Anda di halaman 1dari 1

1) Bincangkan kefahaman anda tentang konsep ibadah

2) Bincangkan bagaimanakah ibadah solat boleh membentuk disiplin individu muslim.


3) Bincangkan kepentingan kedua-dua ibadah tersebut dalam membentuk keperibadian umrah yang
sejati.

Jawapan

1) Ibadah merangkumi aspek yang luas yang terkandung dalam rukun islam untuk membentuk muslim
yang sejati. Umat Islam dididik untuk menghayati dan mengamalkan rukun iman sebagai tanda kita
patuh dan taat kepada Allah SWT. Ibadah dalam islam tidak terikat dengan amalan rukun iman sahaja
malahan ia merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Semua perbuatan yang dilakukan oleh
umat islam perlulah mendapatkan keredaan Allah SWT.Ibadah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu
ibadat khusus dan umum yang berjalan seiring antara satu sama lain.

2) Ibadah solat boleh membentuk disiplin individu muslim kerana setiap individu yang melakukan
ibadah perlu berlandaskan ketetapan ibadah tersebut untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.
Sebagai contoh,ibadah solat mendidik umat islam untuk mempelajari rukun dan syarat-syarat sah
solat serta mengajar kita untuk menepati masa. Hal ini kerana umat islam diajar untuk melakukan
ibadah yang sempurna serta agar diredhai Allah SWT.

3) Pelaksanaan ibadah yang baik mampu memberikan kesan yang positif kepada individu muslim.
Seterusnya, mendorong mereka untuk memperbanyakkan ibadah. Akhlak yang mulia dapat dibentuk
apabila amalan ibadah yang dilaksanakan berlandaskan syariat dan diredai oleh Allah SWT. Oleh itu,
setiap amal ibadah yang dilakukan perlulah diniatkan untuk melakukannya kerana Allah SWT agar
mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak.

Anda mungkin juga menyukai