Anda di halaman 1dari 8

KEMUNCULAN ILMU MANTIQ

Pada abad ke 5 sebelum Masihi, telah muncul satu golongan di Athens yang digelar (Sufastaiyyun), mereka
berpendapat bahawa mustahil adanya ukuran untuk menentutkan sesuatu kebenaran iaitu sesuatu
perkara itu tidak tetap kebenarannya dan ini menyebabkan kesan yang buruk terhadap sistem
perundangan Negara Greece/Yunani.

Pada masa itu muncullah :


1. Socrates yang mengajar para pelajarnya menggunakan cara dialog, perbincangan dan membuktikan
bahawa ketentuan sesuatu itu memang ada; kebaikan itu ada ciri – cirinya dan kejahatan itu juga ada
ciri – cirinya. Cara ini diikuti oleh pelajarnya;
2. Plato, kemudian selepas mereka berdua datang pula;
3. Aristotle, beliau membuat kaedah asas dalam berfikir untuk mencari ketentuan sesuatu perkara – iaitu
kaedah ilmu mantiq – beliau menghalusi perbahasannya dan menyusun permasalahannya. Maka
Aristotle digelar Pengasas Ilmu Mantiq.

Pada zaman awal pemerintahan Abbasiah - zaman penterjemahan - Orang Arab mula mengenali ilmu
mantiq yang merupakan antara ilmu-ilmu yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Antara tokoh yang terlibat dengan ilmu ini ialah:


i. Al Farabi (meninggal dunia 339H)
ii. Ibnu Sina (meninggal dunia 428H)
iii. Imam Abu Hamid al Ghazali (meninggal dunia 505H)
iv. Imam al Razi (meninggal dunia 606H).
Mereka ini mempunyai peranan penting (berkaitan ilmu mantiq ini), terutama al Farabi yang digelar
Pengasas Kedua Ilmu Mantiq.

PRINSIP ASAS ILMU MANTIQ


Pengertian Ilmu Mantiq
1) Peraturan yang mengawal akal fikiran manusia daripada tersalah semasa berfikir.
Maksud perkataan :
i. Peraturan : Kaedah-kaedah umum
ii. Mengawal: memelihara akal fikiran manusia daripada tersalah
iii. Semasa Berfikir: gambaran

2) Menyusun maklumat secara teori dan hukum untuk mengetahui hakikat sesuatu yang belum pasti
secara teori atau hukum.

Nota kaki:
Penulis kitab Sullam adalah : Abdul Rahman bin Muhammad Al Akhdariy Al Maghribiy (918H – 983H)
Digelar: Imam Al – Akhdariy. Beliau antara cendikiawan Kurun ke – 10 Hijrah.
Mazhab: Maliki. Kitab beliau diterima khususnya di Univ Al – Azhar

1|SAMTTAJ SHAH ALAM


PERBAHASAN MANTIQ

Maklumat mengenai teori dan hukum; ianya dapat membantu seseorang untuk mengenal dan mendapat
gambaran tentang sesuatu yang tidak diketahui atau membantu seseorang untuk mendapat kepastian
tentang hakikat sesuatu yang belum pasti. Contohnya:

1. Perkataan “manusia” – adalah Tasawwur (gambaran)


2. “Hamzah Berjaya” – adalah Tasdiq (Hukum)

KELEBIHAN ILMU MANTIQ

1- Mengawal fikiran daripada tersalah semasa berfikir. Sebagaimana ilmu tatabahasa Arab memelihara
lidah daripada tersalah semasa berkata-kata, begitulah juga ilmu mantiq menjaga akal daripada
kesilapan semasa menyusun maklumat untuk disampaikan.
2- Menolak hujah golongan yang menentang Islam di mana mereka menggunakan bahasa dan istilah yang
memberi membingungkan kepada mereka yang tidak mahir di dalam sesuatu bidang.
3. Mendidik kemampuan mengkritik, membuat hipotesis serta menilai sesuatu perkara dengan
pertimbangan yang betul. Ia adalah seperti melatih kemampuan memberi pandangan terhadap sesuatu
perkara secara menyeluruh yang membantu keseragaman dan kestabilan kehidupan masyarakat.

