Anda di halaman 1dari 11

AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

PROGRAM IJAZAH SENI REKA PERSEMBAHAN

SESI AKADEMIK 2020/2021


TAHUN 1 / SEMESTER 1

BAHASA MELAYU GUNAAN


AWA 4192

TAJUK TUGASAN LAPORAN : CABARAN DAN KESAN SEKTOR


PENDIDIKAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

NAMA PELAJAR 1. PUTRI FAZLYEN AZZAHARAH BINTI


MOHD FAUZIMAN (20213017)
2. IMAN BIN SUBOR (20213200)
3. MUHAMMAD HARIS BIN HAMIR
(20213110)
4. AISYAH BINTI ISMADI (20213015)
5. LUQMAN NUL-HAKIM BIN ROSNAN
(20213012)
6. MATHESH A/L CHANDRAN (20213109)
7. MUHAMMAD HAZIQ LUQMAN BIN
RAMLAN (20213002)
8. MOHD EHSANUDDIN BIN ABDUL
JAIDIN (20213013)

NAMA PENSYARAH CIK NUR’IZZATY BT MUHIDDIN

0
Tema : Masyarakat
Tajuk : Cabaran & Kesan Dalam Sektor Pendidikan Semasa Pandemik Covid-19

PENDAHULUAN

Dunia sedang menghadapi era pasca COVID-19 ​malah ia memberikan impak yang begitu
besar dalam jangka masa singkat terhadap sektor di negara kita. Tambahan lagi, bukan
sahaja dari segi ketidaktentuan ekonomi dunia, peningkatan kadar pengangguran malah
sektor- sektor lain juga merasai tempias pandemik ini tidak terkecuali dengan sektor
pendidikan. Justeru itu, setiap pihak perlulah memainkan peranan bijak dalam
mengendalikan norma baru ini serta mencipta pelan strategi baharu dalam jangka masa
yang akan datang. Terutama kepada sektor pendidikan perlu menyahut cabaran dalam
mengendalikan norma baharu dalam sistem pendidikan. Terdapat beberapa kesan serta
cabaran yang perlu dihadipadi oleh golongan pendidikan iaitu pengajar dan pelajar.

1.0 Norma baharu dalam menghadapi

● Mendidik serta menormalisasikan rakyat Malaysia untuk hidup dalam norma baharu.
Kehidupan dan aktiviti harian masyarakat kini telah banyak berubah kerana situasi yang
dahulunya asing kini harus diterima.
● Peringkat rendah yang terkesan malah Institusi Pengajian tinggi juga turut terkesan
dengan pelbagai aspek. Antaranya, pengurusan masa, pembelajaran, kewangan dan aspek
kesihatan.
● Norma baharu telah menyelami masyarakat ke dalam dunia maya di mana sektor
pendidikan negara ini fokus dan lebih ke arah penggunaan teknologi secara digital.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berhubungan dengan menggunakan kaedah
pembelajaran di dalam talian.
● Dapat di bendung, jika pelajar bijak dalam menguruskan masa seharian mereka serta
lebih bersiap sedia dalam sesi pembelajaran secara talian.

1
1.1 Kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari segi psikologi dan sosial terhadap
pelajar

● Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, pelajar universiti yang berada di kampus
dan di rumah juga terkesan dari segi psikologi iaitu mengalami kebimbangan dan
ketakutan melampau yang menjejaskan kefungsian pemikiran dan emosi negatif.
● Apabila individu bertingkah laku dalam emosi yang keliru dan celaru, mereka
berkecenderungan berfikir secara tidak rasional. Pemikiran tidak rasional akan
mendatangkan kesan emosi yang negatif dan mempamerkan tingkah laku yang tidak
waras.
● Ketakutan psikologi ini boleh diatasi dengan membentuk satu kaedah yang dapat
mengawal minda atau pemikiran untuk mengawal ketakutan yang boleh menyumbang
kepada panik.
● Tidak terlalu mempercayai sepenuhnya maklumat daripada media sosial juga merupakan
satu kaedah yang berupaya untuk mengawal ketakutan dan kebimbangan yang
melampau.
● Ketakutan psikologi ini lebih berbahaya berbanding serangan wabak COVID-19 itu
sendiri.
● Lebih membimbangkan terdapat individu yang berkecenderungan bertingkah laku seperti
mencederakan diri dan membunuh diri.
● Kebimbangan didefinisikan sebagai rasa takut dan ketakutan yang luar biasa dan sering
dikenal pasti dengan tanda-tanda fizikal (ketegangan, berpeluh, dan peningkatan kadar
nadi) dengan keraguan mengenai realiti dan sifat ancaman, serta keraguan diri tentang
kemampuan seseorang untuk mengatasinya.
● Tanda-tanda tekanan ialah seperti perasaan yang tidak selesa, kekurangan motivasi,
ketegangan otot, sakit kepala, insomnia, kerengsaan, dan kegelisahan.
● Perasaan bimbang dan kegelisahan boleh dijangka semasa berlaku peristiwa yang
tertekan, tetapi penting untuk mengatasi tekanan sebelum menjadi kebimbangan atau
panik yang lebih teruk.

2
● Kesimpulannya, kesan psikologi dan sosial terhadap pelajar ketika berhadapan dengan
krisis akan menyebabkan berlakunya ketidakfungsian dalam aktiviti seharian dan
memberi kesan terhadap hidup pada satu tempoh yang lama.
● Mereka memerlukan bantuan sokongan sosial bagi mengimbangi kebimbangan dan
ketakutan melampau. Bantuan sokongan sosial boleh diperoleh melalui komunikasi
dengan rakan sebaya, pensyarah, penyelia dan komuniti.

1.2​ ​Kefahaman pelajar dalam sesuatu pembelajaran/ subjek

● Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan istimewa.


● Oleh itu, setiap pelajar mempunyai tahap kefahaman yang berbeza dalam pembelajaran.
Ini disebabkan oleh kenyataan bahawa terdapat keperibadian yang berbeza untuk setiap
pelajar.
● Perbezaan keperibadian ini telah menghasilkan pelbagai gaya dan cara pembelajaran
antara seorang pelajar dengan pelajar lain.
● Gaya didefinisikan sebagai sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yang
menjadi ciri seseorang atau cara menulis, bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya
yang menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang (Kamus Bahasa dan Pustaka).
● Oleh itu, gaya pembelajaran merujuk kepada gaya atau cara belajar seseorang individu
atau pelajar. Gaya pembelajaran adalah teknik yang digunakan oleh pelajar dalam proses
pembelajaran, untuk memahami sesuatu subjek.
● Setiap individu mempunyai pelbagai kaedah pembelajaran yang berbeza.
● Sebagai contoh, sesetengah pelajar gemar memperolehi maklumat dalam bentuk fakta,
data dan algoritma. Sesetengah pelajar lagi lebih selesa dengan maklumat yang berbentuk
teori dan model matematik.
● Ada juga pelajar yang suka mendapatkan maklumat melalui visual seperti gambar rajah,
ilustrasi dan skematik.
● Sebilangan pelajar pula lebih suka memperolehi maklumat melalui verbal iaitu
penerangan dalam bentuk lisan ataupun kuliah.

3
● Kefahaman pelajar untuk memahami sesuatu subjek itu terletak kepada seorang guru. Hal
ini demikian kerana, guru memainkan peranan yang besar dalam memastikan
pelajar-pelajarnya faham dalam subjek yang diajar.
● Jadi untuk memastikan pelajar faham guru mestilah menyampai maklumat dengan jelas
dan menggunakan gaya bahasa yang mudah dan setaraf dengan tahap keupayaan pelajar.
● Teknik yang biasa digunakan oleh guru ialah, menunjukkan contoh dan hasilnya pelajar
akan dapat menjawab dan membuat soalan yang diberikan.
● Guru juga haruslah menerangkan daripada perkara mudah kepada susah supaya pelajar
dapat memahami dengan lebih mudah.
● Cara untuk mengetahui seseorang pelajar itu memahami pelajaran yang dipelajari ialah
pelajar tersebut dapat menjawab soalan secara lisan, soalan bertulis dan dapat
menjalankan kajian.
● Tetapi itu semua tidak berguna jika pelajar itu sendiri tidak berminat atau tidak memberi
tumpuan ke atas subjek yang dipelajari. Sebagai pelajar, mereka juga harus sentiasa
membuat ulangkaji dan mencuba untuk menjawab soalan.
● Sekiranya pelajar mengalami masalah untuk memahami sesuatu topik dalam subjek,
mereka perlulah segera berjumpa dengan guru-guru untuk memudahkan pemahaman
pelajar tersebut.

