Anda di halaman 1dari 3

NOTA DEFINISI USULUDDIN SEMESTER 1

Disediakan oleh: Adib

TAJUK TAKRIF
AKIDAH Bahasa: Daripada perkataan aqada yang beerti
ikutan.

Istilah: Suatu keyakinan atau kepercayaan


berasaskan ilmu yang mantap di dalamnya, tidak
ada sebarang syak dan menjadi pencetus segala
perbuatan sedar atau tidak seseorang.

FITRAH Sesuatu yang semulajadi yang wujud dalam diri


manusia mengikut apa yang terbaik untuk
kepentingan manusia itu sendiri seperti keinginan
untuk makan,berkeluarga,beragama dan
sebagainya.

AD-DIN Bahasa: Berasal dari perkataan Arab


dana,yadinu,dinan yang membawa maksud
tunduk,patuh dan penyerahan diri kepada Allah.

Istilah: Kepatuhan ,ketaatan terhadap kuasa yang


Maha Tinggi dan kuasa yang Tertinggi.

NABI Bahasa: Orang yang membawa perkhabaran


mengenai perkara ghaib.

Istilah: Lelaki yang dipilih oleh Allah dan diberi


wahyu berupa syariat yang dahulu untuk dirinya
sendiri dan mengajarkannya kepada orang-orang
di sekitarnya dan umatnya.

RASUL Bahasa: Utusan kepada sesuatu tempat.

Istilah: Lelaki yang dipilih oleh Allah dan diberikan


wahyu untuk dirinya sendiri dan perlu
menyampaikannya kepada orang lain sama ada
orang yang dikenalinya atau memusuhinya.

MUKJIZAT Bahasa: Lemah iaitu lawan kepada kuasa.

Istilah: Suatu anugerah Allah kepada utusanNya


untuk menyatakan dan membuktikan bahawa
dakwaan dan bawaan mereka sebagai utusan
Allah adalah benar.

KARAMAH Kemuliaan dan penghormatan.

IRHAS Manusia pilihan Allah sebelum mereka dilantik


sebagai nabi atau rasul atau sebelum mendakwa
dirinya sebagai utusan Allah.
MA’UNAH Kurniaan Allah kepada sesiapa sahaja dalam
kalangan hambaNya yang beriman dalam bentuk
pertolongan.

IHANAH Menampakkan dengan lebih jelas kekufurannya


atau kesesatannya melalui sesuatu tindakan
tetapi bercanggah dengan apa yang dikehendaki
tuannya.

ISTIDRAJ Menyesatkan orang yang sesat supaya lebih


sesat.

IMAN Bahasa: Tasdiq iaitu membenarkan ,percaya atau


amanah.

Istilah: Ikrar dengan lidah, membenarkan dengan


hati serta dibuktikan dengan zahir/pengakuan
terhadap Allah yang Maha Esa,para
malaikat ,rasul-rasul,kitab-kitab ,hari akhirat da
qada’ serta qadar.

ISLAM Bahasa: Tunduk dan patuh.

Istilah: Penyerahan diri kepada Allah yang Maha


Esa dengan penuh keikhlasan hati dengan
mentaati serta melaksanakan seluruh
perintahNya serta menjauhi laranganNya.

IHSAN Bahasa: Memperelok dan mencantikkan.

Istilah: Memperelokkan aspek zahir manusia


dengan melaksanakan ibadat kepada Allah dan
memperelok aspek batin dengan cara
mewujudkan keikhlasan ketika beribadat.

AKHLAK MAHMUDAH Perbuatan yang dibenarkan oleh agama (Allah


dan Rasulnya).

AKHLAK MAZMUMAH Akhlak yang buruk berasal dari penyakit hati yang
keji.

ADAB Menggunakan perkataan,perbuatan dan perkara


yang baik sekaligus meninggalkan perkara yang
boleh membawa kepada kekejian dan keburukan.

IDEOLOGI Berasal dari perkataan “ideo” yang bererti


pemikiran, manakala “logos” pula bererti ilmu
atau pengetahuan.

LIBERALISME Satu bentuk pemikiran jahiliyyah baru @ moden


yang dianuti sebahagian cerdik pandai muslim
hari ini khususnya yang berlatar belakangkan
pendidikan barat.

AJARAN SESAT Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran


Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah
dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

SEKULARISME Perkataan sekular berasal daripada perkataan


Latin iaitu Saeculum yang membawa maksud satu
generasi atau zaman. Lebih tepat lagi, ianya
fahaman yang dibawa untuk menolak agama di
dalam kehidupan.

LIBERALISME Falsafah pembebasan daripada tradisi fokus


kepada penolakan autoriti agama dan syariat.

Anda mungkin juga menyukai