Nama ilmu ini:


i. ILMU MANTIQ. kerana ianya menguatkan fikiran dan memeliharanya daripada kesilapan
semasa berfikir.

Nama – nama lain


Pembimbing Segala Ilmu Ilmu Meminta Dalil Neraca Segala Ilmu Peraturan Berfikir

HUKUM MEMPELAJARI ILMU MANTIQ:


Ulamak berbeza pendapat tentang hukum mempelajari ilmu mantiq kepada tiga pendapat:

Pendapat pertama: Haram mempelajarinya.


Ini pendapat Ibnu Solah dan an Nawawi, kerana mengikut pandangan mereka ilmu mantiq adalah
pendahuluan kepada falsafah yang boleh menyesatkan seseorang. Justeru, pendahuluan kepada perkara
buruk juga adalah buruk.

Pendapat kedua: Harus mempelajarinya.


Ini pendapat imam al Ghazali. Beliau berkata: “Barangsiapa yang tidak memahami ilmu mantiq maka
ilmunya tidak boleh dipercayai”.

Pendapat ketiga: Inilah yang tepat. Diharuskan mempelajari ilmu ini untuk menajamkan akal mereka yang
mengkaji al Quran dan sunnah serta mampu membezakan antara pendapat yang betul dan yang salah,
dan hukumnya haram bagi tujuan selain perkara ini.

2|SAMTTAJ SHAH ALAM


Kelebihannya: Antara ilmu yang bagus kerana secara umumnya ia memberi faedah yang banyak.
Kegunaan ilmu ini terhadap ilmu lain : Menjelas (perbezaan)
Pengasasnya: Aristotle
Sumbernya: Dari akal fikiran
Permasalahannya: Sesuatu perkara dan jenisnya, bentuk ayat dan hukum yang berkaitan dengannya.

PEMBAHAGIAN ILMU BAHARU

ILMU DI SISI MANTIQ


Ilmu adalah mengetahui sesuatu perkara. Ilmu disandarkan dengan perkataan baharu bagi membezakan
Ilmu Allah yang tidak mampu dijelaskan samaada Tasawwur atau Tasdiq. Kerana ianya bersifat sedia ada.

Ilmu terbahagi kepada 2 bahagian : i. Tasawwur ii. Tasdiq

TASAWWUR
Tasawwur bermaksud mengetahui sesuatu perkara; iaitu mendapatkan gambaran sesuatu perkara
(di minda) tanpa menyatakan ianya salah atau betul. Contohnya; Abdullah atau Pakar Universiti Al Azhar
atau Muhammad atau kuda.

TASDIQ
Tasdiq bermaksud hukum. Iaitu kemampuan untuk mengetahui sesuatu perkara itu berlaku ataupun
tidak dengan syarat/kriteria diketahui perkara – perkara berikut:

Tasdiq di sisi hukama’ Tasdiq di sisi Imam Fakhrurrazi


Basit (Ringkas) Murakkab (Terperinci)
Perlu mengetahui 3 kriteria sahaja: Perlu mengetahui 4 kriteria :

i. Mahkum Alaih/ Maudhu’ i. Mahkum Alaih/ Maudhu’


ii. Mahkum bih / Mahmul ii. Mahkum bih / Mahmul
iii. Nisbah Kalamiah iii. Nisbah Kalamiah
iv. Nisbah Waqi’ah @ tidak
3 kriteria ini hanyalah syarat untuk tasdiq sahaja 4 kriteria inilah komponen tasdiq
bukannya komponen tasdiq

PEMBAHAGIAN ILMU KEPADA DARURI DAN NADZARI

1) TASAWWUR NADZARI
Iaitu sesuatu yang perlu difikirkan gambarannya. Contohnya lafaz manusia. Ia memerlukan
beberapa maklumat agar difahami iaitu haiwan yang berakal.

