Anda di halaman 1dari 1

Seperti peribahasa "beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis," peribahasa ini mengingatkan kita supaya sentiasa

berwaspada dalam apa-apa perkara yang kita lakukan dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan perkara
yang buruk daripada berlaku.

Maksud peribahasa ini sangat baik diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Anak-anak yang masih kecil
perlu dididik dengan akhlak yang mulia selain dibekalkan dengan ilmu pengetahuan untuk memastikan mereka hidup sempurna
pada masa hadapan. Tanpa didikan yang sempurna, kemungkinan anak-anak akan mengalami keruntuhan akhlak apabila dewasa.

Peribahasa "sediakan payung sebelum hujan" bermaksud kita perlu sentiasa bersiap sedia. Persediaan dari segi fizikal dan
mental ini penting bagi kemungkinan berlakunya perkara yang tidak dingini.

Kejayaan dapat dicapai dengan berusaha. Justeru, seseorang perlu berusaha dari awal agar apa-apa yang dicita-citakan akan
dapat dicapai. Apabila kita telah bersedia , pekerjaan yang kita lakukan akan menjadi lancar dan teratur. Perancangan awal
ini penting untuk memastikan sesuatu yang dilakukan berhasil.

Bagi murid pula, peribahasa ini wajar diamalkan. Hal ini kerana, setiap murid memang perlu sentiasa bersiap sedia sebelum
menghadapi peperiksaan dengan belajar dan mengulangjkaji pelajaran. Jika murid tidak belajar, maka kejayaan tidak akan
dicapai.

Kesimpulannya, peribahasa ini mempunyai pengajaran yang baik kerana mengingatkan kita supaya sentiasa bersedi. Oleh itu,
wajarlah maksud peribahasa ini dijadikan amalan dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai