Anda di halaman 1dari 11

SABTU, OKTOBER 23

Orang Asing Di Pintu Rumahmu

BACAAN UNTUK PELAJARAN MINGGU INI

Markus 12:29–31, Ulangan 10:1–19, Ps. 146:5–10, Matius 7:12, Ulangan 27:19, Yakobus 1:27–
2:11.

Ayat Hafalan

“Sebab itu haruslah kamu menunjukkan kasihmu kepada orang asing, sebab kamu pun dahulu
adalah orang asing di tanah Mesir” (Ulangan 10:19).
Seperti yang kita sudah baca minggu lalu, ketika ditanya oleh seorang ahli taurat tentang “hukum
mana yang paling utama” (Markus 12:28), Yesus menjawab dengan memberikan penegasan
Tuhan sebagai yang Esa, dan kemudian Dia berkata: “Hukum yang terutama ialah … Kasihilah
Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal
budimu dan dengan segenap kekuatanmu” (Markus 12:29,30).

Namun Yesus meneruskan untuk berbicara mengenai “hukum yang kedua” (Markus 12:31),
sesuatu yang tidak ditanya oleh ahli taurat. Namun kerana Yesus mengetahui betapa pentingnya
hukum itu lalu Dia berkata: “Dan hukum yang kedua ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti
dirimu sendiri. Tidak ada hukum lain yang lebih utama dari pada kedua hukum ini” (Markus 12:31).

Tidak ada hukum lain yang lebih utama dari pada kedua hukum ini? Yesus menghubungkan kasih
kepada Tuhan dan kasih kepasa sesama manusia sebagai dua hukum yang terutama dan kedua-
dua hukum ini adalah yang ternesar dar segala hukum.

Sekali lagi Yesus tidak memberikan suatu hukum yang baru, suatu yang orang Yahudi tidak ernah
dengar sebalum itu. Sebaliknya, seruan untuk mengasihi Dia dengan amat sangat – idea tentang
mengasihi sesama manusia sebagai satu cara untuk mengungkapkan kasih kita kepada Tuhan,
ya, sememangnya, diambil dari kitab Ulangan.

*Sila kaji Pelajaran minggu ini sebagai persediaan untuk Sabat, Oktober 30.

AHAD, OKTOBER 24
Circumcise Your Hearts

Ulangan 10, satu kesinambungan dari Ulangan 9, pada dasarnya adalah penegasan Tuhan atas
perjanjian yang Dia telah buat dengan Israel. Sememangnya, sebahagian besar buku ini adalah
suatu bentuk pembaharuan perjanjian. Maksudnya, walaupun setelah dosa besar mereka di
Horeb, di mana tidak lama kemudian setelah Musa meninggalkan mereka hanya sebentar maka
mereka jatuh ke dalam penyembahan berhala, namun Tuhan masih belum meninggalkan mereka.
Sila baca Ulangan 10:1–11. Apakah yang sedang terjadi di sini yang membantu kita memahami
bahawa Tuhan mengampuni dosa-dosa umat-Nya dan menegaskan kembali perjanjian yang dibuat
kepada mereka dan moyang mereka?

Musa memecahkan loh batu Sepuluh Perintah (Ulangan 9:17) —tanda perjanjian yang telah
dilanggar (Ulangan 32:19). “Untuk menunjukkan kebenciannya atas jenayah mereka, dia
menghempaskan ke tanah loh batu itu dan ia hancur pecah di hadapan semua orang, yang
menandakan bahawa kerana mereka telah melanggar perjanjian mereka dengan Tuhan, maka
Tuhan telah melanggar perjanjian-Nya itu dengan mereka. ”—Ellen G. White, Patriarchs and
Prophets, ms. 320.

Oleh itu, hakikat bahawa Tuhan memerintahkan kepada Musa untuk membuat loh batu yang
baharu “sama seperti yang pertama” dan Dia akan menuliskan pada loh batu itu Firman yang ada
pada loh batu yang pertama menunjukkan bahawa Tuhan telah mengampuni umat itu dan tidak
meninggalkan mereka ketika itu juga.

Sila baca Ulangan 10:14–16. Apakah yang Tuhan sedang katakan kepada mereka? Apakah maksud
pada gambaran yang Tuhan gunakan di sini?

