Anda di halaman 1dari 3

E) Nilai Nilai Murni

Nilai-nilai murni yang terdapat dalam iklan pilihan adalah, yang pertama adalah kasih
sayang, contohnya, iklan tersebut mempamerkan ibu kepada Aida masih lagi sayang kepada Aida
walaupun Aida telah melupakan keluarganya saat Aida mempunyai segalanya, oleh itu, kita perlulah
sentiasa menyayangi antara satu sama di kalangan ahli keluarga agar hubungan antara keluarga
tidak terjejas.

Seterusnya, tolong-menolong, contohnya pekerja Aida saling tolong menolong ketika


menyiapkan 40 balang kuih tart nanas. Oleh itu, kita perlulah sentiasa saling tolong menolong antara
satu sama lain kerana manusia merupakan makhluk yang lemah dan sentiasa perlukan pertolongan
orang lain begitu juga dengan kita.

Selain itu, Sopan-santun, contohnya, adik kepada Aida meminta bantuan kakaknya iaitu Aida untuk
selesaikan kerja rumah matematik dengan sopan-santun. Oleh itu, mengapa kita perlu bersikap
sopan santun kerana ianya adalah salah satu tuntutan dalam agama Islam dan ianya juga adalah
salah satu tanda hormat kita kepada orang lain.

Akhirnya, tanggungjawab, sebagai contoh Aida telah menjalankan tanggungjawabnya untuk keluarga
iaitu Aida telah membeli sebuah rumah baru untuk dirinya dan juga keluarga. Oleh itu, kita mestilah
menjalankan tanggungjawab kita dengan sewajarnya kerana dengan itu kita dapat menyenangkan
hati orang lain. Kesimpulannya, kita perlulah mmengamalkan nilai-nilai murni agar disenangi orang
ramai.

F) Kesedaran

= Antara babak yang dapat memberikan kesedaran kepada kita melalui iklan ini adalah, yang
pertama, pada babak di mana Aida teralpa dan terlupa tentang keluarganya di saat perniagaan kuih
raya Aida berada di puncak kejayaan, kerajaan telah mengumumkan “PKP” iaitu Perintah Kawalan
Pergerakan di mana kerajaan memrintahkan supaya segala jenis perniagaan perlulah dihentikan
sementara bagi mengelakkan sebarang jangkitan akibat pandemik COVID-19. Oleh itu, kesedaran
yang dapat diperoleh dari babak ini adalah wang dan harta yang banyak tidak semestinya dapat
memberikan kebahagiaan sepenuhnya terhadap keluarga, namun kita juga perlulah meluangkan
masa untuk keluarga agar dapat menjaga perasaan dan hati keluarga.

Seterusnya babak yang dapat memberikan kesedaran kepada kita adalah, pada babak di mana
ketika perniagaan kuih raya Aida sedang maju dan dapat menjana pendapatan yang lumayan Aida
tidak lupa pada keluarganya. Oleh itu, kesedaran yang dapat diperoleh dari babak ini adalah kita
perlulah sentiasa beranggap keluarga adalah yang paling utama.

Seterusnya, babak di mana Aida perlu menutup perniagaan kuih rayanya buat sementara dek
kerana pandemik COVID-19. Oleh itu, kesedaran yang dapat diperoleh dari babak ini adalah kita
perlulah bersabar dalam mengharungi tahun yang serba mencabar ini dengan percaya terdapatnya
hikmah di sebalik setiap ujian yang berlaku.
Akhir sekali, babak di mana ketika Aida dan pekerjanya bertungkus lumus menyiapkan 40
balang kuih raya, Aida kelihatan sangat mesra dengan pekerjanya. Oleh itu, kesedaran yang dapat
diperoleh dari babak ini adalah jika kita mempunyai pekerja di bawah kita, kita perlulah melayan
mereka dengan baik dan mesra kerana disebabkan mereka jugalah perniagaan sesuatu syarikat
bertambah maju.

G) Kaitan

= Iklan ini banyak kaitannya dengan kehidupan seharian saya sebagai seorang warganegara
Malaysia antaranya ialah yang pertama memohon maaf setelah melakukan kesilapan, dengan
memohon maaf setelah melakukan kesilapan kita dapat merendahkan ego sekali gus dapat perbaiki
kesilapan dan hubungan antara sesama insan . Kaitannya dengan kehidupan seharian kita adalah kita
juga akan terasa hati apabila seseorang tidak memohon maaf kepada kita apabila seseorang itu telah
melakukan ke silapan.

Seterusnya, yang kedua, menguruskan masa dengan betul, jika kita pandai meguruskan masa
dengan betul kita akan dapat seimbangkan masa dengan keluarga dan pekerjaan sekali gus kita tidak
perlu bimbang tentang masa kerana kita sudah pandai meguruskannya. Kaitannya dengan
kehidupan seharian adalah kita akan berjaya jika dapat menguruskan masa yang betul.

Akhir sekali, menjaga keselamatan diri dan orang lain, contohnya dalam iklan tersebut Aida
perlu menutup sementara perniagaan kuih raya kerana kerajaan telah memerintah kan PKP iaitu
Perintah Kawalan Pergerakan. Kaitannya dengan kehidupan seharian kita adalah dengan mematuhi
PKP kita dapat mengurangkan kadar jangkitan Pandemik COVID-19.

Pada pendapat saya, iklan yang kami pilih ini masih relevan hingga hari ini kerana ia dapat
memupuk jati diri yang baik untuk para penontonnya kerana iklan ini terselit pelbagai pengajaran
juga penuh dengan nasihat.

CADANGAN

1) 2 cadangan untuk memantapkan lagi semangat perpaduan antara


kaum di Malaysia

= 1) Cadangan untuk memantap kan perpaduan antara kaum di Malaysia adalah kerajaan perlu
mengadakan kempen dan program yang mampu mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di
negara ini. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti
strategi politik, , penggunaan bahasa Kebangsaan, juga Agama.

2) Cadangan kedua untuk memantapkan perpaduan antara kaum di Malaysia adalah menjaga
budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan
kepentingan pemupukan budi bahasa.
2) 2 cadangan untuk memantapkan lagi amalan nilai-nilai murni dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

= 1) Cadangan untuk memantapkan lagi amalam nilai nilai murni dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia adalah kerajaan perlu mengadakan kempen yang mempromosikan nilai-
nilai murni agar setiap individu dapat menerapkan dengan nilai murni seperti hormat-menghormati,
jujur dan amanah, secara tidak langsung akhlak yang mulia dapat dibentuk.

2) Cadangan kedua untuk memantapkan lagi amalam nilai nilai murni dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah Pendidikan Moral di sekolah perlu
diperkukuhkan dengan penekanan terhadap kepentingan pembelajaran dan pengamalan
nilai-nilai murni di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai