Anda di halaman 1dari 7

HADIS JIBRIL

Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, Telah menceritakan


kepada kami Isma’il bin Ibrahim telah mengabarkan kepada kami Abu Hayyan
At Taimi dari Abu Zur’ah dari Abu Hurairah berkata; bahwa Nabi sallallahu
‘alaihi wasallam pada suatu hari muncul kepada para sahabat,
lalu datang Malaikat Jibril ‘Alaihis Salam yang kemudian bertanya: “Apakah
iman itu?”
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Iman adalah kamu beriman
kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan
dengan-Nya, Rasul-Rasul-Nya, dan kamu beriman kepada hari
berbangkit”. ( dan kamu beriman kepada takdir yang baik atau yang buruk)
(Jibril ‘Alaihis salam) berkata: “Apakah Islam itu?”
Jawab Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: “Islam adalah kamu menyembah
Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu apapun, kamu dirikan
salat, kamu tunaikan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa di bulan
Ramadhan”. (dan menunaikan haji jika mampu)
(Jibril ‘Alaihis salam) berkata: “Apakah ihsan itu?”
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Kamu menyembah Allah
seolah-olah melihat-Nya dan bila kamu tidak melihat-Nya sesungguhnya
Dia melihatmu”.
(Jibril ‘Alaihis salam) berkata lagi: “Bilakah terjadinya hari kiamat?”
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Yang ditanya tentang itu tidak
lebih tahu dari yang bertanya. Tapi aku akan terangkan tanda-tandanya;
(yaitu); jika seorang budak telah melahirkan tuannya, jika para
penggembala unta yang berkulit hitam berlumba-lumba membangun
gedung-gedung selama lima masa, yang tidak diketahui lamanya kecuali
oleh Allah”.
Kemudian Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam membaca: “Sesungguhnya
hanya pada Allah pengetahuan tentang hari kiamat” (Luqman: 34).
Setelah itu Jibril ‘Alaihis salam pergi, kemudian Nabi sallallahu ‘alaihi
wasallam berkata; “hadapkan dia ke sini.”
Tetapi para sahabat tidak melihat sesuatupun, maka Nabi bersabda; “Dia
adalah Malaikat Jibril datang kepada manusia untuk mengajarkan
AGAMA mereka (Riwayat Bukhari)
DALAM HADIS INI JIBRAIL BERTANYA PASAL IMAN DULU. MENUNJUKKAN
KEPENTINGAN IMAN SEBELUM ISLAM. PERKARA DALAM DIRI DULU, BARU
PERKARA LUARAN.
KESELURUHAN HADIS INI IALAH KESIMPULAN KEPADA AGAMA.MAKA BILA
KITA BINCANG TENTANG AGAMA , MENGIKUT HADIS INI STRUKTUR AGAMA A
ADALAH :
AQIDAH (asas iman)
IBADAH (islam)
AKHLAQ (ihsan))
*********************************************************

ISI KANDUNGAN AKIDAH ISLAM


TIDAK LAIN TIDAK BUKAN
IALAH RUKUN IMAN YANG ENAM

Pertama,
makrifat atau pengenalan terhadap Allah SWT berserta dengan nama-Nya yang Husna dan
sifat-Nya yang Maha Tinggi,
memahami serta mengenali dalil kewujudan Tuhan dan tanda kebesaran-Nya di alam tabii.

beriman kepada Allah dan tidak mensyirikNya.


Kedua,
makrifat terhadap pelbagai alam di luar alam tabii yang tidak dapat dijangkau pancaindera,
iaitu daya kebaikan diwakili malaikat dan daya kejahatan diwakili Iblis serta tenteranya dari
kalangan syaitan. Termasuk juga mengenali dan mengetahui perkara yang terdapat dalam
alam berkenaan dari kalangan jin dan pelbagai roh.

Ketiga,
makrifat kitab Allah SWT yang diturunkan untuk mendefinisikan tanda kebenaran dan
kebatilan, kebaikan dan kejahatan, halal dan haram serta baik dan buruk secara tepat.

Keempat,
makrifat terhadap nabi dan rasul yang dipilih Tuhan untuk menjadi tanda jalan ke arah
hidayah dan memimpin makhluk ke arah kebenaran.

Kelima,
makrifat mengenai hari akhirat dan perkara berkaitan seperti kebangkitan semula,
pembalasan, pahala, seksa, syurga serta neraka. 

Keenam,
makrifah mengenai qada’ dan qadar yang peraturan alam berhubung penciptaan dan
pentadbiran berjalan di atasnya.

PENDEKATAN IMAM GHAZALI

Dalam usaha menerap sehingga rukun iman itu hidup dalam diri, pendekatan yang
ditawarkan Imam Ghazali seperti tercatat dalam kitabnya, Ihya Ulum al-Din boleh
dijadikan panduan.

Beliau menjelaskan pendekatan dan proses pendidikan akidah atau rukun iman
mesti diajarkan dengan semua isi kandungannya diterapkan melalui empat tahap. Ia
dimulai dengan menghafaz dan diikuti proses memahaminya, iaitu dengan
membentuk kefahaman melalui pendedahan terhadap pengertiannya sedikit demi
sedikit.

