Anda di halaman 1dari 9

PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH PELAJAR

BERKENAAN DENGAN PENTAKSIRAN AKHIR

Adalah saya dengan ini mengaku bahawa skrip jawapan/tugasan/projek yang dihantar adalah
daripada hasil kerja saya sendiri dan tidak melibatkan sebarang unsur plagiarisme daripada pelajar
lain. Universiti boleh mengambil tindakan keatas saya sekiranya saya berbuat demikian.

TANDATANGAN :

TARIKH : 19 Diec2021

NAMA : KHAIRUL ANAN BIN ABDUL RAHIM

NO. KAD PENGENALAN : 010430-03-0875

NO. PENDAFTARAN : E20192025675

FAKULTI : PEMBANGUNAN MANUSIA

PROGRAM : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENTAKSIRAN AKHIR

SEMESTER 1 SESI 2021/2022

KOD : KAW1043 KURSUS : PENGESANAN KANAK-KANAK


BERKEPERLUAN KHAS

ARAHAN

1. Sila baca arahan pentaksiran dengan teliti.

2. Pelajar dikehendaki menyediakan skrip jawapan mengikut kepada pentaksiran akhir yang
telah ditetapkan.

3. Pelajar dikehendaki menyerahkan skrip jawapan kepada pensyarah dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan.

PROGRAM: DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANA-KANAK

TAHUN: 2021 KUMPULAN KULIAH: B

NO. PENDAFTARAN: E20192025675

NO. KAD PENGENALAN: 0 1 0 4 3 0 0 3 0 8 7 5

PENSYARAH: DR. IYLIA DAYANA SHAMSUDIN

SULIT
2
KAW1043 Pengesanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas

BAHAGIAN A (40 markah)


Arahan: Sila baca senario yang diberikan di bawah dan jawab semua soalan.

Anda seorang guru pelatih di Taska Cahaya Hati dan anda ditugaskan untuk menjaga
kanak-kanak berumur 3 tahun. Pada hari pertama, anda memerhatikan pendidik TASKA
tersebut dan mempelajari cara menjaga kanak-kanak di kelas 3 tahun itu. Pendidik tersebut
melaksanakan aktiviti muzik bersama kanak-kanak dengan bermain alat permainan yang
mengeluarkan bunyi apabila butang ditekan. Pendidik menekan butang dan alat permainan
tersebut mengeluarkan bunyi dan seorang kanak-kanak, Kanak-kanak A mengambil alat
permainan tersebut dan meletakkannya di telinga kirinya. Kanak-kanak A tersenyum
gembira dan menggerakkan badannya mengikut muzik yang keluar dari alat permainan
tersebut. Pendidik kemudiannya mengambil kembali alat permainan tersebut dan menekan
butang lain untuk memperdengarkan muzik yang lain kepada semua kanak-kanak dan
ketika itu, Kanak-kanak A dilihat memusingkan kepalanya dan menghalakan telinga
kirinya ke arah hadapan di mana pendidik memegang alat permainan yang sedang
mengeluarkan lagu. Setelah habis muzik tersebut, pendidik menunjukkan alat permainan
tersebut kepada kanak-kanak dan meletakkan jarinya di butang berwarna hijau sambil
bertanya “warna apakah ini?”. Semua kanak-kanak menjawab “warna hijau” kecuali dua
orang kanak-kanak – Kanak-kanak B dan Kanak-kanak C. Kanak-kanak B menjawab
“warna oren”, manakala Kanak-kanak C tidak memberikan apa-apa respon walaupun
setelah ditanya sekali lagi. Pendidik menyebut warna hijau sambil menunjukkan butang
tersebut dan menekannya. Setelah muzik berhenti, pendidik sekali lagi menunjukkan alat
permainan tersebut dan meletakkan jari di butang bewarna merah pula dan seperti tadi,
Kanak-kanak B menyebut warna oren apabila ditanya dan Kanak-kanak C tidak memberi
apa-apa respon. Setelah muzik berhenti, pendidik menekan butang biru pula dan kali ini,
Kanak-kanak B menjawab warna biru apabila ditanya, manakala Kanak-kanak C masih
tidak memberi respon. Kanak-kanak C tidak memberi respon apabila ditanya tetapi kanak-
kanak tersebut menepuk-nepuk tangannya sejak dari mula. Kanak-kanak C diperhatikan
menepuk tangannya walaupun semasa muzik telah berhenti dan meneruskannya walaupun
pendidik sudah memintanya berhenti. Kanak-kanak C terus bertepuk tangan dan kelihatan
seperti berada dalam dunianya sendiri. Semasa pendidik menjalankan aktiviti, pendidik
meminta kanak-kanak duduk di tempat masing-masing dan menggerakkan badan
mengikut bunyi dalam keadaan duduk. Namun, Kanak-kanak D hanya boleh duduk di
tempatnya dalam masa yang singkat sahaja. Kanak-kanak D seringkali bangun dari
tempatnya dan berjalan di sekeliling kelas sambil mengusik kanak-kanak lain. Selain itu,
Kanak-kanak D juga membuka semua penutup botol susu yang disusun dalam bakul yang
diletakkan di atas meja semasa pendidik masih lagi sedang menjalankan aktiviti muzik
bersama kanak-kanak lain.
Senario di kelas 3 tahun di Taska Cahaya Hati

[Lihat sebelah
3
KAW1043 Pengesanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Alat permainan Brilliant Baby


Laptop™ yang digunakan
pendidik dengan tahap bunyi
yang dikeluarkan adalah pada
tahap 80.5dB(A) apabila
berada pada jarak 25
sentimeter.
(https://www.hearingresources
.com/noisy-toys-2019/).

