Anda di halaman 1dari 6

ISI KANDUNGAN

KRITERIA M/S MARKAH MARKAH YANG DIPEROLEHI


PEMARKAHAN
PENDAHULUAN 5

ISI DAN HURAIAN 13

CADANGAN 5

KESIMPULAN 5

RUJUKAN 5

LAMPIRAN 2

ETIKA DAN MORAL 5


PROFESIONAL
JUMLAH 40 markah
PENDAHULUAN

Salah satu sumber yang paling beharga bagi sesebuah negara ialah ekonominya. Jadi
ianya penting bagi setiap rakyat untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang ekonomi.
Ekonomi Islam ialah pengurusan koperasi sumber bumi untuk mencapai al-falah manusia.
Di samping itu, ekonomi Islam disifatkan sebagai kajian tentang sumber alam untuk
kepentingan manusia dan membantu mereka menunaikan kewajipan kepada Allah SWT dan
masyarakat amnya. Ekonomi Islam adalah sains sosial yang memfokuskan kepada
menganalisis isu-isu ekonomi yang menegakkan prinsip Islam. Ekonomi Islam ini adalah
berasaskan al-Quran dan al-Hadis dan ia juga bersifat ketuhanan daripada prinsipnya.
Sumber rujukan utama dalam Islam adalah Al-Quran dan terdapat banyak ayat yang berkait
dengan ekonomi. Kedua adalah hadis. Al-Hadis ialah sesuatu yang baru atau lama kepada
qadim dan ia juga membawa maksud kepada perkhabaran dan perbicaraan yang bersifat
keagamaan ataupun tidak. Ekonomi Islam masih digunakan pada hari ini kerana sifatnya
yang tidak dapat dinafikan iaitu berdaya tahan dan keupayaan dinamik untuk diaplikasikan
dalam banyak konteks dan seiring dengan peredaran zaman.

Sejak zaman junjungan besar Nabi Yusuf a.s sehingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w
dan sehingga kini, amalan ekonomi Islam telah berkembang. Sejarah perkembangan
ekonomi Islam telah diklasifikasikan kepada tiga tahap oleh Sobri iaitu kesuburan,
kemerosotan dan kebangkitan. Jadi, dalam bahagian ini akan dijelaskan secara ringkas
tentang faktor-faktor sejarah perkembangan ekonomi Islam.
ISI DAN HURAIAN

 FAKTOR KECEMERLANGAN

Faktor kecemerlangan ekonomi Islam juga disebut sebagai titik kebangkitan ekonomi
Islam. Kejayaan ekonomi Islam umumnya dikaitkan dengan beberapa faktor, termasuk
kemerdekaan negara-negara Islam, kesedaran Muslim, Persidangan Ekonomi
Antarabangsa, dan penciptaan Institusi Kewangan Islam.

Pertumbuhan ekonomi Islam pada fasa awalnya telah didorong oleh kemerdekaan yang
dimenangi oleh majoriti negara Islam selepas Perang Dunia Kedua serta keperluan untuk
memajukan ekonomi negara berlandaskan Islam. Kegagalan system ekonomi Barat dalam
menyelesaikan krisis ekonomi dunia telah menyebabkan para sarjana tertarik kepada Islam
dan mencari alternatif dengan menggunakan kaedah yang diajarkan dalam agama Islam
sehingga terbit pelbagai topik yang berkaitan dengan ekonomi Islam.

Selain itu, kesedaran umat Islam telah menyebabkan kebangkitan semula ekonomi
Islam. Umat Islam menghadapi keruntuhan moral dan kemiskinan teruk (kesan daripada
penjajahan) dan telah menyebabkan rakyat tidak dapat membangun. Bukan sahaja miskin
bahkan negara Islam juga dibelenggu dengan masalah hutang yang berteraskan riba dan
isu riba juga menjadi faktor perbahasan di kalangan sarjana Islam. Namun, persoalan
masalah riba dapat diselesaikan melalui perbankan yang berkonsepkan perkongsian
untung. Akhirnya, keruntuhan moral dan kemiskinan yang dihadapi umat Islam pada waktu
itu telah menyebabkan mereka sedar untuk kembali kepada Islam dan meningkatkan tahap
kebajikan diri, keluarga, dan juga negara.

Seterusnya, faktor kecemerlangan ekonomi Islam ialah Persidangan Ekonomi Islam.


First International Conference On Islamic Economic di Mekah pada Februari 1976
merupakan pemangkin di peringkat antarabangsa. Antara tokoh yang terlibat ketika itu ialah
Dr. Muhammad Omar Zubair dan Professor Khurshid Ahmad. Hasil persidangan itu
mengilhamkan konsep baru untuk pertumbuhan ekonomi yang berpandukan syariat Islam.
Kertas kerja Dr. M.N Siddiqi ‘Muslim Economic Thinking’ menjadi asas kepada perbincangan
dan pemangkin pembangunan ekonomi Islam seterusnya.

Akhir sekali, penubuhan institusi-institusi juga adalah faktor kecemerlangan ekonomi


Islam dan ia memainkan peranan yang sangat penting untuk ke arah pembangunan
ekonomi Islam. Antara institusi yang penting itu ialah Association of Muslim Social
Scientists, Amerika Syarikat (1972); Islamic Foundation, Leicester, United Kingdom (1973);
Centre for Research in Islamic Economics, King Abdulaziz University, Jeddah (1977);
Islamic Research and Training Institute, Islamic Development Bank (1983) and International
Institute of Islamic Economics, Islamabad (1983).
RUJUKAN

1. http://mzuhairi.blogspot.com/2012/06/ekonomi-islam-4.html
2. https://dokumen.tips/documents/bab-4-ctu-241pdf.html?page=17
3.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai