Anda di halaman 1dari 20

REFORMASI PENDIDIKAN MALAYSIA :

PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI KEPERLUAN MASA HADAPAN.

Oleh:

Rosfazila Binti Abd Rahman1

Abdul Razif Bin Zaini2

ABSTRAK

Kajian eksploratori ini menjelaskan reformasi pendidikan di Malaysia yang


mempunyai beberapa era pendidikan yang bermakna sejak sebelum kemerdekaan
lagi. Kajian kepustakaan mendapati antara perubahan yang telah berlaku ialah
kurangnya pengaruh sekularisme, terhakisnya dualism, penekanan aspek akidah,
penerimaan konsep akidah, nafas baru dalam pengisian pendidikan Islam dan
penumpuan kepada persoalan pembangunan manusia. Kajian ini mendapati bahawa
adalah menjadi cabaran besar untuk melaksanakan perkara ini dalam kurikulum,
pengajaran dan pembelajaran, penilaian, pengurusan, pentadbiran, sumber
pendidikan dan latihan guru. Selain itu, antara faktor lain yang mempengaruhi
reformasi ialah pendefinisian konsep Pendidikan Islam, perkembangan staf,
pengurusan Pendidikan Islam, pembinaan potensi pelajar dan imej Pendidikan Islam.
Justeru, sebagai kesimpulan, beberapa saranan atau cadangan telah dinyatakan
termasuklah mewujudkan Sekolah Integrasi menggantikan Sekolah Wawasan,
melahirkan kelompok pemikir dan penulis dalam kalangan umat Islam dan keperluan
terhadap penyusunan semula strategi serta tindakan jangka pendek dan jangka
panjang ke arah pemantapan imej pendidikan Islam.3

PENDAHULUAN

Sejarah pendidikan telah mengharungi masa kegemilangannya sejak 3000 tahun yang

lalu. Dalam lipatan dan liku sejarah pendidikan itu, terdapat era tertentu yang

didominasikan oleh sesuatu aliran pemikiran. Aliran terunggul akan mencorakkan

dan menentukan sistem dan proses pendidikan pada sesuatu era. Aliran pemikiran

dalam pendidikan terus bertukar ganti hingga ke zaman moden ini.


1
Penulis adalah pensyarah di Jabatan Peradaban dan Pemikiran Islam, Akademi Islam KUIS, sedang
menyiapkan tesis PhD dalam bidang Sosiologi & Antropologi.
2
Penulis adalah pensyarah di Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi KUIS,
sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang Linguistik.
3
Khailani Abdul Majid dan Ishak Ali Shah , Pendidikan Islam Era 2020, Tasawur dan Strategi,
Edisi pertama, Kajang, Selangor Darul Ehsan, 1993, hlmn 33.

1
Dalam konteks penulisan ini, perubahan dari satu aliran pemikiran kepada bentuk

pemikiran pendidikan yang baru dilihat sebagai pencetus reformasi dalam

pendidikan. Reformasi pendidikan boleh dimaksudkan sebagai satu perubahan ke

arah yang lebih baik bagi seluruh spektrum pendidikan lama yang kurang berkesan

atau telah gagal. Cuma, dalam aliran perubahan ini, spektrum pendidikan baru lebih

dominan dan diterima oleh majoriti ahli pendidikan ketika ini.

Menurut Dr Hussien Haji Ahmad, tenaga pengajar Institut Aminuddin Baki,

reformasi itu sendiri selaras dengan pendidikan ketauhidan dengan mengambil kira

empat matlamat utama iaitu, pembinaan sahsiah, pembinaan budaya penyayang,

pembinaan kekuatan negara dan pembinaan negara maju.

Pendidikan Islam pula, menurut Dr. Yusuf Qardhawi, penamaan suatu sistem dengan

nama Islam haruslah diukur dari hujung pangkal dan tujuan yang mewarnai bentuk

dan mekanisme suatu pendidikan, baik yang formal mahupun informal dan non

formal. Dengan kata lain, pendidikan Islam ialah pendidikan yang beranjak dari

falsafah Islam, bersumberkan Al-Quran dan hadis serta bertujuan menciptakan umat

yang melaksana dan memperjuangkan Islam4.

Menurut Ulich (1968), bentuk-bentuk reformasi pendidikan dunia selama 3000

tahun, semuanya mempunyai kekuatan yang tertentu. Dalam rentetan sejarah

pendidikan dunia selama 3000 tahun itu, terdapat sekurang kurangnya tujuh bentuk

reformasi dalam pendidikan. Era terawal pendidikan di Asia ialah pada zaman India

dan Cina purba (500 S.M). Ini diikuti oleh era tamadun Greek dan Rom (400 S.M),
4
Dr. Yusuf Qardhawi, Sistem Pendidikan Ikhwanul Muslimin, terjemahan, IIFSO, 1985.

2
Era awal dan pertengahan Kristian (sehingga tahun 1400 S.M). Seterusnya ialah

zaman kegemilangan Tamadun Islam dengan lahirnya tokoh-tokoh terkemuka seperti

Al-Ghazali (1058 – 1111) dan Ibnu Khaldun (1332-1406). Diikuti pula oleh zaman

Evolusi Humanis (1405-1592) dan era seterusnya ialah zaman yang dinamakan

Zaman Pemikiran saintifik atau Kaedah Pemikiran Baru (1561 – 1642).5

Terdapat beberapa pengajaran yang amat menarik yang boleh diambil daripada

sejarah pendidikan dunia, iaitu yang pertama, era tamadun Islam telah meletakan

asas dalam ilmu yang bersifat empirikal dan eksperimen saintifik. Kedua, menurut

Ulich (1968), kegemilangan dan kehebatan era pendidikan Islam ialah dalam bidang

bidang Sejarah, Matematik, dan Falsafah.6

Kesimpulannya, era kegemilangan pendidikan Islam menekankan pendidikan yang

bersifat bersepadu di antara ilmu empirikal dan saintifik dengan ilmu wahyu

berteraskan kepada tauhid.

REFORMASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendidikan di Malaysia mempunyai beberapa era yang bermakna. Penyata Razak

1956 adalah asas reformasi pendidikan moden di Malaysia. Ini diikuti dengan era

Penyata Abdul Rahman Talib 1960 serta Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

5
Ibid , hlmn 34 dan 35.
6
Ibid.

3
Penyata Razak 1956 secara tegas telah meletakan satu asas yang sama dalam

pendidikan negara. Berdasarkan penyata ini, seluruh pendidikan negara secara

berperingkat akan berteraskan kepada pendidikan acuan Tanah Melayu. Murid akan

mengikuti kurikulum dan sistem pendidikan yang sama dengan Bahasa Melayu

dijadikan sebagai bahasa pengantar. Matlamat akhir penyata ini ialah untuk membina

rakyat yang bersatu-padu, serta mengamalkan hidup berasaskan nilai, budaya,

tamadun dan sejarah negara iaitu Tanah Melayu.

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 juga merupakan satu reformasi dalam

pendidikan negara. Satu aspek yang amat ditekankan dalam laporan ini ialah terdapat

keseimbangan di antara penekanan kepada faktor sistem, proses dan kurikulum,

dengan faktor pembangunan manusia. Kemuncak reformasi pendidikan yang

dicetuskan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet ialah kelahiran Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR). Ini diikuti dengan satu detik bersejarah dalam pendidikan negara iaitu

lahirnya Falsafah Pendidikan Negara ( FPN 1987 ). 7

Kelahiran Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada

28hb Februari 1991 juga merupakan satu reformasi pendidikan Malaysia dalam

memasuki era zaman moden . Dalam konteks Pendidikan Islam, terdapat beberapa

perubahan yang amat ketara bermula dari Penyata Razak kepada Wawasan 2020. Di

antaranya ialah, pengaruh sekularisme dalam pendidikan negara telah berkurangan.

Pendidikan negara kini adalah bersepadu di mana ilmu wahyu (Al Qur’an dan

Sunnah ) merupakan teras kepada kurikulum.

7
Ibid, hlmn 36

4
Kedua, sistem pendidikan yang bersifat dualisme telah mula mengalami perubahan.

Kurikulum yang mengandungi mata pelajaran teras dan elektif masih dikekalkan

hingga kini walaupun setelah pelaksanaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ) kepada

Sijil Terbuka. Ini akan dapat melahirkan insan yang seimbang, bersepadu dan

menyeluruh dalam perkembangannya. Jika konsep kurikulum baru ini dapat

dilaksanakan dengan berkesan, maka kesan negatif daripada dualisme pendidikan

dapat dihapuskan.