1.3 Kekurangan dari segi sumber bahan dan alatan.

● Seterusnya adalah masalah yang sering di alami pelajar yang belajar dalam bidang
tertentu seperti kemahiran,yang memerlukan amali dalam pelaksanaan pembelajaran dan
projek untuk mengasah atau memperhalusi teknik mereka. Semestinya masalah yang
sering dihadapi adalah kekurangan sumber bahan seperti alat-alat atau bahan-bahan untuk
melaksanakan projek dan pembelajaran ,sudah pasti pelajar yang berada dalam bidang
kemahiran seperti seni lukis,kemahiran teknikal, elektrik dan bengkel dan kemahiran
yang lain akan terasa kekurangannya.

4
● Penyediaan bahan lebih awal akan lebih mudah berbanding pelajar yang mampu
beli,pakai dan habis,ini bergantung dengan keadaan seseorang pelajar dalam
bidang-bidang itu.

Jenis barang dan alatan.


● Antara jenis-jenis barangan alatan atau bahan yang sering digunakan dan diperlukan
untuk seorang pelukis ialah seperti warna yang bersifat cecair yang kental contohnya
akrilik dan warna air, ini kerana kualiti amatlah diperlukan dalam proses pembelajaran
dan projek dalam bidang seni lukis ini berbanding menggunakan bahan kering seperti
pensil dan pensil warna.
● Untuk bidang yang melibatkan kemahiran teknikal seperti elektrik dan bengkel, mereka
memerlukan amali secara 100% ,oleh itu pembelajaran atas talian hanya mampu
menekankan mereka pembelajaran yang hanya dari sudut teori sahaja dan bukan amali.

Langkah dan inisiatif dari pihak berwajib.

● Inisiatif lain perlu diambil oleh sesetengah pihak seperti institusi pengajian itu sendiri
atau melalui sumbangan tertentu melalui persatuan-persatuan dalam bidang tersebut,tidak
kiralah sumbangan dalam bentuk wang ringgit atau pun segi alatan-alatan dan
bahan-bahan yang diperlukan untuk melancarkan proses pembelajaran dan projek yang
memerlukan amali bagi seseorang pelajar dalam bidang kemahiran.
● Skop yang lebih utama adalah bagi pelajar yang mengalami masalah kekurangan dari segi
wang ringgit atau pendapatan isi rumah melalui ibu bapa atau pelajar itu sendiri,kerana
nilai untuk bahan dan alatan untuk bidang kemahiran ada nilainya yang tersendiri dan
tidak semua boleh merasakan kemudahannya,ini juga bagi mereka yang susah untuk
mendapatkan alatan dan bahan dalam bidang kemahiran seperti yang tinggal di
pedalaman sesuatu daerah atau daerah yang kekurangan sumber alatan dan bahan yang
sedemikian perlu dititikberatkan untuk melancarkan proses pembelajaran atas talian.
● Pro dan Kontra bagi sesuatu masalah atau keadaan itu sememangnya akan ada,oleh
kerana sudah pasti ada sisi dari segi kebaikan khususnya pembelajaran dalam talian dan
norma baharu ini serta ada sisi kurang baiknya seperti masalah kekurangan bahan dan
alatan untuk pembelajaraan dalam bidang kemahiran yang memerlukan amali ini, proses

5
hanya akan berlaku jika pelajar merasa cukup dan akan merasa lebih mudah jika mereka
mudah untuk mendapatkannya dalam bentuk simpanan atau peruntukan seperti wang
ringgit untuk alatan dan bahan bagi pelajar-pelajar yang berada dalam bidang
tersebut,maka sudah pasti isu ini amatlah penting untuk dibincangkan dan dititikberatkan
oleh pihak pelajar,institusi atau pihak berwajib untuk menangani dan memudahkan lagi
proses pembelajaran atas talian yang melibatkan kemahiran dan amali.