Terdapat beberapa gambaran di sini: kulup, hati dan tengkuk. Walaupun begitu, intinya jelas. Sunat
adalah tanda kepada perjanjian itu, tetapi itu hanya tanda luar. Tuhan menghendaki hati mereka,
yakni fikiran, perasaan sayang, kasih mereka. Gambaran mengenai tegar tengkuk menunjukkan
betapa degilnya hati mereka dalam kesediaan mereka untuk mentaati Tuhan. Oleh itu, pada
dasarnya, di sini dan di tempat lain, Tuhan menyuruh mereka menghentikan sikap mereka yang
berbelah bagi kesetiaan dan melayani Dia dengan sepenuh hati dan jiwa mereka. Fikirkan tentang
berapa banyak kali Tuhan telah mengampuni anda daripada dosa anda. Apakah yang hal itu beri
tahukan kepada anda mengenai rahmat-Nya?

ISNIN, OKTOBER 25
Kasihilah Orang Asing

Di tengah-tengah saranan ini, Musa menyatakan: “Sesungguhnya, TUHAN, Allahmulah yang


empunya langit, bahkan langit yang mengatasi segala langit, dan bumi dengan segala isinya”
(Ulangan 10:14). Betapa hebatnya satu ungkapan mengenai kedaulatan Tuhan, satu idea yang
terdapat di tempat lain dalam Alkitab, juga: “TUHANlah yang empunya bumi serta segala isinya,
dan dunia serta yang diam di dalamnya” (Mzm 24: 1 ).

Sila baca Ulangan 10:17–19.Apakah deklarasi lain yang Musa buat di sini mengenai Tuhan? Leboh
penting lagi, apakah yang Tuhan perintahkan dari umat-Nya akibat daripada deklarasi itu?
Yahweh bukan hanya penguasa langit dan bumi, Dia juga adalah “Tuhan atas segala tuhan,
Tuhan atas segala tuan” (Ulangan 10:17). Ini tidak bermaksud bahawa ada dewa-dewa yang lain,
dewa-dewa yang lebih rendah, seperti kononnya dewa-dewa yang disembah oleh orang-orang
kafir di sekitar mereka. Sebaliknya, itu adalah cara untuk berbicara mengenainya, lebih dari
sekadar Dia yang adalah satu-satunya Tuhan (“9 Lihatlah sekarang, bahwa Aku, Akulah Dia.
Tidak ada Allah kecuali Aku” [Ulangan 32:39]), ia menegaskan ketinggian kuasa-Nya mengatasi
semua kuasa lain, yang nyata atau yang dibayangkan, baik di langit atau di bumi.

Ayat itu juga mengatakan bahawa Dia adalah “TUHAN yang besar, kuat dan dahsyat, yang tidak
memandang bulu ataupun menerima suap.” Semua kenyataan ini adalah sebahagian dari mesej
yang lebih besar: Yahweh adalah Tuhan, and kamu, umat-Nya, perlu mentaati Dia.

Betapa satu kotras yang berkuasa yang ditunjukkan di sini juga. Semenangnga, YAHWEH adalah
Tuhan atas segala tuhan dan Tuhan atas segala tuan, pemerintah agung dan penopang ciptaan
(Kolose 1:16, 17), namun Dia juga pedulikan kepada anak yatim piatu dan para janda dan Dia
menunjukkan kepeduklian-Nya itu dengan melayani keperluan fizikal mereka yang serta merta.
Tuhan yang memperhatikan jika burung pipit itu jatuh ke tanah (Mat. 10:29) tahu tentang nasib
mereka yang berada di pinggirkan oleh masyarakat. Dengan kata lain, Tuhan mengatakan kepada
umat itu bahawa, Ya, memanglah kamu adalah terpilih, kamu adalah istimewa dan saya kasih
kepada anda, tetapi Aku juga mengasihi orang lain, termasuk yang berkekurangan dan tidak
berdaya di antara kamu. Sama seperti Aku mengasihi mereka, anda juga harus mengasihi
mereka. Ini adalah salah satu tanggungjawab perjanjian anda, dan yang penting juga.

Sila baca Mazmur 146:5–10. Apakah mesej dari Mazmur ini yang memantulkan apa yang Tuhan
katakan dan apakah seharusnya makna ini kepada kita pada hari ini, sebagai umat Kristian?

