Pascamodenisme
Pascamodenisme
2.1 PENDAHULUAN
Sepertimana yang telah diperjelaskan dalam bab yang lalu, pascamodenisme ini
adalah amat sukar sekali untuk ditentukan secara tepat definisinya. Ia merupakan satu
istilah yang telah dipergunakan dalam pelbagai erti dan terlalu rumit untuk
merumuskan satu definisi yang bersifat tepat dan menyeluruh, yang dapat mencakupi
semua demensi erti yang terkandung di dalamnya. Namun penggunaan istilah ini telah
dipergunakan buat pertama kalinya di dalam bidang seni arkitektur. Seandainya
zaman moden telah memperlihatkan ciri-ciri utama arkitektur yang terdiri daripada
gedung-gedung yang besar dan menjulang tinggi tanpa mempunyai banyak variasi
yang dipertontonkannya, era pascamoden pula telah memaparkan satu bentuk ciri
arkitektur yang mencerminkan pelbagai variasi yang telah menggabungkan berbagai-
bagai gaya seni arkitektur yang diperolehi daripada pelbagai sejarah arkitektur dunia.
Gabungan-gabungan ini akhirnya telah memperlihatkan aspek-aspek atau corak seni
arkitektur tradisional yang telah diserap masuk ke dalam seni arkitektur pascamoden
(Mana Sikana 1998:126).
elektronik seperti radio, television, faksimili serta melalui media-media cetak seperti
surat khabar, majalah, jurnal-jurnal mahupun buku-buku. Akhirnya perbincangan isu
yang dibentuk oleh aliran pemikiran pascamoden ini telah menjadi satu isu penting
dalam perbincangan masyarakat kini (Mana Sikana 1998:127).
a) Seni bina merupakan satu bentuk atau gaya yang terus menerus memberikan kesan
kepada semua masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana jika
ditinjau sesuatu masyarakat dari aspek kehidupan, perjalanan dan perkerjaan
mereka, maka akan dapati bahawa ia memberi kesan yang mendalam terhadap diri
mereka tentang bagaimana mereka memperlihatkan imej mereka, pengalaman-
pengalaman dunia mereka, hubungan antara mereka dan lain-lain lagi.
Ia merujuk kepada satu era seni bina yang bersifat lanjutan daripada seni bina
sebelumnya.
Seni bina moden telah muncul sebagai “International Style” di mana ia telah
dibangunkan lantaran daripada Perang Dunia Pertama dan telah pun meresap masuk
ke dalam Perang Dunia Kedua yang bertujuan untuk membina semula Eropah.
International Style merupakan satu gerakan yang cuba untuk memperbaharui semula
proses pembinaan dan reka bentuk dengan cara menolak daripada bentuk-bentuk yang
bersifat tradisional. Kenyataannya, mereka telah cuba untuk memberikan satu bentuk
tata bahasa jurubina yang bersifat universal, di mana semua bentuk pembinaan seperti
perumahan adalah sama sekalipun ianya di Berlin atau Bangkok (Simon 2005: 13).
Sekiranya seni bina pascamoden bersifat menentang segala reka bentuk sejagat
yang universal dan bersikap ironik terhadap ciri-ciri universal ini, di mana ia cuba
untuk kembali kepada budaya tempatan dan tradisional, perbezaan pascamodenisme
dan modenisme dalam kesenian adalah bersifat lebih komplek lagi daripada itu. Tiada
bentuk-bentuk yang sejagat dalam kesenian golongan modenis dan berikutan daripada
20
itu, ia akan dapat lihat di mana golongan artistik pascamodenisme adalah lebih
fragmentari atau bercerai-cerai daripada seni bina (Simon 2005: 17).
2.4 KESUSASTERAAN
sebagai bernilai dan berharga daripada mencatat peredaran darah sekalipun (Terry
1988: 20). Aliran romantisme juga disifatkan sebagai aliran yang menentang segala
bentuk kesusasteraan klasik dan juga menentang rasionalisme. Penentangan ini
dilakukan kerana beranggapan bahawa aliran klasisme dilihat sebagai sesuatu yang
tidak bersesuaian lagi dengan peredaran zaman dan dianggap sebagai aliran yang
bersifat statik. Manakala penentangnnya terhadap rasionalisme adalah lantaran
wujudnya golongan penulis yang beranggapan bahawa perasaan sebagai suatu elemen
penting, di mana ia lebih banyak memainkan peranannya terhadap fizikal dan mental
manusia berbanding perkara-perkara yang rasional (Mana Sikana 2004: 4). Jelasnya
aliran romantisme adalah lebih bersifat tragis dan mengharukan serta lebih banyak
melihat dari aspek kebaikan berbanding keburukan.
dengan konvensional (Mana Sikana 2004: 8-9). Zaman absurdisme ini muncul dengan
berkembangnya kesenian sastera yang berkaitan dengan drama berbanding zaman
sebelumnya iaitu realisme yang lebih berhubung dengan puisi.
