Anda di halaman 1dari 3

Ulasan Artikel Journal

(Effecttive pedagogical practices for online teaching: Perception of experienced instructors)

Berdasarkan kajian phenomenologi di kalangan tenaga pengajar di kolej oleh Craig J.Bailey dan
Karen A.Card. ( Journal The internet and Higher Educationa)

Sinopsis

Tiga teori pedagogi di gunakan dalam kajian ini. Teori Andragogi, Teori Konstruktivisme dan
Teori Pembelajaran Transformatif. Para penyelidik menggunakan ketiga-tiga teori ini kerana
mereka mempunyai kaitan yang rapat dalam kajian ini. Fidishun(2000) mengesyorkan prinsip-
prinsip andragogi di gunakan di dalam reka bentuk kelas online( dalam talian) bagi memudahkan
para pelajar untuk lebih fleksibel bergerak dari satu matapelajaran ke satu lagi pada bila-bila
masa dan tempat mengikut kadar kebolehan mereka yang tersendiri. Dalam teori konstruktivis
kepelbagaian dalam perspektif pembelajaran mengalakkan pelajar menjadi lebih reseptif dengan
pendapat dan pengalaman orang lain dan penerokaan dalam pembelajaran secara aktif
(Conway,2003,’Merriam&Caffarella,1999). Dalam teori Pembelajaran Transformatif, Jack
Mezirow mendefinisikan teori ini sebagai pembelajaran yang mampu mengubah kerangka acuan
yang bermasalah menjadi lebih inklusif, toleran, reflektif, terbuka dan secara emosioonal untuk
menerima pembaharuan (Mezirow,2009). Para penyelidik menyatakan melalui pembelajaran
secara online, perbincangan di atas talian dapat mengurangkan kegelisahan dan perasaan malu di
kalangan para pelajar.

Persoalan Kajian

Dalam kajian ini para penyelidik ingin mengetahui persepsi tenaga pelajar di kolej. Di antara
soalan kajian ialah; apakah amalan pedagogi yang efektif dalam pembelajaran atas talian ?

Para penyelidik kajian ini mengambil keputusan mengguna pakai pandangan yang di berikan
oleh Moustakas (1994) di mana penemuduga yang menggunakan kaedah kajian phenomenologi
harus mengajukan soalan yang lazim kepada para responden iaitu:

1) Apakah pengalaman anda dalam fenomena tersebut?


2) Apakah konteks situasi yang biasanya mempengaruhi atau mempengaruhi pengalaman
anda mengenai fenomena ini?
Idea Utama

Dalam kajian yang di jalankan para penyelidik mendapati peranan guru berkembang dan menjadi
lebih sebagai fasilitator. Ini mempengaruhi amalan pedagogi yang tradisional secara bersemuka
di dalam kelas dan juga secara atas talian. Kajian ini mendapati 8 amalan pedagogi yang efektif
dalam pengajaran secara atas talian melalui analisis transkrip temuramah yang di jalankan.
Amalan pedagogi tersebut adalah (1) perhubungan yang erat dengan para pelajar, (2) menjawab
pertanyaan para pelajar dengan kerap terutamanya soalan-soalan yang mencabar, (3) ketepatan
masa dalam menyemak kertas kerja pelajar, (4) komunikasi bersemuka dengan para pelajar, (5)
organisasi alat perisian pengurusanyang efektif, (6)penggunaan teknologi dalam kelasm online,
(7) fleksibel- mempunyai kesabaran apabila sistem dalam kampus tidak berfungsi) dan akhir
sekali (8) para pengajar menyatakan ekspetasi yang tinggi dalam kursus yang di ajar oleh mereka
kepada para pelajar.

Rumusan

Para penyelidik juga mengesyorkan agar pihak pentadbir kolej/university memberi lebih banyak
latihan dan sokongan pedagogi kepada tenaga pengajar yang mengajar secara online. Menurut
mereka, terdapat responden yang berpendapat program bimbingan formal haruslah di adakan
seperti sistem mentor-mentee di mana pengajar yang baru mengajar secara online mendapat
pertolongan dari pengajar yang telah lama menggunakan e-pengajaran.

Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan menguruskan murid-murid di
sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Ini kerana para pengajar adalah faktor utama yang
menentukan kejayaan dan keberkesanan program -program pendidikan yang di anjurkan oleh
Kementerian. Pada pendapat saya pengajaran dan pembelajaran online hanya akan dapat di capai
sekiranya kedua-dua pihak berkompromi dan hendak belajar untuk mempertingkatkan
pengetahuan mereka. Apa gunanya guru membuka powerpoint yang hebat sekiranya pelajar
tidak mahu belajar dan apa gunanya pelajar hadir ke kelas online tetapi guru masih menggunakan
konsep “chalk and talk”, jadi setiap pihak haruslah berkerjasama agar pembelajaran secara online
akan membawa kesan yang positif. Manakala,dalam persekitaran sekolah pelbagai budaya, guru
berperanan sebagai agen memupuk keharmonian di kalangan murid-murid. Pada pendapat saya,
Pendidikan berasaskan Multibudaya tidak dapat di capai melalui pembelajaran secara online. Ini
kerana, pelajar haruslah berinteraksi bersama pelajar lain secara fizikal daripada pelbagai latar
belakang sosio ekonomi, agama dan etnik. Murid perlu belajar memahami, menerima dan
menghayati perbezaan di anatara mereka. Ini hanya boleh di lakukan apabila mereka berada
dalam situasi tersebut secara fizikal dan bukan secara maya.

Kekuatan

1) Kajian yang terperinci dan mendapat pandangan daripada responden-responden yang


memang cemerlang dalam bidang e-pembelajaran.
2) Kajian ini dapat menolong tenaga pengajar yang kini menjalankan PdPr di rumah
terutama sekali 8 amalan pedagogi yang efektif yang di sebut dalam kajian ini.

Kelemahan

1) Keadah instrumen pemerhatian tidak di jalankan, sekiranya penyelidik melakukan ia


maka kita akan mendapat pemahaman yang lebih baik koresponden responden dengan
pelajar mereka yang sebenar.

Rujukan

[1] Creswell, J. W. (2007). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five
approaches Thousand Oaks, CA: Sage.
[2] Fidishun, D. (2000, April). Andragogy and technology: Integrating adult learning theory as
we teach with technology. Paper presented at the Extending the Frontiers of Teaching and
Learning: The Mid-South Instructional Technology Conference, Murfreesboro, TN. Retrieved
March 4, 2008 from: http://www.mtsu.edu/~itconf/ proceed00/fidishun.html
Cadangan bahan bacaan lain
1) Hazwani Mohd Najib ,Noor Raudhiah Abu Bakar , Norziah Othman (2017), “E-Pembelajaran
dalam kalangan Pelajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Selangor (E-Learning Among
Students of Higher Education Institutions in Selangor).

Anda mungkin juga menyukai