SELASA, OKTOBER 26
Kamu Pun Dahulu Adalah Orang Asing Di Tanah Mesir

Sebab itu haruslah kamu menunjukkan kasihmu kepada orang asing, sebab kamu pun dahulu adalah
orang asing di tanah Mesir” (Ulangan 10:19). ASpakah mesej untuk Isarel kuno di sini? Apakah
seharusnya mesej di dalam ayat ini bagi kita juga pada hari ini?

Berabad-abad sebelum itu Tuhan memberitahu Abram, “Ketahuilah dengan sesungguhnya bahwa
keturunanmu akan menjadi orang asing dalam suatu negeri, yang bukan kepunyaan mereka, dan
bahwa mereka akan diperbudak dan dianiaya, empat ratus tahun lamanya” (Kejadian 15:13; lihat
juga Kejadian 17: 8, Kisah 13:17). Sudah tentu bahawa inilah yang terjadi dan di beberapa fasal
awal dalam Keluaran kisah dramatik tentang pembebasan (Keluaran 15:13) dan penyelamatan
(Keluaran 14:13) mereka dari Mesir telah dicatat sebagai satu symbol, suatu tipe untuk generasi
akan dating tentang penebusan dan penyelamatan yang telah diberikan kepada kita di dalam
Kristus Yesus. Di dalam ayat ini, Tuhan ingin mereka mengingati di mana mereka pernah berada
dan apa yang mereka pernah terjadi pada mereka— dan itulah menjadi orang asing di negeri lain.
Dalam kata lain, ingatlah ketika anda berada di pinggir masyarakat, orang buangan, malah
diperhambakan dan dengan itu berada dibawah belas kasihan orang yang lebih kuat daripada
anda dan yang boleh menyalahgunakan anda dan, sememangnya, sering melakukan hal itu
kepada anda. Walaupun Israel adalah bangsa yang terpilih, yang dipanggil oleh Tuhan, sebuah
“kerajaan imam” (Keluaran 19: 6), dan meskipun ada beberapa perbezaan di antara mereka
dengan orang asing di sekeliling mereka - terutama dalam hal kebaktian keagamaan- apabila
berkaitan dengan “hak asasi manusia,” orang asing itu, para janda dan anak yatim piatu perlu
ditangani dengan kesetaraan dan keadilan sama seperti yang diharapkan oleh orang Israel
terhadap diri mereka sendiri.

Sila baca Matius 7:12. Bagaimanakah ayat itu merangkumkan apa yang Tuhan katakan kepada
Israel kuno tentang bagaimana mereka memperlakukan orang-orang yang lemah di kalangan
mereka?

Teguran yang disampaikan kepada Israel tentang bagaimana mereka memperlakukan orang
buangan bukanlah, dengan cara apa pun, suatu norma pada zaman dunia kuno di mana orang
buangan mendapat layanan dalam beberapa kes tidak lebih baik daripada haiwan, malah sebaik
itu sekalipun.

Sebaliknya, Israel harus berbeza, iaitu mereka harus menjadi cahaya kepada bangsa-bangsa.
Sememangnya perbezaan itu dapat ditemui pada Tuhan yang mereka sembah, bagaimana
mereka menyembah Dia dan seluruh sistem kebenaran agama yang Tuhan telah berikan kepada
mereka. Namun, cara layanan mereka terhadap kumpulan masyarakat yang terpinggir boleh
menjadi satu kesaksian yang kuat kepada dunia tentang keunggulan Tuhan mereka dan iman
mereka, yang di dalam satu pengertian, adalah inti keseluruhan terhadap kewujudan mereka,
dalam apa cara sekalipun, untuk menjadi saksi kepada dunia tentang Tuhan mereka.

RABU, OKTOBER 27
Hakimi Dengan Benar

Sebagai umat yang beriman, kita telah dipanggil untuk memantulkan sifat Tuhan. Paulus menulis
sebagai berikut, “Hai anak-anakku, kerana kamu aku menderita sakit bersalin lagi, sampai rupa
Kristus menjadi nyata di dalam kamu” (Gal. 4:19). Kerana, kita pada awalnya dicipta “menurut
gambar Tuhan” (Kejadian 1:27), suatu gambar yang kemudiannya dicemari oleh dosa. Seperti
yang kita sudah lihat, ketika Musa berbicara tentang kuasa dan keagungan Tuhan, dia juga
mengatakan bahawa Tuhan tidak mengambil rasuah dan bahawa Dia mengambil berat tentang
orang lemah dan orang buangan. Tuhan melakukan ini; oleh itu, kita juga perlu melakukan perkara
yang sama.

Sila baca ayat berikut yang terdapat di dalam Ulangan. Apakah tema umum di kalangan
semua ayat ini?
Ulangan 1:16

Ulangan 16:19

Ulangan 24:17

Ulangan 27:19

Adalah satu pengetahun umum bagaimana orang lemah, miskin, orang buangan tidak mendapat
“keadilan” yang sama di kebanyakan mahkamah manusia seperti yang diterima oleh mereka yang
mempunyai wang, kuasa dan kenalan. Tidak kira di mana negara, era bila, apa budaya atau
seberapa tingginya prinsip keadilan dan kesetaraan yang termaktub dalam perlembagaan atau
undang-undang atau apa sahaja; realitinya ialah tetap sama: orang miskin, lemah dan orang
buangan hampir tidak pernah mendapat keadilan yang sama yang diperolehi oleh orang lain.

Itulah yang luar biasa mengenai apa yang Tuhan sendiri katakan di sini. Ketidakadilan ini, yang
berlaku di semua tempat yang lain, tidak harus dilakukan di Israel, di kalangan umat Tuhan, satu
umat yang akan mewakili Dia kew dunia ini. Dalam satu pengertian tertentu, untuk menggunakan
istilah dari era moden, Tuhan inginkan ada “keadilan yang setara di bawah undang-undang” di
Israel kuno.

Namun ini pergi lebih jauh lagi daripada sekadar falsafah perundangan. ”Kuduslah kamu, sebab
Aku, YAHWEH, Tuhanmu, kudus” (Im. 19: 2). Ya, mereka tahu siapa Tuhan yang sebenarnya dan
mereka mempunyai bentuk penyembahan yang betul dan mereka membawa persembahan yang
tepat. Hal itu semuanya adalah baik. Namun pada akhirnya, apakah kebaikannya semua ini jika
mereka menganiaya yang lemah dan miskin yang ada di kalangan mereka? Berulang kali dalam
tulisan para nabi, Tuhan menentang para penindas terhadap orang miskin dan yang serba
kekurangan di Israel. Bagaimanakah anda boleh menjadi “suci” dan pada masa yang sama tidak
bersikap adil terhadap orang lain? Anda tidak boleh melakukannya, walaup;un betapa ketatnya
anda mematuhi ritual keagamaan yang betul.

Sila baca Amos 2: 6; Amos 4: 1; Amos 5:11; Yesaya 3:14, 15; Yesaya 10: 1, 2; dan Yeremia 2:34.
Apakah yang dikatakan oleh para nabi yang mencerminkan apa yang Tuhan telah peringatkan
kepada Israel kuno? Apakah yang diucapkan oleh kata-kata ini kepada kita pada hari ini?

KHAMIS, OKTOBER 28
Agama Murni Di Hadapan Tuhan

Sila baca Ulangan 24: 10–15. Prinsip penting apakah yang dinyatakan di sini mengenai bagaimana
kita melayani mereka yang berada di bawah kawalan kita?

Sekali lagi, kita melihat keprihatinan Tuhan terhadap martabat asas manusia. Ya, seseorang
berhutang sesuatu kepada anda dan sudah waktunya untuk menuntutnya - namun tunjukkan
sedikit sikap hormat kepada orang itu, sedikit harga diri, kan? Jangan menceroboh masuk ke
tempatnya dan menuntutnya. Sebaliknya, sila tunggu di luar dan biarkan dia datang untuk
memberikannya kepada anda. Ulangan 24:12, 13 kelihatan seperti mengatakan bahawa jika ada
orang miskin yang memberikan pakaiannya sebagai “jaminan”, anda sekurang-kurangnya perlu
membiarkan dia dengan pakaian itu selama satu malam. Ayat lain membahas tentang bagaimana
seseorang harus melayani orang miskin yang bekerja untuk dia yang mudah ditindas. Janganlah
menindas mereka, kerana di mata Tuhan itu adalah dosa dan sudah tentu itu juga sangat
menyedihkan. Sekali lagi, jika Israel menjadi saksi, umat suci yang berjalan dengan benar di
tengah-tengah dunia yang penuh dengan kesesatan, penyembahan berhala, kejahatan dan dosa,
pastinya mereka harus bersikap baik kepada yang paling lemah dan terpinggir di kalangan
mereka. Jika tidak, kesaksian mereka akan menjadi sia-sia.