2) TASAWWUR DARURI
Iaitu sesuatu yang tidak perlu difikirkan gambarannya. Contohnya panas dan sejuk yang boleh
terus diketahui hanya dengan menyentuhnya.
3|SAMTTAJ SHAH ALAM
3) TASDIQ NADZARI
Sesuatu hukum yang diterima selepas difikirkan lojiknya. Contohnya apabila dikatakan alam ini
bersifat baharu. Justeru ia memerlukan beberapa pernyataan yang menyokong perkara ini maka
jadila qias seperti berikut:
Alam ini berubah, setiap yang berubah bersifat baharu, maka alam ini bersifat baharu.

4) TASDIQ DARURI
Sesuatu hukum yang diterima tanpa perlu difikirkan lojiknya. Contohnya anak itu lebih muda
daripada ayahnya, atau semua lebih besar daripada sebahagian.

Qaulan Syarihan / Takrif :


Perkara yang membantu untuk menggambarkan sesuatu tasawwur yang belum jelas.
Contohnya Kuda digambarkan sebagai haiwan yang meringkik.
Haiwan adalah Jins manakala meringkik adalah Fasl.

Hujjah:
Perkara yang membantu untuk mengetahui sesuatu tasdiq yang belum jelas.
Contohnya Orang Mukmin itu dikasihi. Maka ia memerlukan beberapa pernyataan:
Orang mukmin itu sifatnya berkata benar, dan orang yang berkata benar itu disayangi.
Maka, Orang mukmin itu disayangi.

AD DILALAH

TAKRIF DILALAH
Dari segi Bahasa : Petunjuk. (Masdar Sima’iy)
Dari segi Isitilah : ianya mencakupi dua makna;

Makna pertama Makna kedua


Berlakunya sesuatu perkara disebabkan Memahami sesuatu perkara dengan perkara
sesuatu keadaan. yang lain iaitu memahami makna ad daal
Perkara yang pertama digelar ad daal berdasarkan perbuatan samada ianya adalah
,manakala yang kedua digelar al madlul lafaz ataupun selainnya.
Yang mana makna sesuatu perkara itu
difahami samada dengan perbuatan atau
selainnya.

Tidak disyaratkan mengetahui makna dengan Disyaratkan mengetahui makna dengan


perbuatan perbuatan
Bersifat Umum / Bersifat Khusus Lebih Khusus daripada makna pertama

4|SAMTTAJ SHAH ALAM


JENIS – JENIS DILALAH

1) LAFZIYYAH: yang diperolehi daripada lafaz khusus tertentu.


2) GHAIR LAFZIYYAH : selain daripada lafziyyah.

Kedua – duanya terbahagi kepada 3 bahagian; ‘Aqliyyah, Tobi’iyyah/Takwiniyyah, Wad’iyyah


Maka jadilah semuanya 6 jenis dilalah.

1) Lafziyyah Aqliyyah: Cth: i) suara di dalam bilik merujuk kepada kewujudan manusia
ii) suara muezzin merujuk kepadabeliau masih hidup
2) Lafiyyah Tobi’iyyah/Takwiniyyah: Cth: i) Bunyi aduh merujuk kepada rasa sakit.
ii) Lafaz selamat datang merujuk kepada penerimaan kedatangan seseorang.
3) Lafziyyah Wadi’iyyah: Cth: i) Lafaz singa merujuk kepada haiwan pemangsa.
ii) Lafaz manusia merujuk kepada haiwan yang berfikir.

4) Ghair Lafziyyah Aqliyyah Cth: i) Kesan tapak kaki merujuk kepada orang yang telah melaluinya.
ii) Berubahnya alam merujuk kepada sifat alam itu baharu.
5) Ghair Lafiyyah Tobi’iyyah/Takwiniyyah Cth: i) Wajah pucat menunjukkan seseorang sedang takut.
ii) Wajah seseorang yang kemerahan merujuk kepada seseorang itu sedang malu.
6) Ghair Lafziyyah Wadi’iyyah Cth: i) Tanda isyarat di jalan merujuk kepada boleh jalan atau tidak
ii) Istilah Alam Mesir merujuk kepada Republik Arab Mesir
iii) Menundukkan kepala merujuk kepada makna Ya
iv) Mengangkat/Menggeleng kepala merujuk kepada makna Tidak.

*Perkara yang dikaji orang cendekiawan mantiq adalah pada Lafziyyah Wad’iyyah.

JENIS – JENIS DILALAH LAFZIYYAH WAD’IYYAH

Takrif: Berlakunya sesuatu perkara dengan keadaan atau sifat di mana ianya difahami apabila ianya
berlaku.

Ia terbahagi kepada 3 bahagian:


Mutabiqiyyah: Jika lafaznya menunjukkan lafaz dengan sempurna
Tadhammuniyyah: Jika lafaznya hanya menunjukkan sebahagian maknanya sahaja
Iltizamiyyah: Jika lafaznya digunakan untukn sesuatu yang di luar maknanya.

DILALAH MUTABIQIYYAH
Merupakan lafaz yang menunjukkan maknanya yang sempurna. Contohnya :
i) Insan : Haiwan yang berakal
ii) Segi tiga : Tiga garisan terpotong yang bersambung
iii) Kuda : haiwan yang bunyinya meringkik
iv) Singa : haiwan pemangsa

*Mutabaqah bermaksud disepakati.

5|SAMTTAJ SHAH ALAM


DILALAH TADHAMMUNIYYAH
Lafaz yang hanya menunjukkan sebahagian maknanya sahaja. Contohnya:
i) Sekolah : Kelas – kelas
ii) Pokok : Dahan
iii) Segitiga: Satu daripada garisannya
iv) Haiwan : Manusia

Tadhammun : bermaksud maksudnya termasuk dalam sebahagian lafaznya.

DILALAH ILTIZAMIYYAH
Mengunakan lafaz di luar dari maknanya yang biasa. Contohnya:
i) Empat : Angka genap
ii) Berat badan : berat yang berjaya dikurangkan
iii) Api : Panas

JENIS – JENIS DILALAH LUZUMIYYAH

BERDASARKAN TEMPAT BERLAKUNYA LUZUM (KAITAN) ITU

LUZUM PADA MINDA (LOJIK AKAL): perkaitan yang hanya berlaku di minda seperti kaitan antara melihat
dan buta, kaitan antara bergerak dan diam.

LUZUM PADA LUARAN : Seperti kaitan antara hitam dengan burung gagak, putih untuk salji. Kerana
ianya adalah apa yang terlihat pada luaran sahaja. Minda boleh memikirkan wujudnya gagak putih
ataupun salji yang berwarna merah.

LUZUM PADA MINDA DAN LUARAN: Seperti empat itu angka genap, sifat berani untuk singa

BERDASARKAN JELAS ATAU TIDAK LUZUM (KAITAN) ITU

LAZIM GHAIR BAYYIN: Perkaitan yang memerlukan dalil/bukti bagi menyokongnya.


Seperti alam itu bersifat baharu.

LAZIM BAYYIN: Perkaitan yang tidak memerlukan dalil/bukti bagi menyokongnya.


Seperti sifat licik bagi musang, sifat berani bagi singa.

LAZIM BAYYIN PULA TERBAHAGI KEPADA DUA;

LAZIM BAYYIN UNTUK SESUATU YANG UMUM: Perkaitan yang hanya dapat difahami selepas
menggambarkan malzum dan lazim. Seperti kaitan antara penciptaan penulisan untuk manusia.
Apabila digambarkan antara penulisan dan manusia maka terhasillah satu perkaitan antara keduanya.

LAZIM BAYYIN UNTUK SESUATU YANG KHUSUS: Perkaitan yang hanya dapat difahami selepas
menggambarkan malzum sahaja. Seperti sifat berani untuk singa dan sifat panas untuk api. Apabila
digambarkan tentang singa, maka didapati bahawa berani untuk berkait dengannya.

6|SAMTTAJ SHAH ALAM


PERBAHASAN LAFAZ
MURAKKAB: Lafaz yang sebahagiannya menunjukkan kepada sebahagian makna sesuatu yang ingin
disampaikan. Cth; Orang yang bersungguh – sungguh akan berjaya.
Orang yang bersungguh – sungguh ( Mahkum alaih / Maudhu’)
Akan berjaya ( Mahkum bihi/ Mahmul)

MUFRAD : Lafaz yang sebahagiannya tidak menunjukkan kepada sebahagian makna sesuatu yang ingin
disampaikan.

PEMBAHAGIAN LAFAZ MUFRAD BERDASARKAN MAKNA LAFAZ TERSEBUT

1. KULLI : Lafaz yang di dalamnya ada ramai/banyak.


Cth: Insan : di dalamnya ada Muhammad, Ahmed, Ali dll
Haiwan: di dalamnya ada manusia, kuda, keldai dll.

PEMBAHAGIAN KULLI OLEH ULAMA TERDAHULU ADA 3 BAHAGIAN


i. Sesuatu yang tidak ada.
ii. Sesuatu yang hanya ada satu sahaja.
iii. Sesuatu yang ada pelbagai/ramai.

PEMBAHAGIAN KULLI OLEH ULAMA MODEN ADA 6 BAHAGIAN


1) Sesuatu yang tidak ada dan tidak mungkin wujud
Cth : Bersatunya dua perkara yang bertentangan, mensekutukan Allah

2) Sesuatu yang tidak ada dan mungkin ada


Cth : Gunung emas, Raksasa, Burung Phoenix

3) Sesuatu yang hanya ada satu sahaja dan mustahil ada yang lain
Cth : Allah swt

4) Sesuatu yang hanya ada satu sahaja dan mungkin ada yang lain
Cth : Matahari

5) Sesuatu yang ada pelbagai/ramai tetapi terbatas


Cth : Singa

6) Sesuatu yang ada pelbagai/ramai tetapi tidak terbatas


Cth : Sifat – sifat Allah

2. JUZ IYY: Lafaz yang di dalamnya tidak ada ramai/banyak.


Cth: Ali (yang memang dikenali orangnya)
Walaupun terdapat ramai Ali di dunia, akan tetapi setiap mereka mempunyai personality tersendiri.
Ali Muhammad bukanlah Ali Ibrahim bukan juga Ali Saiful Nasri. Justeru, jika lafaz nama mereka sama,
mereka berbeza pada personality.

7|SAMTTAJ SHAH ALAM


PEMBAHAGIAN KULLIY KEPADA DZATI DAN ‘ARADHI

TAKRIF YANG PERTAMA

DZATI : Lafaz kulli yang menjelaskan hakikat sesuatu perkara dan merupakan sebahagian daripadanya
Cth: hakikat Manusia adalah haiwan yang berfikir.
Haiwan adalah Jins (Haiwan adalah sebahagian daripada hakikat manusia)
Berfikir adalah Fasl (Berfikir adalah sebahagian hakikat manusia yang membezakan dengan haiwan lain)
Manusia adalah Nau’. (Hakikat yang sempurna)

‘ARADHI: Lafaz kulli yang di luar hakikat sesuatu perkara.


Cth: Ketawa. Ia bukanlah hakikat manusia tetapi ianya khusus untuk manusia ( Aradh Khas)
Berjalan. Ia bukanlah hakikat manusia (Aradh ‘Am)

Berdasarkan takrif yang pertama, maka:


Dzati terdiri daripada : Jins dan Fasl
‘Aradhi terdiri daripada: Aradh ‘Am dan Aradh Khas
Nau’ adalah penghubung Dzati dan Aradhi

TAKRIF YANG KEDUA

DZATI: Lafaz kulli yang bukan di luar hakikat sesuatu.


Haiwan adalah Jins (Haiwan adalah sebahagian daripada hakikat manusia)
Berfikir adalah Fasl (Berfikir adalah sebahagian hakikat manusia yang membezakan dengan haiwan lain)
Manusia adalah Nau’. (Hakikat yang sempurna)
Disebabkan kesemuanya bukan di luar hakikat sesuatu, maka; Dzati terdiri daripada : Nau’, Jins dan Fasl

‘ARADHI: Lafaz kulli yang di luar hakikat sesuatu perkara.


Cth: Ketawa. Ia bukanlah hakikat manusia tetapi ianya khusus untuk manusia ( Aradh Khas)
Berjalan. Ia bukanlah hakikat manusia (Aradh ‘Am)

To be continued..

8|SAMTTAJ SHAH ALAM

Anda mungkin juga menyukai