Ketiga, persoalan akidah juga diberi penekanan yang istimewa. Setiap komponen

pendidikan seperti kurikulm, pedagogi, pengukuran dan penilaian perlu dilaksanakan

dengan tujuan untuk meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

Keempat, matlamat pendidikan untuk membina akhlak telah diterima. Dengan ini

pendidikan harus berperanan untuk membina akhlak ke arah pembangunan manusia

sebagai insan yang berperanan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini.8

Kelima, pendidikan Islam tidak boleh dianggap sebagai mata pelajaran agama yang

hanya membincangkan persoalan yang berkaitan dengan ibadah semata-mata.

Pendidikan Islam perlu diberi nafas baru, iaitu dengan menyatupadukan ilmu wahyu

dengan akal. Ini bermakna di samping mempelajari mata pelajaran Islam yang

bersifat teras, pelajar perlu menguasai dan cemerlang dalam bidang-bidang lain

seperti sains, teknologi, ekonomi, industri dan vokasional.

8
Ibid, hlmn 37

5
Keenam, aspek pembangunan manusia hendaklah diberi tumpuan yang lebih utama

berbanding aspek lain dalam pendidikan yang bersifat fizikal. Dalam erti kata lain,

sebarang keputusan yang bakal diambil tentang pendidikan hendaklah meletakan

persoalan pembangunan manusia sebagai yang paling utama.

ARAH PENDIDIKAN ISLAM DI ERA 2020.

Bagi menghadapi era 2020, kita perlu mengetahui kedudukan kita terlebih dahulu. Di

manakah pendidikan Islam khususnya dan pendidikan kebangsaan amnya, sekarang

dan sebelum ini? Apakah kekuatan dan kelemahanya? Dan apakah bentuk

pendidikan yang perlu dipertahan dan dikembangkan untuk masa akan datang?

Bagi memahami perkara di atas, eloklah kita menilai semula bentuk dan aliran

pendidikan negara 30 tahun dahulu (sekitar tahun 60-an ) . Kita juga perlu

melaksanakan prinsip pendidikan yang ada ( abad baru ). Seterusnya membayangkan

bentuk pendidikan yang lebih kukuh dan baik untuk tahun 2020, khasnya dalam

konteks pendidikan Islam.9

30 tahun yang lalu,, seluruh pendidikan negara dipengaruhi oleh sistem pendidikan

penjajah yang bersifat dualisme. Terdapat dua aliran pendidikan iaitu agama dan

bukan agama. Aliran bukan agama seperti sains dan kemanusiaan sentiasa diberi

perhatian yang istimewa, sedangkan sekolah-sekolah agama tidak mendapat

perhatian yang sewajarnya. Pelajaran aliran bukan agama sentiasa mendapat

9
Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin, Wawasan Pendidikan, Agenda Pengisian,. Kuala Lumpur:Cahaya
Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd, 1994, hlmn.34.

6
pengiktirafan dari segi kerjaya dan menjamin status sosio ekonomi yang baik dalam

masyarakat .

Apa yang ingin diutarakan di sini ialah sikap penjajah yang sengaja membiarkan

wujudnya dualisme dalam pendidikan. Tanpa disedari, rakyat terus dijajah dalam

bentuk pemikiran, budaya, emosi, dan perlakuan yang diacuankan oleh penjajah.

Pendidikan Islam sengaja diperlihatkan dalam skop yang sempit dengan hanya

berkisar dalam konteks ibadat sahaja.

