Anda di halaman 1dari 3

SATU TINJAUAN TERHADAP ARTIKEL “TIUPAN ANGIN YANG MEMATIKAN”

OLEH USTAZ MOHD KHAFIDZ BIN SORONI (2013)

NIK MOHAMMAD REDZUAN NAIM (PID19328) PENGAJIAN MEDIA ISLAM


BIN NIK MARIADI

NADSMIL BIN HASHIM (PID19325) PENGKHUSUSAN DAKWAH DAN PENGURUSAN

MUHAMAD DZULAIDI BIN AKING (PID19324) PENGKHUSUSAN DAKWAH DAN PENGURUSAN

ABU BAKAR AL-SIDDIQ BIN ALIAS (PID19327) SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

MUHAMMAD ERDY BIN AGIL (PID19326) PENGKHUSUSAN DAKWAH DAN PENGURUSAN

Pengenalan

Mohd Khafidz bin Soroni @ HJ. Ahmad Mughri. Beliau dihahirkan pada 01 Oktober
1974. Beliau berasal dari Selangor. Berkelulusan Sarjana Muda Usuluddin (Al-Hadith Wa
Ulumuh) dari Universiti Al-Azhar pada tahun 1998 dan (Usuluddin Al-Quran dan Hadis) dari
UM (2008). Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengarah Institusi Kajian Hadis (INHAD)
KUIS (2012-2014) dan Felo dalam Institusi Kajian Hadis (INHAD) KUIS (2015 - kini). Beliau
aktif menulis buku-buku ilmiah dan kolumnis majalah. Kini Beliau bertugas sebagai Pensyarah
Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah, Akademi Islam, KUIPS dalam pengkususan bidang Hadis
dan Ilmu Hadis

Pada pendapat saya. Tujuan Penulis menulis artikel ini adalah untuk memberikan
Motivasi kepada Masyarakat tentang tiupan angin yang dapat mematikan orang beriman ketika
sebelum berlakunya kiamat. Selain itu, artikel ini juga bertujuan untuk memberikan kesedaran
kepada Masyarat terutama yang sering lalai kepadaNya. Malahan artikel ini juga dapat memberi
ilmu kepada Masyarakat terutama kepada Pelajar amnya yang ingin mengetahui tentang perkara
ghaib seperti tanda-tanda kiamat yang akan berlaku pada masa akan datang.

Rumusan
Artikel ini membincangkan tentang tiupan angin yang mematikan. Terdapat beberapa isi
penting yang dapat diambil dalam artikel ini. Pertama, hari Kiamat merupakan peristiwa yang
sangat besar hanya diberi kepada orang kafir sahaja. Kedua, dengan Rahmat Allah, orang yang
beriman tidak akan merasakan dasyatnya hari kiamat tersebut. Ketiga, sebelum terjadinya
kiamat, Allah akan mematikan semua orang yang beriman dengan menghembuskan satu angin
yang dikenali sebagai “Angin Maut” dari arah Yaman yang bersifat lebih lembut dari sutera dan
wangi seharum kasturi. Keempat, angin tersebut zahirnya hanya penyebab sahaja, hakikatnya
kematian itu melalui perantara malaikat maut jua. Dan terakhir isi penting didalam artikel ini,
dengan datangnya angin ini. Maka berakhirlah kewujudan umat Islam dan hilanglah agama
Islam di muka bumi ini

