Anda di halaman 1dari 2

KOMUNIKASI

Mengikut model yang telah diperkenalkan oleh Grunig dan Hunt pada tahun 1983,
Terdapat empat model yang diperkenalkan oleh mereka iaitu Press Agentry /Publisiti,
Maklumat Publik, Asimetrikal Dua Hala dan Semitrikal Dua hala. Model ini juga dikenali
sebagai Grunig’s Four Models of Public Relations ataupun Empat Model Perhubungan
Awam Grunig.
Apabila forum dijalankan, Model Semitrikal dua hala telah wujud. Model ini berfungsi
sebagai orang tengah atau pengantara untuk sesuatu organisasi dan publik. Matlamat utama
pendekatan ini adalah untuk mencapai persefahaman dan maklum balas antara kedua-dua
organisasi. Teori komunikasi dalam usaha merancang dan menilai program perhubungan
awam ini telah menjadikan sesuatu program dalam perhubungan awam ini menjadi lebih
efisyen.
Elemen utama yang digunakan bagi menjalankan forum ini adalah dengan
mengunakan pendekatan perhubungan awam antara kedua-dua pihak.Perancangan ,
Penyelidikan, Proses komunikasi dan Kaunseling adalah antara skop yang boleh kita dapati
di dalam perhubungan awam. Perhubungan awam juga adalah berdasarkan hubungan yang
saling mempunyai persefahaman antara komunikasi dua hala.
Dalam model Semitrikal Dua Hala ini, kaedah penilaian formatif telah digunakan.
Penilaian Formatif ini dapat menilai maklum balas orang awam dalam komunikasi dua hala.
Hasil kajian ini dapat meningkatkan mutu pencapaian organisasi mengikut kepentingan orang
awam, manakala penilaian evalutif adalah dapat mengukur tahap usaha-usaha perhubungan
awam dalam meningkatkan pemahaman orang awam.
Maklumat peribadi seseorang individu boleh diperolehi dengan mudah kerana banyak
aplikasi laman sosial yang memerlukan data peribadi untuk mendaftar masuk pada zaman
kemodenan ini. Antara contoh yang dapat kita ambil ialah dengan menggunakan platform
Google Form, Laman muka buku, Twitter, Telegram dan sebagainya. Jumlah pesakit yang
mengalami jangkitan Covid-19 semakin hari semakin meningkat. Bahkan, dengan cara ini, Ia
dapat membantu sedikit sebanyak Pihak KKM dalam usaha membuat penyelidikan tentang
pihak yang mempunyai simptom wabak yang kian berleluasa ini.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyedari bahawa komunikasi ini
juga merupakan satu jalan penyelesaian untuk memberi kesedaran orang awam supaya
mengambil tahu tentang isu semasa dan bahayanya terkena jangkitan Covid-19 ini daripada
terus merebak. Ia sedikit sebanyak akan membantu Pihak Hospital mahupun Pihak Klinik
dalam mendapatkan maklumat lengkap tentang pesakit yang pernah mengalami simptom atau
terkena jangkitan Covid-19 ini.
Menurut DR Rosvinder Singh yang merupakan Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mengemukakan pendapat beliau tentang
bahayanya gejala yang dialami di seluruh dunia dan meminta supaya semua pihak mematuhi
standard SOP yang telah ditetapkan oleh Pihak KKM iaitu (3W) Basuh tangan dengan air
sabun selepas berada di luar (Wash hand), Memakai pelitup muka ketika berada di Kawasan
sesak (Wear Mask) dan amaran (Warn) untuk menggelakkan terkena jangkitan. Seterusnya,
Duduk rumah jika tiada sebarang aktiviti yang ingin dilakukan di luar dan elakkan berada di
tempat sesak (Crowded), Tempat yang tertutup (Confine) dan bercakap dalam jarak dekat
(Close Conversation).
Kesimpulannya, Komunikasi Model Semitrikal dua hala ini adalah salah satu cara
yang digunakan dalam perhubungan awam. Ia adalah satu teknlogi yang digunakan pada
masa kini dan mendapat sambutan yang agak baik di negara ini mahupun negara luar.
Teknologi yang digunakan pada masa kini adalah satu platform yang moden dan mudah
difahami oleh kedua-dua pihak dan mendapat maklum balas yang berkesan lebih-lebih lagi
dalam norma baharu ini ini, platform virtual telah digunakan dalam norma baharu ini. Pihak
masyarakat juga boleh menjadikan platform ini sebagai satu pembelajaran yang baharu dalam
hidup mereka tanpa disalahgunakan. Pihak masyarakt juga perlulah turut sama membantu
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Ini juga akan mengurangkan kes jangkitan daripada terkena wabak Covid-19 ini.

Anda mungkin juga menyukai