Anda di halaman 1dari 9

FALKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SABJEK:
SEC 3623 KANAK-KANAK DENGAN KEPERLUAN KHAS

TAJUK TUGASAN:

SATU JENIS KEPERLUAN KHAS DAN TIGA AKTIVITI YANG BOLEH


DIJALANKAN BERSAMA KANAK-KANAK.

SEMESTER:
2 2022/2023 SESI 1 (KUMPULAN 1)

TUGASAN KUMPULAN

NAMA NO MATRIK
AINUN AQILA BINTI AYUB AFFINDY D2120026
FASIHAH NABILA BINTI ROSLI D2120028
AZRIN NASUHA BINTI JAMIL D2120031
NABILA NATASHA BINTI MOHD YUSOF D2120013
NOOR HAYATI BINTI ALI D2120174

TARIKH PENYERAHAN:

NAMA PENSYARAH:
MISS AZIYATI ZAHIRAH BINTI ASNIL AIMI
ISI KANDUNGAN:
PENGENALAN.
2.3 AKTIVITI TEN-FRAME.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran seperti disleksia


bukan bermaksud kanak-kanak tersebut tidak mampu untuk belajar ini adalah satu
tanggapan yang salah apabila masyarakat disekeliling mereka mengatakan kanak-
kanak yang menghidapi penyakit disleksia tidak mampu untuk belajar seperti
kanak-kanak yang normal. Seperti yang kita tahu kanak-kanak yang menghidapi
penyakit disleksia sukar untuk mengenali nombor malah melihat nombor itu secara
terbalik. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk mengajar kanak-kanak yang
menghidapi disleksia mengenali nombor dengan mengunakan perkembangan
motor halus. Penggunaan ten-frame dalam pembelajaran, pelajar yang menghidapi
penyakit disleksia dapat membantu mereka untuk mempelajari matematik iaitu
mengenal nombor 1 hingga 10 dan dapat memperbetulkan nombor yang terbalik
bagi pandanganya. Selain itu, aktiviti ini juga dapat membantu murid
mengenalpasti dan menentukan nilai tempat sesuatu digit. Antara bahan-bahan
yang digunakan untuk melakukan aktiviti ten-frame ialah:

Bahan-bahan:

Bongkah kayu yang siap dilukis 10 kotak di atasnya.


Kad bergambar nombor.
Dots velcro.
Nombor 1 hingga 10 yang sudah di cetak dan di liminate.
Hot glue gun

Seterusnya, antara langkah-langkah untuk menjalankan aktiviti ten-frame


ialah guru menyediakan sebuah bongkah kayu yang telah siap dilukis oleh guru 10
kotak diatasnya. Kemudian setiap kotak yang ada pada atas bongkah kayu tersebut
telah dilekatkan dengan dots velcro dengan menggunakan hot glue gun.
Seterusnya, guru juga telah menyediakan kad bergambar nombor dan nombor 1
hingga 10 yang sudah di cetak dan di liminate serta dilekatkan dengan dots velcro
tape. Kemudian, kad bergambar tersebut disusan dengan susunan yang betul 1
hingga 10 oleh guru . Pelajar diarahkan untuk mengambil nombor tersebut
kemudian lekatkan dan susunkan di atas bongkah kayu tersebut sambil menyebut
nombor tersebut dengan bimbingan guru. Akhirnya selepas pelajar selesai
menyusun nombor tersebut pelajar diarahkan untuk melihat kad bergambar nombor
yang telah disusun sebagai rujukan sama ada susunan nombor itu betul atau salah
ataupun terbalik susunanya.

2.3.1 LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEMASA


MENJALANKAN AKTIVITI TEN-FRAEM.

Kanak-kanak yang mempunyai kelainan upaya sangat memerlukan pemerhatian


yang istimewa dan teliti dalam aspek keselamatan kerana kesihatan kanak-kanak
seperti ini dipengaruhi secara terus oleh persekitaran mereka. Oleh itu, sebagai
seorang guru perlulah sentiasa memastikan keselamatan kesemua pelajar dalam
keadaan yang baik bagi mengelakan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada
berlaku.

Antara langkah keselamatan yang perlu diambil kira ketika bermain ten-
fraem ialah alat permainan yang selamat digunakan bagi kegunaan kanak-kanak
kurang upaya. Alatan permainan yang mempunyai sisi dan hujung yang tajam
seperti kertas yang sudah di laminate perlulah digunting dengan kemas dan cantik
supaya tidak mendatangkan kecederaan semasa kanak-kanak memegangnya. Di
samping itu alat permainan tidak perlu terlalu berat dan besar kerana akan
membahayakan keselematan kanak-kanak. Saiz alat permainan juga haruslah besar
bagi menghindari daripada memasukan alat tersebut kedalam mulut atau tertelan.

