Anda di halaman 1dari 1

Perkara asas bagi mereka yang ingin belajar berenang.

Antaranya ialah :-

1) Pakaian asas. Bagi yang baru nak belajar berenang, seeloknya dapatkan pakaian yang bersesuaian. Ada pakaian
renang yang dijual di kedai-kedai sukan untuk digunakan. Memakai pakaian sesuai memudahkan kita untuk
melakukan aktiviti renang.

2) Lokasi sesuai. Jika ingin belajar berenang anda perlu dapatkan lokasi yang selamat. Seeloknya berenang di
kolam renang yang memang khas untuk latihan. Ikut juga paras ketinggian anda. Jika anda rendah, masuk ke kolam
yang rendah. Jangan terus pergi ke kolam yang dalam. Pasti sukar untuk anda dan mungkin boleh tenggelam.
Sekarang ni banyak kawasan kolam untuk orang awam dimana anda perlu membayar beberapa RM untuk masuk ke
kolam tersebut.

3) Dapatkan latihan pakar. Bagi yang langsung tidak tahu berenang seeloknya dapatkan latihan oleh pakar.
Mereka ada mengenakan sedikit bayaran. Jangan malu walaupun anda telah berumur dan yang lainnya adalah
kanak-kanak. Nak belajar kena buang perasan malu tu jauh-jauh. Dari segi bayaran ia bergantung kepada tenaga
pengajar tu.
Anda boleh merujuk laman web atau mereka yang pernah mengambil kelas renang tersebut.

4) Belajar buat bubble. Ini perkara asas yang perlu dilakukan sebelum melakukan renangan bagi orang baru. Anda
kena belajar bernafas di dalam air. Kebiasannya, ramai yang bernafas menggunakan mulut tapi jangan pula
membuka mulut. Sebelum masuk ke dalam air, pastikan anda telah mengambil oksigen dengan cukup. Menyelam
dan keluarkan bubble secara sekata selama 3 kali. Untuk kali ke 4 lepaskan bubble yang banyak dan cuba lepaskan
badan anda. Jika berjaya, anda akan terasa seperti terapung. Kenapa? Ini kerana dengan bubble tersebut membantu
anda untuk terapung di air.

5) Melonggarkan tangan dan kaki. Ini perkara asas untuk kita terapung di air. Jika tubuh badan berada dalam
keadaan yang keras, sukar untuk terapung dan kita akan tenggelam. Untuk terapung ni, kita perlu relaks dengan
secukupnya. Jangan takut dengan air dan kawal ‘bubble’ tersebut. Sambil itu boleh kayuh kaki dengan lembut dan
lurus. Insha allah dengan latihan yang kerap, ia boleh dilaksanakan.

6) Mengambil nafas. Selepas terapung anda juga perlu mengambil nafas ketika berenang. Ia bagi memastikan anda
dapat mengawal stamina dan dapat melakukan renangan yang jauh. Ada juga orang yang boleh berenang tapi tak
mampu terapung namun sukar bagi mereka untuk berenang dalam jarak yang jauh.

7) Kayuhan kaki dan tangan.Anda perlu mengawal kayuhan kaki dan tangan agar sekata. Kalau sebelah lebih,
laluan anda akan terpesong dari haluannya.

8) Pastikan anda sihat ketika berada dalam air. Elakkan masuk dalam air ketika dalam keadaan tidak sihat
kerana ia boleh menganggu pernafasan anda.

9) Jangan berenang dalam keadaan cuaca yang teruk. Kalau hujan dan guruh, teruslah keluar walaupun anda
baru je beberapa saat berada dalam kolam. Nyawa lebih penting dari berenang.

10) Elakkan makan terlalu banyak sebelum berenang. Seperti juga aktiviti yang lain, makan yang banyak tidak
elok ketika beriadah.

Anda mungkin juga menyukai