Berdasarkan senario di atas, jawab soalan-soalan di bawah:

1. Terangkan dengan terperinci bagi setiap kanak-kanak yang dinyatakan di dalam senario di
atas:
a. nama masalah spesifik (sub-jenis sekiranya berkaitan) yang mungkin dihidapi oleh
Kanak-kanak A, Kanak-kanak B, Kanak-kanak C, dan Kanak-kanak D;

Masalah spesifik yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas A ialah masalah
pendengaran dimana kanak-kanak A dilihat memusingankan kepalanya dan menghalakan
telinga kirinya ke arah hadapan dimana pendidik memegang alat permainan yang sedang
mengeluarkan lagu.Ini kerana kanak-kanakA mempunyai gangguan dalam saluran bunyi
diantara liang telinga luar dan telinga dalam (Koklea).Bagi kanak-kanak B pula ialah masalah
penglihatan iaitu rabun warna dimana kanak-kanak B menjawab warna yang berlainan
daripada apa yang ditunjukan oleh pendidik.Bagi kanak-kanak C pula ialah masalah Autism
Spectrum disorder(ASD) dimana kanak-kanak C tersebut kelihatan kurang aktif dan tidak
memberi respon semasa guru menanyakan soalan semasa aktiviti dijalankan.Bagi kanak-kanak
D pula ialah masalah Attention deficit hyperactivity disorder(ADHD) dimana kanak-kanak D
seringkali bangun dari tempatnya dan berjalan di sekeliling kelas sambil mengusik kanak-kanak
lain Selain itu, Kanak-kanak D juga membuka semua penutup botol susu yang disusun dalam
bakul yang diletakkan di atas meja semasa pendidik masih lagi sedang menjalankan aktiviti
muzik bersama kanak-kanak lain.
[4 markah]
[Lihat sebelah
4
KAW1043 Pengesanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas

b. kategori masalah yang dihidapi oleh Kanak-kanak A, Kanak-kanak B, Kanak-kanak C


dan Kanak-kanak D mengikut kategori OKU seperti yang dinyatakan dalam Garis
Panduan Pendaftaran OKU (Pindaan 2019);

1. Kanak-kanak A-Kurang keupayaan pendengaran dan kecacatan kekal


2. Kanak-kanak B-Kurang keupayaan penglihatan
3. Kanak-kanak C-Kurang keupayaan pembelajaran
4. Kanak-kanak D--Kurang keupayaan pembelajaran
[4 markah]

c. enam (6) simptom bagi masalah yang mungkin dihidapi oleh Kanak-kanak A, Kanak-
kanak B, Kanak-kanak C, dan Kanak-kanak D

-Kanak-kanak A:Masalah Pendengaran

1. Kanak-Kanak tidak dapat memberi respon kepada bunyi kuat atau bunyi secara tiba-
tiba
2. Kanak-kanak Sentiasa bernafas menggunakan mulut
3. Kanak-kanak akan terkejut apabila disentuh sama ada dari ibu bapa ataupun orang lain.
4. Mengalami kesukaran untuk membezakan bunyi yang agak sama
5. Bertutur tanpa mengeluarkan bunyi hanya mengerakan mulut sahaja.
6. Kesedaran visual kanak-kanak meningkat semasa bermain atau berinteraksi dengan
orang lain

Kanak-kanak B-Masalah penglihatan


1. Pergerakan anak mata kanak-kanak selalu serentak sama ada ke kiri atau ke kanan
2. Mata kanak-kanak sentiasa mengalirkan air mata walaupun tidak menangis
3. Mata kanak-kanak akan menganlirkan air mata walaupun tidak menangis
4. Kelompak mata kanak-kanak akan kelihatan seperti separa tertutup.
5. Kanak-kanak akan senstitif kepada cahaya
6. Kanak-kanak gagal untuk mengekalkan penglihatan pada pergerakan objek atau wajah.

[Lihat sebelah
5
KAW1043 Pengesanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas

-Kanak-kanak C- Autism Spectrum disorder(ASD)


1. Kanak-kanak memiliki kemampuan bercakap dan berbahasa yang lambat
2. Kanak-kanak menggelakan hubungan mata semasa berinteraksi dengan orang lain
3. Kanak-kanak akan mengulangkan kosa kata atau frasa dengan berulang-ulang semasa
berinteraksi dengan orang lain.
4. Memberi jawapan yang berbeza apabila ditanyakan soalan kepadanya.
5. Hubungan sosial yang sangat terhad seperti tidak suka bermain dengan orang lain
6. Suka menggunakan objek yang berulang sebagai contoh bermain mainan yang sama.