Selain itu, dari segi keselasaan, kanak-kanak yang mempunyai kelainan


upaya perlulah mempunyai ruang belajar yang selasa dan tidak membuatkan
mereka berasa tertekan ketika berada didalam bilik darjah. Ruang yang disediakan
mestilah kondusif agar dapat merangsang pembelajaran pelajar. Setiap ruang yang
diwujudkan perlulah mempunyai ciri-ciri seperti berikut iaitu ruang pembelajaran
yang selesa dan selamat dengan mempunyai keluasan yang bersesuaian,
pengudaraan dan pencahayaan yang baik. Di samping itu, ruang dan susun atur
peralatan boleh diubahsuai dari semasa ke semasa. Peralatan boleh bertambah
mengikut kesesuaian tema dan keperluan pengajaran dan pembelajaran. Ruang dan
peralatan yang sesuai dapat digunakan untuk kepelbagaian aktiviti pengajaran dan
pembelajan.

Akhirnya, keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran adalah berkait


rapat dengan iklim dan suasana di dalam kelas. Oleh itu, sebagai seorang guru
mestilah memastikan bilik darjah dalam keadaan bersih dan ceria. Bilik darjah yang
ceria dapat merangsangkan minda kanak-kanak yang mempunyai kelainan upaya
dalam suasana kondusif. Maklumat-maklumat pengajaran dan pembelajaran yang
ditampal pada papan kenyataan haruslah menarik dan diselengara supaya dikemas
kini. Pemilihan warna yang sejuk dan tenang seperti hijau, biru, merah jambu dan
sebagainy di bilik darjah, ia juga sangat penting bagi kanak-kank kelainan upuya
kerana mereka sangat sukakan suasana yang tenang dan tidak membuat mereka
berasa tertekan ketika belajar.

2.3.2 PERANAN IBU BAPA ATAU GURU SEMASA AKTIVITI


DIJALANKAN.

Sebagai seorang guru khususnya guru yang bertanggungjawab untuk mengajar


kanak-kanak kelainan upaya adalah menjadi satu tanggungjawab dalam
memberikan ransangan kepada pembelajaran kanak-kanak tersebut sama ada
secara langsung ataupun tidak. Jika aktiviti yang dirancang dengan baik dan teliti
oleh guru, kesannya kepada kanak-kanak tersebut akan mendapat berbagai-bagai
pengalaman melalui aktiviti tersebut dan ini juga akan menarik minat mereka untuk
terus belajar. Kebijaksanaan dan daya usaha guru amat penting dalam memastikan
keberkesanan pembelajaran mereka. Secara keseluruhannya, tugas-tugas guru
sebagai pendidik, pembimbing dan pengasuh diberi penekanan utama. Selain itu,
kita juga tahu guru memainkan peranannya sebagai pengganti ibu bapa, sebagai
cermin kepada kanak-kanak, sebagai pendorong ke arah pembelajaran, sebagai
pengelola pusat yang di khaskan untuk kanak-kanak kalainan upaya dan juga
mempunyai pengaruh yang penting dalam membentuk perwatakan serta proses
penyesuaian diri kanak-kanak kalainan upaya.

Guru mempunyai pengaruh yang penting dalam kehidupan kanak-kanak


kelainan upaya. Di pusat pendidikan khas guru adalah contoh yang utama kepada
mereka. Secara langsung atau tidak kanak-kanak tersebut memerhati dan meniru
kelakuan guru. Guru hendaklah menggunakan peluang yang didapati di pusat
pendidikan khas untuk menunjukkan teladan yang baik serta menerapkan tabiat
yang positif kepada kanak-kanak itu.

Di samping itu, Melalui permainan atau aktiviti tidak formal yang lain
adalah cara kanak-kanak belajar dan ianya patut disediakan oleh guru pendidikan
khas tidak semua aktiviti boleh dilakukan oleh kanak-kanak kelainan upaya aktiviti
yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan penyakit yang mereka hidapi kerana
kanak-kanak yang mempunyai kelainan upaya mempunyai emosi dan cara yang
berbeza-beza dan seboleh-bolehnya aktiviti pembelajaran yang mengembirakan
dan tidak membuatkan kanak-kanak tersebut semakin tertekan ketika belajar dan
tidak boleh memaksa mereka untuk melakukan aktiviti tersebut sekira mereka tidak
mampu untuk melakukanya. Aktiviti yang dirancang oleh guru hendaklah
membolehkan kanak-kanak mencapai kejayaan di peringkat kebolehan mereka.
Guru haruslah memberi pujian dan sokongan serta bimbingan kepada kanak-kanak
kelainan upaya yang telah berjaya melakukan aktiviti dengan baik.