Rentetan-rentetan sejarah perkembangan kesusasteraan ini memaparkan
bahawa kesusasteraan telah sekian lama menjadi bahan perbincangan yang hangat dari
pelbagai aspek yang merujuk kepada definisi kesusasteraan itu sendiri serta
peranannya terhadap perkembangan ideologi-ideologi yang berlaku kepada
masyarakat Barat khususnya. Kesusasteraan bukan semata ditanggapi sebagai suatu
perbincangan khusus yang berkaitan dengan teks-teks penulisan atau bahasa
penulisan, namun penulisan ini juga dilihat telah menjangkaui segala aspek yang
berkaitan dengan pembentukan negara serta masyarakat. Jelasnya perbincangan yang
terperinci dari sudut sejarah kesusasteraan ini adalah bertujuan untuk memaparkan
tentang sejauhmana bidang kesusasteraan ini begitu memainkan peranan dalam
perkembangan kehidupan masyarakat dunia serta berjaya menyebarkan pelbagai
ideologi terhadap pemikiran masyarakat. Penulis melihat perubahan dan pantafsiran
yang pelbagai kepada bidang sastera ini adalah begitu terkesan sekali dalam
kehidupan. Lebih-lebih lagi apabila ianya dihubungkan dengan aliran sastera
pascamodenisme yang sememangnya telah memaparkan karya kesusasteraan yang
lebih umum dan bebas sifatnya, di mana tiada sebarang pentafsiran yang khusus
terhadap karya-karya sastera. Keadaan ini sebenarnya akan membawa pengaruh yang
lebih besar lagi terhadap masyarakat kontemporari kini daripada pelbagai aspek dan
lapangan kehidupan mereka.
bermakna segala unsur-unsur yang diluar karya sastera adalah ternafi. Kemudian
makna ini terus dinafikan oleh teori dan kritikan sastera dekonstruksi, di mana ianya
juga adalah bersifat anti-struktur (Sohaimi 2003: 58). Selain daripada intertekstual dan
pluralisme yang telah diutarakan oleh beberapa tokoh seperti Lyotard, Jameson dan
Huyssen, relativisme1 juga merupakan salah satu daripada ciri-ciri pascamodenisme.
1
Suatu konsep yang menyatakan bahawa kebenaran itu bukan selalunya benar tetapi ia dibatasi oleh tabii fikiran
manusia.
25
2
Penolakan sepenuhnya terhadap sesuatu kepercayaan agong seperti agama.
26
3
Kelahiran angkatan ASAS 50 telah berpusat di Singapura ini sebenarnya disebabkan oleh timbulnya kesedaran di
kalangan penulis atau penyair yang telah sedar dengan tanggungjawab mereka untuk bersama-sama berjuang bagi
mencapai kemerdekaan
27
4
Bermaksud kepelbagaian atau keanekaragaman seperti kepelbagaian budaya, kepelbagaian cara hidup dan lain-
lain lagi.
28
penting kepada masyarakat pascamoden ini. Ia juga membawa maksud bahawa gaya
hidup yang penuh kemewahan sebagai suatu gaya hidup yang terbaik.
1.6 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, masyarakat dunia kini telah dibentuk semula oleh suatu
kefahaman yang baru terhadap dunia mereka. Masyarakat tidak lagi memiliki identiti
mereka sendiri. Kepercayaan kepada naratif besar seperti agama telah mula di rombak
29
atau di nilai semula dan telah digantikan dengan kepercayaan yang bercirikan kepada
pluralisme. Ia seolah-olah memperlihatkan bahasa semua kepercayaan agama itu
adalah sama sahaja tanpa mengira agama apa sekalipun. Segala bentuk kefahaman
seperti ini akhirnya akan membawa kepada kesan yang lebih buruk, masyarakat akan
mengalami keruntuhan dari segi moral dan nilai-nilai kebaikan mereka. Kebenaran
tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang mutlak bagi sesuatu masyarakat, malahan
segalanya adalah ditentukan oleh diri induvidu sendiri. Proses kepelbagaian dan
keanekaragaman identiti masyarakat akan terus diperjuangkan. Ia termasuklah kepada
pengikhtirafan identiti masyarakat kelas terpinggir. Iaitu kelas masyarakat seperti gay,
lesbian, black matel dan lain-lain lagi.