Kurikulum yang dibina dan dilaksanakan 30 tahun yang lalu amat jelas bersifat

secular, iaitu agama disifatkan hanya dalam soal ibadah dan kerohanian dan

kononnya hanya sesuai dipelajari sendiri-sendiri . Kurikulum agama juga dianggap

sebagai tidak rasional, justeru ia tidak boleh diterima sebagai bahan akademik dan

ilmiah. Atas alasan inilah agama hanya diajar secara terpisah dan sempit sekali

skopnya. Agama tidak diterapkan ke dalam mata pelajaran lain seperti bahasa,

matematik, sejarah dan geografi.10

Kesan sekularisasi ini turut dirasai dalam mata pelajaran agama. Oleh kerana

sekularisme dalam mata pelajaran bukan agama begitu tebal dan kuat pengaruhnya,

ahli-ahli pendidikan Islam masa itu merasakan memang benar bahawa pendidikan

Islam tidak perlu dikaitkan dalam bidang lain yang bukan agama. Maka tinggallah

pendidikan agama hanya membincangkan soal ibadat dan kerohanian tanpa usaha

yang sistematik untuk mengaitkan agama dalam seluruh aspek kehidupan. Impaknya

10
Op.Cit, Khailani Abdul Majid dan Ishak Ali shah , hlmn 40.

7
cukup besar sehinggakan konsep Pendidikan Islam yang lengkap dengan falsafah,

matlamat, kurikulum, pedagogi, sistem dan prosesnya tidak dapat difahami oleh

masyarakat Islam. Umumnya, masyarakat masa itu hanya mengetahui apabila disebut

Pendidikan Islam maksudnya ialah mata pelajaran agama yang skop dan

pendekatannya amat sempit sekali.

Kini, pendidikan di Malaysia berada di tahap yang lebih mantap dan lebih baik.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN 1987) dan pelaksanaan KBSM dan Sekolah

Bestari 1996 / 1997 jelas memberi fokus kepada pembangunan manusia . Konsep

bersepadu yang diamalkan kini secara berperingkat mampu menghapuskan pengaruh

dualisme dan sekularisme dalam pendidikan negara. Contohnya dalam pelaksanaan

KBSM, mata pelajaran Islam wajib diambil oleh semua pelajar Islam. Namun, apa

yang diharapkan ialah satu keputusan perlu diambil secara tegas dengan

mensyaratkan mata pelajaran Islam wajib lulus di peringkat UPSR, PMR, SPM dan

STPM. Dengan cara ini barulah pelajar Islam akan mengambil perhatian yang lebih

untuk mempelajari mata pelajaran Islam.11

Salah satu cabaran yang perlu ditangani ialah bagaimana untuk mengurangkan

pengaruh sekularisme dalam pelaksanaan KBSM. Dengan kata lain. bagaimana cara

untuk menerapkan Islam dalam mata pelajaran lain seperti Sains, Matematik, Bahasa,

Sejara,h Geografi dan mata pelajaran bukan agama yang lain. Jika pendekatan ini

dapat dilaksanakan, maka konsep bersepadu akan dapat mencapai matlamat asalnya,

iaitu untuk membina kesepaduan di antara ilmu akal dan ilmu wahyu, dengan

berteraskan akidah ke arah membina komuniti ummah di era 2020. Tegasnya apabila

11
Ibid, hlmn 40.

8
pengaruh sekularisme dan dualisme dapat dihapuskan daripada sistem pendidikan,

maka barulah boleh dikatakan konsep pendidikan bersepadu telah berjaya.

Apakah bentuk dan aliran Pendidikan Islam yang ingin dilaksanakan di era 2020?

Memandangkan konsep pendidikan bersepadu amat baik dari segi pembangunan

insan, maka wajarlah ia dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bagi memastikan

usaha pembinaan insan berjaya di era 2020, adalah dicadangkan agar pendidikan

dapat diperkukuhkan lagi dengan pendidikan ketauhidan. Jika pendidikan bersepadu

telah berjaya menyatupadukan ilmu akal dan ilmu wahyu ( Al Qur’an dan As

Sunnah), maka kaedah bagaimana untuk melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran ( P&P ) untuk mendekatkan diri pelajar dengan Allah SWT perlu

diperkemaskan. Dalam kata lain, bagi menghadapi era 2020, Pendidikan Bersepadu

mestilah dilaksanakan dengan bijaksana dan seterusnya diperkukuhkan dengan

pendidikan ketauhidan. 12

REFORMASI PENDIDIKAN : ASPEK PELAKSANAAN

Seperti yang dijelaskan, pendidikan di Malaysia sedang mengalami satu reformasi

yang dicetuskan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, Pendidikan Islam juga

perlu diubahsuai supaya memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan

cabaran Wawasan 2020.

