Anda di halaman 1dari 6

APA ITU COVID-19?

Pengenalan

1. Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan


saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute
respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-
related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaharu yang ditemui di China
adalah Novel Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan coronavirus menyebabkan
spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia)
yang teruk.

2. Cara Coronavirus merebak

Bagaimanakah novel coronavirus 2019 (COVID-19) merebak? Cara penularan novel


coronavirus COVID-19 daripada individu kepada individu yang lain melalui titisan
dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang yang dijangkiti COVID-19
batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya. Orang
lain kemudian mendapat jangkitan COVID-19 dengan menyentuh objek atau
permukaan ini, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Sesorang itu juga
boleh dijangkiti COVID-19 jika mereka berada dekat dengan pesakit COVID-19 yang
batuk atau bersin atau melepaskan titisan. Itulah sebabnya penting untuk
mengekalkan jarak lebih dari 1meter (3 kaki) dari orang yang sakit. KKM kini sedang
mengawasi perkembangan jangkitan ini dan situasi sentiasa berubah dan akan
mengemas kini maklumat penyakit ini dalam laman sesawang KKM dari semasa ke
semasa. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan
kebersihan diri yang baik.

3. Cara Pencegahannya

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menerbitkan langkah-langkah


pencegahan untuk mengurangkan peluang mendapat jangkitan. Pencadangan
adalah sama seperti yang telah diterbitkan untuk koronavirus lain dan termasuk: cuci
tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, tidak memegang mata, hidung,
atau mulut dengan tangan yang tidak dibasuh, dan mengamalkan kebersihan
pernafasan yang baik. Penggunaan topeng muka oleh orang yang sihat di tempat
awam belum lagi dicadangkan.

Untuk mengelakkan penularan, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC)


mencadangkan bahawa individu yang dijangkiti untuk tinggal di rumah kecuali ingin
mendapatkan rawatan perubatan: hubungi terlebih dahulu sebelum melawat
pembekal penjagaan kesihatan, gunakan topeng muka (terutamanya di tempat
awam), tutup mulut dan hidung ketika batuk, dan bersin menggunakan tisu, kerap
mencuci tangan dengan sabun dan air, dan elakkan berkongsi barangan peribadi.

4. Kesan Jangkitan Covid 19

Penyakit ini pada mulanya mungkin menunjukkan "dirinya" dengan tanpa gejala atau
beberapa gejala, atau mungkin menjadi demam, batuk, sesak nafas, rasa sakit pada
otot, dan keletihan, dengan perkembangan selanjutnya menjadi radang paru-paru,
sindrom kesusahan akut pernafasan, dan kematian. Tiada vaksin ataupun rawatan
yang efektif untuk penyakit ini, dengan usaha yang biasanya terhad kepada
pengurusan simptom dan langkah-langkah sokongan.

Anda mungkin juga menyukai