Anda di halaman 1dari 2

Karangan Peribahasa

By MAB on 7 September 2012


Karangan Peribahasa PMR: Karangan Contoh
Masyarakat Melayu memang kaya dengan peribahasa. Salah satu peribahasa Melayu yang
sering diungkapkan ialah sediakan payung sebelum hujan. Tuliskan suatu karangan yang
menggambarkan maksud peribahasa itu.
Peribahasa merupakan ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan
mengandungi pengertian yang tertentu. Peribahasa seperti simpulan bahasa, pepatah dan bidalan
memang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Pada setiap
peribahasa tersirat banyak nasihat dan pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup kita.
Salah satu pepatah Melayu ialah sediakan payung sebelum hujan.
Pepatah sediakan payung sebelum hujan bermaksud bersedia atau berwaspada kita dalam
menghadapi segala perkara atau kemungkinan yang datang, khususnya kemungkinan yang tidak
dirancang. Peribahasa ini juga mempunyai persamaan makna dan berkaitan dengan peribahasa
beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
Berdasarkan maksud peribahasa ini, ternyata bahawa tujuan penciptaannya untuk mengingatkan
kita supaya senantiasa dalam keadaan bersedia atau bersiap siaga untuk menghadapi masa depan
yang penuh cabaran dan dugaan. Hal ini dikatakan demikian kerana sudah pasti kita dapat
menempuhnya dengan baik dan penuh keyakinan jika membuat persediaan. Oleh itu, peribahasa
ini sesuai dijadikan pegangan hidup atau pedoman oleh segenap lapisan masyarakat tanpa
mengira ras, agama atau latar belakang kehidupanl.
Dalam kehidupan seharian, maksud peribahasa ini wajar kita amalkan. Misalnya, semasa kita
hidup senang, kita tidak harus bersikap boros. Sebaliknya, kita perlu berjimat cermat dan
menyimpan wang untuk keperluan pada masa depan seperti melanjutkan pelajaran. Kita juga
boleh menggunakannya pada waktu kesempitan wang atau ditimpa kesusahan. Dengan cara ini,
kita tidak perlu berhutang dengan sesiapa.
Amalan berjimat cermat ini patut diterapkan ke dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Ibu
bapa patut menyediakan sebuah tabung untuk anak-anak. Lebihan wang belanja atau wang saku
semasa di sekolah bolehlah dimasukkan ke dalam tabung. Wang ini boleh digunakan oleh anakanak untuk membeli buku-buku rujukan atau peralatan sekolah yang diperlukan oleh mereka dari
semasa ke semasa.
Kesimpulannya, kita haruslah menghayati nilai dan pengajaran yang tersirat dalam peribahasa
sediakan payung sebelum hujan. Dalam keadaan apa juga pun, kita perlulah bersikap positif
dan mengamalkan nilai-nilai yang terkandung dalam peribahasa sediakan payung sebelum
hujan kerana bencana yang mendatang tidak diduga oleh siapa-siapapun, bak kata orang tua-tua,
malang itu tidak berbau.

Latihan: Peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang bermaksud jika membuat
sesuatu perkara kita harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Berdasarkan
pernyataan tersebut, karang sebuah cerita yang menggambarkan maksud peribahasa itu.
About these ads

Anda mungkin juga menyukai