12
Ibid, hlmn 41.

9
Bagi melaksanakan reformasi dalam konteks Pendidikan Islam, kita memerlukan

satu rujukan untuk dijadikan asas tindakan.

REFORMASI– KONSEP PENDIDIKAN SEKOLAH AGAMA

Di antara rujukan yang boleh menjadi asas tindakan menyentuh konsep Pendidikan

Islam ialah sekolah Integrasi Contoh (Integrasi di antara Sekolah Kebangsaan dengan

Sekolah Agama) di peringkat rendah hendaklah diwujudkan oleh Kementerian

Pendidikan.

Pendidikan di sekolah aliran agama harus menjurus matlamat ke arah menangani

perubahan dan pembangunan ummah semasa dan masa hadapan. Bagi tujuan ini,

pendidikan di Sekolah Agama haruslah dapat melahirkan insan bersepadu yang

mempunyai kekuatan iman, akhlak, pemikiran yang cemerlang dan mempunyai

kemahiran membuat dan menghasilkan sumber untuk keperluan hidup.13

Rujukan di atas merupakan perubahan yang positif bagi sekolah agama dan

bersesuaian dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara dan cabaran Wawasan

2020. Dengan wujudnya Sekolah Integrasi atau Sekolah Bersepadu di antara sistem

kebangsaan dengan sekolah agama (menggantikan Sekolah Wawasan), maka

pengaruh dualisme dan sekularisme akan dapat dihapuskan. Memandangkan mutu

pendidikan agama di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan semakin bertambah baik,

maka tidak wajarlah murid mengikuti sekolah agama terlalu lama pada waktu petang.

13
Ibid , hlmn 42.

10
Apa yang lebih penting dilakukan ialah menambah waktu untuk mata pelajaran Al

Qur’an, Bahasa Arab dan Jawi. Di samping itu, mata pelajaran agama perlu diajar

secara gabung jalin dengan mata pelajaran UPSR yang lain iaitu Matematik, Bahasa

Melayu, dan Sains.

Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan pembangunan manusia yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual atau ringkasnya JERI wajib

berteraskan Islam untuk memastikan kejayaannya. Wawasan 2020 pula bermatlamat

untuk melahirkan rakyat yang bermoral dan beretika dengan pegangan yang kuat

kepada agama. Dengan keperibadian yang mantap ini diharap rakyat dapat

menampilkan daya perubahan dan memandang ke depan bukan sebagai pengguna,

sebaliknya menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa

depan.

REFORMASI–PERSPEKTIF KURIKULUM

Dalam melakukan Reformasi Pendidikan di sekolah Agama, matapelajaran,

vokasional, teknologi, industri, ekonomi, perdagangan, keusahawanan dan

kemahiran bahasa antarabangsa perlu dimasukkan agar pelajar Sekolah Agama

bukan sahaja cemerlang dalam bidang keagamaan, tetapi mereka juga mahir dalam

bidang-bidang lain14.

Sepadu yang dimaksudkan ialah kesepaduan di antara ilmu akal dengan ilmu wahyu

berteraskan tauhid (akidah). Ini bertepatan dengan Wawasan 2020 yang ingin

14
Ibid, hlmn 44.

11
menjadikan Malaysia sebagai negara maju dengan fokusnya kepada pembangunan

manusia yang berkualiti dan berakhlak.

Kurikulum yang bersifat sepadu ini mampu melahirkan insan yang berintelek dan

bertakwa. Di samping dapat melahirkan ulama yang cemerlang, gemilang dan

terbilang, pendidikan juga dapat melahirkan ahli korporat muslim, ahli sains dan

teknologi muslim, ahli ekonomi muslim, usahawan muslim dan ahli professional

muslim.

Walaubagaimanapun, cabaran yang terbesar kini ialah bagaimana untuk

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bidang bukan agama seperti sains,

matematik, ekonomi, vokasional dan mata pelajaran professional lain mengikut

paradigma Islam. Strategi dan usaha bersungguh-sungguh perlulah ditumpukan bagi

menangani cabaran ini.