Akhirnya, Mewujudkan suasana riang dan mesra kepada kanak-kanak kelainan


upaya dapat mendorong mereka ke arah pembelajaran yang aktif serta
perkembangan yang seimbang. Program pendidikan khas seharusnya
menggalakkan kanak-kanak memperolehi amalan mental yang sihat, seperti suka
dan bergembira membuat sesuatu aktiviti, bersikap pengasih dan penyayang
terhadap sesuatu aktiviti dan orang lain, sanggup menolong dan membantu sesama
sendiri, berkongsi menggunakan alat-alat permainan dengan cara bergilir,
menghormati dan menghargai hak orang lain dengan bimbingan guru.

2.3.3 KEBAIKAN AKTIVITI KEPADA KANAK-KANAK.

Kalau masa boleh diputar ke belakang pasti ramai yang nak kembali ke zaman
kanak-kanak. Zaman yang penuh kegembiraan dan tiada sebarang tekanan. Celik
sahaja mata dari tidur yang kita ingat ialah keseronokan melakukan aktiviti
terumanya aktiviti di sekolah. Kebanyakkan ibu bapa pada zaman sekarang ini
yang begitu obses melihat anak mereka berjaya dalam akademik dengan 'memaksa'
atasu “mendesak” anak mereka belajar tanpa henti. Bayangkan umur 5 tahun sudah
dimasukkan ke kelas tuisyen. Peluang anak untuk melakukan aktiviti begitu terhad
dan ada yang murung ekoran tidak berkesempatan meneroka alam bermain yang
sepatutnya. Namun begitu aktiviti anak bermain ini hendaklah dikawal dan
dipantau. Tidak bolehlah dibiarkan sepanjang hari bermain sahaja. Perlu disulami
dengan aktiviti berfaedah seperti membaca buku dan membantu kita mengemas
rumah. Dalam hal ini ibubapa perlu bijak mendidik anak mereka mengenai
penggunaan masa yang sesuai untuk anak bermain.
Melalui bermain kanak-kanak dapat berinteraksi dengan dunia di sekeliling
mereka. Mereka boleh meneliti, menemui, bereksperimentasi dengan teori,
meneroka sebab dan kesan, mempelajari peranan kemasyarakatan dan nilai-nilai
murni. Apabila mereka semakin mahir tentang dunia sekeliling, mereka juga
semakin mahir dalam perkara-perkara lain yang membina keyakinan dan
ketahanan diri untuk menghadapi dugaan di masa hadapan.

Selain itu, Kanak-kanak akan menggunakan sepenuh tenaganya untuk


melakukan aktiviti yang mereka ketahui dan dapat lakukan dengan baik, kerana
mereka percaya bahawa mereka boleh berjaya. Aktiviti bermain berupaya
mengukuhkan lagi keterampilan, ketangkasan, imaginasi malah mampu pula
menganalisis masalah. Proses secara tidak langsung tadi meliputi pelbagai tahap
pergerakan seperti meraih, menggenggam, berjalan, memegang, menjulur,
menyentuh, menggigit, menjilat dan lain-lain lagi. Proses ini boleh digelar sebagai
proses penerokaan melalui lima pancaindera.

Seteruanya, “Segalanya bermula dari rumah” adalah ungkapan yang kita


dengar untuk menggambarkan bahawa rumah merupakan tempat atau lokasi paling
awal dan terbaik untuk mendedahkan kanak-kanak dengan perkara baru. Interaksi
yang berlaku ketika bermain memberitahu kanak-kanak bahawa ibu bapa mereka
memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka dan ini membantu untuk
menjalin kemesraaan yang berkekalan. Selain itu ibubapa juga akan dapat
berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan anak mereka.

Akhirnya, dengan melakukan aktiviti terbukti dapat membantu kanak-


kanak menyesuaikan diri prasekolah, sekolah mahupun dimana-mana sahaja
mereka berada serta dapat memperbaiki kesediaan belajar, sikap dan kemahiran
menyelesaikan masalah. Melalui kegiatan bermain kanak-kanak sebenarnya secara
tidak langsung telah berupaya mengukuhkan lagi keterampilan, ketangkasan,
imaginasi malah mampu pula menganalisis masalah. Otak mereka sentiasa aktif
berfikir ketika bermain. Otak yang cerdas membantu meningkatkan kefahaman
pembelajaran di sekolah.
LAMPIRAN DAN CONTOH GAMBAR BAHAN.

Bahan-bahan:

gambaran diatas bongkah kayu yang


telah dilukis.

Dots velcro. kad bergambar nombor.

Nombor 1 hingga 10 yang sudah di cetak Hot glue gun.


dan di liminate.

Anda mungkin juga menyukai