Sila baca Yakobus 1: 27–2:11. Apakah yang dikatakan oleh Yakobus di sini yang menggambarkan
apa yang Tuhan katakan kepada umat-Nya di dalam Ulangan? Apakah yang penting pada kenyataan
bahawa di dalam ayat ini Yakobus mengaitkan penganiayaan orang miskin dengan Sepuluh
Perintah?

Walaupun tidak ada apa-apa di dalam Sepuluh Perintah itu yang secara langsung berkaitan
dengan menunjukkkan sikap berat sebelah kepada orang kaya berbanding orang miskin, namun
dengan taat mematuhi perincian pada hukum dan pada masa yang sama menganiaya orang
miskin atau yang serba kekurangan akan membuat suatu pengakuan iman dan dakwaan sebagai
taat kepada hukum itu menjadikannya satu penghinaan. Mengasihi sesama manusia seperti diri
anda sendiri adalah ungkapan tertinggi pada hukum Tuhan - dan ini adalah satu kebenaran masa
kini sama seperti ia satu kebanaran pada masa Yakobus dan sama seperti ketika Musa berbicara
kepada Israel di sempadan Tanah Suci.

Mengapakah kita sebagai umat Seventh-day Adventist, yang memandang serius kepada pemeliharan
hukum, mahu memastikan bahawa kita sama seriusnya dengan kata-kata di dalam Yakobus dan di
dalam Ulangan? Memandangkan kepada apa yang kita sudah baca di dalam Yakobus, mengapakah
kepercayaan kita dalam mamelihara hukum itu hanya akan meneguhkan tekad kita untuk membantu
orang miskin dan yang serba kekurangan di kalangan kita?

JUMAAT, OKTOBER 29
Kajian Tambahan

Sukar untuk membayangkan bagaimana, walaupun pada masa yang terbaik sekalipun, seperti
ketika di bawah Daud dan Salomo, bangsa Israel yang banyak diberkati oleh Tuhan namun telah
menindas orang-orang miskin, yang tidak berdaya dan orang buangan di kalangan mereka.

“Sebab itu, karena kamu menginjak-injak orang yang lemah dan mengambil pajak gandum dari
padanya, – sekalipun kamu telah mendirikan rumah-rumah dari batu pahat, kamu tidak akan
mendiaminya; sekalipun kamu telah membuat kebun anggur yang indah, kamu tidak akan minum
anggurnya. Sebab Aku tahu, bahwa perbuatanmu yang jahat banyak dan dosamu berjumlah
besar, hai kamu yang menjadikan orang benar terjepit, yang menerima uang suap dan yang
mengesampingkan orang miskin di pintu gerbang.” (Amos 5:11, 12).

“TUHAN bertindak sebagai hakim atas tua-tua dan pemimpin-pemimpin umat-Nya: ‘Kamulah yang
memusnahkan kebun anggur itu, barang rampasan dari orang yang tertindas tertumpuk di dalam
rumahmu’ “(Yesaya 3:14).

Soalan Perbincangan:

Israel perlu ingat bahawa mereka pernah menjadi “orang asing” di Mesir, yang merupakan salah
satu sebab mengapa mereka melayani orang asing dan orang buangan di Israel kerana mereka
pernah diperlkaukan demikian ru[a ketika mereka sendiri menjadi orang buangan. Bagaimanakah
kebenaran ini berkaitan dengan Injil, dengan idea bahawa, melalui darah Yesus, kita telah
dibebaskan dari perhambaan dosa? Mengapakah dan dalam apakah persamaan yang Yesus telah
lakukan untuk kita akan mempengaruhi cara kita memperlakukan orang lain, terutama yang tidak
berdaya di kalangan kita?

Fikirkan mengenai hal ini. Kita dapat beribadah pada hari yang betul, memahami kebenaran tentang
kematian, neraka, tanda binatang dan sebagainya. Itu adalah baik. Namun apakah maksud semuanya
itu jika kita memperlakukan orang lain dengan buruk atau menindas yang lemah di kalangan kita
atau tidak bersikap adil ketika kita perlu menilai suatu situasi? Terutama oleh kerana kebenaran
yang kita miliki, maka mengapakah kita harus lebih berhati-hati untuk tidak berfikir bahawa hanya
kerana kita mengetahui kebenaran dalam segala-galanya, maka iu lah semuanya yang Tuhan
kehendaki daripada kita? Mengapakah itu berupa satu perangkap yang berpotensi berbahaya bagi
kita?