Pandangan saya terhadap artikel ini ialah ia dapat menjelaskan kepada masyarakat
terutama golongan yang ingin mengetahui tentang sifat penyayang bagi Allah S.W.T terhadap
hambanya. Artikel ini juga memberitahu kepada kita dengan jelas bahawa apa yang akan
berlaku sebelum terjadinya hari kiamat, iaitu Allah S.W.T akan mematikan seluruh orang yang
beriman dimuka Bumi ini dengan hanya menghembuskan angin yang mematikan dan tidak
mengizinkan kiamat terjadi ketika masih ada orang beriman walaupun hanya seorang. Selain
itu, artikel ini boleh dipercayai kerana ia disampaikan oleh Ustaz yang bertauliah dan tidak
menyimpang daripada agama sebenar yang berakidah Ahli Sunnah Waljamaah (ASWAJA).
Pada pandangan saya lagi, artikel ini menyertakan beberapa dalil yang jelas dan hadis-hadis
yang sahih dari Abu Hurairah r.a. Walau bagaimanapun, penulis ini tidak mengupas tentang
perbezaan diantara tiupan angin yang dapat mematikan golongan mukmin dengan angin maut
beserta asap yang dikenali sebagai Dukhan. Malah, artikel ini tidak menyertakan surah didalam
Al-Quran dan Hadis dalam Bahasa Arab, ia hanya terjemahan Bahasa Melayu sahaja. Namun
begitu, artikel ini tidak terpesong dari Akidah sebenar.

Penggunaan bahasa yang digunakan didalam artikel ini sangat sesuai kerana ia mudah
dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama para Pelajar yang ingin membuat rujukan
tentang tanda-tanda sebelum berlakunya kiamat. Selain itu, artikel ini sesuai dibaca oleh
golongan orang yang berumur mahupun kanak-kanak kerana artikel ini disampaikan dengan
penggunaan bahasa yang jelas dan mudah difahami. Disamping itu, penggunaan bahasa oleh
Beliau dengan menyatakan angin yang mematikan itu hanyalah penyebab kematian sahaja.
Hakikat kematian itu perantara Malaikat Maut jua supaya masyarakat tidak lari dari Akidah
yang sebenar.
Analisis Artikel

Sokongan hujah tentang “Tiupan Angin Yang Mematikan” dibahas oleh Ustaz Zulkifli
Muhammad Ali dalam ceramahnya pada 10 Jun 2019. Bagi menguatkan lagi sokongan
hujahnya itu, Ustaz Zulkifli Muhammad Ali telah menghuraikan tanda-tanda antaranya ialah
“Rasulullah SAW bersabda: bahawa umatku hanya menyaksikan kejadian dari 1 hingga 7 tanda
besar kiamat sahaja”. Maka, tidak ada lagi orang beriman di Bumi ini. Hujah Beliau juga
memberitahu “akan berhembus angin lembut yang bertiup dari negeri Timur iaitu Yaman, angin
ini sejuk dan berbau wangian kasturi. Angin tersebut akan cepat membungkus Bumi. Orang
Islam yang mempunyai Iman walaupun sebesar zarah tidak kira berada dimana-mana, angin itu
akan mematikannya.”. Selain daripada itu, tentang hujah “Tiupan Angin Yang Mematikan”
juga telah diberitahu oleh Buya Yahya yang berada di Indonesia. Ceramah yang disiarkan
didalam Youtube pada 03 April 2019 menyatakan orang beriman tidak akan merasakan
dasyatnya kiamat kerana sebelum hancurnya alam, Allah mengirimkan angin lembut. Orang
beriman akan meninggal semuanya, orang beriman tidak akan merasa dasyatnya hari kiamat”.
Malahan, pada kuliah maghrib bulanan Ustaz Azhar Idrus pula, yang bertarikh 26 April 2019
bertempat di Masjid Batu Buruk, Terengganu. Ketika Ustaz Azhar Idrus ditanya tentang soalan
“adakah orang Islam tidak merasai Kiamat?”. Ustaz menjelaskan jawapannya dan perkara yang
ghaib itu memerlukan nas daripada Quran dan Hadis yang diterima iaitu Hadis Hasan. Hujah
yang diperkatakan oleh Ustaz menyokong tentang angin kematian, maka semua orang yang
beriman akan mati ketika datangnya angin kematian itu.

Rujukan

MOHD KHAFIDZ BIN SORONI. 2013. Tiupan Angin Yang Mematikan. Selangor.

Iman: Pemanggkin Syiar Islam

Anda mungkin juga menyukai