1.4 Suasana pembelajaran di rumah

● Suasana pembelajaran di rumah boleh terganggu dengan pelbagai masalah yang


disebabkan oleh manusia. Gadget internet atau situasi yang sekeliling kita dan
diri-sendiri.
● Masalah gangguan alat hiburan merupakan salah satu masalah utama yang menjejaskan
fokus pelajar terhadap pelajaran.
● Fokus pelajar terhadap pembelajaran terjejas disebabkan oleh rancangan atau filem yang
digemari yang bertayang di televisyen semasa mereka sedang belajar.
● Selain itu, fokus atau pandangan pelajar beralih dari buku pada TV.
● Selain itu, pelajar juga sering tertarik dengan apilikasi telefon pintar atau computer.
● Hal ini berlaku apabila ibu bapa menggunakan telefon pintar atau komputer depan
anak-anak mereka semasa belajar.
● Pada masa kini, semua pelajar mengikuti kelas mereka secara atas talian dan ini
berkemungkinan mereka menggunakan telefon pintar untuk perkara lain daripada
pembelajaran.
● Justeru, masalah ini boleh membendung dengan ibu bapa haruslah menutup televisyen
atau alat hiburan lain untuk mengelakkan fokus anak- anak mereka terjejas. Sebagai
langkah alternatif, ibu bapa atau penjaga wajib mengunci aplikasi yang tidak berkaitan
dengan pembelajaran seperti permainan video, aplikasi YouTube, aplikasi sosial media
dan lain-lain semasa memberikan telefon pintar kepada anak-anak mereka.

● Masalah kebersihan persekitaran juga adalah merupakan salah satu isu yang sering
mengganggu pembelajaran di rumah.

6
● Kawasan pembelajaran yang tidak sesuai semasa belajar boleh menyebabkan masalah
kesihatan kepada pelajar seperti kegatalan mata dan bersin apabila terdedah kepada
suasana yang berhabuk.
● Semasa melakukan pembentangan banyak bunyi yang tidak dapat mengelakkan akan
mengganggu.
● Contohnya bunyi lori, kereta dan motor yang berlalu depan rumah yang boleh
dikategorikan sebagai masalah gangguan bunyi.
● Ada juga situasi dimana pelajar tidak dapat buat kerja pada waktu lewat malam iaitu
selepas semua ahli keluarga tidur atau tiada bekalan elektrik secara tiba-tiba.
● Sebagai seorang pelajar, untuk membendung gangguan seperti ini perlulah mengambil
langkah terlebih dahulu seperti menghabiskan kerja rumah atau mengulang kaji
pembelajaran sebelum lewat malam.
● Bak kata “pepatah sediakan payung sebelum hujan”.
● Selain itu, pelajar juga hendaklah mengecas gadjet elektronik seperti komputer riba atau
telefon pintar terlebih dahulu untuk menggelakkan ketidak hadiran ke kelas atas talian
apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.
● Ibu bapa juga haruslah mengambil inisiatif untuk menyediakan penjana elektrik untuk
memberikan suasana pembelajaran yang sesuasai.
● Selain itu, sentiasa mengemas dan membersihkan tempat pembelajaran dengan kerap
untuk mengelakkan penyakit dari habuk.
● Pelajar juga boleh menggunakan “​earphone” yang canggih seperti “​noise cancellation
earphone”​yang boleh tapis bunyi bising.

● Seterusnya, pelajar juga menghadapi masalah dari segi kekurangan tempat untuk belajar.
● Tiada ruang atau bilik belajar yang mempunyai semua peralatan dan kemudahan sesuai
untuk belajar.
● Ibu bapa boleh mengatasi masalah ini dengan menyediakan ruang atau bilik pembelajaran
yang sesuai untuk mereka dan menyediakan gadjet yang sesuai untuk mereka.
● Seperti komputer riba, telefon pintar, kemudahan internet yang mencukupi dan ruang
yang bersih dan terang.

7
● Pada waktu yang sama, penyelisihan fahaman dalam sesebuah keluarga adalah sesuatu
yang normal tetapi ia perlu dielakkan untuk kesejahterahaan dan keharmonian keluarga.
● Masalah keluarga dan bertengakaran antara ahli keluarga juga boleh menjejaskan fokus
pelajar terhadap pembelajaran.
● Situasi menjadi lebih buruk apabila ibu bapa memekik dengan anak- anak mereka atas
penggunaan telefon pintar untuk menyiapkan kerja rumah atau untuk menghadiri kelas
virtual online.
● Pada masa pandemic ini tengakaran antara ahli keluarga terutama ibu bapa harus
mengelakkan.
● Mereka harus bertolak ansur antara satu sama lain.
● Kadangkala, adik beradik akan berambut untuk remote TV untuk menukar siarang dan ini
akan mengganggu pembelajaran anak mereka.
● Justeru, ibu bapa harus mendidik anak- anak mereka sentiasa berkasih sayang dan
bertolak ansur antara satu sama lain.
● Ibu bapa juga harus memahami situasi anak-anak mereka pada masa pandemic ini yang
telah banyak mengubah sistem pembelajaran atas talian.
● Kebanyakan kerja rumah juga dalam talian.
● Justeru, ibu bapa harus mengelakkan atau menonjolkan kemarahan pada anak-anak
mereka yang menggunakan telefon.
● Pada masa yang sama, mereka juga perlu sentiasa mengawasi anak-anak mereka semasa
menggunakan telefon pintar.

