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Pearson Prentice Hall

Sekaran, Uma. (2003). Research Methods for Business. Ed. Ke- 4. New York: John Wiley &
Sons, Inc.

Sidek Mohd. Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori Dan Praktis. Fakulti
Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang: Perkhidmatan Percetakan
FPP.

Utusan Malaysia Online, Cabaran bergelar Hafiz, 31/8/2010


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010).

Wiersma, W. (2000). Research Methods In Education: An Introduction. Needham Heights: A


Division of Simon & Schuster Inc.

Zainora Binti Daud. Rosfazila Binti Abd Rahman. 2011. Pengajian Tahfiz di Kalangan Kanak-
kanak: Kesan Terhadap Personaliti Ibadah, Satu Tinjauan. Kertas kerja dibentangkan di
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 11 dan 12 Oktober, Kuala Lumpur.
Penerbit Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai