Anda di halaman 1dari 2

NUR ARINA HUMAIRA BINTI HAKIMI

2021827964

PENGENALAN ABSELING
Abseil perkataan berasal daripada Jerman bermaksud “menakik turun”, juga
dipanggil rappel (rappelling) ialah mengawal penurunan ke bawah paras yang hampir
menegak, seperti permukaan tebing batu, dengan menggunakan tali ganda yang melingkar
di sekitar tubuh dan dipasang ke beberapa titik yang lebih tinggi.

Abseiling ada satu kaedah aktiviti penurunan menegak (atas ke bawah) di


permukaan tertentu dengan menggunakan tali dan peralatan keselamatan. Aktiviti abseiling
ini merupakan salah satu kemahiran dalam sesuatu perjalanan pendakian pergunungan
(mountaineering). Pendaki menggunakan teknik ini apabila tebing 9atau cerun terlalu curam
dan berbahaya untuk turun tanpa perlindungan. Ramai pendaki menggunakan teknik ini
untuk melindungi penambat yang sedia ada daripada rosak. Juruteknik akses tali juga
menggunakan cara ini sebagai kaedah mengakses kawasan yang sukar dicapai dari puncak
untuk pelbagai aplikasi industry seperti penyelenggaraan, pembinaan, pemeriksaan dan
kimpalan. Pasukan penyelamat juga diketahui menggunakan kaedah ini sebagai satu cara
mengakses mangsa cedera atau terkandas.

RAPPELING

Rappeling, atau abseiling seperti yang ditunjuk di sesetengah negara, ialah istilah yang
digunakan untuk menggambarkan tindakan menuruni gunung dengan tali yang dilekatkan
pada sauh di bahagian atas. Ia adalah teknik pendakian yang digunakan untuk menuruni
gunung atau tebing dengan cara yang tepat pada masanya dan cekap, berbanding perlu
mendaki semula. Mendaki turun adalah lebih sukar kerana anda tidak dapat melihat benteng
di bawah anda dan anda juga mungkin letih mendaki. Rappeling paling kerap digunakan
sebagai cara untuk menurunkan ke dalam ngarai slot atau untuk spelunking, dan juga
digunakan oleh tentera hari ini untuk mengakses kawasan yang sukar dijangkau.

CARA KENDALIAN DAN KESELAMATAN

Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggii ke tempat rendah. Aktiviti ini
memerlukan daya ketahanan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat aktiviti
penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Aktiviti ini juga dapat
mendisiplinkan seseorang individu untuk yakin terhadap diri sendiri dan bersedia
menghadapi saat-saat kecemasan ketika berada di tempat tinggi. Terdapat beberapa
langkah keselamatan bagi melaksanakan aktiviti ini termasuklah memastikan peralatan
abseiling mencukupi.
PERALATAN-PERALATAN ABSEILING:

1. Tali carmantle dinamik


2. Harness
3. Sling
4. Carabiner
5. Figure of eight
6. Helmet
7. glove

Anda mungkin juga menyukai