Selepas itu dijadikan iktikad dan dibenarkan dengan penuh keyakinan. Pendekatan
atau proses saranan Imam Ghazali itu membabitkan dua tahap utama dalam diri
manusia. Pertama, pengingatan dan kefahaman mental, manakala kedua ialah
kepercayaan serta keyakinan dalam diri.

Tahap pertama tidak begitu sukar didapati oleh manusia normal dan berfungsi
sebagai mukadimah atau meminjam ungkapan Imam Ghazali, ia bagaikan peringkat
kerja ‘MENABUR BIJI BENIH’ kepada tahap kedua yang akan membabitkan
kepercayaan dan keyakinan terpahat kukuh lagi mendalam dalam diri.

Tahap kedua dalam penerapan pendidikan rukun iman memerlukan pendekatan


tersendiri yang dalam hubungan ini Imam Ghazali menyarankan beberapa saranan
termasuk memenuhkan waktu dengan membaca al-Quran dan tafsirnya, selain
hadis bersama memahami maknanya.

Selain itu, kita disarankan untuk memenuhkan waktu dengan melaksanakan banyak
tugas ibadat dan sentiasa bergaul dengan orang soleh, iaitu menghadiri majlis ilmu,
mendengar kata-kata serta melihat tingkah laku mereka yang sentiasa tunduk dan
menyerah kepada Allah SWT.

Saranan itu dianggap Imam Ghazali seperti ‘SIRAMAN AIR dan TABURAN BAJA’
untuk menumbuh dan menyuburkan ‘biji benih’ yang sedia ‘disemai.’ Penunaian
sempurna semua saranan itu akan menjadi asas pertambahan kemantapan dan
keyakinan terhadap rukun iman.
tumpu al-quran, hadis

Jelas saranan pemantapan pegangan dan keyakinan rukun iman yang


diketengahkan Imam Ghazali mempunyai kekuatan tersendiri dan cukup munasabah
untuk menjadi pemangkin, malah boleh berfungsi sebagai sistem sokongan kepada
kekentalan pegangan akidah.

Namun dalam konteks semasa, ia mesti dilihat dan dianalisis secara khusus supaya
dapat menyumbangkan khidmat secara maksimum serta berkesan dalam skop dan
perspektif semasa yang permasalahannya cukup rencam, kompleks lagi tersendiri.

Saranan pertama mestilah dilebarkan skop cakupannya dengan tidak hanya


tertumpu bacaan al-Quran dan hadis secara literal, bahkan pembacaan bahan
kesusasteraan semasa yang dihasilkan cendekiawan semasa yang beroleh inspirasi
daripada kandungan wahyu berkenaan. Korpus bahan kesusasteraan sakral
seumpama ini mesti diwujudkan di tengah masyarakat dengan membawa nafas dan
tema yang boleh menyumbang ke arah menyubur dan memperkukuhkan pegangan
akidah.

Ia mesti diusahakan supaya wujud dan berada pada taraf arus perdana yang bersifat
terkini sehingga berupaya meminggirkan bahan bacaan picisan tidak berfaedah
menjadi sesuatu yang hanya dilihat oleh masyarakat sebagai bahan yang bersifat
ketinggalan zaman dan lapuk.

Saranan kedua pula perlu diperluaskan sehingga tidak hanya dihadkan ibadat
khusus, sebaliknya dirangkumkan bersama ibadat umum. Ibadat mestilah diberi dan
diletakkan dalam definisi atau perspektif baharu. Ini menjadikan setiap aktiviti harian
seumpama makan dan minum serta mencari nafkah hidup sebagai ibadat, iaitu
perspektif membudayakan hidup seluruhnya sebagai ibadat.

Semua kegiatan hidup seharian akan menyumbangkan bibit cahaya kepada hati dan
menghasilkan komitmen terhadap hubungan tiga serangkai, iaitu manusia-alam-
Allah SWT yang pastinya berupaya melahirkan kedamaian dalam kehidupan.

Bagi saranan ketiga itu, ia perlu dilihat dalam perspektif keseluruhan masyarakat,
iaitu diperluaskan daripada individu soleh kepada masyarakat soleh.
Teguhkan pegangan akidah

Masyarakat dan semua institusi utama, khususnya keluarga, pendidikan, kepimpinan


masyarakat serta negara termasuk media massa mestilah berfungsi sebagai sistem
sokongan dan sumber rujukan kepada contoh teladan yang baik khususnya yang
ada hubungan langsung dengan akidah dan gaya hidup harian.

Masyarakat soleh mesti memiliki persekitaran amat kondusif kepada segala yang
boleh dijadikan teladan yang baik dan menjadi sokongan serta pemangkin ke arah
menghasilkan kepercayaan dan keyakinan yang teguh terhadap akidah.

Apabila dikaitkan perbincangan pendidikan dan komitmen terhadap penghayatan


akidah dengan situasi umat Islam di negara ini masa kini, dapat diperhatikan apa
berlaku umumnya hanyalah peringkat tidak lebih daripada ‘taburan atau semaian biji
benih’ akidah, iaitu daripada peringkat tadika hingga universiti.

Secara keseluruhannya ia dibiarkan kering tanpa ‘siraman dan bajaan.’ Suasana


kondusif untuk penyuburan penghayatan akidah kelihatan tidak wujud dengan baik
di tengah masyarakat, malah apa yang lebih jelas ialah unsur percanggahan
bagaikan racun pembunuh kepada percambahan serta kesuburan pegangan akidah
ummah.

Contohnya apa disemai dan dipupuk dalam institusi pendidikan, kelihatan diracun
dan dihancurkan institusi lain di tengah masyarakat seperti institusi sosial tertentu,
media massa serta penggunaan peralatan telekomunikasi canggih semasa seperti
internet, malah oleh institusi keluarga sendiri.

Justeru, berlakulah kegersangan dan ternafi sama sekali kesuburan penghayatan


rukun iman dan akidah. Kawalan metafizik yang tersedia melalui rukun iman untuk
memelihara akhlak dan gaya hidup tidak boleh berfungsi kerana keyakinan dan
penghayatannya tidak subur dalam diri.

Pupuk semula jati diri Islam

Berdasarkan perilaku sebahagian umat Islam semasa, mereka bagaikan tidak


tertarik dengan tawaran syurga dan tidak gentar sama sekali dengan ancaman
neraka di akhirat kelak. Mereka bagaikan tidak yakin malaikat sedang menulis
perbuatan manusia sama ada baik atau buruk sehingga berani melakukan
perbuatan ditegah agama. (aspirasi/cita2)

Sebahagian ummah hidup di luar kerangka gaya hidup direstui agama mereka.
Usaha menstruktur semula gaya hidup ummah agar dapat dikembalikan kepada jati
diri keislaman, perlu diluruskan pendekatan pendidikan serta mencurahkan
komitmen yang padu.

Melaksanakan tuntutan perubahan bukanlah mudah, malah memerlukan jihad dan


kesungguhan luar biasa daripada umat Islam yang sedar dan mahu melihat tamadun
manusia berkualiti tinggi bagi menggantikan tamadun kebendaan Barat yang banyak
membawa porak peranda.

Banyak orang yang salah mengartikan pengertian muslim dan mukmin. Beberapa


malah menyamakan arti dua kata tersebut. Padahal, terdapat perbedaan muslim dan
mukmin. Seperti apa penjelasannya?

Dalam Al Quran surat Al Maidah ayat 3, Allah SWT berfirman mengenai agama
Islam

Arab: ‫يت لَ ُك ُم اِإْل ْساَل َم ِدينًا‬


ُ ‫ض‬ ُ ‫ت لَ ُك ْم ِدينَ ُك ْم َوَأ ْت َم ْم‬
ِ ‫ت َعلَ ْي ُك ْم نِ ْع َمتِي َو َر‬ ُ ‫ْاليَوْ َم َأ ْك َم ْل‬

Latin: al-yauma akmaltu lakum dīnakum wa atmamtu 'alaikum ni'matī wa raḍītu


lakumul-islāma dīnā

Artinya: Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku
cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama bagimu

Perbedaan Muslim dan Mukmin


 Pengertian Muslim

Menurut KBBI, muslim adalah penganut agama Islam. Sedangkan, dikutip dari


buku 'Kapita Selekta Mutiara Islam' karya Fadlun Amir, muslim adalah orang yang
memeluk agama Islam, dan orang yang berpegang teguh terhadap ajaran Islam.

 Pengertian Mukmin

Menurut KBBI, mukmin adalah orang yang beriman (percaya) kepada Allah.
Sedangkan dalam buku '40 Hiasan Mukmin' karya Prof Dr H Muhammad Chirzin,
Mag dan H Sulaiman Yusuf, Mukmin adalah sebutan untuk orang yang senantiasa
diliputi iman.
Adapun, Allah SWT dalam Quran surat Al Anfal ayat berfirman mengenai sifat orang
mukmin ketika mendengar nama Allah dan lantunan ayat suci Al Quran maka
hatinya akan bergetar.

Arab: َ‫ت َعلَ ْي ِه ْم ٰا ٰيتُهٗ زَ ا َد ْتهُ ْم اِ ْي َمانًا َّوع َٰلى َربِّ ِه ْم يَت ََو َّكلُوْ ۙن‬ ْ َ‫اِنَّ َما ْال ُمْؤ ِمنُوْ نَ الَّ ِذ ْينَ اِ َذا ُذ ِك َر هّٰللا ُ َو ِجل‬
ْ َ‫ت قُلُوْ بُهُ ْم َواِ َذا تُلِي‬

Latin: innamal-mu`minụnallażīna iżā żukirallāhu wajilat qulụbuhum wa iżā tuliyat


'alaihim āyātuhụ zādat-hum īmānaw wa 'alā rabbihim yatawakkalụn

Artinya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila


disebut nama Allah gemetar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada
mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal,

Anda mungkin juga menyukai