Sebagai permulaan bolehlah diwujudkan satu kelompok pemikir yang terdiri

daripada cendekiawan pelbagai bidang, ahli professional, ahli korporat, dan pakar

pendidikan yang berwawasan Islam bagi membina konsep dan kurikulum mata

pelajaran mengikut perspektif Islam. Diharap dengan adanya kurikulum ini, maka

pengaruh sekularisme dapat dihapuskan dalam setiap matapelajaran. Ini akan

memudahkan pembinaan akidah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya dapat mencapai matlamat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang

inteleknya dan bertakwa.15

15
Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam,hlmn 23

12
REFORMASI – PENGAJARAN & PEMBELAJARAN ( P & P ).

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perkara penting yang melibatkan

hubungan dua hala antara guru dengan murid di dalam bilik darjah. Pendekatan

pengajaran Agama Islam bukanlah dengan cara memberi pengetahuan semata-mata

dengan menghafaz fakta-fakta dan mengeluarkan kembali dalam peperiksaan. Akan

tetapi, apa yang lebih penting lagi ialah pelajar perlu diajak berfikir tentang fakta

yang dipelajari dalam situasi perubahan semasa dan kemajuan teknologi maklumat

dan ciptaan baru. Pengajaran dan Pembelajaran perlu menggunakan pendekatan

orientasi pelajar yang seimbang dengan orientasi guru . Pendekatan ini membolehkan

pelajar lebih aktif, kreatif, mengamalkan fikiran terbuka, berani membuat keputusan

dan dapat membina keyakinan diri.16

Jika kita ingin meningkatkan imej Pendidikan Islam sesuai dengan kehendak

Falsafah Pendidikan Negara (FPN 1987) dan 9 cabaran wawasan 2020, pendekatan

di atas perlu dilaksanakan. Falsafah Pendidikan Negara menekankan pentingnya

usaha mengembangkan potensi intelek meliputi kemampuan untuk memahami,

menggunakan ilmu dalam kehidupan dan membuat analisis serta sintesis bagi setiap

isu yang dikaji. Bagi menjayakan hasrat ini maka wajarlah diwujudkan latihan

berfikir. Dewasa ini, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)

dilaksanakan dalam Pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran Agama

Islam.

16
Ibid.

13
Cabaran wawasan 2020 mensasarkan perubahan mental dan sikap bagi kecapaian

Malaysia sebagai sebuah negara maju. Di antaranya ialah keyakinan pada diri

sendiri, gagah menghadapi pelbagai masalah, berdaya tahan tinggi, dapat

menghasilkan penemuan-penemuan baru dan berdaya saing kental. Bagi

menghasilkan perubahan mental dan sikap itu di kalangan pelajar maka strateginya

ialah mengembangkan potensi pelajar dari aspek JERI. Kaedah sesuai yang

digunakan ialah pendekatan mengajar berorientasikan pelajar dan diseimbangkan

pendekatan mengajar orientasi guru. Guru perlu menjadi model untuk menyubur dan

mengembangkan potensi pelajar.

REFORMASI – SUMBER PENDIDIKAN

Salah satu bidang di mana pendidikan Islam ketinggalan jika dibandingkan dengan

Pendidikan sains, teknologi, vokasional dan kemanusiaan ialah sumber pendidikan

Islam masih berkurangan dan belum memuaskan dari segi kualiti dan kuantiti.

Penulisan buku mengenai keilmuan dan pemikiran Islam untuk tujuan pengajaran

dan pembelajaran perlu diperbanyakkan dan perlu diwujudkan satu badan yang dapat

menyelaraskan penulisan buku teks agama agar lebih sistematik dengan konsep

menggunakan Merentasi Kurikulum.

Langkah pertama perlulah diadakan satu peruntukan khas kewangan yang besar

untuk tempoh projek penulisan selama lima tahun (tahap pertama) . Ini diikuti satu

kumpulan besar penasihat penulis terdiri daripada pelbagai bidang dan berwawasan

Islam. Di bawah penasihat penulis ini bolehlah diwujudkan kelompok penulis

sepenuh masa dalam bidang tertentu. Bagi setiap bidang, perlu ada beberapa guru

14
berpengalaman. Bagi memastikan projek penulisan ini berjaya maka satu tempoh

kerja perlu ditetapkan . Jika peruntukan kewangan dapat disediakan, penulis sepenuh

masa dapat dicari dan disertai pengurusan cekap, projek menyediakan sumber

pendidikan samada dalam bentuk cetakan, atau elektronik akan berjaya. Lebih positif

lagi jika kerajaan dapat memperuntukkan perbelanjaan seratus-peratus dalam laporan

kewangan tahunan untuk membantu projek ini.17

REFORMASI – PERKEMBANGAN STAF

Pendidikan adalah satu proses dinamik. Ini bermaksud tindakan segera perlu di

lakukan bagi memastikan mutu pendidikan sentiasa memenuhi tuntutan semasa.

Inilah yang disebut sebagai perkembangan staf.

Program perkembangan staf dalam Pendidikan Islam hendaklah menggunakan

pelbagai strategi aktif yang berkesan seperti bengkel, seminar, ceramah, taklimat,

sesi simulasi dan sebagainya.

Guru agama perlu dilatih dengan kaedah mengajar dan bersifat profesional seperti

kemahiran menggunakan alat teknologi terkini seperti komputer, pengurusan aktiviti

kurikulum, kemahiran berdakwah di internet dan seumpamanya. Dengan ini,

kemahiran yang diperoleh membolehkan guru Pendidikan Islam memberi

sumbangan yang lebih baik dalam pengajaran dan pembelajaran.18

17
Ibid, hlmn 48.
18
Muhamad Jihad, Generasi Al-Quran Hidup, Majalah Solusi isu 20, hlmn.3

15
REFORMASI – PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM

Pelaksanaan Pendidikan Islam hendaklah diletakan di bawah sebuah institusi

pentadbiran yang kukuh agar program pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih

berkesan.

Institusi pentadbiran induk bagi Pendidikan Islam berperanan menyelaras,

melaksana, menyelia dan mengubah suai program Pendidikan Islam termasuk

perkara berkaitan penjawatan dan perkhidmatan guru, latihan, dan kebajikan

pelajar19.

Tidak dinafikan, dari segi pengurusan Pendidikan Islam, pada keseluruhannya belum

memuaskan. Terdapat pelbagai perbezaan ketara pada pengurusan pendidikan di satu

peringkat dengan peringkat lain. Oleh itu, pengurusan pendidikan Islam haruslah

dikemaskini dengan segera agar sentiasa bersesuaian dengan kehendak asas Islam itu

sendiri dan pendekatan lebih menarik khususnya bagi menarik lebih ramai

penyertaan di kalangan masyarakat.20

REFORMASI - PEMBINAAN POTENSI PELAJAR.

Falsafah Pendidikan Negara ( FPN 1987) bertujuan mengembangkan potensi pelajar

dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ( JERI) secara seimbang dan bersepadu.

19
Op.Cit, Khailani Abdul Majid dan Ishak Ali shah , , hlmn 52
20

16
Begitu juga wawasan 2020 berhasrat untuk membina generasi berkeyakinan tinggi,

mampu menghasilkan penemuan baru dan untuk itu, Pendidikan Islam perlu

direformasikan.

Pelajar-pelajar yang keluar daripada sistem Pendidikan Islam mestilah mampu

berfikir secara rasional bukannya emosional. Mereka perlu mampu untuk

menyelesaikan masalah secara saintifik berasaskan Islam.21

Kaedah pendidikan barat boleh digunakan dengan syarat ianya haruslah berpaksikan

Islam. Contohnya istilah yang dipinjam dari pendidikan barat dalam Wawasan 2020

perlulah diiktiraf dan dilaksanakan mengikut prinsip Islam. Di antara istilah itu ialah

konsep kebebasan, keyakinan, bangga, demokratik, moral, etika, liberal, bertolak

ansur, kebudayaan, saintifik, progresif, daya perubahan, tamadun saintifik, daya

persaingan, dan dinamik.

Dalam hal ini satu kelompok pemikir Islam perlu dibentuk untuk membina,

menghurai dan membantu melaksana konsep dan istilah mengikut prinsip Islam.

Setelah usaha ini selesai, maka barulah panduan tersebut diguna untuk

mengembangkan potensi pelajar Islam dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.22

REFORMASI – IMEJ PENDIDIKAN ISLAM.