Peranan apakah yang harus ada pada iman kita dalam membantu kita memahami apa yang biasa
disebut sebagai “hak asasi manusia”?

JUMAAT, OKTOBER 29
Komen Guru

Ayat-ayat Utama: Ulangan 10:1.

Fokus Kajian: Ulangan 10:1-19, Ps. 146:5-10, Matt. 7:12, James 1:27-2:11.

Bahagian I: Gambaran Keseluruhan


Kisah mengenai Tuhan yang menulis semula hukum-Nya pada dual oh batu yang
baharumeruakan sebuah kisah rahmat dan kasih sayang Tuhan untuk Israel. Pada zaman kuno,
ketika perjanjian dilanggar, satu pembaharuan perjanjian melibatkan penyediaan satyu dokumen
perjanjian yang baharu. Dengan berlatarbelakangkan peristiwa yang memalukan di Horeb, maka
Musa mendesak Israel untuk memperbaharui perjanjian mereka dan menyiapkan ikrar taat setia
yang baru di mana rencana Tuhan untuk umat-Nya dinyatakan. Ayat-ayat ini menyatukan pelbagai
tema mengenai prinsip kasih, yaitu, kasih untuk Tuhan (perintah pertama), kasih sebagai respons
terhadap kasih dan pengampunan Tuhan, mengasihi sesama manusia dan lebih khusus lagi ialah
mengasihi orang asing (perintah kedua), kerana Tuhan mengasihi dia.

Tema Pelajaran:

• Perjanjian Baru. Walaupun perjanjian itu kekal, selalunya ada keperluan untuk
memperbaharuinya (iaitu menyunatkan hati).

• Menyunatkan Hati. Bayangan ini, berupa satu campuran beberapa metafora, menyatakan satu
kebenaran teologikal yang benar.

• Mengasihi Orang Asing: Mengasihi sesama manusia adalah satu perkara. Namun bagaimana
pula dengan mengasihi orang asing?

Bahagian II: Ulasan


Perjanjian Baru

Terdapat satu paradoks di dalam pembaharuan satu perjanjian yang kekal. Secara logiknya,
perjanjian abadi tidak perlu diperbaharui. Pelajaran yang dipetik dari paradoks ini ada
hubungannya dengan kesetiaan Tuhan berbanding ketidaksetiaan umat-Nya. Perhatikan bahawa
“perjanjian baru” itu tidak menyebutkan mengenai satu hukum yang baru. Ia adalah hukum sama
yang ditulis semula pada tablet yang baru. Apa yang Tuhan kehendaki sekarang hanyalah
penerapan dalaman terhadap hukum itu.

Hukum yang telah tertulis di atas dua loh batu mestilah ditulis di dalam hati manusia.
Pembaharuan perjanjian itu adalah pembaharuan hati. Mekanisme proses ini adalah kasih.
Yeremia, yang untuk pertama kalinya menggunakan ungkapan “perjanjian baru,”
mendefinisikannya dalam istilah berikut: “Bukan seperti perjanjian yang telah Kuadakan dengan
nenek moyang mereka pada waktu Aku memegang tangan mereka untuk membawa mereka
keluar dari tanah Mesir; perjanjian-Ku itu telah mereka ingkari, meskipun Aku menjadi tuan yang
berkuasa atas mereka, demikianlah firman TUHAN. Tetapi beginilah perjanjian yang Kuadakan
dengan kaum Israel sesudah waktu itu, demikianlah firman TUHAN: Aku akan menaruh Taurat-Ku
dalam batin mereka dan menuliskannya dalam hati mereka; maka Aku akan menjadi Allah mereka
dan mereka akan menjadi umat-Ku” (Yer. 31:32, 33).

Menariknya, pengalaman yang sama mengenai dokumen perjanjian yang telah diingkari dicatat
dalam Yeremia. Nabi itu, seperti Musa, juga harus menulis semula bukunya (Yer. 36:27, 28).
Demikian juga, ketika rasul Paulus merujuk kepada “perjanjian baru” (2 Kor. 3: 6), dia
memahaminya sebagai satu perjanjian rohani yang ditulis “bukan pada loh-loh batu, melainkan
pada loh-loh daging, yaitu di dalam hati manusia” (2 Kor. 3: 3).

