Anda di halaman 1dari 3

1.

Pendahuluan

Sambutan bulan kemerdekaan kali ke-63 sedikit berbeza kali ini. Sedang negara dilanda wabak
Covid19, namun, pandemik berkenaan tidak dapat melunturkan rasa kasih dan sayang terhadap
negara tercinta. Sejarah negara perlu difahami dan diterap dalam kehidupan sehari-hari selain
dimanfaatkan demi mengekalkan perpaduan negara. Jasa dan pengorbanan para pemimpin &
pejuang tanah air terdahulu harus dijadikan contoh kepada generasi muda masa kini. Tema Hari
Kebangsaan pada tahun ini adalah “Malaysia Prihatin”. Pemilihan tema adalah selari dengan
keadaan semasa negara yang memerangi pandemik Covid19.

2. Matlamat

Matlamat utama penganjuran sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah adalah bertujuan
untuk menyemai rasa cintakan bangsa dan negara. Selain itu, sambutan ini juga bertujuan untuk
memperingati sejarah negara dan tokoh-tokoh gemilang yang berusaha mempertahankan tanah air
di samping menanam semangat patriotik dikalangan murid-murid dan guru-guru SK Rapat Jaya, Ipoh.

3. Objektif

3.1 – Menyemai rasa sayang dan cintakan negara dikalangan murid-murid dan guru-guru.

3.2 – Mengenali dan menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.

3.3 – Memupuk semangat dan rasa tanggungjawab terhadap negara.

3.4 – Menerapkan semangat kekitaan dan perpaduan bangsa, kaum, etnik dan budaya.

3.5 – Menguji kefahaman pengetahuan am dan mewujudkan sikap daya saing dikalangan murid-

murid dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.

4. Rasional

Rasional program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini dijalankan adalah seiring dengan aspirasi negara
dalam memupuk semangat patriotik dan cintakan negara dikalangan rakyat Malaysia. Selain itu,
program seperti ini mampu membantu murid-murid menambah pengetahuan tentang sejarah
negara dan warisan yang perlu dipelihara melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang
sepanjang sambutan bulan kemerdekaan.
5. Nama Aktiviti

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan.

6. Tarikh Pelaksanaan

Sepanjang bulan Ogos 2020 – 15 September 2020.

7. Sasaran

Semua murid Pra Sekolah, Tahun 1-6 dan guru SK Rapat Jaya, Ipoh.

8. Strategi

Sambutan Bulan Kemerdekaan adalah suatu program yang melibatkan semua murid dan guru secara
menyeluruh. Oleh hal yang demikian, satu jadual pelaksanaan telah dirangka untuk membantu guru-
guru dan murid-murid menjalankan aktiviti mengikut masa, tempoh dan kaedah yang ditetapkan
agar tidak menjejaskan PdP disamping mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KPM.

9. Anjuran

Unit Kokurikulum dengan Kerjasama panitia Sejarah SK Rapat Jaya, Ipoh.

10. Cadangan Aktiviti dan Jadual Pelaksanaan

Rujuk Lampiran 1

11. Jawatankuasa Aktiviti Bulan Kemerdekaan

Rujuk Lampiran 2
Thank you for using www.freepdfconvert.com service!

Only two pages are converted. Please Sign Up to convert all pages.

https://www.freepdfconvert.com/membership

Anda mungkin juga menyukai