-kanak-kanak D- Attention deficit hyperactivity disorder(ADHD)


1. Kanak-kanak tidak dapat menumpukan perhatian dengan sebaiknya semasa belajar
2. Mempunyai masalah bermain atau melakukan aktiviti secara senyap
3. Kanak-kanak akan sukar mengikut arahan yang diberikan oleh ibubapa atau guru
4. Kanak-kanak akan mudah berasa cepat bosan dalam melakukan sesuatu perkara
5. Kanak-kanak ini tidak suka berada setempat dan suka menganggu orang lain
6. Kerap melakukan aktiviti dalam waktu yang tidak sesuai

[24 markah]

[Lihat sebelah
6
KAW1043 Pengesanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas
2.Cadangkan satu (1) aktiviti bermain yang boleh dijalankan untuk mengesan masalah yang dihidapi oleh
keempat-empat kanak-kanak dalam senario di atas. Jelaskan bagaimana aktiviti yang dicadangkan itu boleh
mengesan setiap masalah yang mungkin dihidapi oleh keempat- empat kanak-kanak tersebut.

Aktiviti bermain yang boleh dijalankan untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh keempat-
empat kanak-kanak tersebut ialah aktiviti permainan masukkan bola ke dalam bakul beriringan
muzik.Aktiviti ini boleh dijalankan secara berkumpulan supaya memudahkan pendidik untuk
mengesan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak.Di dalam aktiviti ini,pendidik membentuk
kanak-kanak kepada beberapa kumpulan dan memberikan 4 biji bola yang berlainan warna.Kanak-
kanak perlu memasukkan bola yang diberikan ke dalam bakul yang telah disediakan mengikut
warna yang betul.Irama muzik digunakan di dalam aktiviti ini supaya ia dapat menarik perhatian
kanak-kanak dan dapat mengelakan mereka berasa kebosanan.Untuk mengesan kanak-kanak A
iaitu masalah pendengaran,pendidik boleh mngesan dengan memehatikan samada kanak-kanak
tersebut dapat mendengar muzik dengan jelas.Jika kanak-kanak tersebut dapat duduk dan tidak
menunjukan sebarang respon maka kanak-kanak itu dapat mendengar dengan jelas tetapi jika
kanak-kanak itu menunjukkan respon mendekatkan telinga atau menghalakan telinga kiri atau
kanannya ke arah muzik dipasang maka ia membuktikan bahawa kanak-kanak A mempunyai
masalah pendengaran.Untuk mengesan kanak-kanak B pula iaitu masalah penglihatan.Di dalam
aktiviti ini,pendidik dapat mengesan dengan bertanyakan kepada kanak-kanak tentang warna bola
yang telah diberikan kepada setiap kumpulan.Jika kanak-kanak dapat menjawab warna dengan
betul maka penglihatan kanak-kanak tersebut adalah normal tetapi jika kanak-kanak menjawab
dengan warna yang berlainan daripada apa yang ditanyakan oleh pendidik maka kanak-kanak
tersebut mempunyai masalah penglihatan.Untuk mengesan kanak-kanak C pula iaitu masalah
Autism Spectrum Disorder(ASD).Di dalam aktiviti ini,pendidik boleh mengesan dengan memangil
kanak-kanak tersebut untuk bertanyakan soalan mengenai aktiviti yang dijalankan.Jika kanak-
kanak tersebut tidak memberi respon ketika pendidik memanggil namanya ia memnunjukan
bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai ciri-ciri Autism iaitu gagal memberi respon ketika
namanya dipanggil.Untuk mengesan kanak-kanak D iaitu masalah Attention Deficit Hyperactivity
Disorder(ADHD).Di dalam aktiviti ini pendidik dapat mengesan dengan memantau tingkah laku
kanak-kanak sepanjang aktiviti dijalankan.Jika kanak-kanak itu dapat menjalankan aktiviti dengan
baik dan mengikut arahan maka kanak-kanak-kanak itu normal.Jika kanak-kanak menunjukkan itu
tidak boleh memberi kerjasama dan selalu menganggu orang lain semasa aktiviti dijalankan maka
kanak kanak tersebut mempunyai ciri-ciri ADHD iaitu kerap mengangu aktiviti yang dijalankan
oleh orang lain 8 markah

[Lihat sebelah
7
KAW1043 Pengesanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Bagi soalan 1(a) hingga 1(d), pelajar perlu terangkan dengan terperinci maklumat a hingga
dsecara berasingan bagi keempat-empat kanak-kanak.

Taip jawapan anda menggunakan font Times New Roman, saiz 12, langkau baris 1.5 dan hantar
skrip jawapan anda dalam bentuk Pdf pada tapak Pentaksiran Akhir yang telah ditetapkan.

SOALAN TAMAT

[Lihat sebelah
4
KAW1043 Pengesanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Anda mungkin juga menyukai