Soalan Perbincangan dan Pandangan: Bagaimanakah gambaran Alkitab tentang “perjanjian


baru” di dalam kitab Ulangan diterapkan di dalam pemahaman kita terhadap hubungan di antara
Perjanjian Lama dengan Perjanjian Baru? Mengapakah “perjanjian baru” itu membayangkan
hukum yang sama? Mengapakah Tuhan menulis hukum itu di atas loh batu daripada menulisnya
di dalam hati umat itu?

Menyunatkan Hati

Tuntutan Tuhan kepada Israel untuk menyunatkan hati mereka, sudah tentulah, tidak harus
difahami secara literal. Musa merujuk dirinya yang tidak pertah lidah (Keluaran 6:11, 30) yang
bermaksud dia tidak boleh bertutur dengan cekap. Yeremia menyesal bahawa Israel memiliki
telinga yang tidak disunat, yang bermaksud bahawa mereka tidak boleh mendengar firman Tuhan
(Yer. 6:10). Kerana sunat adalah tanda perjanjian (Kejadian 17: 10-13), sunat di hati adalah
gambar yang melambangkan sunat batin yang akan digambarkan oleh Paulus kemudian sebagai
pertaubatan orang Kristian (Rom 2:28, 29) . Ini adalah prosedur yang hanya boleh dilakukan oleh
Tuhan (Ulangan 30: 6).

Musa tidak mengatakan bahawa sunat pada tubuh itu salah. Sebelum memasuki tanah Kanaan,
bangsa Israel harus disunat sebagai tanda perjanjian (Yos 5: 2). Menyunatkan hati adalah untuk
mereka yang sudah disunat pada tubuh, iaitu mereka yang berada di bawah perjanjian itu. Setelah
sunat daging, pembaharuan perjanjian bukanlah satu sunat baru yang akan membatalkan
perjanjian sebelumnya, tetapi memperdalam perjanjian yang sama dan hukumnya. Setelah
menerima dokumen hukum itu, mereka sekarang diseru untuk menanam komitmen mereka itu di
dalam hati mereka. Ini bukan hanya menahan diri dari melakukan yang salah, tetapi yang lebih
penting, tidak ingin melakukan yang salah. Bukan hanya menahan diri dari melakukan kesalahan,
tetapi melibatkan diri sepanjang hidup dalam melakukan kebaikan. Hanya kasih yang akan
mewujudkan komitmen ini. Itulah sebabnya mengapa tuntutan Tuhan pada peringkat ini
merupakan satu perjanjian yang berdasarkan kasih dan oleh itu lebih banyak tuntutannya dan
lebih.

Soalan Perbincangan dan Pandangan: Apakah yang membuat satu perjanjian berdasarkan kasih
itu lebih banyak tuntutan daripada perjanjian berdasarkan hukum? Pada masa yang sama, apakah
risiko penekanan pada kasih dan mengorbankan ketegasan keadilan? Bagaimanakah gambaran
menyunatkan hati berkaitan dengan gambaran mengenai tegak leher?

Mengasihi Orang Asing

Apa yang menarik perhatian adalah bahawa penerapan pertama perintah untuk mengasihi Tuhan
adalah untuk mengasihi orang asing. Mengapakah Tuhan menghendaki Israel untuk mengasihi
orang asing itu? Dua sebab boleh disenaraikan di sini. Bincangkan dan renungkan perkara ini di
dalam kelas: (1) alasan untuk mewajarkan tuntutan ini dan (2) alasan untuk mempersiapkan
mereka untuk kekudusan.

Mengapa Mengasihi Orang Asing?

• Kerana Tuhan Mengasihi Orang Asing (Ulangan 10:18). Alasan ini berakar pada iman kepada
Pencipta yang memiliki langit dan bumi (Ulangan 10:14). Dua prinsip yang dinyatakan di dalam
alasan ini. Pertama adalah p[rinsip bahawa Tuhan telah juga mencipta orang asing itu menurut
gambar-Nya (imago Dei). Prinsip kedua di ambil dari yang pertama; ia adalah prinsip dalam
meniru sifat Tuhan (imitatio Dei) oleh para hamba-Nya.

• Kerana Israel Pernah Menjadi Orang Asing (Ulangan 10:19). Alasan ini didasarkan pada prinsip
“kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri” (Im. 19:18).

• Bersedia Bertemu Tuhan. Tuhan berada pada satu order (susunan) yang berbeza (Ulangan
10:17). Dia adalah yang Kudus adanya, yang jauh berbeza daripada kita yang adalah manusia.
Ajaran terbaik dalam cara mengasihi Tuhan ialah belajar untuk mengasihi seorang yang berbeza,
iaitu orang asing.

• Bersedia Bertemu Orang Lain. Sebagai bekas hamba abdi, umat Israel perlua belajar untuk
memandang orang lain, bukan sebagai tuan yang kejam yang mereka benci tetapi sebagai “jiran”
(sesama manusia) untuk sama-sama bersekutu dan berkongsi bersama dan mengasihi. Kerana
pengalaman tentang kasih dan mengasihi akan menjadi lebih kaya dan lebih kuat apabila
dihidupkan di antara dua manusia yang berbeza.

• Bersedia Menunaikan Destini Mereka Sendiri Sebagao Orang Asing. Sebagai bekas
pengembara di padang gurun, bangsa Israel harus mempelajari cara kesucian dan nilai hidup
dengan orang yang berbeza tanpa berkompromi dengan identiti sendiri yang suci. Dalam cara
yang sama, Abraham, Yusuf dan Daniel harus belajar bagaimana hidup dalam situasi yang tegang
di antara menyesuaikan tugas kesucian dengan tugas kasih.

Soalan Perbincangan dan Pandangan: Bagaimana dan mengapakah prinsip imago Dei boleh
membantu kita memahami pentingnya mengasihi orang asing dan menolong kita untuk dapat
mengasihi orang asing? Mengapakah pengalaman mencintai orang asing ini akan menguatkan
dan memperkayakan kualiti kasih itu? Mengapakah pergaulan dan hidup bersama dengan orang-
orang dari agama lain akan menguatkan iman anda sendiri?

Mengasihi Anak yatim Piatu dan Para Janda

Persetujuan perjanjian di dalam Ulangan tidak mendefinisikan “kasih”, tetapi menjelaskan bahwa
kasih adalah satu kategori Ilahi. Hanya melalui Tuhan maka bangsa Israel boleh memahami dan
menunaikan perintah kasih itu. Pada sisi lain, adalah penting bahawa satu-satunya masa kasih itu
digambarkan adalah tindakan melalui pemerintahan keadilan Tuhan bagi pihak anak yatim piatu
dan para janda (Ulangan 10:18; bandingkan Ulangan 24: 17-22).

Soalan Perbincangan dan Pandangan: Mengapakah tuntutan untuk mengasihi anak yatim piatu
dan para janda dikaitkan dengan mengasihi orang asing? Apakah persaman di antara orang
asing, para janda dan anak yatim piatu?

Bahagian III: Penerapan Hidup


Di dalam buku tulisan Victor Hugo berjudul Les Misérables, si pencuri, Jean Valjean, akhirnya
memahami nilai pengampunan dan rahmat apabila yuan rumah memberikan kepadanya perak
yang dia curi; jika tidak dia sudah tentu dimasukkan di dalam penjara. Sila perhatikan kes berikut
dan bincangkan:

• Anda adalah elder atau pastor gereja. Seorang wanita muda di gereja anda mempunyai anak
hasil satu hubungan luar nikah. Beberapa tahun kemudian pasangan itu datang kepada anda dan
meminta anda melakukan upacara pemberkatan perkahwinan mereka (mereka berdua adalah
Advent). Bagaimanakah anda akan menangani kes ini?

• Apakah motivasi yang menuntun pilihan politik anda? Adakah anda memilih parti politik anda
berdasarkan agenda nasionalistik, kepentingan diri sendiri atau lebih kepada hal berkaitan
keadilan sosial dan menjaga orang miskin, para janda, dan anak yatim piatu?

• Seorang pengemis mabuk meminta sejumlah wang kepada anda kerana dia mengatakan
bahawa dia lapar dan sudah beberapa hari tidak mendapat makan yang teratur. Bagaimanakah
anda akan menangani permintaannya tanpa sebarang jaminan bahawa dia tidak akan
menggunakan wang itu untuk membeli alkohol?

• Apakah yang akan anda katakan kepada seorang wanita yang seiman dengan anda yang
memberitahu bahawa dia tidak menyukai anda tetapi, kerana Tuhan, dia akan memaksa dirinya
untuk mengasihi anda? Bagaimanakah anda merespon kepadanya?

Anda mungkin juga menyukai