Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA

SK SUNGAI BEDAUN 2015

CATATAN UCAPAN
Ketibaan para Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tn Hj Abdul Rahman bin Hj
jemputan Lamudin diiringi oleh ______________________________________ ke
Dewan Permata SK Sungai Bedaun

Nyanyian lagu Diminta kepada semua hadirin untuk berdiri tegak dan bersama-sama
menyanyikan 3 buah lagu iaitu

- Lagu Negaraku
- Lagu Wilayah
- Lagu Sekolah

Hadirin dipersilakan duduk dan mengambil tempat.

Ucapan aluan Yang Berusaha

( ) Tuan Hj Abdul Rahman bin Hj Lamudin


( ) En Awat Cally bin Moguring, Guru Besar SK Sungai Bedaun
( ) Puan Norliha binti Bayong, P.Kanan Pentadbiran
( ) Puan Sunah binti Tahir, P.Kanan Hal Ehwal Murid
( ) En Tahar bin Ibrahim, P.Kanan Kokurikulum

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan


selamat datang diucapkan ke Majlis Sambutan Ambang Merdeka bagi
peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun bagi tahun 2015.

Di sangkar merbah bertelur helang,


Punai terlepas di hutan tarah,
Berkibar megah Jalur Gemilang,
Bagai mengibas lipatan sejarah.

Jentik penutup persetua lara,


Waktu meletus musuh dah tamat,
Detik berdegup jiwa dam suara,
31 Ogos 1957 sejarah keramat.

Pada tahun ini merupakan sambutan kemerdekaan yang ke-58 bagi tahun
kita. Tema yang dipilih untuk tahun ini ialah #sehatisejiwa yang mana
dilipih kerana untuk mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan
dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini. Contohnya gempa bumi di
Sabah dan bencana alam seperti banjir besar yang berlaku di negeri-negeri
Semenanjung baru-baru ini turut dirasai dan terkena tempiasnya oleh
seluruh rakyat Malaysia. Jadi, inilah antara sebab mengapa tema
#sehatisejiwa dipilih untuk tahun 2015.

Bacaan doa Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis dengan ini menjemput Ustaz
Sahrum bin Samlan untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Sahrum atas bacaan


doa sebentar tadi.

Ikrar rukun Seterusnya, dijemput untuk memimpin bacaan ikrar rukun Negara. Dengan
Negara ini majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada _______________________


atas bacaan ikrar rukun Negara sebentar tadi.

Ucapan guru Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En Awat
besar (perutusan Cally bin Moguring untuk membacakan perutusan kemerdekaan
kemerdekaan)
+ gimik
pelancaran
merdeka/ laungan
merdeka 7x

Ucapan Tn Hj Tentera berani menggenggam pusaka,


Melangkah mati nyawa diberi,
Jemputlah tuan berkongsi cerita,
Pengalaman hidup jadi memori.

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Tn Hj


Abdul Rahman bin Hj Lamudin untuk menyampaikan ucapan dan
pengalaman beliau dalam segmen renungan yang bertajuk “ Hargai Nikmat
Kemerdekaan”.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Hj Abdul


Rahman bin Hj Lamudin atas perkongsian cerita sebentar tadi.

Acara memotong Seterusnya, tibalah kita ke acara memotong kek. Dijemput


kek

(kertas list nama)


Tayangan video Dari kedah ke bandar Perlis,
kemerdekaan + Singgah bersantai di tepi jeti,
persembahan Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
kompang selawat Semoga hadirin terhibur di hati.

Majlis akan diteruskan dengan tayangan video kemerdekaan. Sama-sama


kita saksikan.

Baiklah, persembahan seterusnya merupakan persembahan kompang


selawat dari Pasukan Kompang SKSB di bawah pimpinan Ustaz Sahrum b
Samlan dan Ustaz Satalmizi bin Ismail. Buat pengetahuan semua, pasukan
ini telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Kompang Selawat
peringkat WPL dan telah menjadi wakil Labuan ke peringkat Kebangsaan di
Negeri 9 baru-baru ini. Dengan ini majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam


menjayakan kesemua persembahan yang menarik sebentar tadi.

Nyanyian lagu Berjalan kaki di atas titi,


patriotik Ke kedai Nyonya membeli roti,
Ayuh semua kita berdiri,
Menyanyi dengan riang hati.

Siding hadirin sekalian, marilah sama-sama kita berdiri dan menyanyikan


___ buah lagu iaitu

Tahniah diucapkan kepada semua atas nyanyian yang bertenaga


sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Penutup Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua saya pohonkan.

Kenangan lara akan terbuku,


Pusaka bangsa suka dan duka,
Laungan suara pekikkan Tunku,
Merdeka Merdeka Merdeka Merdeka!!

Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin atas kesudian memeriahkan


majlis pada hari ini. Seribu kemaafan saya hulurkan jika sepanjang
mengendalikan majlis pada hari ini terdapat kesalahan tutur kata dan tersilap
bicara. InsyaAllah jika Allah izinkan, tahun depan bersua lagi. Salam
sayang, salam #sehati sejiwa buat semua. Assalamualaikum dan jumpa lagi.
Pengumuman

Anda mungkin juga menyukai