1.5 Keadaan wifi atau data semasa belajar

● Medium pembelajaran secara maya ini dapat membantu pelajar bertukar idea,
berkomunikasi dan membuat tugasan mingguan hingga akhir semester. Pembelajaran
atas talian ini mengubah pembelajaran secara konvensional kepada kemahiran dan
pengetahuan lebih mendalam dari segi penggunaan aplikasi digital.
● Pembelajaran dalam talian ini terdapat kekangan dari sudut mengakses internet seperti
pelajar yang tinggal di kawasan yang kurang mendapat liputan internet.
● Hal ini mengakibatkan pelajar tercicir dalam pembelajaran.

8
● Selain itu, terdapat halangan yang menyebabkan pelajar tidak dapat turut serta dalam
kelas dalam talian kerana tiada peralatan teknologi seperti komputer riba dan telefon
pintar disebabkan kurang pendapatan dari sudut kewangan.
● Kebaikan pembelajaran dalam talian membolehkan pelajar dapat mengakses maklumat
melalui sumber kandungan multimedia secara meluas.
● Di samping itu juga, pelajar dapat berkomunikasi dan berkongsi maklumat semasa
sendiri dalam pembelajaran seperti aplikasi ​google meet, zoom​dan sebagainya.
● Seterusnya, ia dapat menjimatkan kos dan masa yang memerlukan pelajar membuat
tugasan tanpa penggunaan kertas hanya dengan penggunaan internet melalui emel.

1.6 SISTEM UJIAN DALAM TALIAN

● Sistem ujian online bukanlah kaedah baharu bagi kita semua tetapi disebabkan dugaan
pendemic covid 19, dalam sistem pendidikan kita sering menggunakan kaedah ujian
online ini untuk menjawab soalan dan juga memberi markah. Sudah semestinya kaedah
ujian online ini pasti ada kebaikan dan keburukan kepada penggunanya, apatah lagi
ketika kita diuji dengan masalah rangkaian dan sebagainya.
● Sebagai seorang pelajar, sistem ujian online ini sudah tentu satu kebiasaan bagi kita
dalam kehidupan norma baharu.
● Oleh itu terdapat beberapa kesan baik dan buruk yang sudah pasti kita pernah lalui.
● Antara kebaikannya ialah ianya lebih menjimatkan masa persediaan kita dalam menjawab
soalan yang diberi contohnya, sebelum ini semasa kita menduduki ujian kita kena
membawa peralatan yang tertentu masuk ke dalam dewan peperiksaan dan sebagainya,
tetapi pada waktu sekarang ianya lebih mudah kerana kita hanya menggunakan gadget
seperti telefon pintar dan komputer riba.
● Selain itu, kaedah ini juga dapat membantu alam sekitar contohnya, kita dapat
mengurangkan penggunaan kertas dan dakwat kerana kita hanya menjawab
menggunakan talian rangkaian.
● Keburukan yang dihadapi pula ialah dari segi teknikal contohnya, kebanyakan pelajar
menjawab soalan dengan betul tetapi apabila markah diberi ianya tetap salah.
● Selain itu, masalah rohani juga memainkan peranan penting contohnya dari segi
kejujuran ada sesetengah pelajar meniru ketika menjawab soalan yang diberikan.

9
PENUTUP

Pandemik COVID-19 sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada seluruh


rakyat Malaysia kerana mereka terpaksa menempuh dan membiasakan diri mereka supaya
melakukan aktiviti yang diluar norma kebiasaan mereka. Kita semua tidak tahu bilakah
COVID-19 ini akan hilang, tetapi ianya adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk
memastikan virus ini tidak akan terus tersebar. Walau bagaimanpun, terdapat kebaikkan dan
kekurangan yang dapat kita lihat akan tetapi ia bukanlah penghalang besar untuk pelajar serta
pengajar meneruskan perjuangan dalam mengejar ilmu. Maka, perjuangkan jiwa ilmu ini walau
banyak rintiangan yang mendatang. Oleh itu, ambiklah sudut positif yang dapat membantu
masyarakat dalam teruskan perjuangan ilmu ini.

10

Anda mungkin juga menyukai