21
Ibid, hlmn 52
22
Ibid, hlmn 52

17
Imej bermaksud pandangan orang ramai terhadap sistem Pendidikan Islam samada di

peringkat negeri atau persekutuan. Dalam konteks cabaran era 2020 terdapat dua ciri

utama yang menentukan imej sesebuah institusi pendidikan iaitu kualiti atau mutu

sekolah dan ciri yang dapat membina kecemerlangan dalam sekolah tersebut. Ini

termasuklah mutu dan kecemerlangan bagi faktor-faktor kelayakan guru yang

mengajar, skim perkhidmatan dan penjawatan guru, pentadbiran dan pengurusan

sekolah, kursus dan latihan guru, mutu bangunan dan kemudahan fizikal, iklim

pengajaran dan pembelajaran di sekolah agama, keceriaan dan kebersihan sekolah,

keselamatan pelajar dan bangunan.

Bagi meningkatkan imej Pendidikan Islam, reformasi mental dan sikap individu yang

terlibat adalah amat perlu. Ini membolehkan mereka bersifat positif, terbuka, bervisi

jelas dan tidak merendah diri. Walaubagaimanapun, perubahan mental dan sikap ini

hendaklah berteraskan Islam.23

Pendidikan Islam perlu bersama-sama mendokong cita-cita Wawasan 2020 dengan

membuat pengubahsuaian yang sesuai dari segi kurikulum, pengurusan, dan

pentadbirannya.

Memandangkan imej pendidikan Islam perlu diperbaiki sesuai dengan ciri-ciri dalam

Wawasan 2020, maka strategi dan tindakan jangkamasa pendek dan jangkamasa

panjang perlu disusun dan disegerakan.24

PENUTUP

23
Ibid, hlmn 52 , 53.

24
Dr. Muqdad Yaljan, Peranan Pendidikan Akhlaq Islam, terjemahan, hlmn.2

18
Pendidikan Islam perlu menampilkan generasi Muslim yang kukuh iman, yang

menguasai semua ilmu pengetahuan, yang tinggi dan canggih keterampilan, yang

berakhlaq mulia, yang memiliki budaya kerja hebat, sentiasa berbakti kepada agama,

bangsa dan negara. Dengan kata lain, generasi ini mesti memiliki daya juang, daya

saing dan daya maju yang tinggi.

Ini bermakna organisasi kurikulum Pendidikan Islam perlu disusun dalam satu

adunan yang seimbang dan lengkap.

Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan 1987 dan untuk

menangani cabaran masa hadapan, maka faktor reformasi seperti yang dihuraikan

perlu diambil kira agar tercapainya matlamat wawasan 2020.

RUJUKAN

Absar Ahmad. 1992. Qur’anic Concept of Human Psyche. Dalam Zafar Afaq Ansari
(ed). Qur’anic concept of human psyche. Islamabad: The International Institute of
Islamic Thought.

Ab Halim Tamuri dan Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2003. Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Crain, William C. 1980. Theories of Development, concept and applications.


Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall, Inc.

Dr. Yusuf Qardhawi. 1985. Sistem Pendidikan Ikhwanul Muslimin. Riyad: IIFSO.

Khailani Abdul Majid dan Ishak Ali Shah. 1993. Pendidikan Islam Era 2020,
Tasawur dan Strategi. Selangor Darul Ehsan: Kajang Press.

Mohd Sulaiman Yasin. 1980. Mengenal Ilmu Tasawuf. Bangi:Penerbit UKM.

Mostafa Kamal Mokhtar. 1995. Pembangunan Rohani: Huraian Kritis Daripada


Aspek Kerohanian.Dlm. Mostafa Kamal Mokhtar, Noor Rahamah Abu
Bakar, Ong Puay Liu & Suhaimi Salleh (eds). Karya Darma
II:kemanusiaan dalam pembangunan.Bangi:Fakulti Sains Pembnagunan,
UKM.

19
Mostafa kamal Mokhtar. 2003. Pembangunan Rohani Menurut Perspektif Tasawuf
dan Psikologi Moden. Islamiyyat 24: 21-35

Muhamad Jihad.2011. Generasi Al-Quran Hidup. Majalah Solusi isu 20:3.

Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin. 1994. Wawasan Pendidikan, Agenda Pengisian.
Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd.

20

Anda mungkin juga menyukai